Geng!

Monday, April 25

Siapa babi??!

Tingkatan 4
Tahun 2001

Kelas kami kelas satu-satunya kelas art - paling cikai masa tu, sebab dasar baru sekolah - seratus peratus sains stream. Oh kemon! Kami budak-budak art and economy ni nak dianak tirikan pulak? Kemon!

Kitorang terpaksa dan dipaksa amik Add Math masa tu. Nama cikgu : Lau Bee Ngo. Tinggi, kurus, suka pakai skirt paras lutut, rambut paras bahu, cakap loghat Terengganu pekat, garang. Aku pernah kena halau sebab masuk lambat dan kat tangan ada plastik karipap.

Dalam kelas, aku duduk belakang sekali. Depan aku Farah Hanum, sebelah kanan Hanum, Aimi. Kitorang suka bercakap masa dalam kelas - termasuk dalam kelas Cikgu Lau.

Satu hari, Cikgu Lau marah Aimi - sebab apa aku dah lupa. Tapi satu kelas diam terus tak berbunyi. Sesudah Aimi kena marah, Aimi duduk sambil buat gerak mulut "Babi" tapi tak kedengaran pun bunyinya.

"Apa awak cakap sama saya?", Cikgu Lau bersuara.

"Mana ada saya cakap apa-apa, cikgu"

"Awak jangan ingat saya tak nampak apa mulut awak buat ye. Awak cakap saya babi kan. Ok lah, saya babi. Kalau saya babi, kita semua pun babi lah eh. Tapi saya babi bandar lah. Awak semua babi hutan. Awak bangun sekarang Aimi. Kita jumpa seorang lagi babi (cikgu Mat, cikgu disiplin)"

Diam.

Aimi bangun.

Cikgu Lau bangun.

Diorang keluar.

Satu kelas histeria gelak.

p/s : Kesian Cikgu Lau. Sekarang dia idap sakit jantung. Tapi cikgu, babi bandar tu macamana ropenya?

10 komen:

Masy said...

babi bandar tu macam cikgu Lau tu la. hahahaahhaa

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

babi bandar pesen teror bca gerak mulot ye dak

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. babi buleh jaga disiplin jugak ye? kehkehkeh...

jedi said...

babi bandar yang pakai headphoone tue ek???

hahahahha

vidadarisakura said...

babi bandar! haha urban sikit.

Nafhatun Athirah Mohamed Azri said...

haaaaaahaaaaa

AKu PLanTA daN uLAM-ULAMAN said...

nak tau tak babi bandar tue spesis hamper pupus mcm tenuk laut

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

shukri : babi pergi sekolah

jedi : kdg2, ada yg pkai iPhone

vv : :P bertamadun

naf : ko pun berada di tempat kejadian, kan

amy : ya betoll!!

Faramin said...

haha..kelakarla cikgu tu.

Anonymous said...

Cikgu ni sekolah mana sekarang?Dia bawak kereta buruk eh?