Geng!

Sunday, May 17

Adik Beradik KRU Sorang Lagi Dah Kahwin

Aku mintak maaf kalau seringkali entri aku adalah membosankan.
Aku tak tahu nak tulis pasal apa.
Aku bukannya scholar yang menulis pasal ilmu-ilmu baru.
Kalau aku menulis pasal building maintenance kang, ada orang nak layan?

Maaf sekali lagi.
Harap jangan bosan ye.


Topik hari ini:
Kenduri kahwin.


Perkara paling happy dan seronok nak pergi adalah kenduri kahwin. Ada orang kata pergi kenduri kahwin boleh cari jodoh. Boleh ke?? Ada orang kata pergi kenduri kahwin boleh jumpa kawan-kawan lama. Ye, setuju angguk-angguk-kepala. Apa yang orang nak tahu dan tengok bila masa kenduri kahwin?

  1. Pelamin
  2. Bilik pengantin
  3. Hantaran - soalan wajib makcik-makcik-dan-semua orang termasuk aku adalah "Hantaran berapa ribu??"
  4. Meja santapan pengantin
  5. Lauk pauk santapan tetamu
  6. Door gift atau cenderamatahati pengantin kepada tetamu

Motif bercerita pasal kenduri kahwin?
Tadi. Member sejati (apakah??) aku kahwin.

Mari bercerita tentang dia terlebih dahulu. Tak banyak pun ceritanya, sikit je.
Aku kenal sejak zaman sekolah SMART dulu. Dia ni pujaan ramai (muntah) di sekolah dulu. Apa ntah yang ada sangat pada mamat ni sampai ramai gadis-gadis yang gilakan dia. Cehh. So not cool la budak-budak pompuan ni. Meh aku senaraikan kenapa Azri Nurudin akan aku ingat sebagai member cool aku sampai bila-bila.
  1. Dia ni adalah peminat KRU yang tegar. Seperti aku (dulu...). Hahaha. Sorry la, beb. Aku nak announce disini. Dulu Azri ni sangatlah menggilai KRU. Hahahaha. Sekarang kalau aku penggil dia adik beradik KRU, dia akan cakap "Shut up, you". Hahahahahahaha. Dah kahwin dah adik beradik KRU yang sorang ni.
  2. Dia ni kalau menggilai sesuatu, dia akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi seperti itu. Mari berikan satu contoh yang benar. Shah Rukh Khan. Pada zaman 2000, 2001 dulu SRK ni gila popular kat sini. Memang aura dia kat sini terkena la tempias kat si Azri ni. Azri, aku ingat lagi ko berulang-ulang kali kata "Muka aku ada macam Shah Rukh x?". Aku jawab, "Ada ke??". Ada la kot sikit-sikit. Hahahaha. Ko siap BELAJAR bersiul dengan jayanya hanya sebab ko nak tiru SRK pnya lagu yang ada siul-siul tu. Lagu apa? Ko mesty ingat lagik niii..sila jangan tak mengaku.
  3. Dia dulu pengawas sekolah yang tak pernah buat kerja pengawas. Hasilnya dia kena pecat. Aku pun tak paham kenapa ko kena lantik jadik pengawas, Azri. Kenapa bukan aku?? Hahaha.
  4. Aku pernah meng'accident'kan scooter kesayangan Azri. Zaman budak2 ni gila scooter, si Azri anak-tokey-Shell ni ada sebijik scooter jugak. Warna putih. Dengan gemilangnya aku telah menterbalikkan scooter Azri kat atas jalan tar baru nak buat kat sekolah dulu. Dengan muka takut aku pergi kat Azri. Azri tanya, "Mana scooter aku?". Aku senyap. "Reen, mana scooter aku. Ko jangan buat muka macam ni. Mana scooter aku?". Aku jawab, "Sorry weh..". Hahahaha. "Apa ko dah buat kat scooter aku wehhhh..?". Pabila datang scooter nya dengan calar balar yang cun, dia senyap dan berkata "What the hellll...". Ko tak mintak ganti rugi pun, sebab ko kesian kat aku, kan? kan? kan?. Hahahaha best2.. Sian kat ko, Azri. Nanti ko dah ada anak, aku belikan scooter mainan kat dia, ek. Hahahaha. Ganti balik. Tapi tak payah la, kot. Ko kan kaya.
  5. Sampai sekarang, kalau aku call je, dengan konfidennya dia akan cakap, "Wehhhh...gemok. Apa cerita?". Dia panggil aku "Gemok" dari dulu sampai sekarang. Cool tak member aku? Cool gile sampai rasa macam nak pijak-pijak sampai hancur je. Hahahaha
5 je cukup kot. Tak payah la banyak-banyak, kan.
Kang banyak-banyak sangat kang bosan pulak.
Belom lagi aku cakap pasal senarai Girlfriend yang dia pernah cekup.
Apakah??
Ya senarai. Senarai panjang. Hahahaha.

Ok, beb.
Entri ini khas untuk kau!
Kenduri kahwin ko sangat cool jugak sebab buat tema Warna Shell, kan?
Aku tau la ko anak tokey Shell, tapi agak-agak la. Hahahaha.
Masa ko bersanding tadi, aku macam tak pecaya pulak buaya mcm ko kahwin dulu dari aku.

Tapi
Aku cukup yakin Azri akan kekal dengan perkahwinannya sampai bila-bila.
Jangan mati cepat, Azri.
Rugi je duit mak bapak ko buat kenduri tadi.

Selamat pengantin baru.
Gemok ko ni akan doakan ko bahagia selalu.
Tapi kena bayar lah! Hahahaha


Ok2. Jom nengok gambo.

Pengantin lelaki @ Azri.
Masih lagi bergambo gaya tak senonoh @ pondan.
Cess la ko ni

Beauty and the Beast.
Hahahaha.

Old friends.
Sweeettttt!~
Baju kuning = Teacher Ainna.
Happy Teacher's Day, awk.


Sekian.
Thanks for reading.

Dulu masa sekolah, kawan-kawan panggil aku Chyna.
Sila google untuk tahu dengan lebih lanjut.

21 komen:

Paan Jr said...

wahhh..
sume dah beso panjang.
ko lak bile?
ekekekeke
ke dah niy?
ooo
xajak!
hahaha

Hazerin said...

belom...belom.. jgn risau. nnt aku akan war2 kan.

joegrimjow said...

hee
da manteppp

Sharif John said...

Kawan sis ni betol jambu la... memang la ramai pompuan cair... ntah2 laki pn ada yg cair x? HAHAHA
Sis bile nk naik pelamin ni? hehe
Apapn, Selamat pengantin baru kt dia... semoga kekal sampai ke anak cucu.

amu mejie said...

hak2..SRK tu. muka heavy jerk..he~ papepon mmg cool la dia..dey.. sivaji the bos..cool!..he~ gomoks? hak2...

momentinlife said...

weeee chomel!!! aku suka entry yg tulus mulus mcm ni...=p

*aku xkn tny hantaran weh..melainkan klu membe rapat or kazen2..

*ko notice tak 'telur' org kawen sedap? even telur ayam rebus cm biase je... tp sedap kan?

Hazerin said...

joegrimjow.
manteeppp..


johniverson.
jambu. jambu air. ada je kot laki yg berkenan. sib baik normal. hahaha


amumijie.
ye..gomoks. hehehe.

Hazerin said...

wafa@momentlife.
entri tulus mulus? ye ke? hahahaha.

*aku selamba je tnya hantaran, peduli apa aku. hehe

*a'ah. best2. kumpul byk2, pastu buat sambak telur. erkk.. best2. air sirap kenduri kawin pun best gile.

Fairuz said...

pouint no. 5. memang tepat giler!! haha..kau dah memang dari zaman skolah macam tu agaknya..

chyna eh. mungkin sebab kau ni garang sangat kot...haha...

Aloy Paradoks said...

gua kalau pergi kenduri kawin,, boleh cari makan je.... jodoh tu jauh sekali.... sbb makanan je yg ada.. jodoh entah kemana menyorok.

kueh bakar said...

ko ada hati jugak skit2 dgn dia kan...
he he he..
tak mengaku pun takpe..
aiman x kisah
:P

Hazerin said...

FAIRUZMOKTI.
ya..aku ngaku aku gemok... sob! sob!


aloyparadoks.
mknan kenduri pon best! sbb free.. weeee...!~~~


kueh bakar.
bukannya taknak mgaku, tapi mmg takde pon perasaan padanya. padanya?? ayat apakah??

momentinlife said...

sila kawen dlm masa yg terdekat..
sbb
tetiba aku trsa nk mkn telur rebus + sirap kenduri kawen ko..

=p

momentinlife said...

Slamat Pagi beb!
rsa bosan plak.. =p

Hazerin said...

momentlife.
aku bukan xmau kawin, aku just takmo langah bendul ko jek. hahahaha

gud morning jgak.

Aloy Paradoks said...

mana free ?
salam berduit jugak

Pekerja Kontrak said...

wah ko dah setat cerita kawin2 ni.... pe kes...???

a.b geldofg said...

ko bila lagi?

Hazerin said...

aloyparadoks.
aku tak bagi duit. eh, boleh ke x bagi duit??


masri.
sajaaaa. lalalalala.


a.b geldofg.
lambat lagi.

Azri.Nurudin said...

aku ade 2 soalan.
1. knp gamba kawan2 takde gamba mimie
2. knp hadiah ko kasi same ngan mimie
3. aku nak gelak je .,..hahahahhaha

cite2 lame tuh biase la tak matang lagi... tp skrg da macho... video ngan gamba da siap wey kalau nak tgk laaaa tapi bile ade gamba ko je... abis block smue org... adoi payah tol...

Azri.Nurudin said...

kau ni bole jadi penulis novel la gmok... simpan lagi tak drum set yg aku kasi kau dulu