Geng!

Monday, October 29

Bila Nak Tambah Anak?


"Bila lagi nak tambah anak? Muda-muda ni la senang, beranak banyak, nanti boleh rehat"

Ayat ni, singgah dua tiga kali jugak kat deria pendengaran aku. Dulu, masa aku belum ada anak, aku selalu sakat orang - suh tambah anak cepat-cepat. Ayat seperti "Bila lagi nak dapat adik?", selalu bermain kat mulut aku ni. Hakikatnya, setelah mengalami sendiri, ia bukanlah semudah kata-kata yang dikeluarkan.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku dan Mucid MERANCANG untuk kehamilan yang kedua. Faktor pertama, anakanda pertama kami, Haris breastfeed (bf) sepenuhnya (setakat hari ini - Alhamdulillah) dan aku berhasrat untuk meneruskan niat/ usaha bf anak aku sehingga usianya 2 tahun. Moga dipermudahkan Allah. Maka, apabila niat nak 2 tahun bf, adalah LEBIH BAIK untuk tidak mengandung. Bukan tak boleh bf anak ketika mengandung, tetapi ia memerlukan tenaga yang lebih dan ada pendapat pakar yang mengatakan ada kebarangkalian untuk berlakunya keguguran kerana bila menyusukan anak, rahim akan mengecut. TAPI, ada jeee malah ramai je yang berjaya  menyusukan anak dan mengandung dalam masa yang sama.

Faktor kedua, nasihat doktor. Doktor nasihat untuk menjarakkan kehamilan kerana aku melahirkan Haris secara c-sect. Dinasihatkan, aku jarak kehamilan dalam tempoh 2 tahun, supaya luka-luka dalam perut aku yang kena toreh-toreh tu sembuh sepenuhnya. Perut kita ni, ada 3 - 4 lapisan yeeeee. Dapat bayangkan tak, lapisan + lemak-lemak tu dah la tebal, ingat senang ke nak baik. Umpama luka di tangan nampak berdarah, luka di perut siapa yang tahu *tetiba meroyan*. TAPI, ade jeeeeee yang lepas setahun lahirkan anak secara pembedahan, pastu keluar pulak anak kedua. Ade je. Kuasa Allah, siapa mampu menghalang?

Faktor ketiga, kewangan. Aku nak kukuh kewangan untuk SETIAP anak. Ye, tak payah cakap la aku tau. Aku tau setiap anak dilahirkan dengan rezeki masing-masing. Tapi aku jugak yakin yang rezeki anak adalah untuk kita mencari dan mengusahakannya. Biarpun tak mewah, aku nak anak aku ada. Bila dia nak belon, dia ada belon. Bila anak orang lain ade mainan, dia pun ade mainan - waima mainan pasar malam sekalipun. Semalam, abang aku cakap, "Nanti kalau anak kedua ko lelaki jugak, pakai baju Haris je la". Aku sedih tak memasal, sebab aku taknak anak kedua aku rasa dia dapat barang second hand. Kesian.

Faktor keempat, mahu memanjakan lebih lama. Aku nak anak aku manja dengan ibuayah dia lamaaa sikit. Biar at least dia dah pandai cakap, pandai lari, pandai main sendiri, pandai makan sendiri. Takpun, biar sampai, "Haris, tolong amikkan pampers adik", pastu dia boleh amikkan. Haaaa nampak tak penindasan berlaku? HAHAHAHAHA!

Tapi, aku nak tegaskan kat sini;

Kalau Allah nak bagi jugak, sapa yang taknak? Anak itu anugerah Allah.

2 komen:

Cikgu Ma said...

ooo..ada blog...jom la tengok blog kami plak..hehehehee

**beranak la ramai2 sementara masih muda ^_^

Unknown said...

Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
Hanya RM1/pcs
lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com