Geng!

Wednesday, August 10

Raya Mana Tahun Ni? Haaaaa.

Ok, aku tahu hari ni baru hari ke 10 puasa, tapi INI PERKARA SERIUS. Untuk tahun pertama bergelar isteri cewaaah, aku dan suami dah kena fikir - KAT MANA NAK RAYA TAHUN NI?

Dan, dengan tegasnya aku katakan disini - tahun ni aku raya di KEDAH. Ya, ya saya ulang - KEDAH DARUL AMAN, negeri yang saujaaaaanaaaaaaa mata memandang, dengan jelapang padi nan meluas ittew.

Kenapa tahun ni raya kat kedah? Ha, berikut adalah sebab-sebabnya :




  1. Mama aku dah redhakan untuk aku raya di Kedah. Alhamdulillah.

  2. Aku kena mengalah. Suami dah berkorban untuk transfer kerja di Kuantan, demi untuk lebih dekat dengan aku, walaupun aku MASIH di Joho. Ye la, dulu dia kerja Kedah dah lama. Ulang alik dari Kedah ke Joho adalah sangat memenatkan. Dah la kesian kat dia kena tinggal mama dan keluarga tercinta.

  3. Tahun ni, family belah Kedah semua berkumpul. Abang ipar sulung, Abg Pit dan Kak Dayah dapat baby menjelang raya ni - memang best gomol budak kecik. Abang ipar kedua, Abg Nafis dan Kak Shela pun balik sana bersama-sama si kecik Muhammad Naqib Erfan. Si kecik Naqib tu memang berbaloi untuk digomol. So, tahun ni semua gather around. Tahun depan, kesian mama and baba. Semua raya kampung asing-masing. Takpe, tahun depan pikir.

  4. Tahun ni ada family dah belah salasilah keluarga baba. Mesti meriah.

  5. Tahun depan aku pulak dapat baby InsyaAllah. So, tahun depan akan lebih meriah raya kat Pahang sebab baby aku ada InsyaAllah. Boleh collect duit raya InsyaAllah.

Dengan perbincangan dan muafakat, kata sepakat boleh dicapai. Apa baraaaaaaang sampai gaduh-gaduh sebab nak pikir raya kat mana ye dok?

Tahniah kepada aku sebab mengalah.

5 komen:

zonaku said...

datang beraya rmh aku kat penang tau.

Masy said...

tahniah tahniah. pengalah tak semestinya kalah. eh eh tetobe. hehe

intan Norafzan said...

reen,
tahun ni samlah kita beraya kd umah mertua.hehe
nervous jugak aku ni. first time kot.eh ko pun first time jugak.
tp nervous2 pun aku agak excited jgk.nak jugak tgk org luar beraya.selama ni raya kd umah sendiri kan.
heee..

bdw congrats on ur pregnancy ! jg diri baik2! aku blum de rezki lg.insyallah nti ada. :)
bdw nape mucid tukaq ke kuantan? ko plan nak stay pahang gak pasni? *kepoh* transfer aku insyallah pas raya ni nak folow up balik..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

zonaku : insyaAllah,klu x kna ikat dgn MIL aku :)

kak baby : tetobe? baiklah.

kintan : memaaaaaaang nervous. nk msak apa? nk tolong apa? chewwaaahh.

a'ah lpas ni aku pun plan nk pindah kuantan. sng settle satu tmpt. at least cuti aku x tbahagi dua :)

Sayangi Jantung Anda said...

hahaha... tahniah kembali kepangkuan suami yg gagah :)"