Wednesday, August 24
Tebiat Aku Kalau Naik Turun Lif
Tebiat #1 : Bila aku tunggu lif tu lama-lama, pastu lif tu terbukak aku akan masuk lif tu cepat-cepat dan tekan button tutup pintu lif cepat-cepat. Selfish, kan? Aku buat tu sebab - ada golongan kakak-kakak, makcik-makcik ni lagi selfish. Tebiat dorang - suka jalan lenggang kangkung bila nak masuk lif padahal orang dalam lif tu dah tunggu supaya dorang boleh naik lif sekali.
Tebiat #2 : Aku akan pastikan orang yang nak keluar lif dah habis keluar, baru aku masuk. Dan, aku harap bila aku nak keluar, orang akan tunggu aku keluar, baru dorang masuk. Ini tidak - belum habis orang keluar, terburu-buru nak masuk macam la lif tu boleh hilang. Ada sekali, aku nak keluar, tapi dihalang. Aku sound "Bang, bagi saya dengan kawan saya keluar dulu boleh tak?", dan brader tu boleh jawab "Boleeeeehhh". Haa, boleh pun!
Tebiat #3 : Aku akan buat suara mengeluh yang betul-betul mengeluh "Haiiihhhhhhhhhh..." bila ada orang daripada Tingkat 4, nak turun tingkat 3 pun pakai lif. Gile punya pemalas.
Sekian, entri karut kali ini.
Tuesday, August 16
Mimpi #2 : Gila!
Semalam aku mimpi karut lagi. Sama dengan mimpi yang ini [klik]
Cuma kali ni tambah sense of humor lebih sikit.
Awww~~
Saturday, August 13
Inilah Kisahku - Wardina Saffiyah, dan Makna Bacaan Dalam Solat
Menjaga solat - mengerti setiap bacaan dalam solat. Kata beliau lagi, kalau kita tau benar-benar apa makna bacaan solat kita, kita mampu menangis.
Aku - hanya tahu membaca bacaan dalam solat, dan tahu makna hanya sebahagian daripadanya. Jahil - sungguh! Jom, kawan-kawan. Belum terlambat untuk kita tahu makna bacaan dalam solat kita.
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
[sumber]p/s : Harap-harap, selepas ini, solat kita akan lebih baik dan khusyuk daripada sebelumnya. Amin.
Friday, August 12
Resepi Rendang Daging. Yummyyy!
Ok, nasi kenduri orang kawin jangan haraplah dapat makan time bulan puasa ni. So, baby harap bersabar sehingga hari raya nanti. Dah banyak invitation yang aku kumpul. Nasib korang lah kalau aku makan sampai lupa diri.
So, hari ni teringin pulak nak makan rendang daging.
Bukak resepi.
1kg daging
1/4 cawan kerisik
2 paket rempah kurma
Santan
Gula melaka
Bawang besar *kisar*
2 ulas bawang putih *kisar*
.
.
.
.
.
Aku toleh belakang, panggil Abang Rostam. "Bang Rostam, bazaar Ramadhan mana jual rendang daging sedap? Kita teringin lah nak makan"
Settle satu perkara.
Wednesday, August 10
Raya Mana Tahun Ni? Haaaaa.
Dan, dengan tegasnya aku katakan disini - tahun ni aku raya di KEDAH. Ya, ya saya ulang - KEDAH DARUL AMAN, negeri yang saujaaaaanaaaaaaa mata memandang, dengan jelapang padi nan meluas ittew.
Kenapa tahun ni raya kat kedah? Ha, berikut adalah sebab-sebabnya :
- Mama aku dah redhakan untuk aku raya di Kedah. Alhamdulillah.
- Aku kena mengalah. Suami dah berkorban untuk transfer kerja di Kuantan, demi untuk lebih dekat dengan aku, walaupun aku MASIH di Joho. Ye la, dulu dia kerja Kedah dah lama. Ulang alik dari Kedah ke Joho adalah sangat memenatkan. Dah la kesian kat dia kena tinggal mama dan keluarga tercinta.
- Tahun ni, family belah Kedah semua berkumpul. Abang ipar sulung, Abg Pit dan Kak Dayah dapat baby menjelang raya ni - memang best gomol budak kecik. Abang ipar kedua, Abg Nafis dan Kak Shela pun balik sana bersama-sama si kecik Muhammad Naqib Erfan. Si kecik Naqib tu memang berbaloi untuk digomol. So, tahun ni semua gather around. Tahun depan, kesian mama and baba. Semua raya kampung asing-masing. Takpe, tahun depan pikir.
- Tahun ni ada family dah belah salasilah keluarga baba. Mesti meriah.
- Tahun depan aku pulak dapat baby InsyaAllah. So, tahun depan akan lebih meriah raya kat Pahang sebab baby aku ada InsyaAllah. Boleh collect duit raya InsyaAllah.
Dengan perbincangan dan muafakat, kata sepakat boleh dicapai. Apa baraaaaaaang sampai gaduh-gaduh sebab nak pikir raya kat mana ye dok?
Tahniah kepada aku sebab mengalah.
Tuesday, August 9
Kalau Aku Berhenti Kerja, Ini Yang Aku Akan Buat
So, berikut adalah beberapa kemungkinan - apa yang saya akan buat kalau saya berhenti kerja :
- Cari kerja lain lah. Takkan la nak duduk saja tunggu duit jatuh dari langit. Tapi kerja lain tu, memang kerja yang berbeza dengan apa yang aku buat sekarang la. Posmen, contohnya.
- Bisnes makanan. Buat karipap frozen ke, nasi lemak kukus ke, sate ke. Modal? Lain kali pikir.
- Kerjakan tanah kebun mama aku yang terbiar. Bela ikan keli ke, bela lembu ke, tanam serai ke.
- Duduk rumah, jadi suri rumah tangga separuh masa. Jaga anak, masak, kemas rumah, laundry, tengok Astro, layan DVD. Tiap-tiap hari pun benda yang sama. Heaven!
- (update) : sambung PhD. Rupa-rupanya waktu belajar adalah waktu paling best dalam hidup huuuuu.
Tapi,
Kena la bertahan jugak sebab banyak komitmen -kena bayar kereta, sewa rumah, bil telefon, susu anak, makan minum. Nak taknak kena kerja jugak laaa walaupun bosan.
Ok, pasrah je lah.
Monday, August 8
Mengidam Bukan-bukan
Harap-harap dapat puasa penuh kali ni.
Tapi masalahnya sekarang ni, aku pulak TERINGIN nak makan NASI KENDURI ORANG KAWIN untuk berbuka.
Wuuuuu!~