Geng!

Tuesday, April 7

Perlukan Pertolongan? Boleh Tolong Tak Ni?


Aku bangun pagi tadi. Eh. Semalam. Dalam keadaan ting-tong mau ke klinik, aku ke bilik majihan. Ada sue, dan jihan di situ. Sue kata "nah, reen. tawaran utk kau". Tawaran hape ke benda? Owh. Sila baca ayat-ayat-ayat indah dibawah untuk gambaran yang lebih jelas :

TAWARAN BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN SISW
AZAH PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH BAGI SEMESTER 1, SESSI 2009/2010.


Tahniah! Sukacita dimaklumkan bahawa saudari layak ditawarkan untuk mengikuti program DOKTOR FALSAFAH secara penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai bagi kemasukan Semester 1 sesi 2009/2010 bagi program seperti berikut:


DOKTOR FALSAFAH (PENGURUSAN FASILITI)


Bla-bla-bla-bla-bla. Lagi byk la ayat dalam surat ni. Aku malas nak taip. Sila tau. Satu lagi. Bukan aku seorang dapat tawaran ni. Kawan-kawan yang disayangi jugak dapat. Alhamdulillah. Berkat usaha chaiyok-chaiyok kami belajar siang dan malam ketika final exam (tipu), tawaran ini seumpama satu penghargaan.

Sekarang aku hanya mau fokus kepada final exam. Dan maintain my 1st class degree pointer. Huhu. Cuak dow. VIVA sudah lepas. Alhamdulillah. Semalam aku ckp pada Sue, Allah permudahkan perjalanan aku sepanjang belajar kat UTM Skudai ini. Gerun la pulak nak hadapi final exam. Seperti mau pergi berperang je.


ini gambar lama.
manis.
zaman konvo diploma dulu-dulu.
bulan lapan ni, degree pulak.
dengan izin Allah.
aminnn.



guys, i really need your opinion pasal tawaran ke PhD ni. thanks
semalam berdiskusi dengan mereka-mereka.
tapi kepala tak compute.
ting-tong dengan obat.

p/s = aku hanya ada 30% je keinginan dan kemahuan utk buat.
aishh. terukkah?

18 komen:

Dato Paduka Masri said...

Ok...

Klu aku dah ada peluang macam tu mesti aku terima... walaupun aku kena berhempas pulas untuk mendapatkan pembiayaan....

Best pe dapt belajar tinggi2... eh... Hepi belated birthdat... betl tak...????

Dato Paduka Masri said...

ym la...


aku dah add ko pun...

Elsa Soraya Othman said...

warghhhhh dapat sambung ke phd ke ? sambung laa kak! apa tunggu lagi ;) nanti bleh jadi lecturer ganti lecturer lecturer lain di utm. syoknye die ;) if i were u, i sambung kot. tapi boleh tahan boring gak eh kalo duk kat utm tuh je bertahun tahun. ha ha.

whaaaaa akak dapat 1st class degree yeah :D chaio chaio! sikit je lagi nak sampai ke garisan penamat tuh. he he.

akaaak, nak tanye nih- mase akak present LI dulu, ade tak discussion session ? sebab my friends kat kb semalam, kene dgn dr. buang- diorang kene buat discussion, penat je apal ayat nak present. ha ha. sue kene dgn puan asmah, lagi dua minggu. erk.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

hehehe. tu la sue. akak mlas nk duk utm ni lelama benor. huhu. lagi satu takot laa.. u shud try buat PSM dulu, baru tau leh carry on tak buat PhD ni. ecececeh. insyaAllah, sue. ada rezki akak smbung le.

sue.
time akak LI, xde pulak discussion. mybe batch sue ni dia buat mcm tu kot, or maybe dr Buang je yang ting-tong sesorang. hehe

John Iverson said...

Ambik je peluang tu sis.... nape nk pikir lg? bukan senang nk dapt... lgpn dh berhempas-pulas km sblm ni... Apapn semoga Allah merahmati apa yg anda buat... don worry too much

aloy_paradoks said...

tahniah beb..

patungcendana said...

kalau berminat buat...kalau rasa tak berminat jangan...aku memang langsung tak berminat untuk buat phd...sebab aku memang tak berminat untuk buat research...hehe...boss dah bising2 suruh buat...aku buat tak tau je...buat masters dulu pun dah separuh mati...huhuhu

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

john - quite difficult utk buat keputusan sebab keinginan tu belom ada. ish!~~

aloy - thanks bro.

teacher - sama la kita. buat final year project pon dh nk pengsan pening-pening lalat. hoh!!~~

Framestone said...

out of topic--> kamu rase sape he..23x (biarkan rahsia he..23x ie baru men keretapi.. kalau die buat permainan LRt cam mne pulak ek... (stesen seterusnya KLCC he..23x)

momentinlife said...

ermm beshnye, dpt smbg phd dr degree.. aku jeles!
xramai yg dpt.. aku dh lama nk smbg master, tp psl dh keje, asyik tangguh je..
klu aku jd ko, aku terima! tp kena tny hati dulu, apa2 yg kita buat, kena dr hati..bru bole jln.. =)

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

moment - hehe. salam singgah. tu la aku pening sekrang. mau keja, kegawatan. mau belajar, xde keinginan. heisshhhh

klu sudah keja, pegang duit, itu la jdnye, ye tak?

adibah said...

Hazerin, bila dah ada peluang, silakan.. bukan senang tau dapat peluang macam ni. Dalam keadaan ekonomi macam ni, lebih baik teruskan study dari start cari kerja. Memang kalau kerja dulu memang akan pegang duit.. tapi duitnya lebih sikit dari yang bakal dipegang 3-4 tahun lagi.. dan mungkin bila dah pegang duit.. jadi malas nak pegang buku semula..

fairuzmokti said...

first, kau sila ingat apa yang aku dah cakap ngan kau masa kita berborak kat pesta konvo itu hari. kalau tak cukup, mari..aku tambahkan lagi kata² semangat atau kata jujur dari aku..haha..

adibah, aku kurang setuju dengan kau..lantak la kan..aku pun nak gak tak setuju dengan kau..aku penah tengok orang belajar dalam tempoh dia bekerja..lagi satu, sapa kata 3,4 tahun lagi kita kompem dapat duit yang lebih dari sekarang? entah² tak dapat keje..mana tau kan..

ah, jangan marah ye..

adibah said...

fairuzmokti,

Aku pun tengah belajar sambil kerja. Alhamdulillah sekarang dah di peringkat kedua :-).

Aku suka kalau ada orang berani kata tak setuju.. maknanya dia yakin dan teguh dengan pendirian..

maksud aku tentang duit adalah.. kalau dengan diploma orang yang baru masuk kerja gaji pokok adalah RM1800 misalnya.. tapi dengan ada degree gaji kau startingnya adalah RM2600.. Kan jauh bezanya tu.. kan lebih besar angkanya.. :-)

hazerin, CHAIYO! CHAIYO!

fararusdi said...

wahhhhh apa lagi.. terimalah!! beshnya kalau dapat peluang macam tue.. rugi kalau tak terima..

fairuzmokti said...

adibah, itu pun kalau dapat kerja la..haha

vidadarisakura said...

fuyo...


budak hebat..















jadi segan la pulak..

ndamo komen la sini lagi..
baca2 jak..

heee

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

vidadarisakura..

aku perlukan komen org cumel sprti kau. hahaha