Geng!

Sunday, October 24

Berat Badan, Badan Berat.

Minggu lepas, percubaan untuk diet adalah gagal sama sekali. Terlalu banyak undangan makan-makan yang perlu aku hadiri.

Minggu ni, aku tak putus asa. Aku cuba tidak makan sebanyak minggu lepas.

Kali ni, aku naik penimbang dengan begitu yakin. Penimbang baru, digital pulak tu. Mana mungkin tak tepat.

Kaki kanan dulu. Amik berkat.

Kaki kiri pulak.

Tarik nafas.
Lepas nafas.

Tengok digit di mesin.
*hampa*

Penimbang digital pon, tak pandai nak ambik hati aku. Aku kecewa. Mungkin esok aku dah kena check salasilah keluarga. Mana tau kot-kot ada yang bela hantu raya.

Teringat Zaman Dulu : Puisi Cinta dan Rangga (Ada Apa Dengan Cinta)

Teringat zaman masa sekolah. Cerita AADC ni satu fenomena masa tu. Fenomena pada aku, sampaikan aku hafal setiap satu lagu dalam ni. Dialognya jugak. Masa tu la, kalau suruh aku berdialog sekarang, aku dah tak ingat semua. Sikit-sikit, boleh.



Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata

Angin, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah perpautan

Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka setiap apa yang terucap
Adalah sabda pendita ratu

Ah..diluar itu pasir
Diluar itu debu
Hanya nagin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada

Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yang tahu

Jiwa ini tandu
Bukan duduk saja
Maka akan kita bawa semua
Kerana kita adalah satu.

p/s : Puisi untuk kawan-kawan yang jauh dimata, tidak dihati.

*******************************************************

Serius, masa ni sapa yang tak tahu sajak Rangga, dia loser.

Sepi. Sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin hingar, aku ingin dipasar
Bosan aku dengan penat
Dan nyah saja kau pekat

Dan tak dilupa puisi yang ni : PEREMPUAN




P/s: Johor Bahru asyik hujan. Membawa kepada mood jiwang dua-tiga hari ni. Harap maklum
.

Friday, October 22

(Jiwang) : Boleh Kita Berkawan?

Kau ingat tak dulu?
Kita cuma teman
Bila dah namanya kawan
Sepak terajang jadi mainan
Gelak kuat-kuat pun, tiada segan-segan
Semuanya ikhlas bukan jadian

Rahsia aku, kau tahu
Rahsia kau pun begitu
Indah jugak kan waktu tu?
Dan bila kau kata "Aku sayang kamu"
Entah kenapa aku percaya dan aku kata "Aku pun macamtu"

Dan sejak itu, kita berdua bersama
Sentiasa, sampai terbiasa
Bila kau senang aku merasa
Bila aku susah kau pun turut sama
Semua tau gembiranya kita

Tapi kan sayang
Kita berdua sudah terlalu lama
Untuk satu tempoh masa yang bahagia
Aku syukur kau selalu ada
Dalam hati aku, kau selalu bersama
Aku tak harap semua
Cuma
Boleh kau jadi kawan aku semula?
Sebab aku rindu waktu gurau-senda
Sebab aku rindu waktu-waktu selamba
Sebab sekarang bila berdua, aku lupa untuk jadi aku yang biasa-biasa.


Nukilan;
Hazerin
22 Oktober 2010
1:43 a.m
Larkin, Johor

Thursday, October 21

Maksud Curang.

















Daripada FS FynnJamal.

Maksud curang, dari perspektif dia:
ada dua.
fizikal dan mental.

fizikal itu jelas.
seksual. sensual. rosak tubuh.
boleh semata2 fizikal, tapi lama2 mental akan terjejas juga.

mental itu kabur.
stimulasi akal. aspek subjektif.
lebih banyak kemungkinan utk melibatkan cinta dan kemahuan yang paling tebal.
boleh semata2 mental. tapi lama2 fizikal akan terbagi juga.

Tepat. Jitu.
Ah!~ FynnJamal memang hebat.

***

Sorang kawan, bila ditanya "Kenapa kau curang?", dia jawab "Aku bukan curang. Dia cuma kekasih gelap aku".

Sama je. Curang dan kekasih gelap, motifnya sama.
Untuk menduakan.

p/s: Aku emo.

Tuesday, October 19

Bercinta Tak Pernah Mudah.

Kan?


Bercinta takkan pernah mudah.


...

Tuesday, October 12

Step by Step : Permohonan Penukaran Status Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa.


Untuk memohon penukaran status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, syarat-syaratnya adalah :
  1. Ada Ijazah Sarjana Muda - maksudnya dah habis belajar. Yang sedang belajar, tak payah dok gatai nak apply - tak layak. Pergi habiskan belajar dulu. Yang duk bercinta masa belajar sampai belajar ntah kemana kantoi, pon tak layak. Gatai.

  2. Yang dah dapat transkrip penuh dengan result Kelas Pertama SAHAJA.

  3. Sepanjang tempoh belajar, korang HANYA dapat PTPTN. Maksudnya bagi yang berjanji SETIA SEHIDUP SEMATI dengan PTPTN sahaja yang layak. Bagi student yang mula-mula dapat PTPTN lepas tu tengah-tengah belajar dapat JPA ke, biasiswa lain ke - anda tidak layak untuk memohon. PTPTN kata korang tak setia dengan dorang. Bukan aku kata eh, PTPTN yang kata.

  4. Tu je la yang aku tau. Nak lebih-lebih call sendiri. Dail nombor ni : 03-20804455. Aku nasihatkan pada siapa-siapa yang ada telefon opis, guna telefon opis. U know PTPTN lah kan. Apa-apa mesti nak caj mahal. Tengok caj pentabiran sudah. Cekik darah 3%.
Dah cukup semua syarat-syarat diatas, korang boleh proceed dengan step-step yang berikut.

STEP 1 : Isi borang Akuan Pelajar. Borang dia rupa dia macam ni.

Korang boleh download aje borang tu [klik sini]. Dah download, baca. Dah baca, isi. Dah isi jangan lupa sign. Jangan jadi jongos sangat sampai lupa nak sign borang. Agak-agak sikit.

STEP 2 :
Orang berbudi kita berbahasa. Sediakan satu surat rasmi menyatakan kesungguhan anda untuk memohon pertukaran status pinjaman kepada biasiswa. Ayat bagi la bersemangat sikit. Jangan nak ala-kadar je. Dah pakai duit orang, jangan malas nak berbahasa. Jangan pulak lupa ucap terima kasih kat PTPTN sebab dah bagi duit untuk belajar - walaupun duit tu bukanlah semua guna buat belajar pon. Buku pon fotostat. Ceh macam la aku tak tau. Aku biasa buat.

Kat bawah ni contoh surat aku. Aku ngaku awal-awal. Ayat memang poyo. Pedulik hape aku. Janji dapat convert biasiswa. Siapa nak tiru, sila. Aku halalkan. Siapa gelakkan ayat aku, lepas tu copy, aku tak halalkan. Serius.

Surat karangan rasmi, ye.
Aku yakin, Nursuhaila mesti tiru ayat aku. Rashila pon. :D

STEP 3 : Sediakan satu salinan sijil konvokesyen dan set sijil transkrip penuh peperiksaan korang. Salinan itu PERLU disahkan oleh Bahagian Akademik Universiti SAHAJA. Jangan nak mintak bapak sendiri yang sahkan. Mentang-mentanglah bapak orang besar. Cis.

Contoh :

Senget pon senget lah.

STEP 4 : Masukkan dokumen-dokumen yang telah LENGKAP tadi dalam sampul surat. Check betul-betul. Jangan ada yang tertinggal. Dah masukkan dalam sampul surat, pos pada PTPTN.

Rasa-rasa nak selamat, gunalah Pos Ekspress. Jangan kedekut. Apalah sangat harga sampul takat RM4.50 kalau nak bandingkan dengan pinjaman ribu-ribu.

Nak hantar ke mana? Alamatnya kat sini [klik]. Usulkan pada Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik.

STEP 5 : Berdoa semoga permohonan diluluskan. Kita dah usaha, sekarang tawakal. Serahkan semuanya pada Dia. Semuanya rezeki Allah.


Pesanan khas buat PTPTN : Terima kasih, tak sia-sia saya belajar sampai lebam!

Dan;

Pesanan khas buat Pak Jib 1Malaysia : Terima kasih juga kerana membentangkan hal PTPTN ni dalam Bajet 2010 yang lepas. Terima kasih. Dulu, kini dan selamanya.


Monday, October 11

Berita Baik! JomTukar Status Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa.


Pada suatu pagi dalam ofis, aku buat-buat rajin baca paper.

[klik]

Eh! Eh! Dah boleh ke? Lepas tu terus teruja. Mana taknye. Dulu-dulu, aku ada jugak cuba nasib call PTPTN, kot-kot la boleh convert pinjaman kepada biasiswa, jawapan yang aku SELALU dapat adalah : maaf, hanya untuk pelajar Kelas Pertama, yang membuat pinjaman SEBELUM 2006 sahaja yang layak. Maka, secara automatisnya, sebagai pelajar yang buat pinjaman pada mid tahun 2006, aku MEMANG tak layak. Gile punya stress. Tak layak takpe - aku tangguh bayar. Aku tekad, sambung master, jangan harap aku nak amik PTPTN lagi. Aku amik Yayasan Pahang.

Kata anak Pahang, kan.

Jadi, bila baca paper tarikh 021010 ni, aku terus rasa excited, angkat phone ofis (secara curicuri) dan dail 03-20804455. Kali ni, dengan harapan setinggi gunung - bak kata Black Dog Bone. Setelah mamat telefonis tu tanya beberapa soalan seperti nombor IC, nama penuh dan tempat pengajian, dia bagi jawapan : Ok, cik Hazerin, cik layak untuk memohon bagi pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

Walaupun belum confirm dapat, status "layak memohon" tu buat aku rasa nak melompat, biarlah bergegar satu ofis pon, aku tak heran!

RM21,000 tuuuuuuuuuu. Sampai ke-tua kalau nak membayor.

Syukur, Ya Allah.
Syukur Alhamdulillah.

P/s : Entri akan datang, aku bagitau macamana nak apply yek. Sabar.