Geng!

Wednesday, October 3

Pengalaman Bersalin (Episod Akhir)


Ok, episod yang ni panjang sikit. Sebab nak habiskan. Jenuh laa aku duk ngadap entri pengalaman bersalin ni jewww. Lepas discharge, aku keep on medicine intake yang Dr bgi, tapi biasalah being Hazerin, aku memang agak culas makan ubat. On off. Dr jugak mintak aku observe movement baby. Pastikan baby selalu bergerak sebab kalau takde pergerakan, kinda bahaya la.

Pagi pukul 1, 15 March 2012 (dah overdue 3 hari - EDD aku 12 Mac), aku rasa kesakitan yang amat kat bahagian perut. Nak kata memulas, bukan. Rasa dia macam senggugut, tapi lagi 100 juta kali lagi sakit dari senggugut. Perut macam mengeras. Aku cakap pada mama, mama ajak pergi hospital. Aku taknak. Aku nak tengok berapa minit sekali aku sakit.

Aku try tidur, 10 minit tidur, sakit tu datang balik. Aku kejut Mucid (hasben). Aku suh urut-urut bahagian pinggang yang macam nak patah ni. Dia urut, lega sikit -- sambung tidur. Macam tu la sampai kul 4, 10 minit sekali sakit tu mari. Pukul 4 pagi tu, sakit 5 minit sekali. Aku tidur macam udang, merengkot. Tak betah tidur aas katil, Mucid suh tidur atas sofa. Tak best atas sofa, pindah tido kat kerusi malas. Aku tidur 5 minit, terjaga. Macam tu la beralih-alih sampaaaaaaaaaaai pukul 7 pagi. Dia punya sakittttt...emmmm..rasa macam nak tarik-tarik rambut laki sendiri, tapi tak boleh pulak.

Tak boleh jadi, sakit tahap maksima. Kena pergi hospital jugak. Sampai hospital pukul 800am, nurse check terus masuk labor room. Seram, ok! Aku siap cakap kat nurse, kenapa masuk labor room pulak? Tak boleh masuk wad biasa dulu ke?  Nurse check bukaan - 4 cm! "Ok, ready for delivery", katenye.

Debor wehh debor. Sebelum nurse pasang mesin CTG, mesin heartbeat baby, dan lain-lain nurse masukkan satu ubat, suh pergi clear kan bendasing dalam perut. Ye la, taknak ade kes bersalin sambil ter'berry' kan. Ubat tu ajaib betol, 2 minit je terus aku gi toilet buang semua. Nurse observe contraction, which is very high -- one in two (sekali contraction dalam 2 minit). Graf kat mesin tu memang high peak dah. Bunyi anak aku bergerak dalam perut, amboi macam main bola!

Cucuk-cucuk ala steamboat *LOL*

Ni, tempat letak lutut. Bayangkan sendiri la.

Penunggu gua

The nurses. Yang tengah tu baik gile!

Sakit.

Dr datang pukul 930. "Ok, Hazerin. Tadi nurse kate bukaan 4 cm. Enjin dah panas. Kalau nak pergi KL, sekarang ni dah sampai Gambang". Eh, Dr Khaled ni kan, sempat lagi dia. Comel, ok.  Dia sambung, "By theory, bukaan akan jadi makin besar - satu jam, satu cm. So, within this 6 hour, anytime baby akan keluar. I'll be back around 2p.m. Kite tengok macamane. Rehat dulu ye. Sabar, tak lama lagi". Lepas tu, Dr. Khaled pecahkan air ketuban.  Lepas tu, sakit tak yah nak cerita la sakit macamana. Sakit yang sakit. Contraction makin kuat.

Pendekkan cerita lagi.

Pukul 4.00, Dr Khaled masuk. Bukaan baru 6 cm, progress very slow, baby segment tinggi lagi (kepala baby tak turun lagi). Dr. Khaled kate, "Takpe, kita bagi dia masa. Lagi 4 jam ye. Malam nanti pukul 8.00 saya datang lagi. Don't worry, heartbeat baby ok"

Pendekkan cerita.

Pukul 8.30 pm, Dr datang, bukaan still 6cm. Dia bagi aku pilihan, nak tunggu or nak undergo c-sect (operation). Aku taknak risk baby aku, so we choose for c-sect. Sedeh wey masa nak masuk OT tu. Semua orang lambai-lambai. Semua orang macam risau. Mama? Takyah citer la. Mak, kan? Mak. Korang faham sendiri la. Ayat Dr Khaled "Don't worry, saya akan bantu mana yang termampu. Ni semua takdir Allah". Then mama pulak "I know my daughter is in good hands, Dr."

Sedih.

Ready. Kenaikan 17kg. Nice!
Sebelum masuk OT, aku disorong ke satu bahagian ni, tempat tu sejuk sangat wehhhh takleh nak cakap. Ade brader ni, dia pakaikan aku satu baju yang panas tu, ape tah nama dia. Time ni aku dah menggigil-gigil dah. Lepas tu, sorong masuk OT. Perasaan dia? Emm..biasa je. Dr Nordin, pakar bius KSH take action. "Ok, Hazerin, Saya dah bius awak, awak sepatutnya dah tak rasa apa-apa dari pinggang ke bawah". Tau ape aku rasa? Aku rasa nak muntah dan yes, aku muntah. Dr Khaled nak start belah perut aku. "Bismillahirrahmanirrahim, Hazerin saya nak toreh perut awak ni, ada rasa apa-apa tak? Saya tengah toreh ni"

BOLEH TAKKK? Hahahaha. "Takde rasa ape, Dr. ikut la Dr nak buat ape pun". Masa operate tu dengar la Dr Khaled communicate dengan assistant dia, ade 3 orang. Mintak itu, mintak ini. Pastu Dr cakap ngan aku, "Oo, Hazerin. Patut la baby awak tak turun. Kepala dia tak engage pun kat 'jalan' keluar. Nasib baik kita tak tunggu"

"Ok, Dr", aku cakap. "Ok, now saya nak keluarkan baby awak ye. Kejap je lagi awak nak jumpa baby"

Sedih lagi.

Masa Dr keluarkan baby, rasa buuuppppp macamtu keluar daripada perut. Seminit lepas tu, dengar anak aku nangis. Allahuakbar! Tipu la kalau aku kata aku tak nangis. Aku nangis dengar suara anak aku. Sejurus lepas tu, Dr. Khaled azankan anak aku. Memilih Dr yang tepat - doktor lelaki - at least dia boleh azankan anak aku bile tiba kecemasan macamni. Kalimah pertama yang dia dengar. Alhamdulillah. Lepas tu, assistant dia letak baby kat bahu aku. Cium. Cium cium. Nangis lagi.

Assistant Dr Khaled tu amik baby, untuk dibersihkan. Meantime, Dr Khaled jahit balik perut aku yang terbukak tu. Masa Dr jahit tu, nampak weeeeeeeeeehhh zup zap zup zap tangan dia penuh darah, nampak jarum jahitan, nampak benang. "Amboi, Dr. Happy nampak jahit perut saya?", aku melawak - Dr Khaled gelak. "Baby awak kena masuk dalam warmer, paru-paru dia sejuk or ade jangkitan. Maybe sebab kena jangkitan awak demam aritu. But don't worry, everything is ok"


Total waiting time for baby keluar - 13 hour (12 jam dalam labor room, 1 jam operation). Habis je Dr jahit, assistant dia yang tiga orang tu ready untuk tolak aku keluar. Aku nampak Dr dah melepak atas kerusi kat sebelah kiri. "Aik, Dr ade sini lagi?", aku tanya. "Ha'ah, lepas ni nak pekena teh tarik ngan roti canai"

Hahahaha. Sabo je lah!

Tu ha. Yang comel duk atas katil tu la  Dr. Khaled.
Warmer. Alone. *cry*
Angkasawan kecik. *cry harder*

Haris Wafiy. Born 15th March 2012. Alhamdulillah.
The end. Aku tak harap banyak daripada sorang anak. Mendengar kata, baik dan sihat selalu.

InsyaAllah.

*ka-ching!*

Episod 2 dan 1

3 komen:

erin suhaimin said...

ohoo great xperience! tq for sharing sis! :)

D Hati said...

lovely story... takpe, berbaloi kan lalui sume tu bila dapat peganag anak sendiri? sy pun ada share citer pengalaman bersalin anak sulung.. sekarang tgh tggu hari bersalin no. 3 ... birth story anak no. 2 pun tak abis tulis lagi.. hahaha

rashita rashidin said...

Just nak tau berapa kos C-sect tu yea....