Geng!

Sunday, February 13

Nota Untuk Sayang :'(

Assalamualaikum, Aki.

Dah terlalu lama rasanya Er tak menulis kat sini, untuk Aki. Er tak lupa. Er ingat, selalu. Cuma setiap kali Er nak menulis kat sini tentang Aki, Er jadi blur. Tak boleh nak teruskan.

Aki nak tau tak? Tak lama lagi Er nak konvo lagi. Untuk Aki juga. Aki ingat tak, dulu Aki jugak yang suruh Er belajar tinggi-tinggi. Er buat, Er belajar sebab Er sayang Aki, Er sayang mama. Er bangga jugak bila tiap kali adik-adik yang lain datang rumah Aki, Aki akan cakap, "Belajar rajin-rajin. Ikut contoh macam Kak Yum". Yum - lama tak dengar Aki panggil Er, Yum. Rindunya. Bulan 3 ni, Er konvo. Er tau Aki takkan dapat datang sekali. Takpe, Er dah puas masa Er konvo Degree hari tu, Aki duduk seat paling depan. Seat VVIP. Bila kamera fokus kat muka Aki, Er cakap kat kawan-kawan Er, "Tu Aki aku. Tu Aki aku". Aki sengih, tapi Aki takde gigi. Orang gelakkan Aki. Comelnya Aki masa tu.

Haha. Er ingat lagi. Malam sebelum hari konvo tu, Er tanya Aki ada bawak baju batik tak? Aki kata ada. Aki tunjuk baju batik lusuh Aki. Er geleng-geleng kepala, Er membebel kat Aki. Er cakap, "Aki tau tak, Aki ni duduk barisan paling depan. Tu lah, Aki. Orang nak belanja baju baru, Aki tak nak. Aki ni babil lah". Aki tutup muka dengan selimut. Kitorang nampak selimut tu gerak-gerak! Sampai hati Aki gelakkan Er! Lepas tu, buat muka seposen. Nak buat macamana dah, nak beli kat pesta konvo, dah lewat. Masa tu dah pukul 1 pagi. Erm. Aki nak pakai jugak baju tu kan sebenarnya. Tak pelah, it's your choice lah Aki. Lepas orang bebel, suka buat orang marah lagi, sebab AKI KENTUT DALAM SELIMUT. Busuk lah, tau tak? HAHAHA!

Banyak lagi nak cerita ni, Aki.

Oh, tak lama lagi Er dah nak kahwin. Ehem ehem! Dulu, masa Er bawak Cucid kat rumah Aki, Aki suka buli dia, kan? Suruh dia alih pasu bunga Aki, betul tak? Baik mengaku! Cute sangat. Masa kita jalan-jalan kat Kedah pun, Aki happy. Ingat lagi, kita pergi tasik DarulAman. Kitorang nak naik bot air tu. Kitorang nak pergi, Aki nak ikut. Er nak naik dengan Cucid, tapi Aki cakap Aki nak naik dengan dia. Er tau lah niat Aki sebenarnya. Aki nak buli buli dia lagi. Betul tak? Aki naik bot air tu, dengan Cucid, tapi Aki duduk saja. Cucid kayuh sorang-sorang. Hahaha! Berpeluh jugak mamat tu. Bagus jugak cara Aki nak test dia. Ok, sekarang ni kira dah lepas ujian lah, kan?

Dulu, Aki selalu pesan. "Yum, awak jangan kahwin dulu lah. Belajar dulu". Ish, Aki ni, buat malu je. Macam lah ai tergedik-gedik sangat. Hahaha. Aki selalu sangat pesan macam tu, sampaikan bila Er terfikir nak kahwin pun, asyik teringat pesan Aki. Sampailah satu hari, Aki tanya "Awak ni agak-agak, bila nak kahwin. Boleh dah ni". Er pun terkejut, so bila dah dapat green light daripada Aki, kitorang pun rancang-rancang lah. Em, sempat jugak Aki tengok Er pakai baju bertunang hari tu. Sebelum majlis, Aki ajak Er pergi dating, keluar pencen macam yang selalu kita buat berdua. Aki hulur RM500 untuk Er. "Belanja bertunang. Jangan bagitau cucu-cucu lain. Untuk Yum sorang je". Hahaha. Gelak jahat!

Er ingat lagi, bila Er habis siap mekap Aki yang pertama ketuk pintu bilik. Aki jenguk, Aki sengih mengejek. Tapi, Aki cakap "Lawa mat weh". Er gelak, Er cakap, "Aki bab nganjing bagi la kat dia". Aki gelak lagi, lepas tu cakap "Lah ye, Aki puji ikhlas". Terus kita ambik gambar berdua, kan. Er happy tengok Aki happy. Lepas ada bertunang tu, Aki selalu cakap "Em, lepas ni cucu aku dibawak orang ke tempat jauh. Tinggal lah aku sorang-sorang kat sini". Aki cakap banyak kali, sampai Er jadi lali. Er tak suka Aki cakap macam tu, tau. Sekarang, siapa tinggal siapa?

Masa Er kahwin nanti, Aki tak ada. Takpe. Takpe.

Tapi Er paling suka bila tiap kali Aki makan masakan Er, Aki akan cakap "Sedap. Awak ni esok, sayang de mak mertua ni esok". Baik nya Aki, suka sangat sedapkan hati orang. Heh.

Apa lagi nak cerita ek, Aki.

Oh, satu lagi. Aki ingat tak? Aki beli kereta baru, warna putih. Datsun. Bila Er telepon mama, Aki cerita beria. Aki cakap, nanti bila Er balik Kuantan, Aki nak bawak Er pergi jalan-jalan naik kereta baru. Kebetulan, minggu yang sama Er pun beli kereta jugak. Hari Er dapat kereta, Er terus balik Kuantan, nak tunjuk kat Aki jugak. Malam tu je sekali, Aki sempat naik kereta Er, kan. Itu pun sebab kita pergi makan kat depan tu. Masa tu Aki ngadu lapar, semut-semput. Turtle belanja makan. Aki suka naik kereta Er, kan? Kereta Er buruk je, tapi Aki puji kereta Er best.

Esoknya, baru Er tau rupa-rupanya kereta 'baru' Aki tu tak boleh berjalan. Cit. Tertipu jugak! Pandai Aki trick orang ye. Aki cakap takda bateri, Er pergi beli bateri. Tak hidup jugak. Rupanya kereta Aki memang rosak teruk. Er jugak yang Aki buli, kena hantar kereta Aki pergi bengkel. Aki tak ikut sebab Aki semput masa tu. Haih. Aki..aki. Nasib baik awak tu kekasih saya.

Masa Er balik tu, Er tidur dalam bilik baru Aki. Saja je, nak tengok Aki macamana. Er tengok TV sampai tertidur. Kesian Aki, sebab Er tidur kat atas katil, Aki kena tidur atas kerusi. Ala, cucu favourite ni, ye tak? Masa Er terjaga pagi tu, Er cakap "Mak aih, sikit punya sejuk bilik ni". Aki terdengar agaknya, Aki bangun, Aki capai selimut, Aki selimutkan Er. Sweetnya lah orang tua homeh ni. Sebagai balasan, Er belanja Aki makan laksa pagi tu. Itupun pau duit Aki. HAHAHA. Takpe, kan Aki? Aki tak kisah kan?

Time Er balik Johor esoknya, Aki duduk depan rumah tu. Aki semput masa tu. Er sempat bagi Aki makan ubat sebelum Aki balik. Aki over, orang bagi makan ubat, dia suruh urut belakang. Layankan aje lah tapi Er tak boleh lama. Sebelum balik, Er cium pipi Aki, kiri kanan kiri. Busuk kot! Aki memang malas nak mandi, takut sejuk cett! Er pelik jugak, selalunya kalau Er nak balik, mesti Aki bekalkan duit belanja, tapi kali tu Aki tak hulur. Er tak mintak pun. Er salam, Aki lambai dari jauh je. Rindunya nak macam tu lagi. Cium pipi busuk Aki. Em..Seminggu lepas tu, Er dapat call. Aki dah tak ada. Apa ni? Orang baru je balik minggu lepas, kan?

Em, ok lah Aki. Orang dah tak nampak skrin komputer ni. Nanti Er tulis lagi ye. Er dah tak nangis lagi. Er kuat, kan? Sebab Er ingat pesan Aki:

"Cucu perempuan kena kuat, jangan lembik-lembik"

Hari ni, genap setahun Aki pergi.
Er sayang Aki, sebab Er tau Aki sayang Er sangat-sangat, kan Aki?
Tapi Allah lagi sayang.

Aki, Er rindu.

Al-Fatihah.

2 komen:

zonaku said...

teringat aki.... jeles aku kat ko....

al-fatihah buat aki

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

;')

jeles? awww!~