hari ini hari hitam kami. arghh yela ye la bukan hari ini, tapi berminggu-minggu yg lepas. khamis at 22 Jan '09. kisahnya pada semalam khamis, di kelas amalan pengambilan tanah ( yg kurang best kerana ketiadaan lecturer asalnya), ada plak satu iklan (ke?) dr Kelab Iqra' (ok serius, reen). senang cerita dlm iklan tu. tulis begini.
aku pun tak ingat! dah lama, dow!
senangnye, dlm iklan tu tulis, marilah sma2 protes kepada kekejaman israel dan rejim zionis dengan berpakaian hitam ke kelas pada hari khamis. huhu..ingat pun ko, reen. hasil kepada iklan itu. ini dia.
gmbar aku x byk. hanya satu. sbb telah mengalami pengembangan otot2 bdn yg terlampau. yg ada pun, menyorok di sebalik majihan dan rashila. itu saja. dalam kelas ini hanya 34 je yg ada. kelas elektif la pulak. dgn selamba tanpa segan silu kepada encik budin yg sporting, kite snap2 gambo. en.budin suh diskus, dibantainya menangkap gambo!! ceh!~~
kami sayang UTM. kami? ye la. kami. korg pun terlibat sama. xkan aku sorg jek.
semalam malam kita sama-sama menonton. aku teriak tak hengat apabila hot husband menang 3 kategori bturut2. apabila aku sedia untuk teriak sekali lagi, tak jadi pulak. bertukar kepada "hah?..meet uncle hussien menang?". dan zila cuba review balik lirik nye. sue kata "pun boleeehhh..". ceh..tiba2 aku teringat aku penah ckp yg aku bajet meet uncle hussien menang (nak jugak!). ila dan mas cool aje. takde kesan. ila puas ati la tu sbb lagu kegemarannya meneng. persoalan cinta (hahaha..ini rekaan semata). majihan dan yana di bilik lain. tak tau cerita depa. bila kita sama2 nk hayati balik lagu meet pakcik usin tu, tak terkesan, sbb depa happy sgt menang. tak nyanyi dengan betul. ceh. so, seperti dijanji. ini la liriknya. best jugak. to compare with hot husband punya lagu, ini lain. betul kata korg.
ini liriknya.
Tiada bintang Dapat menerangkan hati yang telah dicela Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri Aku tetap begini Takkan berubah kerna aku tetap aku Dan lalu rindumu bukanlah aku
Guna hati, akal dan fikiranmu Berbeza Kau dan juga aku Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku Hanya boneka yang sering engkau mainkan Yang dikawal oleh jari-jarimu Ku punya hati dan perasaan Pernahkah engkau fikirkan Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham Tak dapat ku faham Melayan sikapmu perawan Berbeza-berbeza Kau dan aku berbeza Kita memang tak serupa Bebaskan bebaskan Kunci dilepaskan Kita tidak sehaluan Cukuplah sudahlah Sampai di sini saja Hubungan kita berdua
dan. aku yakin. korg tidak hanya baca. mesty nyanyikan skali. baik ngaku!!!!
ari jumaat juga menyeronokkan.kerana aku pkai tdung baru.kerana kami makan bersama. kerana grup zila suhaila dan diana ada presentasi subjek kos dan anggaran tender. kerana aku seronok la. harus ke ada alasan?hahaha. sebelum itu aku nak tunjuk yang ini.
potong aje la talinye, ikin.
terlalu nazak.
ini gambar annoying aku. bersama suhaila dan zila.
kami bergambar selamba walaupun Dr. Choong ada di depan.
ini lah Dr. Choong. umurnya aku tak pasti. baru je berstatus Dr. dia muda. baik. bahasa melayu nya? boleh laaa... and he's taken.
Atas : Diana Bawah : hanya ini termampu untuk kelas selam 2 jam. kelas ini tiada majihan.harap maklum.
petang jumaat.
petang jumaat juga aku seronok sbb aku telah spend duit blnja mingguan aku untuk membeli dua benda. satu boleh ditunjukkan. dan satu kerana menyahut seruan Dr. Hakim ketika kelas tender minggu lepas.
ini. harga = rm24 harus bagitau kerana = claim ke JB jurunilai bersekutu.
jumaat malam. (ini kosa kata yg betul. bukan malam jumaat. malam jumaat = khamis malam) jumaat malam kami makan bersama. 8KTF + 1KDSE + 1K10 = gembira. ini formula kami malam semalam. seronok jugak. 1k10 join kami lambat. dia bakal berstatus cikgu. cikgu Haris. sedap pulak aku dengar. dia bakal cikgu yg bersemangat, imej baik + kacak, dan menyenangkan..(menurut cerita dia semalam la = kesimpulan aku..) dan 1KDSE yg sedang gembira juga join kami yang 8KTF ini.
hidayah. rashila. masturah. arzila.
diana. majihan. suhaila.
cikgu haris. diana. majihan (bukan nama sebenar, ye)
kata ida : harus ambil gambar begini. untuk hidung yg lebih mancung. ye ke? aku tetap hitam. tgk la ida. dia putih!
to Abg : pecaya la, hanya makan ini. TAK AMBIK pon mkanan diorg. hahahaha!~~~
sejak rabu lepas, alhamdulillah hidup dikurniakan kegembiraan melampau. heh! secara obviousnye, sbb aku sgt happy minggu ni.. (ye ke?). mula pada hari Rabu apabila aku secara gamblenye pegi ke kompleks KIK dgn berbekalkan 120 set questionnaire yg melambak di belakang kereta.
kata hati: nak ke org2 ni tolong aku. kata hati je. mulut tak luahkan.
smpai disana, dgn selamba naik lif ke tingkat2 , aku msuk pejabat imigresen itu. huh! mana ada org? rupanya aku msuk pintu belakang. patutlah. konfiden sgt ko ni reen. lpas sepatah dua ckp begini:
saya student UTM. saya nk buat research kat sni. saya nk tau prosedur. (dengan niat menyembunyikan perkara sebenar = edar questionnaire).
aku dibawaknya (ayat teruk gile) berjumpa 2 org ini. di name tagnya tertera nama. EZARINA. ASMAWATI. depa sangat friendly. sangat jovial. aku dgn lancangnya tnya.
seronok ke keja sni, kak? (bodek) seronok sangat. kata mereka.
setelah bgtau apa niat aku sbb aku mlas nk ulang taip apa aku ckp (sila refer ayat yg sama di atas). dia org angguk dan terus mintak questionnaire nye.aku tidak percaya.aku tidak percaya. hehehe.sangat gembira. terus je aku bg semua set yg berharga RM25 itu. (perlu la ckp, sbb nk claim duit kt JB jurunilai bersekutu Kedah). hehehe! rupanya mereka-mereka itu telah bernikah. bdan cantik siot!!! pkai uniform la pulek! harus maintain.
lagi? lpas tu aku pegi JUSCO bukit indah (perlu juga ckp sbb ELSASORAYA tidak tahu ini). hehehe. jgn jeles ye dik. ada jusco baru skrg. besarnya kurang sikit dr JJ tebrau. ataukah sue dh tau ttg ini??? argghhh...tak mungkin.
ini dia.
merah-merah Gong Xi Fa Cai.
si kecik itu cuba meniru. hanya dengan melompat2 sahaja.
mana mungkin!
lihat di tangan aku. semua mampu buat aku happy. aku takkan claim ke JB jurunilai bersekutu. Abg jgn risau na.. hahaha!
Sangat aku kagumi pemunya nama ini. Bukan sesiapa yang berIC kan nama Mahathir dan kebetulan nama bapaknya juga Mohamad. Tapi nama ini lengkap dengan Tun dan Dr nya sekali. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Itu namanya. Kalau aku tanya, aki dan wan bgtau ( tak banyak sikit) tentang kebaikan serta tidak kurang kelemahan nya. Tapi aku tetap kagum. Aki kata mahathir berwawasan. Arwah wan kata mahathir bagus. Hanya itu aku ingat arwah wan kata tentang mahathir. Aku xde otak yg menyerap semuanya. Haha.
Dulu, tiap kali dia berucap, aku mesty layan tv. Aku suka dgr dia cakap. Itu karisma namanya. Aku akan percaya setiap butir katanya (biarlh dia menipu pun, aku tetap teryakin dengan tegas ucapannya. Best. Itu yang aku boleh kata. Wawasannya terkedepan. Betul kata aki. Tapi itu dulu. Waktu dia disanjung pengampu-pengampunya (my personal thoughts ya!). Sekarang dia tak boleh berucap bebas lagi. Aku kurang pasti kenapa. Ya. Mungkin kerana hidup ini roda. Kadang atas. Kadang bawah. Aku yakin dia lali dan tahu itu.
Aku x kira berapa dan siapa pun yg tak hargai dia. Aku sudah lama suka dia. Suka, ya, suka. Dia ciri2 bapa yg bagus pada aku. Sejak balik dr Gunung Ledang utk Bengkel PSM ku, aku tambah suka. Aku bukan cuba menjadi mahathirisme. Aku suka dia keana dia sayang Melayu. Itu saja yang aku tahu.
dan kerana itu, ini tercipta, kerana dia sayang Melayu. pada aku. aku tak tahu kamu.
“Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati Dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya Sejarah silam tiada maknanya Sekiranya bangsa tercinta terpinggir Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan Bagi menegakkan kemuliaan Dan darjat bangsa Selangkah bererti mara Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil Kerana mengisi kemerdekaan Rupanya lebih sukar dari bermandi Keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia Dan menidakkan, Mengangguk dan membenarkan, Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita Kerana rupanya selainmemerdekakan, Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya Bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya.....
ini. terakhir dia sebagai PM.
dan kerana kekecewaannya, dia cipta ini pula.
Melayu Mudah Lupa ini nanti aku postkan, ya!
akhir kata, aku juga seperti sharifah amani yang nak spend satu hari bersama Mahathir Mohamad. tapi, ilmu aku cetek. aku nak sembang apa dengannya??
telah diwar-warkan dan telah dipasang keliling tentangnya. ada juga yang tidak tapi ramai yang ya.
ya dalam menunaikan tanggungjawab kalau tidak dah diamarankan kena tanggung dan jawab kepada dekan yg tertinggi dengan "SURAT TUNJUK SEBAB" ada ke patut!!
balik je dari wt lawatan smbil mengada-ngada ke case study aku di Kuarters Kastam, Imigresen dan Kuarantin aku n mas serta sue mencampakkan diri kitorg ke FKSG (wpun terkejar-kejar nk hadap depan tv nengok muka Memey dalam Wanita Hari Ini smbil dosa aku bertambah).
menjadi lebih excited apabila majihan mendeliver SMS berbunyi ini "yang aku cabutan bertuah.topup"..ceh! xleh jadik. kna layan pilihanraya dlu. aku tanpa bbekalkan matric card n ic yg telah sebulan hilang, menapak ke fakulti dan menyedari ada makhluk Allah berbaju unifrom biru yg ramai..unit keselamatn UTM nk buat audit agaknya..hehhehe..cuak gle. tp maintain je ngn sue n mas.
kena undi 10 utk UMUM n 3 utk fakulti. siapa dorg? aku x knal. tp aku ada perasan bdak junior DDV bernama Nurul Adilah,if i'm not mistaken (yg kni berstatus SGT, bkn SGP), dia bertanding calon UMUM dan ya, aku undi dia sbb aku sedar dia baik. fakulti ada 4 calon dan aku berkeputusan untuk tidak mengundi dia yg berjawatan tinggi di kolej 11.nadia namanya. hahaha.aku tidak undi dia.
yang penting aku undi lelaki ini.
kenapa? kerana dia imam MASJID SULTAN ISMAIL, imam MASJID UTM. kerana itu. hahahahahaha. namanya taufek. pada aku, dia calon yg terbaik untuk masturah.
dan aku. hanya dapat ini. nyata tidak sebertuahnya majihan. ini hanya multicolors-highlighter. pun boleh dari xde apa.
ini suasananya tadi. ramai.
sebelum kesana tadi. "entah bila kita kesini lagi lepas grad nanti" itu kata suhaila.
walaupun sini tak best. tapi sini tetap ada kenangan tersimpan. cewaaahhh!!~~
Skrg kt UTM tgh demam pilihanraya..siapa yg demam pun aku x tau.. kitorg x demam tp jangkit skali virus pilihanraya MPP kampus..
inilah hasil jangkitan yg dorg bwk kt kitorg.. kitorg warga KTF ni dgn bangganya turun n menuju dewan, ada pjumpaan dgn pengetua la katakan... biasalah, harus la tunjuk muka sbb sem ms praktikal tu, aku menagih kasih Puan K utk dptkan kuotanyaa...so, kna la turun pjumpaan,wpun pd mulanya Mas, Sue, Jihan ttnya2 nk g ke tidak.. ngeh ngeh!! HARUS bukannya wajib, ye.. x turun x dosa pun..yg turun ni lagi menambahkan dosa ada..(aku kah yg berdosa??..hahaha)
ceh..mula2 turun, bkn main senyum g masing2..muka baik ni!
kempen.kempen.dan.kempen
si comel khusyuk ni..biasalah, nama dia rashila, klu x khusyuk, x sah la dia.. =)
body posture yana n sue juga turut mengalami perubahan ketara
dengan tudung yg senget-benget dan juga setelah beberapa kali jihan mengulangi perkataan "lambat lagi kehabis?", kitorg ttp maintain bgambar. kempen la korg, aku pedulik hape!
arikian tersebut la kesah penderitaan dan kebosanan kami serta kesengalan mereka semalam..esok (13 Jan 09) hari mengundi.
Today, ada kelas plak (suppose not), kelas PSM2.. layan je laa.. kata2 aluan dr Dr Hamid adalah seperti berikut:
"Ingatkan dah berubah bila msuk semester akhir, rupa2nye sama je awk semua ni""Kurangkan bckp, byakkan bkerja""Objektif kajian awk mestilah bersifat operational iaitu yang boleh dicapai in the end of d research"
Mana tidaknya, dia msuk2 je kelas, kelas bising x hengat..aku pun menyumbang kpd kebisingan tu, tp tidak le sekuat Fatin..hahaha.. sorry Fatin, aku gurau ja ngn hang..
Sekembalinya aku drpada kelas PSM yg menuntut aku menggosok baju krung (today is SMART DAY la sgt n aku xde kelas spatutnya isnin n selasa), aku menjadi bingung n tak tentu arah (begitu juga dgn majihan) sebab :
1. Wpun aku tau niat + kesungguhannya utk menerangkan analisis dan data sintesis, Dr Hamidkesayangan sedara jauhku Tando telah membingungkan keadaan dgn memperincikan dengan tepat dan panjang lebar ttg accessibility, mapping, analysis, distance, CBD, accessibility lagi, dan lagi dan lagi accessibility.. sedangkan aku tidaklah berminat utk men'accessibility'kan benda2 alah itu kedlm kepala otak aku ni.. sebab? sebab tajuk PSM aku (begitu juga majihan) tidak lah ada satu ayat pun ttg accesibility.. agaknya, tajuk accessibilty itu adalah yg terbaik utk dijadikan contoh (patut la Sheelah dpt A utk PSM1 dia)..
2. Iryani telah memecahkan kebuntuan aku dan mungkin majihan and asked a question related to our topic and data analysis (huhhh..finally...). katanya, " Dr, mcamna nak analisis data melalui kaedah interview??".. dan.. SEKALI LAGI, Dr Hamid (bapak mertua tak jadi Tando) dgn tidak lengah2 lagi terangkan, n sebenarnya aku rs apa yg diterangkan tu, tidaklah mjawab persoalan dlm kepala otak aku.. klu interview, mcmana nk analisis sbb klu guna kaedah interview, data adalah kualitatif, bknnya kuantitatif...itu soalan kami sebenarnya.. tapi Dr hamid menerangkan kaedah interviewnya yg dulu, yg mana data yg dia kumpul juga adalah kuantitatif.. AIYAK!!! sama je kebuntuannya.. hahahaha!!
At the end, Dr Hamid decided to divide d class according to kaedah analisis yg nk dibuat oleh student2 baiknye ini... but d problem is, apa kaedah analisis data yg student dia nk pkai.. aku pun xtau aku pkai kaedah apa.. but since he asked us "Siapa pkai likert-scalling?", aku pun angkat le tgn, sbb aku yakin aku ada me'likert-scalling' kan questionnaire aku...
Tp napa aku rs nk ponteng je kelas PSM ni mggu depan???
Apa ni?? Ini adalah tgn2 kami yg kebosanan semalam..
salam.. n i'd like to welcome all of u to my blog..this is my first ever post.. i was inspired to blog by one beautiful girl named ELSASORAYA (bukan nama sebenar) hehe..credited to you.. ececeh!! ngade btul la tulis omputih plak yek..
sbnarnye aku ni duk mbaca blog org je.. so, aku mendapat sedikit kekuatan itu untuk membuat blog sendiri. ntah tercapai ke tidaknye hasrat aku untuk sentiasa menulis blog ini pun, aku tidak pasti lagik le.. sbb lebih banyak lagik kerja-kerja penulisan yang menuntut perhatianku.. PSM+PSM+PSM.. itu yang aku utamakan kini.. (ye ke, reen?)
ok, it's already 00:30 menurut jam laptop burukku ini, so, aku perlu menaip surat untuk di faksimilikan kepada Penyelia BPH Jabatan Perdana Menteri esok!.. cadangnya aku nak taip surat rasmi itu petang tadi, tapi...........................tidur melebihi niat murniku..hahaha! seronok tau tido petang ni.. (itulah sebabnya aku tidak berkeupayaan untuk mengingat dgn baik)