Geng!

Sunday, May 10

Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu??

Aku hampeh.

Lama jugak aku tak bukak blog ni. Aishh.. Aku sudah kembali ke negeri tempat tumpah darahku, kawan-kawan. Tempat ini tiada apa-apa, tapi tempat ini ada semua siapa-siapa yang aku sayang bangat. hoh. Sementelahan dengan itu (ayat sastera apakah??), aku pulang jua akhirnya. Ke sini. Tempat ini. Kuantan. Siapa tak tahu Kuantan dimana, sila mati cepat. Hahaha.

Malam-malam sebelum balik tu, aku buat-buat macam bilik aku bersepah sakan sampai tak leh tido dalam bilik aku. Motif = supaya aku leh tido dengan kawan-kawan terchenta. Hahaha.

Penat woi mengemas barang. Agak muat-muat je barang-barang diatas, dalam kereta kancil comel abang aku tuh.

Berat jugak la rasanya mahu tinggalkan tempat aku mencedok ilmu tu, tapi apakan daya aku, UTM tu bukannya leh duduk2 free2 macam gitu aja. Orang dah suh blah, tak blah2 jugak, mahu kena halau?? Ceh.. Beratnya hati nak berambus dari UTM tu. Beratnya lebih berat dari berat badan aku nih. Hoh.

Teman-teman sudah balik. Tak semua. Aku yang keempat pulang ke rumah

Pertama = Ida (Aku = nangis)

Kedua = Suhaila (Aku = Melalak)

Ketiga = Zila (Aku = Sebak)

Keempat = Aku
Yang menghantar aku ke kereta, Majihan, Masturah, Ila, Diana. Peluk-peluk kuat-kuat macam takkan jumpa lagi, cium-cium pipi dorang, peluk-peluk lagi, nangis-nangis sakan. Majihan pulak cakap, "Yang, aku tak confirm sambung tau.." Aduhai. Mcm nak mati dengar. Aiyaakkk!!

Aku...?? Tak payah cakap la. Dari UTM sampai Kulai, aku rilek je. Aku selamba jek. Selamba. Tak masuk highway. Bosan. Start kat Sedenak, aku dah start sedu sedan. Hahahaha. Sampai Segamat, hujan plak. Cess...memang merembes habis. Lawak2. Tak sia-sia la Masturah bekalkan aku tisu satu kotak.

Sebab = Aku nengok jam, aku siap-siap dah bayang "Kalau time ni..aku mesti tengah lepak2 dalam bilik dengan......" atau "Kalau time ni.. aku mesti....ngan diorang..".. Syahdu syahdan le kau, Reen..

Aku mintak maaf.
Tak sempat jenguk-jenguk blog kamu-kamu.
Esok ye.
Esok aku Qada' Blogger.
Hahahaha

21 komen:

a.b geldofg said...

wah ko ni jgn sedih2 ye
aku ada utk gmbira2kan ko

prettyrain said...

btui-btui. a.b geldofg ada untuk ko.
hehe.

just keep in touch with them walaupun keadaan tak sama mcm dulu.

aloy_paradoks said...

jika member sejati leh jumpe lagi beb..

momentinlife said...

waaaa... teman sejati tul ko nih..
aku xnangis pun dulu.. kikiki

*ermm btw, selamat menjadi gadiz kampung kembali.. bosan2 turun la lanchang.. leh tgk gajah sesama.. =)

fararusdi said...

sedihnya..!!
tanak abes belajar lah kalau macam nie :((
mesti rindu banyak sangat benda yang owez buat ngan kawan2.. huuu..
takleh bayang betul!

Elsa Soraya Othman said...

huuu.. dah balik umah eh ;( sedeynye. dah start haluan hidup masing masing ek. do keep in touch lah wif all of em k :D

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

a.b geldofg
wahhhhhhhh. betul ke? sila nyanyikan sebuah lagu utk aku. hehe



prettyrain.
baiklah....klu kedit ada, bru leh calling2.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

aloy.
pasti.


momentlife.
kamu keja perhilitan ka?? waahahaha. mau jmpa sedar jauh aku = si gajah

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

fararusdi.
kalau boleh blaja je..dan smbil blaja leh dpt duit, kan best... kan? kan?



elsasoraya.
ok sue. :,)

Anonymous said...

Reen...
Aku sudah kembali ke pangkuan parentsku...
HEEE...
kamu juga kan....
Teringatkan time2 tghari mcm ni aktiviti bdk2 KTF buatpe....huhu
cedihhh...
Ko nye entri kali ni memang terharu aku baca..
Teringat masa balik aritu..
Newey, wish u were happy2 selalu kat Kuantan tu....(aku xleh mati lagi kan...coz aku tau kat mane kuantan....lalalalala)

John Iverson said...

Barang perempuan mmg banyak ek? hehe... kene pakai lori ni... huhu... Kamu sedih kejap je ni... nnt 2-3 hari lg ok la tu keke

Anonymous said...

~~yanadiana~~
sayang kat ko reen.....
aku sebak sgt...tgk kawan2 balik satu demi satu...
air mata???
fuh....x yah cakaplah....
aku rindu kawan2 kite...
aku rindu sgt....

Wana said...

Wah... best la ble rilek2 ekkkk... Jelex nehhhh...

momentinlife said...

perhilitan?
no la.. aku ade bela gajah 2 ekor kt blakang umah.. =p

aloy_paradoks said...

ya.. pasti.. member sejati tetap bersama kita ke akhir hayat..

_ToMaToMeI_ said...

Reen...
Windunya dekat kamu...
Aduh...mas msg ila tadi tanya nak pesan makanan tak...nak tgk matahari same2...aduh tingat sangat2 kat korang...

take care ya...
ila tgh tgk matahari nih..
daaaaaaaaaaa....
Miss U so Much....

kueh bakar said...

betol john...
pompuan punya brg byk gile...
kalo laki beg sandang besar dah cukup...

perempuan?
tisu?
adik beradik la tu..
:)

fairuzmokti said...

aku pun nak nangis gak la camni...hahaha...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

anonymous.
jgn mati duluuuu...hehe


John.
mana ada..mana ada byk pun. skit je tu (taknak ngaku)


yanadiana.
mish u 2 3 4 5 6 7 8 9 10! hhe

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

wana.
ye. sila jeles. aku mmg niat nk bg kau jles


aloyparadoks.
amiiinn...mau jadi mber aku? hahah



momentlife.
bela gajah?? bak sekor!

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

tomatomei.
ila!! mas mmg jahat. reen pun kna gak ngan dia ariu. cesss!


kueh bakar.
mana tau ni? hati pompuan yg mcm tisu.. tu sbb la laki senang koyakkan. eh eh..apesal aku emo ni? hehe


fairusmokti.
shut up,u!!!