Geng!

Tuesday, March 15

Ditahan Abang Polis, Lagi.

Haritu, aku pergi inspection kat Pontian. Pertama kali dapat kes jauh-jauh, berani jugak manager aku ni bagi kepercayaan kat aku. Ye lah, dia nengok aku melepak je kat opis, baik dia pass case. Tapi, aku suka, sebab aku boleh explore tempat baru. Berbekalkan panduan jalan oleh Abang Rostam (otai kawasan Pontian), aku berjaya sampai ke tempat yang dituju. Lepas settle hal kat sana, aku suruh pulak client tunjukkan aku jalan ke Pejabat Tanah Pontian. Sempoi, client sporting macamni susah nak cari.

On the way balik ke JB, kereta daripada arah bertentangan bagi signal lampu - bermakna ada polis kat depan. Ok, aku aware. Kelajuan kereta aku perlahankan.

Jalan depan sikit - dalam 2km - aku nampak ada polis 2 orang menyorok kat tepi pokok. Dalam masa yang sama, aku potong satu kereta pakcik ni, bersantai betul. Aku bawak dah 60km/j, dia bawak lagi slow. Lepas pastikan line clear, jalan besar, kereta arah bertentangan tak ada, bukan double line, aku potong. Paling cun.

Depan aku ada satu van melepasi kawasan polis tadi berdiri. Aku suspek, sure aku lepas sebab aku tak ada buat kesalahan.

Silap perhitungan. Kena tahan.

Punyalah confident yang aku tak buat silap - muka selamba habis.

"Keluarkan lesen dan IC, Cik", abang polis berkata, serius - hensem. Ehem!

Aku keluarkan lesen, hulur pada dia, "Apa eh salah saya?"

"Cik nampak jalan tu? Jalan yang cik guna untuk pintas kereta Viva tu tadi, adalah jalan yang sepatutnya digunakan untuk pengguna yang hendak ke kampung tu sahaja. Cik salah sebab Cik nak jalan terus, Cik bukan nak ke kampung tu"

"Eh? Ada eh peraturan macamtu? Tak tau lah pulak saya"

"Ada. Macamana Cik boleh tak tau? Lesen Cik ni lesen tahun 2005. Dah lama dah memandu, takkan tak tau"

Aku katakan pada abang polis tu, yang aku tak familiar jalan tu. Aku daripada JB, so bab jalan kat Pontian ni memang aku tak expert - lagipun kereta aku pun plat. Nampak gaya, macam dia taknak terima explanation aku. Dia keluarkan buku saman.

"Cik ni belajar lagi ke, dah kerja?"

"Entah lah eh. Belajar, pastu kerja pastu belajar. Macamtu lah agaknya. Saya pun tak pasti lah status saya ni macamana", kata aku.

"Ok, ada apa-apa lagi nak cakap? Saya nak saman awak ni"

"Eh, silalah saman. Dah saya buat silap. Saman. Sila, sila."

"Betul ni?"

"Betul. Apa tak betul pulak. Sila lah"

"Hish, awak ni. Orang lain sibuk rayu-rayu mintak jangan saman, awak nak saman pulak. Nah, amik ni. Lain kali jangan buat lagi", kata abang polis sambil hulur IC dengan lesen aku.

Tak kena saman? Wow!

Aku ni bukan sorang perempuan yang pandai memujuk, lentok liuk. Obviously. Sorry, abang polis!

4 komen:

Fairuz said...

Sekali sekala kene saman, biasalah. Lagipun kat area pontian tu memang banyak polis. Dulu kalau aku ke area sana, paling takut adalah potong double line.

Al said...

nice story

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

apai : potong double line tu nmpk sgt salahnye :P

Al : tenkiu!

Chikova_Airashii said...

heheheh.. penah jadi cmni gak.. hensem jugak polis tu... adik sy siap ckp lagi "encik..kakak sy ni kalau encik saman dy hari2 pon xpe..sbb dye encik hensem"

haha malu xterkate.. tp polis tu senyumm jee..ekeke