Geng!

Wednesday, August 24

Tebiat Aku Kalau Naik Turun Lif


Tebiat #1 : Bila aku tunggu lif tu lama-lama, pastu lif tu terbukak aku akan masuk lif tu cepat-cepat dan tekan button tutup pintu lif cepat-cepat. Selfish, kan? Aku buat tu sebab - ada golongan kakak-kakak, makcik-makcik ni lagi selfish. Tebiat dorang - suka jalan lenggang kangkung bila nak masuk lif padahal orang dalam lif tu dah tunggu supaya dorang boleh naik lif sekali.

Tebiat #2 : Aku akan pastikan orang yang nak keluar lif dah habis keluar, baru aku masuk. Dan, aku harap bila aku nak keluar, orang akan tunggu aku keluar, baru dorang masuk. Ini tidak - belum habis orang keluar, terburu-buru nak masuk macam la lif tu boleh hilang. Ada sekali, aku nak keluar, tapi dihalang. Aku sound "Bang, bagi saya dengan kawan saya keluar dulu boleh tak?", dan brader tu boleh jawab "Boleeeeehhh". Haa, boleh pun!

Tebiat #3 : Aku akan buat suara mengeluh yang betul-betul mengeluh "Haiiihhhhhhhhhh..." bila ada orang daripada Tingkat 4, nak turun tingkat 3 pun pakai lif. Gile punya pemalas.

Sekian, entri karut kali ini.


7 komen:

alien said...

okeh. noted

jedi said...

aku paham....

Mohd Yusnizam said...

hahaha..

fndrocka said...

aku kalau masuk lif sorang-sorang..mesti nak menyanyi.test vokal lah org kabor

Fairuz said...

Masuk lif, ejas spender... Kalau pompuan, ejas tali bra.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

alien : terima kasih :))

jedi : terima kasiiihhhh :))

yus : :P

fndrocka : sore sedappp layaaan la jugak.

apai : buruk perangai lu ni

Anonymous said...

tebiat #1: kalau orang lain selfish, kita pun perlu selfish jugak la? tak perlu bro. tunggu la orang lain. sabar la sikit. bukannya diorang lenggang2 tu sampai 2 jam kena tunggu. sabar separuh daripada iman :)

tebiat #2: ni aku sokong ko. tindakan ko tu mencerminkan adab ko. tapi part yang sound tu tak bagus la. cakap elok2 boleh kan? :)

tebiat #3: mungkin yang guna lif untuk turun satu tingkat tu ada masalah tak boleh nak guna tangga. kita mana tau. lif tu untuk orang awam jadi sama2 kita hormat pengguna lain. tak perlu nak perli2 la :)

sekadar 2 sen dari saya. maaf jika terkasar bahasa. salam :)