Mahathir Mohamad.
Sangat aku kagumi pemunya nama ini. Bukan sesiapa yang berIC
Dulu, tiap kali dia berucap, aku mesty layan tv. Aku suka dgr dia cakap. Itu karisma namanya. Aku akan percaya setiap butir katanya (biarlh dia menipu pun, aku tetap teryakin dengan tegas ucapannya. Best. Itu yang aku boleh kata. Wawasannya terkedepan. Betul kata aki. Tapi itu dulu. Waktu dia disanjung pengampu-pengampunya (my personal thoughts ya!). Sekarang dia tak boleh berucap bebas lagi. Aku kurang pasti kenapa. Ya. Mungkin kerana hidup ini roda. Kadang atas. Kadang bawah. Aku yakin dia lali dan tahu itu.
Aku x kira berapa dan siapa pun yg tak hargai dia. Aku sudah lama suka dia. Suka, ya, suka. Dia ciri2 bapa yg bagus pada aku. Sejak balik dr Gunung Ledang utk Bengkel PSM ku, aku tambah suka. Aku bukan
dan kerana itu, ini tercipta, kerana dia sayang Melayu. pada aku. aku tak tahu kamu.
“Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selainmemerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.....
ini. terakhir dia sebagai PM.
dan kerana kekecewaannya, dia cipta ini pula.
Melayu Mudah Lupa
ini nanti aku postkan, ya!
akhir kata,
aku juga seperti sharifah amani yang nak spend satu hari bersama Mahathir Mohamad. tapi, ilmu aku cetek. aku nak sembang apa dengannya??
em.. angan-angan aje la...
4 komen:
"hidup Melayu"!!!!! ak tabik jugak dekat TUN.... memang WALAWEH...tapik spring
Tapi reen, mcm mane Tam ko? Kalo xnak bgtau ak cepat2 ye..Esok dah final AJL..Aku tkut kene serang je kalo duk disamping Tam (moral support)..>>>hehehehe<<<< Nanti kuar kat Murai Tam & Zila (kantoi)...mcm ustaz tuuuu
arggghh..!!
mana leh gtu, zila.
xpe la.
aku redha aje.
aku dh beralih arah pd Faizal Tahir skrg...
syyhhh..jgn bgtau sape2 tau!
woi... taste laki org nih...
hehehe. Whatever it is, ak bangga ngan ko Reen..
Menghargai "The only one a Good Laeder Malaysian had"... Teruskan jd kelab kipas Tun tau...
yeyyyyyy!!! Kubahagia bersama Tam....
em. aku sangat bangga, zila.
aku nk jumpa dia..tp tu la..
bila la msanya pulak..
taste laki org pon bolehh...
aku layan je..
sbb tu dia kurang nk reveal wife dia..
sbb dia ada aku..
jgn saman saya..saya org susah (tiru ayat Just Khai).
Post a Comment