Geng!

Thursday, May 19

Sakit Gigi dan Kesabaran

Fakta : Sakit gigi boleh membawa kemarahan yang melampau

Hari Jumaat lepas, aku sakit gigi. Aku rasa punca nya - aku makan 5 keping biskut Choc Fudge Julie's dua malam berturut-turut - tanpa menggosok gigi sebelum tidur.

Hari Jumaat malam, aku naik bas ke Kuala Lumpur sebab abah operate masukkan belon dalam jantung dia. Malam tu, gigi aku tak sakit sangat lagi. Aku naik bas, harga tiket RM35, naik RM3 daripada harga biasa. Bila ditanya kenapa naik harga tiket suka-suka hati mak bapak - dia kata sebab harga gula naik. Agak kurang ajar disitu.

Naik bas, aku bekalkan diri aku donut sebijik, air 100Plus sebotol - air wajib. Bas bergerak je 1km, aku tidur. Sampai kat Melaka, aku terjaga. Gigi aku berdenyut-denyut jadinya. Terbaik. Aku dah tak leh handle. Aku rasa nak menjerit - aku duduk tegak, aku bersandar. Aku bajet takpe boleh tahan lagi sebab dalam sejam lagi sampai la ke KL. Rupa-rupanya - bas tu masuk bandar Seremban. Woi! Kata non-stop! Cilakak.

Aku tanya driver bas, "Bang, ada panadol tak? Saya sakit gigi gilaaaaaa ni"

"Takde lah, dik. Baru jek habis. Ermm.. nah nah ambik minyak cap kapak ni, sapu kat gigi dengan pipi"

Minyak cap kapak tu, aku tuang kat gigi. Dia punya berangin peeeeeeeeehhh menyerap terus ke akar gigi.

Sakit dah reda. Aku sampai KL, aku terus ke Kajang.

Esoknya aku terus cari klinik gigi kat Pekan Kajang - mula-mula aku pergi Klinik Khir namanya. Pemiliknya - bekas Menteri Besar Selangor. Aku naik dengan harapan gigi aku boleh diubati. Bayar berapa mahal pun aku tak kisahlah. Lagipun weekend, mesti mahal.

Aku naik tangga, aku tolak pintu.

"Doktor ada?", tanya aku.

Receptionist ada dua orang, muka stuck-up gila. "Sorry, kak. Harini doktor tak ada", kata receptionist nombor 2.

"Erk. Kenapa doktor takde tapi awak bukak klinik. Ke awak boleh provide ubat untuk saya?"

"Sorry, kak. Kalau nak ubat kena jumpa doktor", jawab receptionist nombor 1.

"Kenapa? Akak sakit gigi ke?", tanya receptionist satu lagi

Aku tarik nafas, aku hembus. Aku tarik nafas, aku hembus.

"Eh, takde lah. Tak sakit pun gigi saya. Saja je saya datang klinik awak ni nak melawat suka-suka!"

Aku blah --- Gedegang!! Aku hempas pintu klinik!

Soalan bodoh!

3 komen:

Anonymous said...

tolong lempang makwe tuh dua das.

Hazerin said...

teeka : apakan dayaaa tangan tak sampai

makwe joni said...

agaknya mereka yang berkenaan tak tahu rasa sakit gigi tu macam mana..kampit!