Aku ni cepat lalai, leka terutama dalam kelas. Biasanya dalam sejam pertama je aku mampu bertahan. Bertahan disini maknanya menumpukan sepenuh perhatian dengan melihat muka lecturer, dan kata-kata dia, sambil mengangguk-angguk tanda setuju atas apa yang dibincangkan. Time tu, nota tulisan tangan, tak payah cakap. Memang lengkap. Warna-warni lagi.
Itu jika menumpukan perhatian.
Masuk jam kedua, mata melilau-lilau. Pandang member belah kiri, mintak cermin. Semata-mata nak tengok mata. Takot-takot terkeluar sebab lama sangat tenung lecturer. Dah pulangkan cermin, mintak gula-gula pulak. Naik tension orang tu. Selesai kacau orang sebelah kiri, tendang kerusi orang depan, mintak laptop. Bukak laptop, baca paper online. Lecturer depan mungkin tak perasan sebab mata aku tukar-tukar. Kejap tengok laptop, kejap tengok dia. Tangan tulis nota yang bukan-bukan, yang takde kaitan dengan subjek. Cekap tak hengat.
Dah bosan baca paper, off laptop. Ambik angin kat luar. Oh, tetiba insaf. Cepat-cepat masuk dalam kelas semula. Fokus. Fokus. Fokus. Lecturer yang ini pakar statistik, pakar research. Nama subjek pun Research Methodology kan.
Dia berpesan, "Kita sebagai pelajar ni, jangan malas nak menulis. Sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Ini ada pelajar tu, 6 bulan buat research satu muka surat pun tak ditulisnya. Marah betul saya".
"Student-student ni, kalau nak dibandingkan menulis secara ilmiah dengan tulis SMS, lagi banyak SMS saya rasa. Cuba kumpul SMS dalam henfon tu, berapa muka surat dapat"
Dan-dan tu lah henfon aku berbunyi, tanda mesej masuk.
"Hah. Kalau tak percaya, tanya Hazerin tu"
Aku jugak yang kena!
Istighasah, boleh ke tak?
2 days ago
15 komen:
.bl bc blog awak nie.
.teringat cite yang lebih kurang ngan awk.
.time tue tutor.so000 dah xlarat mata nie lihat lecture tue so000 kua jap.
.konon2 abik angin.
.sblm start kelas lecture dah warning"tlg tumpukan perhatian pd pengajaran sy arni.pd mereka yg ada hp sgt mahal tlg offkan".
.tetiba time msk kelas.hp sy berbunyi.OMG terus lcture perli sy
"hp ANUM sgt mahal".
.waaaaaaa........malunyer.
.=].
ape barang syg2 lecturer ni,hehe
Penyakit yg serupa ngan nazz..dr dulu smpai sekrang..cam tu la..
sapa sms ko tu?
bkn akukan?
hikhik
mesti bkn akak yg sms tu. kompem! hahahaa
tunangan sms ke??? kakakkakakakakaka
hahaha.... hahaha... hahaha... terbaek la hazerin... macho la
edura.
kebanyakan student penah alami ni, kot. hehehe
triple x malaya.
brg baekkk.. hahaha
nazz.
student 'baik' mmg mcmtu.. kan kannn
wafa.
bukan. bukann..
masy.
pun bukan!
masri.
bukan lah. lecturer sorang lagi msg aku. hahahaha
john.
hehehe. budak baik..
ayat lecturer tu memang power. aku rasa aku kenal siapakan beliau..hehe...
tapi dasyat la kau...sejam bagi aku dah kira lama...kalau aku, setengah jam tu macam dah semput gak la...
bila dah semput, terus bukak cerita travian dengan kengkawan...buat penghilang semput..haha
kompom la ko kena sayang. best student kan. hee
follow u...
hyehye..dpt ur link dr blog Jard...
ni memang lecturer syg..siap jadikan "pelajar contoh" :)
tahniah...hahhahhah
apai.
travian best kah?? mesti lah kau kenal, apai. itu lecturer kesayangan fakulti!~~
VV.
ah. best student kalu, kena pakai spek tebal lah aku.
farid fernandez.
tq!
ezzati.
wahhh jat dh jadi tokey blog.. hehe. contoh yg x baik, jangan diikut, adik2..
~0~
terima kasih daun keladi. lain kali puji lagi
Post a Comment