Assalamualaikum.
Aku nak cerita pasal kisah aku cabut gigi minggu lepas.
Aku dah derita sakit gigi dah lamaaaa benar
[klik sini untuk kisah yang lepas]. Time mengandung ni dia punya azab lagi hebat, agaknya sebab baby aku dah amik semua zat kalsium yang ada. Takpun sebab aku makin malas gosok gigi sejak kebelakangan ni. Lepas ni tobaaatt aku akan selalu gosok gigi.
Keadaan gigi geraham bongsu aku ni dah sangat teruk - pecah dan retak - sampaikan gusi dah masuk dalam celahan gigi yang pecah tu. Nak makan nasi pun terkial-kial kunyah, inikan pulak nak makan aiskrim. Hilang nikmat dunia, bak kata orang. Time aku survey harga cabut gigi area Kuantan dan cakap keadaan gigi, dorang akan cakap
"Minimum RM300/- termasuk kos x-ray, kos pembedahan, kos bla bla bla!", memikir jugak aku nak keluarkan duit banyak macam tu semata-mata untuk sebatang gigi.
Aku pun tak jadi buat kat Kuantan. Bila aku dan suami balik rumah mertua kat Alor Setar itu hari, aku pun memang dah nekad sangat-sangat nak cabut gigi. Mahal pun mahal lah! Aku pergi kat Klinik Dr Fadzillah, memang popular area Jitra - dulu aku pernah cabut gigi kat sini, doktornya teror sangat, sedar tak sedar je gigi dah tercabut.
Aku masuk bilik doktor tu setengah jam lepas daftar nama. Time dia check gigi aku, dia cakap mengarut je x-ray, scan, bedah tu semua. Boleh guna prosedur cabut gigi biasa je. Lega! Tiba masa dia nak bius, aku TERtepis tangan dia. Doktor tu tarik balik tangan dia, sambil mengeluh,
"Jangan lah tepis, buat biasa je. Nanti tercucuk kat saya macam cerita Mr Bean tu macamana? Kesiaaaan saya"Aku tergelak, doktor tu sambung prosedur cabut gigi dalam masa sekejap sangat. Kos cabut gigi dan ubat-ubatan, RM50/- sahaja. Jimaaaaaaaaaaaatt duit aku! Balik rumah, lepas makan nasi, malam tu aku tertidur awal pulak. Lupa lagi nak gosok gigi.
TAK SERIK!