Geng!

Friday, October 7

Sampaaaaaaaaaaaii Hati!

Assalamualaikum.

My new job sangat-sangat fun! Instead of berkejaran sana-sini waktu kerja yang dulu tu, kerja baru aku adalah merilekskan sangat-sangat. Kelas hanya satu atau dua dalam sehari, working hours 7 jam sahaja, fleksibel. Meaning, kalau aku punch in pukul 8.30, pukul 3.30 aku dah boleh balik. In the middle, kalau takde kelas aku adalah sangat free - mengulor!

Semester ni aku mengajar 3 subjek - Building Maintenance, Project Development Management, dengan Computer Application in Real Estate - semua subjek yang BUKAN langsung favourite aku masa belajar dulu - masaaaakk!

Satu kelas ada average 15 orang students. Budak-budak macamana? Setakat ni Alhamdulillah. Dorang masih ingat pesanan aku di waktu mula-mula aku masuk kelas "Kita boleh borak-borak macam kawan, kita borak gelak-gelak sakan, awak boleh makan dan minum dalam kelas tapiiiiiiiiiiii awak perlu respect saya sebagai cikgu yang bagi ilmu. Kalau awak boleh respect saya, saya akan respect awak 10x daripada tu. Kalau awak tak respect saya, saya boleh ignore awak bila-bila masa yang saya suka"

Masalah dorang cuma satu, lambat masuk kelas. Seperti karma, aku pun macam tu jugak masa belajar dulu. :P

At the first time aku handle kelas, aku cuaaakk gileeeee, tapi lama-lama dah ok. Budak-budak ni pun banyak bertanya, dan banyak tenangkan aku. Lebih kepada perbincangan dua hala. Kalau dorang tak faham, dorang akan serta merta tanya. Tak macam aku masa belajar dulu, kalau tak faham diaaaaaaaaaam jek tak tanya lecturer sebab takut.

Setiap kali kelas dismissed, aku suka ajak dorang borak. Ada satu pagi tu, sorang student ni cakap dengan aku;

"Puan, puan. Muka puan ni sebijiiiiiiiiiiiiiiikkk muka kawan saya. COMEL. Tapi kawan saya tu lembut. Puan ni macam gangster sikit" *sengaja capitalkan comel*

"Sampaaaaaaaaaaaaaaaiiii hati awak cakap saya macamtu"

"Ye lah, Puan. Mana ada pernah lecturer yang mengajor kitorang duduk atas meja. Yang lain semua duduk atas kerusi. Tapi takpe Puan, kitorang suka Puan."

*Gelak kuat-kuat*

Aku ke yang bersalah?

4 komen:

zonaku said...

maknanya ke'gangster'an ko tu diterima dan disenangi la........




senang kongsi ilmu bila selesa macam tu

Fairuz said...

Cikgu-cikguku Gangster? Hahahaha...

intan Norafzan said...

hehee.....reen ko mmg gangster dr zmn utmkl lg..hehe...but thats good :))
bdw ko ngajar kd mana ni? uitm ke?

jedi said...

ko mmg gengster...hahhaah