Geng!

Wednesday, September 14

Keistimewaan Mak Buyong

Alhamdulillah, masih bernafas sehingga hari ni.

Hari ni aku nak cerita beberapa keadaan yang mana BESTnyaaaaa jadi wanita yang mengandung.


  1. Seperti biasanya, bila tiba bulan ramadhan, boss akan belanja bukak puasa kat hotel. Tahun ni, macam tahun lepas jugak - Hotel Grand Paragon. Tipu la kalau aku cakap sebab aku mengandung orang lain kena ambikkan makanan. Itu pemalas namanya. Aku amik makanan sendiri secara ala kadar (la sangat). Bila perut dah agak penuh, aku naik ke tingkat atas tunaikan kewajipan. Turun balik 20 minit kemudian dan terus ke tempat yong tau fu. "Reen, berapa round dah?", manager aku tanya. "Dah tak terkira roundnya, Encik AJ", aku jawab dan dia berlalu untuk amik dessert.

    Lepas habis yong tau fu, aku rasa macam nak minum air, tapi malas nak bangun. Kebetulan, abang Rostam lalu beserta air di tangan. "Abang Rostam, kite teringggiiiiinnn sangat nak minum air". Dia jawab, "Reen nak air apa? Kejap Abg Rostam ambikkan untuk Reen". "Taknak, kite nak yang kat tangan abang Rostam tu jugak".

    "Nah, ambik lah"

    "Yessss!!"

    Raya haritu, Abang Rostam belanja sebalang biskut raya sebab aku cakap nak makan biskut tu tapi taknak beli. Yesss sekali lagi!

  2. Bazaar ramadhan kat bawah ofis ni ada jual macam-macam biskut raya, kerepek. Officemate aku Kak Lili ada beli satu kerepek pisang ni, dia kata sedaaapp gila so aku pun nak beli tapi lewat-lewat sikit - tunggu nak balik kampung baru nak beli. Tapi padan muka aku sebab lewat, kerepek tu habis stok. Menda sedaaap beb!

    Aku pergi jugak kat kedai kakak tu, dia cakap sorry dik memang tak buat dah. Yang tinggal tu pun yang dah pecah-pecah, kakak dia nak buat makan jek. Aku pun ok je, tak dapat kerepek pisang tu pun takpe. Cari tempat lain.

    Tapi, si Kak Lili ni pergi cakap "Siaaannn dia kak. Dia ni peknen, mak buyong ni", terus kakak tu nah ambik la kerepek ni buat makan. Nah nah nah ambik je, tak yah bayar. Bagi baby rasa.

    Aku pun ambik je laaah, dah dia insist nak bagi kaaaaan.

Alhamdulillah. Itulah yang dinamakan rezeki anak. Aku harap Allah sentiasa bukakan pintu rezeki dan murahkannya untuk kami supaya bakal baby ni hidup dalam keadaan yang selesa bila dia lahir nanti.


Amiinn.

2 komen:

Masy said...

jgn dah bersalin sok dorg soh bayar balik rege kuih kepek pisang tu seme plak heheheh

selamat menghayati ibadah preknen ye :)

jedi said...

mmg...mak buyung mmg ngade skit...bini aku pun sama....