Geng!

Friday, September 24

UPSR Sudah Tamat. Cuak Aku Dibuatnya.


Budak kembar, adik-adik aku UPSR tahun ni. Sejak sekian lama aku dan abang aku habis sekolah, UPSR budak berdua ni buat mama kecut perut. Kata mama, perasaan kali ni lain macam. Lagipun, kalau adik-adik dapat result UPSR yang bagus, dorang boleh dapat sekolah menengah yang bagus - maka, jika sekolah bagus : cikgu bagus : result PMR, SPM akan datang pon bagus. Dan harap-harapnya ke Universiti yang bagus nanti. InsyaAllah.

Aku cakap, "Kalau hati nak belajar, kat mana-mana pon boleh, ma"

Mama meng'iya'kan.

Aku tak harapkan apa-apa. Sebelum exam, aku cuma cakap kat dorang buat yang terbaik. Rilek-rilek je. Buat macam exam biasa kat sekolah. Jangan gelabah-gelabah. Kalau dah rezeki tak kemana. Tapi dalam pada tu, untuk motivasikan dorang, aku TERcakap ayat ni "Kalau dua-dua dapat 5A, Er bagi hadiah BESAARRRR PUNYAAA". Bila dorang tanya hadiah apa, aku diamkan dulu. Belom fikir.

Dua tiga hari lepas, setiap kali si kembar ni habis paper di setiap hari exam UPSRnya, aku akan telefon bertanyakan, "Macamana exam?"

"Kacang je'. Lagi senang daripada trial".

Sedikit over-confident disitu nampaknya.


p/s : Trial dorang dua-dua dapat 5A. InsyaAllah, kalau Allah bagi rezeki lebih pada dorang, aku lah yang kena keluar duit nampaknya.

Wednesday, September 22

(Gambar) Bunga Citra Lestari Mengandung, Ala Comelnya.

Sebelum.





Terkini.
[Sumber Gambar]

Aku sukaaaaaaaaa sangat tengok pregnant lady.
Gemok??
Ah. Tak pedulik!
Itu pengorbanan namanya.
Dorang tetap cantik.
Cantik yang tersendiri.
Manis.
Comel.

Persoalannya : Kalau BCL daripada kecik boleh jadi 'comel' macam ni masa pregnant, aku yang dah sedia gumuk ni nanti macamana lah ye. Emmmm.. :)

Nanti. Aku cakap, nanti.
Jangan cakap aku tak sabar pulak!

Sunday, September 19

Kau Bukan Siapa-siapa Untuk Judge Orang Lain.

"Kau apa tau, dia tu dah la tak sembahyang, tak puasa pulak tu. Kalau dia buat pun, Tuhan tak terima la. Aku tau la".

"Kau apa tau, dia tu dah la tak pakai tudung, pakai seksi pulak tu. Aku tau la".

"Dia tu bukannya baik sangat. Kau apa tau, dia tu selalu sangat keluar malam, mesti pergi clubbing. Aku tau la. Nampak je baik tu".

"Kau apa tau, walaupun dia kaya, family dia tu dah la hancor, mak bapak dia bercerai berai, adik-beradik tunggang-langgang. Aku tau la. Duit banyak-banyak tu dia ingat boleh bawak masuk kubur agaknya.".

"Kau apa tau, dia tu dah la tak cantik, tukar boyfriend sebulan sekali. Aku tau la. Hari tu aku nampak dia keluar dengan boyfriend baru. Peluk-peluk lagi".

Bosan.
Kau siapa nak judge orang lain. Kau sempurna? Kau hebat? Aku tak peduli.

"Kau apa tau. Aku tau la. Aku tau semua".

Ok, fine. Aku bodoh, aku tak tau.
Sekarang kau bagitau aku, aku nak tau, "Kau tau bila kau mati?"

Thursday, September 16

Rajin Tak Kena Tempat

Hari ni.

Aku bangun awal pagi. Bersemangat lain macam. Aku gosok baju, aku mandi dan buat lain-lain perkara yang sepatutnya. Hari ni tak boleh lewat. Hari ni special.

Tepat pukul 8, capai kunci kereta, kunci rumah, beg tangan - aku keluar rumah. Muka senyum, penuh confident.

Macam biasa, hidupkan enjin, kasi panas. Bukak radio.

"Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Walaupun semua bercuti hari ni, saya disini tetap setia menemani anda"

Cuti?
Cuti?
Apa ni?















*termenung*

Ok. Baiklah. Hari ni cuti. Baru tahun ni hari ni cuti. Nasib baik aku tak sampai ofis lagi!!

Pandai jugak Kerajaan Malaysia bergurau dengan aku.


Fakta Hari Malaysia : Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia (sibuk je!) dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan pada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak
.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

[Sumber]

Tuesday, September 14

Versi Raya (1) : Duit Raya

Tahun ni, sebagai insan yang sudah bekerja aku punyalah bersemangat tukar duit raya sampai 4 rat. Aku syak, mesti budak-budak ni menempel-nempel kat aku mintak duit raya. Aku standby note singgit-singgit, lima ringgit-lima ringgit, sploh ringgit-sploh ringgit.

Singgit-singgit untuk budak-budak biasa.
Lima ringgit-lima ringgit untuk yang rapat.
Sploh ringgit-sploh ringgit untuk yang betul-betul rapat.

Dan, aku pun dah menjangka daripada awal yang aku takkan dapat duit raya tahun ni. Dah bekerjayalah katakan.

Bila menziarah rumah orang, aku duduk dan makan. Bila tiba waktu salam-salam, aku salam. Bila tiba time tuan rumah nak hulur duit raya, diorang mesti tanya :
"Ni dah kerja, kan"

Aku pun jawab:
"A'ah dah kerja, tapi belajar master tak habis lagi"

Pastu, diorang pun jawab balik:
"Oh, kira belajar lagi lah tu", sambil hulur sampul duit raya.

Aku dah cakap, sapa kata orang bekerja tak boleh dapat duit raya????

Thursday, September 9

Hari Ini Hari Raya

Sate sudah dilidi
Kuah kacang dalam periuk

Rendang sudah di kuali
Saudara mara hiruk pikuk

Bunyi mercun sana sini
Baju raya sudah digosok

Duit raya sudah diisi
Memang bengkok lah aku esok.

Dan kini,
Barulah rasa suasana aidilfitri,
Walaupun sekarang tak macam dulu lagi,
Kerana yang disayangi telah pergi,
Pastinya mereka sentiasa diingati,
Diiring doa dalam hati,
Buat Arwahnya wan dan aki,
Semoga kita bertemu nanti.

Buat semua yang disini,
Salam Lebaran Aidilfitri.
Mohon ampun maaf, ikhlas dari hati.


Daripada,
Nurul Hazerin, dan keluarga.
Kuantan, Pahang.

Friday, September 3

Tolong Jawab Soalan Abang Aku

Minggu lepas punya cerita.

Aku dan abang aku pergi buka buffet dengan papa. Masa bukak puasa, perbualan kami tertumpu kepada topik - papa ada kucing parsi sebanyak 10 ekor. Punyalah orang tua tu sayang pada kucing dia, sampai aku mintak sekor pon tak dibaginya.

Dalam perjalanan balik, aku dengan abang aku borak lagi pasal kucing.

Aku : Kucing papa tu comel gila, mula-mula dua ekor je. Punyalah aktif, dah 10 ekor dah jadinya. Mesti baby kucing tu pon comel.

Abang aku : Oh, mula-mula kucing papa tu sepasang je lah?

Aku : Ye lah, kalau tak, mana nak dapat anaknye.

Abang aku : Aku konfius ni.

Aku : Kenapa?

Abang aku : Kucing papa tu, mula-mula 2 ekor, kan. Sekor jantan sekor betina, kan? Aku konfius. Macamana kucing betina tu boleh tau yang kucing jantan tu pakwe dia?

Aku : La. Dia tau laa.

Abang aku : Macamane dia tau?

Aku : Dia tau la. Ish, ko ni tanya soalan bukan-bukan lah.

Abang aku : Ye lah, kenapa kucing betina tu boleh terima kucing jantan tu jadi pakwe dia? Kenapa dia tak cari kucing lain?

Aku : Woi.

Abang aku : Ye laa. Pelik jugak aku. Oo..entah-entah sebab takde kucing jantan lain, maka kucing betina tu terpaksa la terima,kan. Mesti dalam hati kucing betina tu, dia cakap macamni, "Jadi lah daripada takde"

Aku : Bongok!