Geng!

Tuesday, August 9

Kalau Aku Berhenti Kerja, Ini Yang Aku Akan Buat

Bila dah terlalu lama dalam satu-satu organisasi, kita (aku) akan jadi bosan. Sebab we kinda repeating the same things everyday, sampai perasan diri tu dah expert sangat- sebab tu bosan. Tapi memang serious bosan. Aku dapat several calls daripada kawan-kawan aku yang kata - bosaaaaaaaaannye kerja kita ni, kan best kalau boleh tukar profesion. So, kiranya bukan aku sorang lah yang bosan, sebenarnya.

So, berikut adalah beberapa kemungkinan - apa yang saya akan buat kalau saya berhenti kerja :


  1. Cari kerja lain lah. Takkan la nak duduk saja tunggu duit jatuh dari langit. Tapi kerja lain tu, memang kerja yang berbeza dengan apa yang aku buat sekarang la. Posmen, contohnya.

  2. Bisnes makanan. Buat karipap frozen ke, nasi lemak kukus ke, sate ke. Modal? Lain kali pikir.

  3. Kerjakan tanah kebun mama aku yang terbiar. Bela ikan keli ke, bela lembu ke, tanam serai ke.

  4. Duduk rumah, jadi suri rumah tangga separuh masa. Jaga anak, masak, kemas rumah, laundry, tengok Astro, layan DVD. Tiap-tiap hari pun benda yang sama. Heaven!

  5. (update) : sambung PhD. Rupa-rupanya waktu belajar adalah waktu paling best dalam hidup huuuuu.


Tapi,


Kena la bertahan jugak sebab banyak komitmen -kena bayar kereta, sewa rumah, bil telefon, susu anak, makan minum. Nak taknak kena kerja jugak laaa walaupun bosan.



Ok, pasrah je lah.


7 komen:

zonaku said...

alternatifnya, cari keje kampeni baru........


walau masih lebih kurang sama kerjanya, cabaran pasti berbeza.

Fairuz said...

ni kes tak dapat naik pangkat la ni..hahaha

Green Duvet said...

wargh kakak dah preggie ke?? omg omg bestnya!!! where are you now??

Ateeka Amer said...

jadi surimah sebenarnya best. provided laki kita (eceh, laki kita!) boleh bagi duit poket dalam.. tak mintak banyak la. 3K sebulan jadi laa.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

zonaku : aku nak kelaur dr profesion ni, kalau boleh. :)

fairuz : profesion kite boleh naik pngkat ke KALAU TAK REGISTERED? U tell me NOWW!!!

fara : ngeeee! now in JB, still working here

ateeka : phewww! berkhidmat utk keluarga n diberi upah, mmg BEST!

Fairuz said...

Boleh! Kau try tanya budak² kat TD Aziz..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Sape yg naik pgkat? Ah! propa jek dorg tu sume