Geng!

Friday, December 14

Pesan Aki


Harini mode rindu Arwah Aki, badly. Kenapa Arwah Aki? Sebab Arwah ni dia ade karakter yang boleh buat orang errr geram gile kat dia. Homeh, tau homeh?

  1. Aki ni susaaaaaaaaaaaah gile nak ajak makan. Dia selalu kejut aku bangun pagi, "Bangun, bangun. Aki lapar, buat la sarapan sikit" -- then, dia blah pegi keliling rumah, aku pun bangun buat makanan untuk dia. Bila dah siap masak, "Akiiii, dah siap. Moh la makan". Tak berjawab. Aku pergi turut orang tua ni, jenguk apa benda dia tengah buat -- cakap dengan pokok. Comel. "Aki, jom la makan. Tadi kata lapo sangat", aku ajak sebab aku pun dah kebulur masa tu. "Kejap la, kejap lagi. Belum lapar lagi. Dah betul-betul lapar nanti baru sedap makan"
    Boleh faham tak perasaan orang yang dikejut bangun pagi, disuruh masak, tapi sebenarnya takde orang nak makan? Kalau tak faham, tolong fahamkan.

    TAPI SEKARANG, baru aku tau nikmatnya makan waktu betul-betul lapar. Kalau tak caya, waktu kerja cuba jangan makan lunch. Pastu balik nanti cari la nasik. Menggelepar tangan suap nasik dalam mulut.

  2. Aki niiiiii, susah gileeeeeeeeee nak ajak keluar. Arwah ni, kalau nak berjalan (amik pencen contohnya), dia akan make appoinment dulu dengan aku/ mama/ abang aku. "Esok ye, pukul 8 aok amik Aki yek", aku pun "Ok, set!"
    Tapi esok pagi pukul 8 pagi kita sampai rumah dia, dia masih dengan kain pelikat dia, tak mandi, then bila kita cakap "Laaa, semalam janji caner?" -- pastu sengih tunjuk gigi rongak dia dan cakap "Ingat tak jadik, sedap pulak duduk kat rumah ni" -- pastu dalam masa 10 minit dia dah siap pakai baju kot, seluar slack muka berbedak, badan wangi. Hensem. Dah mandi rupanya. 

    TAPI SEKARANG, baru aku tau memang "bercinta' jugak laaa nak keluar rumah, nak kena bersiap bagai.

    p/s : Tapi kalau bawak Aki pergi keluar duit pencen memang best. Best sebab RM100 confirm dalam tangan aku. Yeeehaaaa!

  3.  Arwah ni, kalau atas meja tu ada nasi dan banyak-banyak lauk, dia akan amik nasi dan satu lauk je. Kitorang ni salu la kena nasihat "Amik satu-satu", tapi taaaaaaaaaaaakkk, dah la nasik bertimbun, lauk pulak penuh pinggan -- pastu tak habis, buang membazir betul cucu-cucu dia ni.

    TAPI SEKARANG, baru aku tau yang kalau kita makan satu lauk je setiap kali makan, memang best. Sebab kita lebih rasa sedapnya lauk tu berbanding bila letak banyak-banyak lauk, kita akan confuse dah tak tau ni lauk apa, tu lauk apa. Berkecah pulak tu. Ntah apa-apa perangai.

  4.  "Bercakap bila perlu. Lagi banyak kita cakap, lagi banyak yang salah. Bila marah, baik diam daripada bercakap, sebab takut nanti kita sakitkan hati orang lain" -- ni arwah Aki selalu lah pesan pada aku sebab aku ni la cucu dia yang paling banyak cakap benda ngarut, dah la cucu perempuan sulong - tak sopan langsung. Bayangkan, tengah tengok drama pun boleh emosi tak memasal. So, memang kena lah!

    TAPI SEKARANG, keh faham dah maksud aok tu, Aki. Betul insaf ni, percaya lah kawan-kawan. Insaf sikit.

  5. Jangan minum air masa makan, nanti perut buncit. Tapi jenis mulut nak melawan jugak, "Alaaa, tercekik la Aki, nanti kalau tercekik mati pulak". Aki pun dengan power membalas, "Kalau taknak tercekik, kunyah la makanan tu slow-slow"

    Ok, dua benda ni sampai sekarang takleh nak buat. Hasilnya, lihat saja perut cucu-cucu dia yang membuncit tu. Kah kah kah!
Walau kau tiada disini ku tetap ingat semua pesanmu.
Ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata-kata kepadaku---

Aki, kami semua rindu.


1 komen:

zonaku said...

reen,

aku mmg jeles... ko penah ada aki untuk bercerita.. menasihat. aku x penah ada....

n aku suka igt bila aki cerita pasal zaman jepun... walau sekali tu je aku jumpa aki.... Al-fatihah buat aki