Geng!

Monday, December 12

Cerita Bergambar : Banjir!

Pada hari sabtu yang lepas, aku dan suami (baca : Mucid) pergi checkup kesayangan (baca : baby). Memandangkan dah 27 minggu, kitorang cadang nak tengok muka, so kitorang scan la 4D tapi kesayangan pemalu orangnya. Muka tak ditunjuk, cuma bontot baby dan telinga je yang jelas kelihatan. Sabar je lah aku.

Abam Aaron kesayangan.

Lepas check-up, kami pun pergi ke shopping mall sebab nak nengok Ombak Rindu - orang lain dah lama tengok, kitorang baru terhegeh-hegeh. Lepas beli air minuman murah secara seludup, dan popcorn, kami pun masuk ke panggung wayang.

Setelah beberapa kali aku bazir airmata tengok cerita adaptasi novel ni, kitorang pegi lunch. Makan nasi ayam pun terganggu dek panggilan telefon daripada ofis suami yang suruh pergi inspection kat Kelantan. Spoil weekend orang betullah! Terus tak jadi nak dating dengan lebih lanjut dan pulang ke rumah dengan hampa.

Sampai kat rumah, suami check file untuk dibawa ke Kelantan. Tapi aku sebagai isteri yang bijaksana mencadangkan supaya "suami tak payah pergi Kelantan. Mintak tolong member kat Kelantan buatkan", so member kat Kelantan baik hati, boleh tolong kami. Alhamdulillah.

Weekend pun buat kerja, rajin sangat.

Nak keluar balik dah malas so melepak je lah sampai malam. Suami buat kerja opis. Hujan lebat turun daripada pukul 5 petang. Kitorang buat selamba je sebab selalunya hujan lebat pun takde lah sampai bawak ke banjir.

Nak dekat pukul 9 tu, kucing kesayangan (baca : Gucci) dalam cage kat luar buat bising. Pun kitorang buat bodoh je sebab ingatkan Gucci nak ngada-ngada masuk dalam rumah. Dalam pukul 10.30 pintu rumah diketuk orang. "Dik, taknak alih kereta ke? Air dah naik". Mesti dalam hati kakak tu cakap, menda lahh budak dua orang ni buat sampai tak sedar dunia luar. Haihhh, buat malu jek.

Bertindaaaakkkkk! *sambil selamatkan kucing dan kereta kuda kesayangan*

Mucid cepat-cepat selamatkan kereta ke tempat tinggi manakala aku pulak disuruh alih kereta kancil ke dalam porch rumah. Aku dah alih kancil ke dalam rumah, Mucid call pulak suruh pergi rescue dia kat depan sebab hujan lebat. So, aku pun meredah air banjir dengan kancil - huuuu rosak lah kancil macam gini. On the way balik ke rumah sewa kami, air makin naik. Kancil tak celuihh. Sangkut pulak, so kena patah balik letak kancil kat tempat letak kereta satu lagi. Sedey tauuuuuu kena jalan kaki balik rumah, dah la ai ni peknen, kena redah banjir pulak tu.

Nampak tak kesedihan di wajah saya?

Sepatutnya hari Ahad tu, aku perlu ke Kemaman - ada kursus Literature Review. Tapiiiiiii...

Masih banjir, so tak pergi la kursus tu. Hari Ahad seharian duduk rumah lepas makan tidoq lepas makan tidoq lepas makan tidoq. Akibat daripada terlalu banyak tidoq dan meredah air semalamnya, kaki aku cramp seharian, jalan pun tak centre kena berpapah oleh Mucid.

Hari Ahad ngan Isnin pun air naik lagi, tapi kalini Mucid tak bagi can aku keluar rumah pun. Duk diam-diam. Serik lettew kena papah mak buyung! Hahahaha!

Sekian laporan daripada bilik berita.

p/s : Budak sekolah dilarang meniru tulisan di atas. Tunggang langgang. Tak formal. Mana lah tau kot-kot keluar soklan penulisan "Pengalaman saya di musim banjir".






2 komen:

intan Norafzan said...

nasib ada makcik jiran panggil..kalau x 2-2 bijik keta kena buat overhaul.hehehe...
bdw mucid kd sana pekat bahsa kedah lg ke atau dh ckp bahsa org pahang eh?? hehe..korg komunikasi pakai bhs kl ke utara??

intan Norafzan said...

nasib ada makcik jiran panggil..kalau x 2-2 bijik keta kena buat overhaul.hehehe...
bdw mucid kd sana pekat bahsa kedah lg ke atau dh ckp bahsa org pahang eh?? hehe..korg komunikasi pakai bhs kl ke utara??