Geng!

Monday, October 29

Bila Nak Tambah Anak?


"Bila lagi nak tambah anak? Muda-muda ni la senang, beranak banyak, nanti boleh rehat"

Ayat ni, singgah dua tiga kali jugak kat deria pendengaran aku. Dulu, masa aku belum ada anak, aku selalu sakat orang - suh tambah anak cepat-cepat. Ayat seperti "Bila lagi nak dapat adik?", selalu bermain kat mulut aku ni. Hakikatnya, setelah mengalami sendiri, ia bukanlah semudah kata-kata yang dikeluarkan.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku dan Mucid MERANCANG untuk kehamilan yang kedua. Faktor pertama, anakanda pertama kami, Haris breastfeed (bf) sepenuhnya (setakat hari ini - Alhamdulillah) dan aku berhasrat untuk meneruskan niat/ usaha bf anak aku sehingga usianya 2 tahun. Moga dipermudahkan Allah. Maka, apabila niat nak 2 tahun bf, adalah LEBIH BAIK untuk tidak mengandung. Bukan tak boleh bf anak ketika mengandung, tetapi ia memerlukan tenaga yang lebih dan ada pendapat pakar yang mengatakan ada kebarangkalian untuk berlakunya keguguran kerana bila menyusukan anak, rahim akan mengecut. TAPI, ada jeee malah ramai je yang berjaya  menyusukan anak dan mengandung dalam masa yang sama.

Faktor kedua, nasihat doktor. Doktor nasihat untuk menjarakkan kehamilan kerana aku melahirkan Haris secara c-sect. Dinasihatkan, aku jarak kehamilan dalam tempoh 2 tahun, supaya luka-luka dalam perut aku yang kena toreh-toreh tu sembuh sepenuhnya. Perut kita ni, ada 3 - 4 lapisan yeeeee. Dapat bayangkan tak, lapisan + lemak-lemak tu dah la tebal, ingat senang ke nak baik. Umpama luka di tangan nampak berdarah, luka di perut siapa yang tahu *tetiba meroyan*. TAPI, ade jeeeeee yang lepas setahun lahirkan anak secara pembedahan, pastu keluar pulak anak kedua. Ade je. Kuasa Allah, siapa mampu menghalang?

Faktor ketiga, kewangan. Aku nak kukuh kewangan untuk SETIAP anak. Ye, tak payah cakap la aku tau. Aku tau setiap anak dilahirkan dengan rezeki masing-masing. Tapi aku jugak yakin yang rezeki anak adalah untuk kita mencari dan mengusahakannya. Biarpun tak mewah, aku nak anak aku ada. Bila dia nak belon, dia ada belon. Bila anak orang lain ade mainan, dia pun ade mainan - waima mainan pasar malam sekalipun. Semalam, abang aku cakap, "Nanti kalau anak kedua ko lelaki jugak, pakai baju Haris je la". Aku sedih tak memasal, sebab aku taknak anak kedua aku rasa dia dapat barang second hand. Kesian.

Faktor keempat, mahu memanjakan lebih lama. Aku nak anak aku manja dengan ibuayah dia lamaaa sikit. Biar at least dia dah pandai cakap, pandai lari, pandai main sendiri, pandai makan sendiri. Takpun, biar sampai, "Haris, tolong amikkan pampers adik", pastu dia boleh amikkan. Haaaa nampak tak penindasan berlaku? HAHAHAHAHA!

Tapi, aku nak tegaskan kat sini;

Kalau Allah nak bagi jugak, sapa yang taknak? Anak itu anugerah Allah.

Tuesday, October 23

(1) Kelas Ngaji


Aku dengan sorang student, ade ikut satu kelas ngaji. Pada satu pagi, ustazah membaca surah Yusuf beserta tafsiran lalu menceritakan kisah Nabi Yusuf yang hensem. "Apabila Zulaikha menceritakan betapa hensemnya Yusuf kepada orang, semua tak percaya. Sampailah satu hari, Yusuf ditunjukkan kepada umum. Nak cakap betapa hensemnya Yusuf, sampai ade yang terpotong jari"

*meremang*

Lepas tu, Ustazah cerita pulak pasal syurga, "Di syurga nanti, akan ade bidadari yang sangat cantik. Ada seorang bertanya kepada saya, kalau lelaki dapat bidadari, perempuan dapat bidadara ke? Ye, akan ade bidadara, tapi untuk yang belum berkahwin. Untuk yang sudah berkahwin, dia akan bersama dengan suaminya di syurga, yang mana bila kita masuk syurga, kita akan LEBIH cantik daripada bidadari. Itulah untungnya jadi wanita solehah"

*meremang kuasa dua*

Lepas tu, ada sorang makcik ni tanya, "Ustazah, kalau suami kita dah meninggal. Lepas tu, kita kawin lain, nanti kita dengan suami yang mana kat syurga?". Ustazah jawab, "Kita akan bersama dengan suami yang terbaik. Kenapa makcik, suami dah meninggal ke?"

"Eh, tak lah. Ade lagi."

"Gaye makcik tanya tu macam suami dah meninggal pulak", Ustazah melawak.

Satu kelas gelak besar.

Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam : 19 Oktober 2012

Budak yang selalu layak digigit

Gayat. Ibu pembuli.

With Ayah.
Tunggu besar sikit ye, nak. Tunggu dapat kaki, akan Ibu rendam kamu dalam air pantai walaupun hakikatnya Ibu tak suka pantai.

Wednesday, October 10

Bahagia


Lewat pada jam tengahari
Aku berfikir tentang sesuatu, tentang masa lalu
Tentang bodohnya aku
Tentang celaru haru biru

Lalu aku dengar khabar gembira
Tentang bahagia kita semua

Waktu sama-sama tahu kita takkan berkesudah
Walau bagaimana kita pasrah menyerah
Akhirnya kita redha pada cerita jodoh Tuhan
Maha Kuasanya Dia, Dia yang mengerjakan
Maha pemberi bahagia
Dia yang memberi sayang dan cinta dalam hati semua

Kawan,
Aku bahagia
Moga kau pun juga

Monday, October 8

Bonus Kerajaan 1.5 bulan.

Kilas pada jam : 250 petang.

Pintu dah dibuka, didalamnya ada 5-6 orang menanti dipanggil digiliran mengikut nombor. Tengok pada mesin angka, belum menyala - makna belum mula urusan apa-apa. Lewat seorang staf. "Encik, kaunter bukak pukul berapa?", tanya seseorang.

"2.45", balasnya pendek. Dia tengok pulak ke arah kaunter yang kosong, dan jam yang dah mengarah ke 2.55 petang."Kejap lagi ade la tu, dorang dah ade kat belakang", tanpa disoal, dia menjawab balik.
 
Kosong. Kosong.
Kaunter urusan kerajaan. Ngam-ngam seminggu lepas Pak Najib umum bonus satu setengah bulan.

:)

Friday, October 5

First Breastfeeding Moment


Macam yang aku bilang dalam post yang lepas, anak aku Haris Wafiy (Haris) diletakkan dalam warmer, sorang-sorang, dipasang tiub kat tangan kanan, kat kaki untuk observe paru-paru dia. Dia ade jangkitan kuman dalam paru-paru (pnuemonia). So, dalam keadaan anak yang macamtu, dan keadaan aku yang still lemah (lepas c-sect) membataskan keinginan awal aku untuk breastfeed anak. Baby aku diberi susu formula melalui tiub (info : susu ibu tak keluar dengan banyak sejurus lepas bersalin ye), dan aku diuruskan oleh para nurse yang baik hati. Keadaan aku yang kebas dari pinggang ke bawah remains sampai esok pagi (aku keluar OT pukul 9.30 malam). Serius tak best langsung kebas, nak gerak pun mintak tolong orang. Time tu la alih-alih je datang kesedaran dan kesyukuran sebab dilahirkan sempurna.

Pendekkan cerita.

Bila aku dah boleh pergi toilet sendiri, dah boleh gerak dari katil ke toilet, dah boleh duduk, dah boleh makan, barulah aku dibenarkan pergi ke nursery, tengok anak - tu pun naik kerusi roda impian.. eh! Gile kau, perut dah leper tapi anak takde kat sebelah. Masuk dalam nursery, tengok anak berselirat wayar, nangis. Dalam tu, aku dan Mucid je yang boleh masuk. Family members lain tengok dari tingkap luar je.
Family members!
Nurse tu tanya, "Nak try breastfeed baby?". Gile taknak? Mesti lah, kan. So, wayar-wayar tu dicabut daripada badan dia, dan diserahkan pada aku. Mula-mula Haris nangis sebab terganggu tidur, dapat je kena peluk terus senyap ehhhhh good boy ni. Cubaan pertama, kekok tapi Alhamdulillah Haris pandai latch walaupun lambat dapat bf dia. Dapat jugak dia kolustrom (susu awal yang memberi antibodi kepada baby).

Cak!
Ok, dah kenyang. Nak tido jap.
After 2 days, aku discaj but the baby leave behind. Kena observe for another 2-3 days. Balik laaaaaa aku ni dalam keadaan yang huru hara hati dan perasaan. Kat rumah, nangis je sebab terpikirkan anak - dah susu ke, nangis ke, sejuk ke, alaaaaaaaaaa! Aku ulang-alik dari rumah ke KSH nak nyusukan anak punya pasai, 20 minit jugak perjalanan, Terasa jauh dowh, sebab perut ni berjahit - jalan yang bertar tu memang kena marah la. Agak-agak jalan tu kasar sikit "Bengong punya JKR, buat kerja macam ni, makan gaji buta, tak boleh ke buat jalan ni elok-elok sikit!". Ok, memang emo. Ampunkan saya warga JKR sekalian!

Macam tu la hari-hari sampai hari ke 5, Haris dah boleh keluar. Sebelum discaj anak, aku berborak dengan sorang nurse ni, lupa dah nama dia. "Puan, kitorang yang bertugas dalam nursery ni duk tertanya-tanya je, napa lah mak baby ni (refering to aku!) taknak stay kat hospital dengan anak dia. Kenapa Puan tak duduk je kat dalam wad, sewa bilik, senang nak breastfeed baby"

"Saya ni, tak dibagitau pun oleh sapa-sapa yang saya boleh sewa bilik. Nurse ingat hidup saya tenang ke kat rumah tu, mikirkan anak kat sini. Dengan keadaan saya yang macam ni, ingat saya suka?"

Nurse tu diam.

 Ek eleh!

Wednesday, October 3

Pengalaman Bersalin (Episod Akhir)


Ok, episod yang ni panjang sikit. Sebab nak habiskan. Jenuh laa aku duk ngadap entri pengalaman bersalin ni jewww. Lepas discharge, aku keep on medicine intake yang Dr bgi, tapi biasalah being Hazerin, aku memang agak culas makan ubat. On off. Dr jugak mintak aku observe movement baby. Pastikan baby selalu bergerak sebab kalau takde pergerakan, kinda bahaya la.

Pagi pukul 1, 15 March 2012 (dah overdue 3 hari - EDD aku 12 Mac), aku rasa kesakitan yang amat kat bahagian perut. Nak kata memulas, bukan. Rasa dia macam senggugut, tapi lagi 100 juta kali lagi sakit dari senggugut. Perut macam mengeras. Aku cakap pada mama, mama ajak pergi hospital. Aku taknak. Aku nak tengok berapa minit sekali aku sakit.

Aku try tidur, 10 minit tidur, sakit tu datang balik. Aku kejut Mucid (hasben). Aku suh urut-urut bahagian pinggang yang macam nak patah ni. Dia urut, lega sikit -- sambung tidur. Macam tu la sampai kul 4, 10 minit sekali sakit tu mari. Pukul 4 pagi tu, sakit 5 minit sekali. Aku tidur macam udang, merengkot. Tak betah tidur aas katil, Mucid suh tidur atas sofa. Tak best atas sofa, pindah tido kat kerusi malas. Aku tidur 5 minit, terjaga. Macam tu la beralih-alih sampaaaaaaaaaaai pukul 7 pagi. Dia punya sakittttt...emmmm..rasa macam nak tarik-tarik rambut laki sendiri, tapi tak boleh pulak.

Tak boleh jadi, sakit tahap maksima. Kena pergi hospital jugak. Sampai hospital pukul 800am, nurse check terus masuk labor room. Seram, ok! Aku siap cakap kat nurse, kenapa masuk labor room pulak? Tak boleh masuk wad biasa dulu ke?  Nurse check bukaan - 4 cm! "Ok, ready for delivery", katenye.

Debor wehh debor. Sebelum nurse pasang mesin CTG, mesin heartbeat baby, dan lain-lain nurse masukkan satu ubat, suh pergi clear kan bendasing dalam perut. Ye la, taknak ade kes bersalin sambil ter'berry' kan. Ubat tu ajaib betol, 2 minit je terus aku gi toilet buang semua. Nurse observe contraction, which is very high -- one in two (sekali contraction dalam 2 minit). Graf kat mesin tu memang high peak dah. Bunyi anak aku bergerak dalam perut, amboi macam main bola!

Cucuk-cucuk ala steamboat *LOL*

Ni, tempat letak lutut. Bayangkan sendiri la.

Penunggu gua

The nurses. Yang tengah tu baik gile!

Sakit.

Dr datang pukul 930. "Ok, Hazerin. Tadi nurse kate bukaan 4 cm. Enjin dah panas. Kalau nak pergi KL, sekarang ni dah sampai Gambang". Eh, Dr Khaled ni kan, sempat lagi dia. Comel, ok.  Dia sambung, "By theory, bukaan akan jadi makin besar - satu jam, satu cm. So, within this 6 hour, anytime baby akan keluar. I'll be back around 2p.m. Kite tengok macamane. Rehat dulu ye. Sabar, tak lama lagi". Lepas tu, Dr. Khaled pecahkan air ketuban.  Lepas tu, sakit tak yah nak cerita la sakit macamana. Sakit yang sakit. Contraction makin kuat.

Pendekkan cerita lagi.

Pukul 4.00, Dr Khaled masuk. Bukaan baru 6 cm, progress very slow, baby segment tinggi lagi (kepala baby tak turun lagi). Dr. Khaled kate, "Takpe, kita bagi dia masa. Lagi 4 jam ye. Malam nanti pukul 8.00 saya datang lagi. Don't worry, heartbeat baby ok"

Pendekkan cerita.

Pukul 8.30 pm, Dr datang, bukaan still 6cm. Dia bagi aku pilihan, nak tunggu or nak undergo c-sect (operation). Aku taknak risk baby aku, so we choose for c-sect. Sedeh wey masa nak masuk OT tu. Semua orang lambai-lambai. Semua orang macam risau. Mama? Takyah citer la. Mak, kan? Mak. Korang faham sendiri la. Ayat Dr Khaled "Don't worry, saya akan bantu mana yang termampu. Ni semua takdir Allah". Then mama pulak "I know my daughter is in good hands, Dr."

Sedih.

Ready. Kenaikan 17kg. Nice!
Sebelum masuk OT, aku disorong ke satu bahagian ni, tempat tu sejuk sangat wehhhh takleh nak cakap. Ade brader ni, dia pakaikan aku satu baju yang panas tu, ape tah nama dia. Time ni aku dah menggigil-gigil dah. Lepas tu, sorong masuk OT. Perasaan dia? Emm..biasa je. Dr Nordin, pakar bius KSH take action. "Ok, Hazerin, Saya dah bius awak, awak sepatutnya dah tak rasa apa-apa dari pinggang ke bawah". Tau ape aku rasa? Aku rasa nak muntah dan yes, aku muntah. Dr Khaled nak start belah perut aku. "Bismillahirrahmanirrahim, Hazerin saya nak toreh perut awak ni, ada rasa apa-apa tak? Saya tengah toreh ni"

BOLEH TAKKK? Hahahaha. "Takde rasa ape, Dr. ikut la Dr nak buat ape pun". Masa operate tu dengar la Dr Khaled communicate dengan assistant dia, ade 3 orang. Mintak itu, mintak ini. Pastu Dr cakap ngan aku, "Oo, Hazerin. Patut la baby awak tak turun. Kepala dia tak engage pun kat 'jalan' keluar. Nasib baik kita tak tunggu"

"Ok, Dr", aku cakap. "Ok, now saya nak keluarkan baby awak ye. Kejap je lagi awak nak jumpa baby"

Sedih lagi.

Masa Dr keluarkan baby, rasa buuuppppp macamtu keluar daripada perut. Seminit lepas tu, dengar anak aku nangis. Allahuakbar! Tipu la kalau aku kata aku tak nangis. Aku nangis dengar suara anak aku. Sejurus lepas tu, Dr. Khaled azankan anak aku. Memilih Dr yang tepat - doktor lelaki - at least dia boleh azankan anak aku bile tiba kecemasan macamni. Kalimah pertama yang dia dengar. Alhamdulillah. Lepas tu, assistant dia letak baby kat bahu aku. Cium. Cium cium. Nangis lagi.

Assistant Dr Khaled tu amik baby, untuk dibersihkan. Meantime, Dr Khaled jahit balik perut aku yang terbukak tu. Masa Dr jahit tu, nampak weeeeeeeeeehhh zup zap zup zap tangan dia penuh darah, nampak jarum jahitan, nampak benang. "Amboi, Dr. Happy nampak jahit perut saya?", aku melawak - Dr Khaled gelak. "Baby awak kena masuk dalam warmer, paru-paru dia sejuk or ade jangkitan. Maybe sebab kena jangkitan awak demam aritu. But don't worry, everything is ok"


Total waiting time for baby keluar - 13 hour (12 jam dalam labor room, 1 jam operation). Habis je Dr jahit, assistant dia yang tiga orang tu ready untuk tolak aku keluar. Aku nampak Dr dah melepak atas kerusi kat sebelah kiri. "Aik, Dr ade sini lagi?", aku tanya. "Ha'ah, lepas ni nak pekena teh tarik ngan roti canai"

Hahahaha. Sabo je lah!

Tu ha. Yang comel duk atas katil tu la  Dr. Khaled.
Warmer. Alone. *cry*
Angkasawan kecik. *cry harder*

Haris Wafiy. Born 15th March 2012. Alhamdulillah.
The end. Aku tak harap banyak daripada sorang anak. Mendengar kata, baik dan sihat selalu.

InsyaAllah.

*ka-ching!*

Episod 2 dan 1

Tuesday, October 2

Pengalaman Bersalin (Episod 2)

Ok, sambung.

Bila dah check tu, aku balik rumah. Rileks, Dr pulak dah bagi MC sampai dua minggu kan. Ape lagiiiiiiii. Melepak la sampai lebam. Tapi sebelum balik, Dr Khaled siap pesan -- Jangan makan nasi banyak sangat. *sengih*. Sebab apa Dr pesan cenggitu? Sebab total kenaikan berat badan ketika mengandung adalah 17kg. K, fine.

Dr pesan lagi, kalau keluar tanda-tanda macam darah, atau air yang banyak turun, baru datang hospital semula. Empat hari kemudian. Pergi toilet dalam kul 3.30 ke 4.00 pagi (perasan tak, scene yang cemas ni sume dalam toilet) ade tanda mcam darah gitu. Aku pun? Hohhh? The time has come ke ape ni? Lalu beraksi macam biasa. Buat takde ape-ape berlaku. Tapi cakap kat mama. Being a mother, stended laa aksi-aksi susah hati.

Jom la kite ke hospital! Mama cakap. Siap-siap mana yang patut. Angkut bag barang yang dah ready awal-awal. Off we went to the hospital, again. Dalam kereta, bagi duit 2500 siap-siap kat mama. Untuk cover delivery expenses nanti. Memandangkan baru pukul 430 pagi, kitorang masuk A&E.

Orang A&E tanya, "Ye, sakit ape?"

Aku jawab, "Macam nak bersalin kot. Dah turun tanda"

"Bila due?", orang A&E balas

"Dah 40 weeks dah ni", aku balas. Lalu diberi kerusi roda, dan orang A&E (lelaki) menolak aku ke atas. Terus masuk ke wad.

Dalam wad.

Nurse datang bawak mesin CTG, untuk check heartbeat baby dan check contraction. Dan, nurse datang check bukaan. "Baru 1 cm, contraction tak kuat. Nanti tunggu Dr Khaled datang this morning. Meanwhile, u nak daftar masuk wad ke macamana?"

"Daftar masuk wad", mama tolong jawab T_______T

Tu ha mesin CTG. Button tu, kena tekan setiap kali rasa sakit

Mesin CTG tu best, leh dengar heartbeat baby. Yang tak best, masa nurse check bukaan. Aku kire rilek lagi, tak jerit pun. Ada patient katil sebelah, bila Dr datang nak check bukaan, dia punya jerit amboiiiiiii over sangat kak!

Dalam masa semalaman aku duduk dalam wad tu, banyak kali jugak nurse tolak mesin CTG tu ke aku. Sekali prosedur, lama dalam 10 minit. Dia nak check, dalam sepuluh minit, berapa banyak contraction. Pastu kuar graf, aku tengok graf tu mendatar je, maksudnye contraction tak kuat. Kalau contraction kuat, graf tu akan mencanak-canak every 2/3 minutes.

Aku pulak demam time tu. Siap buat urine test.

Dah semalaman, Dr diagnose aku demam with urine infection. Dr Khaled datang, duduk kat hujung katil. "Hazerin, ni kira macam false alarm la. Bukaan awak tu baru 1cm. Kalau nak bagi perumpamaan, macam kita nak pergi Bentong, tapi baru nak start enjin keta la. Macam tu (sastera ok!). So, you don't worry, lambat lagi baby nak keluar. Dia selesa lagi dalam tu. Balik ni, IF ada sakit, awak set masa. Kalau sakit 3-5 minit sekali atau air ketuban pecah, datang hospital, don't delay. So by now, awak boleh balik dulu. Urine awak ade infection. Jangan lupa makan ubat"


Total bill : RM500+++ *ka-ching!*

Balik rumah, aku dah merajuk kat baby dalam perut. "Ye la, awak tak payah la keluar, duduk laa dalam perut tu lama-lama"

Boleeeyyy gituuu?

to be continued....

Episod 1 kat sini