Geng!

Tuesday, October 18

Puji

Assalamualaikum.

Hari sabtu lepas, persatuan pelajar kat sini ada buat annual dinner, kat De Rhu Beach Resort. Aku dan suami dijemput sama sebagai tetamu VIP la konon.

Acara macam biasa - ucapan, ucapan, makan, main game, cabutan bertuah, main game, persembahan, cabutan bertuah, game, perlantikan wakil pelajar yang baru, bersurai. Acara habis dalam pukul 12 macam tu, ada sesetengah lecturer separuh majlis dan blah tapi aku dan suami sampai rumah dalam pukul 1 pagi. Support budak-budak, kesian dorang buat majlis bersungguh-sungguh tapi lecturer blah awal. Aku tau la macamna penat nak handle majlis.

Semalam kat kafe kitorang melepak post-moterm pasal majlis. Ada sorang student ni cakap pada aku,

"Puan, budak-budak ni cakap suami Puan handsome, Puan dah la cantik. Baby puan nanti mesti comel sangat-sangat"

"SIAPA YANG CAKAP TU!!? BAGITAU SAYA. SAYA TAK SABAR NAK BAGI DIA FULL MARKS UNTUK EXAM NANTI"

Aku tiba-tiba bersemangat lain macam. Lepas ni kalau ada apa-apa event, encik suami boley ikut lagi. Sekali-sekala kena puji ni best jugak sebenarnya.

Haha.

5 komen:

moment said...

puan!

=D

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. cik puan ;)

Masy said...

hai tuan dan puan. hohoho

jedi said...

kan ke kalo suma lecturer cam kau sonok....hahahahha

Ateeka Amer said...

Hamboi. Tak takut ke husband kena kebas?


I punya husband hensem k. Pasni I nak sorok.


Hewhew.