Geng!

Thursday, February 17

Cuba Korang Jawab : Soalan-soalan Mencabar Kredibiliti

Company aku boleh kira terkenal jugak dalam Malaysia ni. Alhamdulillah. Untuk first start, kira ok-lah. Tapi bukan itu yang aku nak cerita sekarang ni. Aku nak cerita, macamana aku handle pertanyaan-pertanyaan berbentuk agama daripada kawan-kawan sekerja yang bukan Muslim.

Payah wei. Aku berpeluh. Aku takut, apa yang aku jawab menyimpang daripada yang sebenar. At-least aku cuba. Jawab sesimple mungkin.


Situasi 1 : Bulan puasa haritu
Soalan : Rin, kenapa U orang kena puasa? U tak lapar ke?
Jawapan aku : Sebab Tuhan nak kita adil. Adil tu maksudnya macam Tuhan nak kita rasa macamana perasaan orang yang miskin tu tak makan. Tuhan nak kita bersyukur apa yang kita ada. Lagi satu, kita kena puasa sebab nak bagi rest perut la. Macam I ni, sebelas bulan makan non-stop maa. Kesian la sama I punya perut. Lama-lama boleh jammed oh.

Situasi 2 : Hari-hari biasa
Soalan : Reen, kenapa kena pakai tudung? Tak panas ke? Kenapa ada orang pakai, ada orang tak pakai?
Jawapan aku : Pakai tudung wajib dalam Islam. Wajib tu mesti la. Tak boleh tak. Dalam Islam, kalau U pakai tudung, U dapat pahala. Panas tak panas, terpulang jugak pada orang. Ala, U pergi try jemur kepala U dekat matahari sana, tengok panas tak? Direct maa kena U punya kepala. Kalau pakai tudung, boleh tapis itu panas la bagi jangan kena kulit kepala *aku gelak kuat-kuat*. Orang yang tak pakai tudung tu sebab rambut dia cantik sangat, mesti mau tunjuk sama orang lah. I malu lah. Rambut I tak cantik macam rambut dorang. *aku gelak lagi kuat*


Situasi 3 : Berjabat salam
Soalan : Reen, kenapa U orang tak boleh salam sama kitorang? Tapi, kadang-kadang I tengok ada orang perempuan Muslim salam jugak.
Jawapan aku : Oh, yang tadi tu eh? Tadi tu, kakak tu salam sebab boss hulur tangan dulu. Tak tau lah, Alan. I rasa dalam Islam, kita tak boleh menjatuhkan maruah orang lain. Kalau bos hulur salam, tapi U tak sambut, nanti bos malu lah. Sebab tu dia salam jugak tapi dengan syarat tangan dia kena lah lapik. Yang ni I tak tau lah nak jawab. Tapi macam tu lah I rasa.

Situasi 4 : Solat
Soalan : Reen, kenapa U all kena sembahyang ikut satu arah? Itu arah sana Mekah kan? U orang sembah itu ke? (soalan ni paling mencabar, aku rasa)
Jawapan aku : Itu kiblat lah. Itu direction saja. Itu Mekah ada Kaabah tau. Kaabah tu Rumah Allah kitorang. Kitorang bukan sembah itu pun. Tuhan kitorang bukan duduk dalam tu. Tuhan kitorang dalam hati je.

Soalan lagi : Habis tu, U kenapa sembahyang kena sembah sana? Sama dengan kitorang jugak lah, sembah itu patung.
Jawapan aku (berdasarkan kuliah agama yang pernah aku dengar masa sekolah dulu) : Lain lah. Ok, I bagi U satu situasi la. Kita dalam kapal terbang. U sembahyang, I sembahyang. Kaabah kat bawah kan? I tak sembahnyang muka I menghadap bawah. I masih sembahyang straight. Kalau U punya Tuhan kat bawah kapal terbang macamana? Muka u mesti ikut u punya Tuhan, kan? Em, itu lah beza dia. Ala, I tak tau sangat lah. Tapi macamtu la perbezaannya.

Betul-betul mencabar bagi orang yang seperti aku.

:)

4 komen:

ateekaamer said...

siyes mencabar. kalau takleh jawab, boley jadi point nak attack oh. aiyohh

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

ateeka : tak kena gaya, mau pengsan aku mjawabnya :)

fairuz said...

dieroang saja nak test ilmu agama kau tu. hahaha..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

apai
ye lah aku rasa.