Gila lama aku tak update.
Blogger ini sangat mencemburui aku. Aku tak boleh bukak blog aku sendiri. Hanya boleh bukak beberapa blog melalui Dashboard, itupun kadang-kadang sengal habis (macam nak suruh aku tutup akaun Blogger dan fokus kepada study je..hohohoho)
- Setiap hari bangun pagi menghadap muka rumet cute dan berborak-borak tanpa risau kan kelas. Mungkin sebab kelas aku hanya disebelah petang tapi direct 4 jam setiap sessi kelas. Haihhh...bukan menyesal amik taught course, cumanya:
- Kelas pertama : Masuk kelas muka penuh bersemangat, dengan azam baru (awal lagi) mau tuntut ilmu yang lebih. Alih-alih Prof Madya yang terlibat hanya memberikan assignment dan kelas tamat dalam masa 15 minit. Sabar. Tenang. Senyum.
- Kelas kedua : Masih bersemangat. Jadual kelas pukul 4, jam 3.30 sudah ready (biasanya 15minit terakhir baru terhegeh-hegeh nak ke kelas). Masuk kenderaan yang ditumpangkan rumet, sistem pesanan ringkas menerjah masuk ke HP. Kelas dah habis. sepatutnya kelas start pukul 2. Terima kasih daun keladi, wahai Prof Madya satu lagi. Peratusan semangat sudah menurun. Dalam hati, "Siapa yang buat jadual hampeh ni?"
- Kelas ketiga, bersama Prof Madya no. 3, kawan-kawan. Bergegas-gegas aku bangun-pagi-lepas-subuh -tak-tidor sebab kelas start pukul 8. Peluh mengalir macam air paip, jalan laju gila seperti boleh kurus dalam waktu terdekat ni. Samapi-sampai di kelas berkenaan, Prof Madya belum sampai. Tunggu. Tunggu. Satu jam. Jam kedua, dia sampai ke pejabat. Seorang kawan pergi jejak kasih. Hasilnya, "Ohh.. saya memang tak mau buat kelas hari ni...". Korang rasa sampai mana tahap semangat aku ketika itu?? Huhuhu.
- Kelas keempat. Pensyarah tanpa jawatan Prof Madya. Nadzri namanya. Sangat best kelas dia sampai aku tak bosan, mata cerah je walaupun kelas 4 jam direct. ketika ini, tahap semangat aku berpusing 360 darjah selepas sang pensyarah menyogokkan satu percutian ke pulau lagenda. "Kita nak duduk sana 7 hari 7 malam pun takpe..". Ternyata masih ada yang sayang. (Hahaha...tetiba jek. Nak jugak ayat jiwang karat).
- Kelas pertama : Masuk kelas muka penuh bersemangat, dengan azam baru (awal lagi) mau tuntut ilmu yang lebih. Alih-alih Prof Madya yang terlibat hanya memberikan assignment dan kelas tamat dalam masa 15 minit. Sabar. Tenang. Senyum.
- Minggu pertama, student Post-grad disogokkan dengan seminar sana-sini oleh Professor jemputan dari australia. Nasib baik muka adalah boleh tahan, suka senyum, dan input ilmu yang banyak. Yang paling menarik, akhir seminar disogokkan dengan makanan boleh tahan.
- Rumet sangat best. Nurul Syakima namanya. Orangnya kecil sahaja. Terengganu mari. Selang satu hari mesti layan aku masak megi campur telur sambil main Monopoly di laptop seorang teman (namanya pun student Real Estate). Lepas makan dan main, tidur.
"Aku tak tau ye, Ima. Akhir study ni, samada aku jadik kurus cam ko, or ko jadik gemok macam aku"
Pernah aku kelam kabut pergi kelas, tak kemas katil. Balik-balik je dari kelas..clear. Fuhh..segan plak aku, beb. - Laptop cinta sayang intan payung aku ini adalah terlebih manja sampai selalu lembap, mampus dengan sendiri, dan Firefox tak boleh bukak. Aku sudah sogok dengan cooler pad baru pun tak mau jugak. Rasa mau campak je dari tingkat 3 kolej kediaman tersayang aku ni. Aku sabar. Lepas berhari-hari melepak di makmal komputer fakulti, aku risik-risik pada brader Computer-Technician-suka-senyum.
"Pandai format laptop tak?" - Aku tanya satu soalan kurang pandai
"Mesti la pandai.." - Brader
"Tolong format laptop saya..tambah ram..bla bla bla.., boleh?" - Aku
"Bolehhhh.." - Brader
"Upahnya macamne?" - Aku. Takkan nak mintak tolong bodoh je, kan?
"Dunhill 14 la" - Brader
"Laaa..apa barang Dunhill 14, bro. Dunhill 20 ar.." - Aku
"Pun bolehhhhh.." - Brader
Persetujuan dicapai, tapi laptop belum hantar sebab malas jalan kaki pergi fakulti. Hahaha. Isnin la. (Aku tak guna suara lembut-lemah gemalai, ok. Menurut Wafa, suaraku adalah kasar. Huk Huk..)
Sekian saja laporan dari saya untuk minggu pertama.
Semoga berjumpa lagi.
Aku belajar by course aja.
Teacher!!! Sudah jadi macam u. Tak suka buat research.
Ayookkk!! Tak tau..
25 komen:
Sangat comel!!!! suka la entry kamu ni... my life plak asyik kene marah je... bosan... rasa mcm tersuka kt kamu plak... hahaha
alamak... john dah tersuka kat hazerin lak.. ahahaha...
nways... aku tinguk ko penuh dgn aura positif ja.. i like.. ehehe..
huk3..
minggu first duduk kat bilik je...
minngu sec baru stat masuk kelas..
Selamat datang ke duna postgrad, reen. Semua itu adalah perkara biasa untuk postgrad!! Sesuka hati ada dan tiada class..huhu
kau grad je nanti...dah gemuk...asyik malas jalan kaki je..hahaha...
John.
Ayookk..tak tau. kna marah pun perlu senuym.. suka?? suka la... sbb suka itu universal.
Jard.
positif? mo tengok aura negatif aku?? hahahahaha.
azuan.
undergrad kat sni sudah msuk kelas.
kak diba.
hohoho. tu la kak. sbg pelajar, sy redha.
fairuz.
hampeh lu, apai. gemok2 pun xpe. cukup mkn dan kasih syg.. hahahaha
kakak!!
rindu gila!!
fara tetibe dah takde mood nak blogging skang. tak tau apesal?
btw like like like gila entri nie.. =D
terus dapat idea nak bakar UITM gak!
hahahha
ko bg upah brader format laptop tu ngan dunhill??
dia mati dek dunhill upah ko tu,
da xda sapa nak format laptop ko lg.
padan muka
tsk tsk ;( saya juga ada masalah tak reti nak format laptop. hehehehehe.
biasela propesor mania, bz sokmo.
fararusdi.
adik!!! rindu jgak. kak kamu ni kurang dya upaya utk update. hehehe. bakar UiTM!!!! bakar UTM!!! hhahahaha. nnt kita sma2 mkn biskut kering cicah air teh o tawar dlm lokap.
azman.
mati?? ayokk.. xtau...ala, tak pe kot..sbb selama ni dia isap rokok x mati pun.. hahahaha.
elsasoraya.
kita student real estate..boleh blajar ke nk format laptop? spa nk ajar? Dr norhaya??? hehehehe
Sila cepat datang langkawi...
Tak sabar...tak sabar...
mr dr. apai yang ajarkan format laptop wahai dr. hazerin dan dr. soraya...kahkahkah...
tipoo orang!!!
ni sambung Masters ni!!!
menci2~
huh? sgt chomel?? manade!!!
sgt merapu!!!
wakakaka
rutin student mmg cam tu la dik...akak pun dulu cam tu..bz je memanjang..mengalahkan PM ..hehehe.
tomatomei.
ila...nntkan kehadiran rin. waahhhh gitu.
Zara.
Hehehe. kau pecaya ke msa akak ckp extend tu hari, dik?? adoi..mna leh extend. buat perabih beras je extend study.. hehehehe. UTM tetap d hati..
apai.
cehh.. ko format laptop upah x agak2. nk kenny rogers bagai. cesss..
momentinlife.
merapu pun merapu la, wafaaa.. janji ber'update'. hehehehe. aku x comel ka?? adoi..
DaliaLiyana.
ye kak...student life mmg merungsingkan.
comel la :)
john.
dh ni john mna plak ni.. hehehe..
http://jardness.blogspot.com
sila lawat lagi..ehehe..
" Nasib baik muka adalah boleh tahan, suka senyum, dan input ilmu yang banyak. Yang paling menarik, akhir seminar disogokkan dengan makanan boleh tahan."
-statement ni memuntahkan semangat wa!
-lu memang suka sogok?
jard the great.
pasti!!!
orglidi.
semangat kau n aku adalah berbeza. ko suka ke dgr seminar spanjang masa....setiap hari dan perut berlapar. aku sggup attend seminar tu pun dah seribu rahmat.
aku pemalas, dan mungkin ko rajin. tahniah sbb ko tak suka disogok.
Pernah aku kelam kabut pergi kelas, tak kemas katil. Balik-balik je dari kelas..clear. Fuhh..segan plak aku, beb.<---ayat x leh blah..padahai segan 2 3 saat ja..pada saat ke-4, anda mesti berasa tidak segan lagi kn?
Sis, n3 ni best r bca..pandai no hg karang ayat, mcm budak mrsm bitara yang BM dapat A1 di setiap semester plak..haha..xtaw lak suerayap ada membe yg lg pandai karang ayat dr blog dia..haha..i'll bookmark it..
1 g, selamat datang ke dunia postgrad!..
hazerin....rindu!!! bile mau YM nih????
Post a Comment