Geng!

Friday, January 29

Follower ke100, Aku Nak Bagi Kau Hadiah Ni.

Ehem. Ehem. Blog ini sudah pulih daripada penyakit.
Baru aku tau rupa-rupanya blog pun boleh demam.
Merajuk agaknya sebab aku jarang update.


Blog ni dah ada baju baru.
Tak suka tak apa. Ini pun aku ambil masa buat assignment untuk injek blog ni. Anyway, my appreciation kepada Masri sebab mula-mula aku mintak tolong dia baiki blog ni. Ok, terharu. Dalam lembap-lembap komputer dia kat Sabah tu, dia tolong jugak. Aku rasa komputer dia nak balik Semenanjung lah. =P

Mau berterima kasih kepada siapa-siapa yang mem'follow' blog aku ini. Dalam masa blog aku berpenyakit itu, aku menerima follower ke 100. Woh. Disebabkan itu, saya dengan ini bermurah hati ingin menghadiahkan sesuatu kepada:

www.pelangirosak.blogspot.com : farwalis eh namanya?

Em. Sesuatu itu berupa apa? Nanti lah aku fikir-fikirkan.

Nak aku bagikan Lagej kang, dia pon rakan seLagej aku.


Lagej??
Apa Lagej?
Ini Lagej.



















Ini blook himpunan karya blogger-blogger muda dan kurang muda. Fresh. Aku pon menyumbang sedikit dalam ini.

Harga : RM20

Nak detail tentang Lagej, klik sini.

Berminat?
Sila tinggalkan jejak di ruangan komen dibawah.
Aku takde banyak, ada 7 sahaja.


Oh,ya. Kadang-kadang aku juga menulis di SOLTURA. Klik sini.

Monday, January 25

Nak Tanya. Urgent! TOLONG!!!!

Pesal blog aku jadi macam ni??
Tolong jawabkan.
Bandwidth exceeded??




Malas gila aku nak setting balik weii!

Monday, January 18

Garang Sangat Ke Muka Aku?

Siapa nak jawab persoalan di atas?
Incik Apai mungkin.
Encik tunang mungkin.
Sahabat-sahabat lain, sila.

Haih.


Ditegur Incik Apai

"Apesal aku nengok muka ko sekarang macam dah lain, Reen"
"Lain macamana plak? Makin berseri-seri ke? Hahaha"

"Tak. Lain. Dulu kalau jumpa, mesti buat muka garang, masam. Sekarang ni, still muka garang, tapi lain sikit."
Aku takde niat buat muka garang. Okeh.

Itu hari, bila aku ke Kampung Melayu Majidee dengan member-member seperjuangan, ditegur begini

"Jemput duduk, Puan. Tak bertugas hari ini, Puan?"

Pada masa tu, aku pikir mungkin muka aku suda beransur tua sehingga aku digelar Puan oleh mamat yang umurnya separa veteren itu. Aku diamkan aja lah. Dalam hati, takkan baru bertunang nampak macam dah kahwin? Haihhh..

Sehingga semalam, ketika di pasar malam. Berpakaian seperti aku lah, t-shirt, seluar track. Aku memang pelik kenapa ada orang bersusah-payah mekap semata-mata nak pergi pasar malam.

"Air kelapa satu, kak. Bungkus ikat ye"

Kakak niaga air itu cepat-cepat suruh anaknya bungkus-ikatkan air kelapa untuk aku.
"Cepat, akak tu nak air kelapa"

Aku senyum.
Bagus, customer first.

Usai membayar dan air kelapa bertukar tangan
"Tak bertugas hari ni?"

Aku pandang pelik.
"Study lagi"

Kakak tu balas
"Bukan kerja polis?"

MasyaAllah.

Patut lah tak de sapa nak ngorat saya!
Hehehehehe














Muka sikit punya sweet ni dia kata polis?

Aku : Tengah

Update : Ini dia incik Apai berkata-kata dengan jujur.

Friday, January 15

Pengalaman Dihalau Keluar Oleh Cikgu

Ini ada satu cerita zaman dulu tentang aku.
Zaman sekolah-sekolah.


Aku tak malu akui yang diwaktu zaman sekolah aku, aku bukan student yang baik. "Sudahlah, Reen. Sampai sekarang pun kau bukan student yang baik harap terima dengan tabah kenyataan yang pahit ini".

Eh eh. Diam!

Waktu mula-mula aku diterima masuk ke sekolah terbaik Negeri Pahang lepas darjah 6, semangat berkobar-kobar nak belajar bersungguh untuk maintain result cemerlang UPSR.

Form 1, aku baik. Baik yang biasa-biasa saja.

Form 2, masih baik. 'Baik' sangat sampai jadi penolong ketua kelas. Senget betol budak-budak ni pekena aku pegang jawatan tu. Nak tak nak kena jadi baik, walaupun tak berapa baik.

Form 3, baik sikit. Nak PMR. Itupun tak berapa baik sangat. Lepas PMR, ponteng sekolah keluar ikot longkang dengan budak-budak senget Tingkatan 3 Berani. Semata-mata nak pergi makan kat luar. Masuk longkang, sangkut pulak sebab berat badan berlebihan. Jadi bahan kena gelak je. Bongok punya Asyraf Moin.

T_T

Punya 'baik' perangai aku, PMR dapat 4A 4B sedangkan orang lain semua boleh 8A 7A pergi MRSM bagai. Padan muka aku balik rumah melalak-lalak menyesali keadaan yang lepas. Huh!

Masuk tingkatan 4, aku masih di SEKOLAH TERBAIK NEGERI PAHANG. Syukur! Tak masuk kelas sains, pergi tempah maut masuk kelas kemanusiaan ambik ekonomi akaun semua benda alah mengira-ngira, tak sedar diri yang awak tu tak suka matematik. Lepas tu, kena juga ambil AddMath, nak cukupkan 9 subjek untuk SPM. Sadis betul. Dah la majoriti budak 3 Berani-mati masuk kelas tu. Memang tempah maut.

Nak dijadikan cerita, kelas AddMath aku ni diajar seorang guru berpengalaman luas, pakar segala matematik lah. Cina dialek Tengganu tak leh blah pekat gila. Suka sangat cabar student, "Kalau awak taknak belajar, awak punya pasal lah eh. Bukan masalah saya dok?". Buat orang sakit hati je. Lepas tu nak cakap, "Kalau awak fail, doa banyak-banyak pun tak guna ehhh". Diam la, cikgu. Saya tau lah saya salu sangat dapat markah kurang daripada 10 untuk subjek cikgu. Jangan remind banyak-banyak kali, boleh. Sedih saya.

Hahhahahaha.

Satu hari tu, aku lambat masuk kelas dengan member-epal-dalam-poket, Naf. Lambat sebab tunggu karipap panas kat dapur kantin, nak bawak masuk makan sambil belajar. Buruk laku. Buruk lantak. Masa naik tangga kelas tu, cikgu dalam kelas lain dah tengok pelik. Kami dah takut-takut nak masuk kelas. Sebagai seorang gadis macho, aku ajak je Naf masuk kelas. "Buat selamba", kata aku. Gila, dah la masuk kelas dengan plastik karipap di tangan.

Ketuk pintu. Aku masuk dulu, Naf dibelakang.

"Awak tau dok sekarang pukul berapa ni?", Cikgu Lau bertanya sambil tangan tulis rumus matematik, muka pandang kitorang. Hebat tak hebat. Gila.

"Tau. Sori cikgu, kitorang terlambat sikit", aku tolong jawab bagi pihak kami.

"Lambat sikit apa eh. Saya dah mula kelas ni. Awok keluor je lah dari kelas ni eh. Tak payah masuk kelas lah eh", Cikgu Lau sambung tulis rumus, tangan belah kiri, tangan kanan tunjuk pintu.

"Ok", aku jawab. Kaki dah langkah nak keluar.

Si budak Naf ni tercongok lagi kat situ. Buat degil pulak nak masuk kelas. Eh eh. Cari pasal. Aku tarik tangan dia, sambil berkata, "Cikgu dah halau, tunggu apa lagi. Blah ah".

2 jam jugak lah kitorg merayau-rayau satu SEKOLAH TERBAIK NEGERI PAHANG tu. Kalau ada cikgu tanya, "Kenapa berjalan-jalan ni? Takde kelas ke?"

"Kena halau"
Jawapan senang.
Tak perlu buku rujukan.


Macho gila, kan.

Wednesday, January 13

Blog Ini Sudah Setahun.

Sudah setahun blog ini.



Mula-mula rasa macam nak buat peraduan sempena kelahiran blog ni.

Pikir-punya-pikir, tak jadi.
Assignment banyak tak siap.


Aku bangga, bagi seorang buta IT (dulu) aku rasa aku boleh berbangga punya satu blog yang begini. Tak hebat, tak bagus takpe. Untuk kepuasan diri juga.

Thursday, January 7

ASB Punya Cerita

Dua tiga hari ni, punya lah rajin aku ke hulu ke hilir pergi bank.



Semua ASB punya pasal. Dividen nya ciput je, eksaited je yang lebih. Hish. Nampak sangat haloba. Sampai dua kali pergi.

Hari 4 haribulan pergi Maybank, ada khemah kat luar. Majlis kesyukuran agaknya. Masuk dalam beratur panjanggggggggg sampai tangga. Aku fikir-fikir kalau tunggu ni mau turun berat badan, tak jadi beratur. Lepak luar Maybank, pikir strategi nak lintas barisan. Nak buat-buat sawan nanti, tak manis pulak untuk gadis macho macam aku.

Rupanya khemah kat luar tu dia buat untuk sapa-sapa nak ngapdet buku ASB. Marah betol aku. Kenapa tak bagitau awal-awal. Bazir masa aku betul. Tak tau agaknya yang aku ni busy. Nasib baik tak sempat pura-pura sawan.

Masuk dalam kereta, bukak buku ASB. Terkejut.

Sikit nya dividen saya, kakak Maybank.
Mesti salah cetak ni.

Dilahirkan sebagai seorang pejuang berani mati, aku pergi pulak CIMB pada keesokan harinya. Cek sekali lagi. Ambil no giliran. 1068. Lagi 7 orang di hadapan. Sebagai seorang yang penyabar (banyak betul puji diri sendiri sejak tahun baru ni), aku tunggu giliran sambil layan mesej.

Ting! Ting! Ting!

Nombor giliran bergerak. Aku tengok ada mamat foreigner ni bangkit ke kaunter lapan. Nampak macam student baru, nak bukak akaun. Banyak jek kertas yang dipikulnya. Sampai je kat kaunter lapan;

"Where is the photocopy of your passport?"

Menengking sampai satu bank dengar.
Belum sempat mamat tu jawab.

"U should fill up this form first!"
"U go there, fill this up and take your new number!"

Perkhhh. Bapak garangnya kakak CIMB ni. Tak "Budi Bahasa Budaya Kita" langsung. Terkulat-kulat je mamat foreigner tu ngikot arahan dia.

Ting! Ting! Ting!

1068, Kaunter 7.

Ting! Ting! Ting!

1069, Kaunter 8.

Berbekalkan buku ASB ditangan, aku kedek-kedek mak limah ke kaunter 7. Baru nak hulur buku kat kakak kaunter 7, kakak garang kaunter 8 berbunyi;

"Cepat sikit ye. Sini, ye. Sini"

Aku mula pelik

"Apa hal pulak?"

"Nombor awak kat sini. Sini, kaunter 8"

Betul nak cari gaduh ni.

"Nombor saya 1068, bukan 1069", aku tunjuk kertas kecil bertuliskan nombor giliran aku, betul-betul kat mata dia.

Kakak kaunter 7 siap backing aku, "Ha'ah. Nombor dia kat kaunter aku"

Aku tak puas hati, bagi sedas lagi, "Gelabah betul lah akak ni. Relaks dah la".

Bikin aku panas je. Rosak azam tahun baru saya, kak. Dah la dividen ASB saya sikit!






T_T

Tuesday, January 5

Aku Kini Berada Di......

Dalam kelas!



Lecturer mengajar di depan, aku update blog dibelakang.

Tahniah aku!