Geng!

Monday, March 21

Couple Kurang Ajar

Sabtu lepas aku pergi Jusco dengan Kak Lili, dan dua orang anaknya. Si kecik Aleya dan Kak Long Rina. Seronok juga, sekali sekala pergi shopping dengan mak budak bersama budaknya sekali. Makan-makan, gelak-gelak, window shopping.

Si kecik Aleya mula-mula nak jugak naik prem, tapi agaknya sebab dah bosan sangat, dia mula merengek mintak didukung. Aku dan Kak Lili ambil turn dukung Aleya. Mak aih, boleh tahan antap badan budak kecik montok ni. Nak pulak masa tu memang crowded sangat dengan orang shopping barang dapur untuk stok sebulan. Tak cukup orang JB, orang Singapore pun sama naik shopping kat Jusco ni.

Aku suka shopping Jusco dan bawak baby, sebab kat Jusco ada priority lane untuk mak-mak yang bawak baby, untuk orang tua dan untuk orang kurang upaya. So, disebabkan aku dan Kak Lili bawak Aleya, kitorang masuk kat priority lane tu.

Tunggu Q. Kat depan kitorang ada family Cina. Aku takpe lagi, sebab aku assume dia one big family, kan. Aku suruh Kak Lili Q sementalah aku ke rak biskut, cari stok untuk mengunyah tengah malam.

Sekembalinya aku ke lane tadi, aku nengok ada satu couple muda belia kat depan Kak Lili.

Aku tanya Kak Lili, "Eh, sejak bila dorang ni ada kat depan?", cukup kuat untuk didengari oleh mangkuk dua orang tu tapi diorang buat bodoh. Kak Lili angkat bahu.

Aku marah betul kalau bab manusia takde hati perut.

Takde sensitiviti.

Tamak.

Busuk hati.

2 komen:

ateekaamer said...

young couple? malay?

aisey kang aku dituduh rasis plak.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

yes. young and malay. kita bukan racist - yang tak betul tetap tak betul,kan?