Geng!

Wednesday, April 15

Syurga. Letaknya Di Mana?

20 Sebab Kenapa Mama Aku The Best Mama In The World:
(ada 1,275,144,152,789,017,425 sebab lagi)
  1. Mama aku masak Nasi Lemak terbaeeekkk di Malaysia. Nasi Lemak siap ada ayam goreng berempah. Perkhh..terbaik! (kepada encik kontraktor, sila jeles)
  2. Mama aku belajar buat Kek Buah, tapi end-up jadik cookies yang menarik (kek buah tak jadik)
  3. Mama aku boleh masak Ayam Masak Pedas yang tak pedas-tapi sedap-dan menyelerakan
  4. Mama aku, kalau dia tengah marah dia akan menggunakan hanya Bahasa Omputih tanpa ragu-ragu
  5. Mama aku tak pernah bayar saman speed-trap yang melambak-lambak dia dapat dan selamba je dia boleh renew road-tax setiap tahun. (Sebab kat Balai Trafik tu semua kawan-kawan dia yang tak makan saman jugak)
  6. Mama aku akan senang terpengaruh dengan rancangan hiburan yang aku minati dan boleh join tengok American Next Top Model sampai habis sambil makan kacang dan kerepek yang tak pernah takde kat rumah
  7. Mama aku boleh drive sendirian Kuantan-Kota Bharu-Kuantan balik hari tanpa mengantuk dan tanpa eksiden (semata-mata nak hantar kawan dia dan beli selimut Toto)
  8. Mama aku hanya ada sijil SPM tapi pernah bekerja di CCM Chemicals Sdn. Bhd. as Marketing Exec. = jaga satu Pantai Timur, dengan selambanya menidakkan semua graduate candidate yang datang dengan penuh bergaya dan yakin dapat kerja
  9. Mama aku boleh layan semua kucing jalanan yang datang ke rumah mintak makan, sampai siap beli Frieskies sehinggakan kucing tu tanpa rasa segan silu keluar masuk rumah mama aku, tak kira masa hanya untuk makan dan lepas tu blah tanpa rasa bersalah apatah lagi ucapan terima kasih.
  10. Mama aku seorang iron woman dan pernah kerja kat banyak company. Pengalaman kerja sangat banyak. Waktu bekerja beliau sangat jaga hati customer dan sehingga sekarang kalau tak dapat layanan yang sebaiknya as a customer, mak aku takkan ragu-ragu sound direct kepada orang tu. (Hambik ko! Sapa suh ko kurang hajar ngn mak aku).
  11. Mama aku bagi makan-pakai yang secukupnya pada aku dan abang aku. Sendirian. Dari sumber yang halal. Dari kecil hingga kini. Tanpa menggunakan alasan yang selalu diberi oleh GRO ketika ditanya kenapa jadi GRO iaitu "Saya kesempitan wang. Saya ada anak-anak untuk diberi makan dan belajar". (Damn u! Alasan bangang! Mak aku boleh je cari sumber halal bagi aku makan smpai belajar universiti, apesal ko tak boleh???!!)
  12. Mama aku boleh boleh masak makanan tengahhari yang sedap dalam masa 15 minit sahaja. Dengan syarat aku takde kat dapur kerana aku akan membebel-bebel sebab lapar dan takut mati tak makan.
  13. Mama aku boleh layan baju bundle satu dua ringgit.
  14. Mama sangat komited kepada kerja, sampai terbawak-bawak dalam mimpi sampai siap mengigau.
  15. Mama aku boleh jaga Arwah Wan (nenek) sehingga akhir hayat + sehingga Arwah Wan meninggal di pangkuan mama. :-(
  16. Mama aku boleh tahan telinga dengan penangan Aki (datuk) aku yang kuat bebel dan banyak songeh. Hahaha. Aki kiut sebab asal nampak je muka mama aku, ada je yang tak kena dengan mama aku tu. Hahahaha. Saja nak menyakat mama, kata aki.
  17. Mama aku boleh tahan dengan adik kembar aku yang selalu gaduh sesama sendiri (padahal kembar) dan boleh terima hakikat apabila adik aku selalu mintak beli pemadam setiap kali nak periksa kat sekolah. Padahal setiap kali mama kemas rumah, mama akan jumpa pemadam, pengorek pensel, pembaris di setiap genap rumah.
  18. Mama boleh tahan dengan perangai aku yang sangat annoying iaitu ketika disuruh kemas rumah, tak buat tapi bila tak disuruh pandai pulak nak buat. Ini hanya contoh kecil. Banyak lagi contoh-contoh perangai annoying aku yang lain. Harap maklum.
  19. Mama boleh tahan dengan perangai abang aku yang lebih annoying dari aku. Sekian.
  20. Mama aku still boleh buat kerja rumah walaupun kat mulut asyik cakap "Kang aku lari tinggal korang, baru korang tau" Hahaha. Nak lari mana, padahal rumah tu rumah dia. Hahaha

Kepada Mama Terbaik di Dunia:


Norhamisah binti Abu Samah
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 44.

Mama, aku ingin kau hidup seribu tahun lagi.
Aku ingin kau selalu ada.



Aku hanya mampu bagi mama ini.
Untuk mama alaskan syurga aku.


20 komen:

momentinlife said...

owh sgt sweet entry kamu... =)
sy pn syg mama sy..

BTW, aku 1st!~

Elsa S said...

akaaaaaaaaak ;) sweet sangat dis entry, rase mcm nak nagiz pun ade tgk kasih sayang for ur mum ;)

& wut a nice gift, she ll for sure gonna love it!

Pekerja Kontrak said...

kim slm mama ko....

mama aku pun pandai buat nasi lemak ok......

tapi paling aku rindu ialah kuih donat mak aku yg superb sedap... kalah senarai2 donat dunkin, big apple mahupun jacko.....

Paan Jr said...

waa.. tidak semena-mena aku rase cam nak balik umah jek..
tapi apekan daye mak aku jauh diperantauan..
oh mama
pulanglah ke umah
masak nasik utk aku. ngehh~!!

adibah said...

Mama aku, kalau dia tengah marah dia akan menggunakan hanya Bahasa Omputih tanpa ragu-ragu <--- gimme 5 hazerin!! :-)

happy bday untuk mama hazerin..

Fairuz said...

poit nombor 10...

kau memang mewarisi sifat ini. aku yakin!! totally yakin..haha

fararusdi said...

two thumbs up untuk entri ini.. schweeeetttt bangat!!!

loves loves loves!!

Sharif John said...

Kirim salam kt Ur Mom k...

a.b geldofg said...

bruntung ko dpt mama yg tbaik...jaga dia ye elok2

Wana said...

Perghh.. best ohh n3 yang nie. Terleke guwe.. mama kamu sangat sempoi..

Kita ngan mummy sangat la tikus n kucing.. X leh dekat ohh sebab beliau sebenarnya lagi ganaz dari wa...

Hazerin said...

momentlife.
thank u. sila sayang mama masing-masing

elsasoraya.
ehehe. menyempat je kakak kamu ni pegi beli adiah di kala study week melanda.

dato' paduka.
wow! donut panas sgt sedap, ok.. best2. bagi aku skit klu kau balik labuan

Hazerin said...

paan.
mak kau pegi mana?

adibah.
gimme ten, diba!! ihik.

Hazerin said...

fairus mokti.
woi! woi! apa ni. jgn la pecah rahsia aku. cehh.mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasik. hoh!~~

aku tak suka diperkotak katikkan oleh orang lain yang tak reti erti budi bahasa. dah keja kau, buat la keja leklok. hahahaha. klu tak reti keja, jgn keja, pegi belaja, sambung PhD. hahahaha

Hazerin said...

fararusdi.
bukti rajin menulis. ehehe. thaks, dear! loves loves loves!~~

John.
okaits.

Ab.
baiklah!! eh, kubur hang tuah sudah ditemui,kan? kan?

Wana.
Ya! Mama aku sangat sempoi, ok.
tikus ngn kucing?? ke anjing ngn kucing? kau bior betul wana. hohoh. aku pon kekadang gtu gak. biasaklah. Aries VS Aries la pulak.

patungcendana said...

re:...berapa banyak ter...la...

lecturer english semuanya terbaik?...sebab kita orang semua psycho...hehehe

Wana said...

tikus dengan kucing la.. xkan aku nak samakan diri aku yang comel n mak aku yang sedikit je comel macam anjing ngan kucing lak.

Aku dah confirm2 nak pilih kucing. Xkan nak bg mak den An... Plak kan..

So, aku kucing beliau tikus.

Sangat bermusuhan kan bunyi nyer

muahahaha.....

Hazerin said...

teacher patung.
hoho. ngaku psyco. i tak ckp apa2. hahaha

Hazerin said...

wana.
owh. aku sudah faham motif kau knapa letak tikus dan kucing. supaya kau sentiasa nmpak comel. kan? ok2 mesej diterima!~~ lalalala

vidadarisakura said...

mau nangis............




aku rindu mama aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



huhu!!!!

Hazerin said...

vidadarisakura.

aku mmg suka buat org nangis.