Geng!

Thursday, May 14

Siri Bercakap Dengan Kucing

Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, bosan bermakna sudah tidak suka lagi, jemu, boyak. Boyak?? Lantak! Yang penting sekarang, aku sudah boyak duduk di rumah. Kejemuan, kebosanan ini disebabkan aku telah menjalani rutin yang sama setiap hari (padahal baru 1, 2, 3, 4, 5 hari duduk kat rumahku syurgaku ni).

Rutin yang sama:

  1. Bangun pagi
  2. Lepak depan TV
  3. Cari makan kat dapur
  4. Makan
  5. Masuk baju dalam mesin, basuh
  6. Tengok TV
  7. Baring-baring dengan kucing hampeh ni
  8. Angkat kain di jemuran
  9. Sidai baju yang basuh tadi
  10. Lipat baju yang angkat tadi.
  11. Basuh baju lagi 2nd round.
  12. Sapu-sapu sikit. Mop malas
  13. Tengok TV
  14. Sidai baju lagi
  15. Makan. Minum. Makan lagi. Minum lagi. Minum.
  16. Makan aiskrim
  17. Pergi dapur, kemas pinggan. Lap dapur. Cari kerepek. Hahahaha
  18. Angkat baju
  19. Tengok kotak anak kucing, bawak lari anak kucing sambil dikejar mak kucing
  20. Bengang sebab mak kucing ambik balik anak dia.
  21. Lepak depan TV
  22. Agak2 dah petang, angkat kain-lipat-simpan
  23. Tengok TV
  24. Ambik anak kucing letak dalam poket seluar, bawak lari.
  25. Mak kucing tak perasan
  26. Gelak kuat2 sambil ejek mak kucing pastu kena kejar lagik. Hahahaha
Dah la.. itu aje la setakat ini. Yang wajib seperti mandi dan solat tak payah cerita la. Poyo pulak nanti.


Kalau la mak kucing ni boleh bercakap, mesti beliau dah maki hamun aku.
Eleh, cakap banyak tak guna la kau, kucing. Kau lapar, kau cari aku jugak! Cis! Aku nak main dengan anak kau pun, kau berkira dengan aku, ye!!

14 komen:

joegrimjow said...

HEK
anak buah yekk

Dato Paduka Masri said...

hahahahahaha...

ko bosan eyh...

amu mejie said...

raWw~ kena gigit baru..he~ kalo lama lagi kt umah tu..mmg btukar jd x-men la kucing wak tu..he.. chumel jadual harian wak tu..he~

k selamat bercuti n selamat mengabehkan boreh k...

John Iverson said...

Ala... comelnya... anak kucing xleh main sgt la sis... nnt mak die x mau dh nnt hehehe

momentinlife said...

klu aku jd ko..
hilang dh hidung aku...
heheh

prettyrain said...

alahai, comelnya anak kucing tu.
tapi kesian la kat mak kucing tu. nak kena exercise kejar-ngejar dgn kau. huhu

p a a n. said...

kehkehh..
kuar laa g jenjalan kee
basuh beskal ke..
haha

a.b geldofg said...

nak aku hilangkn bosan ko?

en_me said...

poyo ke boyak nih.. ehehe, salammms

aloy_paradoks said...

nasib baik lu tak poyo sgt,,, ada orang nak sign out g solat pun gitau semua,,,, poyo kan? takpela,, maybe die ada ramai member siber...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

joegrimjow.
anak kucing. hahahaha


datopadukamasri.
sangat


amumijie.
selamat duduk jauh d negara org. hehehe

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

johniverson.
hehhe.mak kucing ni gayat ngn anak dia. ular xdpt lagi...men anak kucing dlu la.. hehe


momentlife.
hilang hidung ko ke, hilang hidung kucing??


prettyrain.
sengaja. aku perlu exercise

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

paan.
takot. sekarang byk perogol. hahahaha. alasan malas.


ab. geldofg.
sila lah nyanyikan sebuah lagu


en_me.
boyak.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

aloyparadoks.
ye la agaknya. dia sorang la yg semayang kat dunia ni. hahahaha