Geng!

Wednesday, September 19

Entri Kecik Hati Dengan Student

Harini, betul-betul uji kesabaran aku sebagai pengajar.

Entahlah, mungkin cuma aku yang mengikut sangat perasaan -- tapi dah terlalu kerap benda ni terjadi. Mungkin jugak menda ni cuma terjadinya pada aku, tak pada lecturer yang lain.

Pagi ni, aku didatangi dua student - yang mewakili 2 subjek yang aku ajar semester ni. Sorang student mintak dilewatkan sikit kelas petang ni, atas alasan nak pergi buat assignmnet (subjek lain). Sorang lagi student datang mintak dilewatkan sikit kelas, atas alasan lapar, nak pergi makan.

Itu belum aku cerita bab student mintak datang lewat sebab nak amik adik kat sekolah, nak pergi baiki kereta, nak pergi renew lesen. Memang boleh bawak tahap nak mencarut jugak. Aku rasa, aku ni dah cukup bertoleransi orangnya. Bukan sekali dua aku izinkan kelas dilewatkan atas alasan kurang cerdik tu, malah dah banyak kali. Tapi harini, terdetik pulak kat kepala otak aku ni

"Kenapa amik time aku untuk buat assignment lecturer lain?"
"Kenapa tak pergi makan waktu lain? Kenapa time kelas aku?"

Kalau aku adukan hal ni kat facebook, akan ade la yang komen "Alaaa, macam la tak pernah buat dulu", but seriously la woi, aku tak buat menda-menda ni kat lecturer aku.

Zaman kitorang dulu :

Nak ketuk bilik lecturer pun takut -- takut mengganggu lecturer rehat.
Nak borak lebih-lebih pun segan -- takut menyinggung
Nak masuk kelas lewat pun takut -- takut lecturer kecik hati

Tapi budak-budak ni?

Aku ni jenis yang time luar kelas, time ade program dalam persatuan -- nak gelak, nak tepuk tampar, no hal lah wei. Tapi bila tiba hal-hal kelas, mengajar...emmmm...boleh kecik hati sampai jadik satu entri lah dalam blog ni ha!

5 komen:

Masy said...

dorg bole baca x entry ni?

Pekerja Kontrak said...

maybe karma??? pernah buat tak dulu benda macam ni??? jangan marah... kehkehkeh...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

kak masy : derang leh baca! dah post dlm FB

masri : karma kepala lutut!

intan Norafzan said...

baiknya ko reen...
kalau aku la kan (KALAU) , xd nye aku ikut time bdk2 tu... cuma kalau satu kelas request, maybe boleh consider la...bdw . welcome back! rindu nak baca blog ko ni..hehe

riaizzatirazali said...

haha. private college kot. sbb tu kena ikot? weh tlgla. nyampah lak baca. asal nak kena ikot ckp diorg? jgnla bagi pijak kepala.