Geng!

Friday, January 15

Pengalaman Dihalau Keluar Oleh Cikgu

Ini ada satu cerita zaman dulu tentang aku.
Zaman sekolah-sekolah.


Aku tak malu akui yang diwaktu zaman sekolah aku, aku bukan student yang baik. "Sudahlah, Reen. Sampai sekarang pun kau bukan student yang baik harap terima dengan tabah kenyataan yang pahit ini".

Eh eh. Diam!

Waktu mula-mula aku diterima masuk ke sekolah terbaik Negeri Pahang lepas darjah 6, semangat berkobar-kobar nak belajar bersungguh untuk maintain result cemerlang UPSR.

Form 1, aku baik. Baik yang biasa-biasa saja.

Form 2, masih baik. 'Baik' sangat sampai jadi penolong ketua kelas. Senget betol budak-budak ni pekena aku pegang jawatan tu. Nak tak nak kena jadi baik, walaupun tak berapa baik.

Form 3, baik sikit. Nak PMR. Itupun tak berapa baik sangat. Lepas PMR, ponteng sekolah keluar ikot longkang dengan budak-budak senget Tingkatan 3 Berani. Semata-mata nak pergi makan kat luar. Masuk longkang, sangkut pulak sebab berat badan berlebihan. Jadi bahan kena gelak je. Bongok punya Asyraf Moin.

T_T

Punya 'baik' perangai aku, PMR dapat 4A 4B sedangkan orang lain semua boleh 8A 7A pergi MRSM bagai. Padan muka aku balik rumah melalak-lalak menyesali keadaan yang lepas. Huh!

Masuk tingkatan 4, aku masih di SEKOLAH TERBAIK NEGERI PAHANG. Syukur! Tak masuk kelas sains, pergi tempah maut masuk kelas kemanusiaan ambik ekonomi akaun semua benda alah mengira-ngira, tak sedar diri yang awak tu tak suka matematik. Lepas tu, kena juga ambil AddMath, nak cukupkan 9 subjek untuk SPM. Sadis betul. Dah la majoriti budak 3 Berani-mati masuk kelas tu. Memang tempah maut.

Nak dijadikan cerita, kelas AddMath aku ni diajar seorang guru berpengalaman luas, pakar segala matematik lah. Cina dialek Tengganu tak leh blah pekat gila. Suka sangat cabar student, "Kalau awak taknak belajar, awak punya pasal lah eh. Bukan masalah saya dok?". Buat orang sakit hati je. Lepas tu nak cakap, "Kalau awak fail, doa banyak-banyak pun tak guna ehhh". Diam la, cikgu. Saya tau lah saya salu sangat dapat markah kurang daripada 10 untuk subjek cikgu. Jangan remind banyak-banyak kali, boleh. Sedih saya.

Hahhahahaha.

Satu hari tu, aku lambat masuk kelas dengan member-epal-dalam-poket, Naf. Lambat sebab tunggu karipap panas kat dapur kantin, nak bawak masuk makan sambil belajar. Buruk laku. Buruk lantak. Masa naik tangga kelas tu, cikgu dalam kelas lain dah tengok pelik. Kami dah takut-takut nak masuk kelas. Sebagai seorang gadis macho, aku ajak je Naf masuk kelas. "Buat selamba", kata aku. Gila, dah la masuk kelas dengan plastik karipap di tangan.

Ketuk pintu. Aku masuk dulu, Naf dibelakang.

"Awak tau dok sekarang pukul berapa ni?", Cikgu Lau bertanya sambil tangan tulis rumus matematik, muka pandang kitorang. Hebat tak hebat. Gila.

"Tau. Sori cikgu, kitorang terlambat sikit", aku tolong jawab bagi pihak kami.

"Lambat sikit apa eh. Saya dah mula kelas ni. Awok keluor je lah dari kelas ni eh. Tak payah masuk kelas lah eh", Cikgu Lau sambung tulis rumus, tangan belah kiri, tangan kanan tunjuk pintu.

"Ok", aku jawab. Kaki dah langkah nak keluar.

Si budak Naf ni tercongok lagi kat situ. Buat degil pulak nak masuk kelas. Eh eh. Cari pasal. Aku tarik tangan dia, sambil berkata, "Cikgu dah halau, tunggu apa lagi. Blah ah".

2 jam jugak lah kitorg merayau-rayau satu SEKOLAH TERBAIK NEGERI PAHANG tu. Kalau ada cikgu tanya, "Kenapa berjalan-jalan ni? Takde kelas ke?"

"Kena halau"
Jawapan senang.
Tak perlu buku rujukan.


Macho gila, kan.

13 komen:

Masy said...

jujur lagi telus. wpon jahat tp jangan menipu. hahaha

StingRay said...

demmit....apahal aku tak pernah rasa pengalaman macam ni dulu?


gila skema aku ni.

~0~ said...

ish ish....nakal jugak ye

Jard The Great said...

oit.. blog esoksemalam tuh apsal letak kat bhgn boys? die gals la.. ahaha

sI tEDI said...

pernah kena halau hostel! :)

nafhatun athirah said...

haahaa...
rindu kt k0 la babe..
jht bet0l kite dulu kn?

mael.. said...

slm ukhuwah..

Firol said...

err..selalu gak berlaku..biasanya kalau dah halau, lari truslah

Anonymous said...

Kalau tringat zaman2 skool dulu mesti nk tgelak...msih dlm proses tumbesaran, mcm2 bnde nk try...Cepatnye mse blalu!!!


Slalutumpanglalu @--^---

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

kak masy.
saya budak baik, kak.



stingray.
aku mmg dah agak kau mmg skema, jamil. hehehe


~0~
biaseeeeeeee

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Jard.
saja. aku dr awl lagi dh silap ltak. pastu mlas nk alih. hehehe


si Tedi
lagi dasyat! fly fm ke?


nafhatun athirah
YA!! AKU BANGGA YANG KITA SANGAT JAHAT DIZAMAN SEKOLAH DULU..
mish u tu, beb

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

mael.
slm ukhwah


firol.
cikgu2 mesti slalu byk sabar ngn student mcm ni, kan. sakit jantung x?


anon.
yeahhh.. time flies...

Anonymous said...

hahahahahaha.
sume org ade memori ngn cekgu lau kesayangan ok :p

aimi