Geng!

Wednesday, December 28

Prihatin Tak Bertempat!

Ini cerita kawan mama aku, Auntie Ina. Dia ni besfren mama aku since primary school. Masa wedding abang aku bulan lepas, mama aku import Auntie Ina ni datang ke rumah untuk tolong memasak. Dia ni selalu handle katering, kantin sekolah maka boleh dikata cekap la kat dapur.

Dia datang ke Kuantan dengan anak perempuannya, G-in. Naik bas. Sehari sebelum ke Kuantan, dia ke Stesen Bas Pekeliling untuk pergi beli tiket. Selesai beli tiket, dia berjalan ke arah tangga LRT.

Sesampainya dia kat tangga LRT tu, dia nampak ada motor meluru ke arah seorang pompuan ni, meluru bukan nak ragut tapi bawak motor dengan cara yang berbahaya. Dia punya bahaya sampai boleh terbabas sampai terlanggar pompuan tu tadi.

Kejadian tu betul-betul berlaku depan mata Auntie Ina, sampaikan dia dah naik bengang. Dia pun tanpa lengah-lengahkan masa sound budak bawak moto tu.

"Woi, kenapa kau langgar dia??!!"

Budak bawak moto bukak helmet.

"Cutt!!!", director hujung jalan menjerit ke arah dorang.

Ezani si tokey belacan terpinga-pinga kena sound dengan Auntie Ina.

2 komen:

jedi said...

hahaha....sabau je la..

angah syamimi said...

terBAEK la..bkn senang nk sound pelakon kan..slmt tak di skolakan orgnyer..