Geng!

Friday, September 9

Ada Hantu Ke?

Salam, semua. Selamat hari raya. Aku harini bukan nak bercerita tentang raya tapi aku nak cerita kejadian pagi tadi.

Semalam aku tidur betul-betul lepas isyak. Mengantuk ya rabbi tak leh cakap macamana. Lepas makan 11 cucuk sate yang dibeli Ima sebanyak 25 cucuk, terus mata jadi layu. Hajat hati nak makan sandwich pun terbantut.

Aku tidur lena betul, tapi nature call pukul 1 pagi buat aku terjaga dan rasa nak pergi tandas. Lepas settle urusan kat tandas, aku bukak tudung saji, niat hati nak sambung makan sate yang balance, tapi terbantut jugak sebab sate tu Ima masukkan dalam peti. Memang tak lah aku nak on microwave untuk panaskan sate. Bukak tudung saji, nampak ada keropok lekor. Tiinngg! Rejeki jangan ditolak dan aku terus duduk dengan tawadduk sambil makan keropok lekor. Sedaaapppp weiii keropok lekor pure Terengganu mari. Ima beli masa dia balik kampung hari raya lepas.

Dah sudah makan, seingat aku, aku terus tidur. Mesti lah sesudah basuh tangan, apa buruk benor perangai makan tak basuh tangan kaaannn.

Aku sambung tidur sampai pagi. Aku celik-celik je mata, aku jadi pelik sebab perabot dalam bilik aku semua beralih tempat. Rak buku, ampaian baju, travelling bag -- dah bersepah-sepah ke sana sini.

Erk! Lain macam punya rajin.

Takkan la sebab makan keropok lekor tengah malam, aku terus ada super power macam super mom pulaaaakkkk!

7 komen:

alien said...

abis a kau
ada barang2 ilang tak

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

alien : takde la pulak setakat ni :)

Ateeka Amer said...

Misteri nusantara aaa

jedi said...

tu baru kopok lekor,....kalo ko makan cekodok pisang camne la jadinya...hahhhaha

Fairuz said...

Tak lama je lagi tu jadilah supermak..hahaha...

Masy said...

tu diaa... ingtkan jadi lg kemas. ehehehe

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

ateeka : misteriiiiiii

jedi : klu cekodok pisang, satu rumah la bersepah hahaha

apai : ohyeeehhhh

kak baby : huaaaaa. minda luar sedar