Geng!

Tuesday, September 18

Pengalaman Bersalin (Episod 1)

Atas permintaan. Aku dedikasikan entri ini buat adikku, Mimi yang sedang menghitung hari - berdebar-debar menunggu saat berjumpa cinta hati yang sedang mekar dalam kandungannya.

Sebelum melahirkan Haris Wafiy, anakku, lewat 6 bulan yang lalu, aku direhatkan 2 minggu oleh Dr Khaled, atas sebab kandungan aku berisiko untuk dibedah. Scan masa 37 minggu, Dr kata baby dalam perut melintang, tapi Dr kata "Dont worry, masih ade masa untuk baby berpusing, minggu depan datang lagi, kalau tak turun jugak, kita set tarikh for operation"

Ala, Dr boleh laaa dont worry, yang kena belah perutnye aku, bukan Dr. Tapi sungguh, aku akui, Dr Khaled memang pakar segala pakar perbidanan. Bukan dari segi teknikal, malah spiritualnya jugak. Setiap kali check-up di Kuantan Specialist Hospital (KSH), aku dan Mucid selalu diberi kata-kata perangsang olehnya. "Anak ni amanah Allah. Kalau dah namanya amanah Allah, jangan risau, Allah ada untuk menjaganya. Dah lahir nanti, tanggungjawab kita pulak" -- aku paling ingat yang ini.



Menangis teruk aku bila dibagitau yang aku berisiko dibedah. Macam-macam petua dah aku buat. Akhir kali, aku tawakal je. Pegi scan seminggu kemudian - Alhamdulillah, Dr kata baby dah in position, anytime ready to deliver. Pandai kan anak aku bergurau? :)

MC 2 minggu tetap diberi. Dr Khaled pesan, kalau ada tanda-tanda nak bersalin macam turun air ke, turun darah ke, cepat-cepat la ke hospital. Duduk kat rumah, hari pertama best, hari kedua boleh tahan, hari ketiga --- emmmm emmmm bosan! Aku stress mikir, bila laaa baby nak kuar ni. Ituuuu je aku ulang-ulang sebut. Heh!

Tiba la satu pagi, aku tinggal sorang-sorang, aku ke toilet -- aku notice ada kesan basah. Takkan aku urine dalam seluar kot? Berfikiran baik, aku amik tak kisah je. Aku baring. Aku rasa macam ada basah lagi. Aku gi toilet. Confirm basah. "Hah?? Air ketuban ke ni??" Serius weeeh, first timer kot, mana tau air ketuban tu rupe dia macamane, kan?

Aku call Mucid, dia kata jap lagi dia balik. Aku call mama, mama call Mucid. Macamtu la gaye dia. Aku bukak fesbuk, aku chat ngan Syakima. Aku kata kat dia yang aku nak tidur kejap sebab aku ngantuk. Dah dia kata aku main-main. Dah sakit, nape boleh tido? Masalahnye, aku tak sakit, aku ngantuk HAHAHAHA!

(Nota tambahan : Bila tiba trimester terakhir, tidur memang tak lena. Ke kiri salah, ke kanan salah. tengok hasben tidur lena, rasa nak kejutkan je sebab jeles!)

Mucid sampai dalam tengahari. Kitorang gi spital. Yang tak tahan tu, siap naik wheelchair. Over, ok! Aku boleh jalan lagi, kot! Masa tu lunch hour, so Dr Khaled takde nak attend, kena tunggu pakcik tu balik dari lunch.

Check punya check punya check, bukan air ketuban yang pecah. Itu macam discharge ke ape ke macamtu laa. Macamana nak tau? Kalau air ketuban, dia akan keluar banyaaaaaaaaaaaaaaak dan laju brummmm sekaligus. Ade jugak kes yang air ketuban leaking (bocor), dia kuar sikit-sikit. Cuba batuk, kalau ade air keluar, tu air ketuban la. Kalau tak, bukan ye..bukan!

Alaa, buat saspen je. Dr Khaled siap boleh gelak-gelak lagi. "Mak dia yang excited sangat nak suh anak kuor ni, anak dia selesa lagi duk dalam perut"

Harusss laaaaaaaaaa.


to be continued......

5 komen:

Masy said...

sibbaik smpi part ni je, bole la akak komen. hehehe

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

k, komennye ape, kak?? hahahahahhaa

Rashila In Da house said...

haha..ila pulak kan reen..

air ketuban pecah malam, pastu trus p sepital malam tu jugak, dlm pejalanan tpon shaari nun jauh di sana, nanges2, takot nak besalin:(, pastu masuk ja sepital Dr laki yang attent, dia yang cek bukaan, aduh malu yang amt sangat masa nih, dia tanya ila, perut mengeras tak, haha punya ketaq, ila tedengaq "apa Dr nak pengeras"....Dr tu gelak, biasala no first time nak besalin dia kata.....

angah syamimi said...

kak reen, entry ni mmg mimi tggu.. hehehee tp cpt2 yer sambungan dia tu.. dr haris lahir, tggu 6bln kemudian bru ader entry dia.. jgn smpi haris 1thn bru nk ader entry part 2 tau.. hehehehe sayang akak!! sharing is caring!!!hehee eh2.. nk tnye, akak ade g kelas prenatal tak??

intan Norafzan said...

hahahaha! lawak la ila...pengeras la pulak..heheeheh