Geng!

Wednesday, February 16

Salah Satu Sebab Malas Pakai Baju Kurung

Hari ni aku pakai baju kurung. Sepatutnya aku tak ada kena pergi inspection ke hapa ke. Tapi tiba-tiba dua orang client call, buat appointment untuk inspect rumah dorang. For loan purpose. Walaupun sebenarnya tak proper untuk aku keluar inspection berbaju kurung, kasi redah je lah. Takkan nak balik rumah tukar baju pulak, ye tak? Tak proper kat sini, bermaksud KOT-KOT LAH KENA KEJAR ANJING KE, KENA UKUR BANGUNAN KE, KENA PANJAT BUMBUNG KE, KENA LANGKAH LONGKANG KE. Kan tak manis kalau dengan baju kurung, kan?

Tapi hari ni, aku inspect rumah biasa-biasa je. Takpe kot kalau pakai baju kurung pun.

Mula-mula aku pergi inspection kat satu unit kondominium ni. Normal lah sekarang ni, semua apartment, kondo mesti ada guard yang jaga. Itu lah tujuan diorang ni bayar service charge bulan-bulan. Tapi pada pendapat aku lah, tak de dorang ni pun takpe. Bukannya dorang jaga sangat pun. Macam aku tadi, cakap je nak pergi unit sekian-sekian, blok sekian-sekian, haaa lepas. Takde mintak lesen ke, IC ke, apa ke. Jalan terus.

Tadi, sampai je aku kat pondok pengawal tu, aku berhenti.

Pengawal tu cakap kat aku, "Baru balik dari sekolah ke cikgu?"

Kan! Ni aku malas pakai baju kurung ni! Ingat cikgu-cikgu je boleh pakai baju kurung ke?


Cikgu Hazerin.

4 komen:

fairuz said...

Cikgu Hazerin..

hmm..janggal bunyinya. kalau Sr. Hazerin, macam mana?

haha..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

apai, Sr Hazerin. InsyaAllah. Aku target 10 tahun lagi ;)

jedi said...

semua bangun....

selamat pagi cikgu

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

jedi : selamat pagi, anak2. jemput makan. eh eh. jmput duduk!