Geng!

Tuesday, December 6

Contoh Perempuan Mengada-ada

Assalamualaikum.

Aku ada sorang kawan. Kat sini aku gelarkan dia, Si A. Dia ni kawan aku dari sekolah menengah - selalu jugak melepak sama. Dia ni baik orangnya, suka berbakti pada masyarakat, suka beramal. Tapi dia ni ada perangai yang kadang-kadang boleh buat orang macam "Ek eleh minah ni, macam la bagus sangat"

Si A bekerja satu tempat dengan Si B, yang mana si B ni pun kawan aku, tapi kawan sekolah rendah. Si B ni aku jarang-jarang jumpa, boleh kata 5 tahun sekali. Al-kisah masa kenduri kawin aku bulan 6 tempoh hari, aku jemput si B pakai kad jemputan yang aku pos direct ke rumah si B di Kuantan. Si A yang aku dah anggap kawan baik (kononnya), aku jemput pakai mulut je sebab bagi aku lebih mesra. Sebab sedara mara aku semua mak aku pakai call je, dorang tadehal. Tapi, tak cukup aku jemput pakai mulut, mama aku pun pergi kat tempat kerja mak dia, jemput jugak mak dia.

Bagi aku sebagai kawan baik - kau patutnya ada masa aku nikah, masa aku sibuk-sibuk kulu kilir settkle hal, dan masa aku sanding. Tapi dia hanya ada masa hari kenduri. Kawan-kawan aku dari Kelantan, Johor, KL, Kedah dah ada awal dari dia, sedangkan dia duduknya kat Kuantan je.

Aku tadehal la dia ada ke tak sebenarnya, tapi dia ni stok macambagussangat. Abang aku tanya dia kenapa dia takde masa aku nikah, dia cakap dia busy kerja. Fine.

Bila aku pulak tanya dia, tau apa jawab dia? "Sebab aku terasa dengan kau. Kau bayangkan la perasaan aku macamana bila aku naik kereta si B, aku nampak kad kawin kau. Sedangkan aku kawan baik kau pun tak dapat kad"

Ok,takpe. Maybe silap aku lah sebab takbagi kad kahwin kat VVIP macam dia. My bad!

Masa pun berlalu. Abang aku pulak kenduri kawin pada tahun yang sama. Untuk tak mengulang kesilapan yang sama masa kenduri aku, aku pun jemput dia pakai mulut jugak dan abang aku bagi dia kad. VVIP katanyeeee.

Tapi hari kenduri sambut menantu untuk abang aku pun dia TAK HADIR. Aku wonder jugak pehal minah ni tak datang, dan aku dengan rendah hatinya bertanya. Jawapan dia?

"Reen, aku lupa"

Perempuan, lu jangan la rasa lu bagus sangat. Tahun depan lu nak kawin, kan. Masa tu gua pun harap gua pun busy dengan kerja dan gua lupa.

5 komen:

Azuan Shahri said...

yang mengada ngada ni byk aku jumpa..Kak Reen pasni tlg buatkan entry cth pompuan yg tak ngada-ngada.sebab belum pernah jumpa lg.

Fairuz said...

Jemput datang kenduri aku nanti. LOL.

Aimi Bw said...

Aku datang je xde kad pon. Cam aku tau je sape :P

cik minah said...

sbnryer kak banyak ag jenis2 contoh prempuan yang mengada2... byk sgt... saya ni lagi geram... geram yang gila kinzir senang cakap... orang berpakaian lengkap, dari luaran kita dapat agak, dia adalah di kalangan kategori perempuan yang baik2... tapi, waddehel lah kan, bila tetibe hati busuk mcm tuttt.... saya malas nk mention kak.. eh sorry kak terover pulak di sini..tp, seriusly, rasa mcm melampau gila pompuan tu...

azzifarunnurafizza said...

salam..tak semua orang sama dan kita xsempurna untuk memuaskan hati semua kan dear..ape2 pon, u banyakkan bersabar,, chill ya?