Geng!

Thursday, December 1

Mak Pesen Pemalas

Pagi ni tadi.

Aku beli kuih untuk breakfast. Aku beli kuih RM2, campur-campur. Datang satu motor, mak dan anak dalam umur 6 tahun.

Kata maknya, "Kak, kuih Tako ada?"

Kata akak jual kuih, "Sorry, kak. Tako harini tak buat"

"Ok", kata mak. Sambil start enjin moto, si anak 6 tahun bertanya pada mak, "Mak, kuih tako tu macamana?"

Mak jawab, "Ntah, tak tau"

Aku melihat situasi itu sebagai sesuatu yang janggal. Samaada si mak betul-betul tak tau tako itu apa atau si mak ni memang PEMALAS, malas nak terangkan kat anak apa itu kuih tako. Ye lah, kot kalau jawab kang, makin banyak soalan budak tu.

Tapi bagi aku, kids are kids. Diperingkat umur macamtu, keinginan untuk tau adalah sangat tinggi. Biarpun hanya nak tau "apa itu kuih tako", bagi aku sang ibu PERLU memainkan peranan penting untuk terangkan pada anak. Tak kira lah dalam jawapan yang paling simple seperti "Alaaa, kuih yang macam kapal tu", atau "Kuih yang manis-manis, dalam daun pandan tu", atau "Kuih yang ada sengkuang tu", atau "Kuih yang salu kita makan masa bulan puasa tu" atau "Kuih yang bapak kau suka makan tu laaaaa", yang penting ada inisiatif untuk jelaskan pada anak. Anak faham ke tak faham belakang kira la.

Dulu, aku kalau bertanya pada Aki (arwah) atau Wan atau mama,, bukan setakat jawapan, siap dengan lukis-lukis lagi kau! Dah lukis pun kalau tak faham lagi, haaaa cubit la makanan dia. Mengada-ngada namanya.

Haih...mengeluh panjang aku. Aku pulak yang setiap kali suapkan makanan dalam mulut, beria-ia terangkan pada si kecik dalam perut. "Oh, ini ibu tengah makan donut. Sedap tak? Donut ni sedap sebab dia ada gula. Buat daripada bla bla bla!"

Bercakap sorang-sorang dah pulak jadinye.

4 komen:

Pekerja Kontrak said...

elok makan je.... haahahahhah

makwe joni said...

cewah!!!

Anonymous said...

Ekhem.


Semoga kita semua jadi ibu yang baik dan breastfeed anak.


Eh?

Unknown said...

Pemalas nak terang kat anak kot...hurm..