Geng!

Tuesday, January 3

7 bulan!

Assalamualaikum.

Harini usia baby dalam kandungan dah masuk 7 bulan. Pagi tadi, for the first time, aku rasa dia berpusing lamaaaaa pastu gedebuk! Sekali siku dia melekat kat perut aku. Nampak terbonjol. Perasaan? Mula-mula sakit, pastu aku tergelak sorang-sorang. Alahaaaiii anak ibu!

Dah masuk 7 bulan ni, aku kena berjaga-jaga. Ikut kata doktor dan sumber pembacaan, dalam tempoh ni kandungan dah matang, dah boleh absorb persekitaran luar. Segala percakapan, perbuatan, baby boleh feel. Huihhh bahaya.

Dalam tempoh ni jugak, baby boleh lahir pre-mature, so kena jaga pemakanan. Pelik bin ajaib, tempoh mengandung ni aku tak laju sangat makan fast food. Nasib baik. Teringin, tapi bila dah dapat makan sikit jek.

Dalam tempoh 7 bulan ni, pergerakan dah makin slow-mo. Dulu, selalu jugak kena tegur ngan member satu pejabat "Awak ni gaya tak mengandung je. Perut dah la kecik, jalan kemain laju". Baru kejap ni tadi, aku berjalan ke kafe beli Horlick Ais, takde la jauh sangat tapi mengahnyeeeee Ya Rabbi!

Perjalanan balik ke opis, ada sorang student tegur.

"Amboi Puan slownya jalan. Selalunya kalau kat highway, kenderaan berat ikut kiri, Puan"

Hahahahaha. Aku gelak! Kuang asam! Berani eeeyyhhh. Dah la semester ni dia dua kelas dengan aku. Siap kau budaaakk!

6 komen:

Pekerja Kontrak said...

tembak je...

Pekerja Kontrak said...

tembak je...

jedi said...

hahahah...kenderaan berat ikut kiri ok...


da x lama la nak menimang cahaya mata...semoga semuanya selamat...

intan Norafzan said...

hehe so kiut :))
aku next week masuk 6 bulan..jap kan reen...jg diri n kesihatan elok2 tau..xsabar nak tgk beby ko !:)

mylife-mysin-myfate said...

erm..dah lma tak msuk sini..tup..3.. dah ada baby..tahniah

Masy said...

hahaahah comel ok ayat student tu!