Penipuan dimana-mana sekarang ni. Anak tipu mak, suami tipu isteri, isteri tipu laki, menantu tipu mak mertua, jiran sebelah kanan tipu jiran depan. Itu belom ambik kira tipu syer syarikat juta-juta lagi.
Aku pun selalu jugak tipu bapak aku. Mintak duit extra konon-konon ada seminar, padahal aku melencong pergi berbimba dengan kawan-kawan. Kalau aku yang anak tak habiskan duit bapak, siapakah lagi yang lebih layak, kan? Ah, aku rasa bapak aku pon tau aku tipu dia.
Itu lain cerita. Ni aku nak kisahkan yang aku hampir-hampir kena tipu. Bukan sekali, tapi dua kali melalui cara penipuan yang sama.
Aku dalam kelas waktu kejadian ni berlaku. Henset berbunyi. Private number, aku syak kalau private number ni mesti Mom aku di Kajang. Bergegas aku keluar.
"Hello, mom", jawabku yakin.
"Hello, Selamat sejahtera. Saya panggilnya daripada Menara Celcom"
"Ye. Ada apa hal"
"Saya ingin maklumkan yang simkad Cik sudah memenangi cabutan bertuah daripada Celcom"
"Sejak bila pulak aku letak simkad aku dalam kotak cabutan bertuah korang"
"Bukan ya cik. Kami cabut melalui sistemnya. Simkad ini sudah memenangi wang tunai Rm15,000. Sekarang minta cik berikan nombor akaun dan pin nombornya sekali"
"Aku mana ada akaun bank. Duit pon takde"
"Kami cek disini, cik ada akaun Maybank. Minta nombor akaun dan pinnya supaya kami bisa masukkan wang kemenangannya, Cik"
"Ok. Nombor akaun aku 999. Hei, korang ni takde kerja lain ke haa? Ko ingat aku bodoh ke"
"Betul ni cik. Saya ngak main-main"
Aku letak telefon, buang masa aku je. Selang 2 minggu, diulang panggilan yang sama. Juga aku dalam kelas waktu tu. Introduction sama, suara yang sama, tone suara yang sama, slang yang sama. Bila mana dia katakan simkad aku menang cabutan bertuah, aku jawab ini.
"Korang ni, dah la duduk negara orang, nak buat perangai puaka kat sini pulak. Ni sejak bila pulak aku daftar simkad aku kat Celcom Indon?"
Bezanya kali ni, dia yang letak telefon.
Reti pon bahasa 1Malaysia.
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago