Geng!

Monday, September 28

"Kau Belajar Tinggi-tinggi Pun, Ke Dapur Jugak Perginya"

Kenapa aku masih disini?


Sebelum aku meng'gamble'kan diri sambil menjerat leher kembali semula ke UTM, aku selidik-selidik semula dan aku seringkali tanya pada diri aku, "Tak muak ke aku belajar 6 tahun sejak habis SPM, dan aku masih ada hati sambung untuk beberapa tahun?". Dulu, kalau anak gadis menyatakan hasrat belajar universiti, sang bapa atau ibu mesti keluar ayat "Kau belajar tinggi-tinggi pun, ke dapur jugak perginya". Paling tidak, "Kau belajar tinggi-tinggi, dah kahwin nanti dibawak laki jugak". Aku cukup la berangin satu badan kalau orang bagi dua ayat ni kat aku. Dan biasa nya sedas dua aku akan balas seperti ayat dibawah:

"Nak beli mekap, takkan nak mintak duit laki"
(Walaupun tak pakai mekap)

Takpun,
"Esok-esok kalau laki aku mati eksiden, aku nak survive macamana kalau takde education?"

Paling tidakpun, aku bagi ayat penyedap,
"Belajar tinggi mak mertua sayang oooo.. Sebab nanti cucu dia pandai"

Oh,ya. Aku memang suka menjawab.

Tapi, kadang-kadang aku tewas jugak dengan kata hati dan keadaan sekeliling. Tengok kawan-kawan yang semakin membina empayar kerjaya sendiri, aku rasa aku ketinggalan di belakang. Mau join diorang lepak-lepak pun aku jadik segan. Mau juga setahun dari sekarang, bila aku baru amik scroll Masters di atas pentas, dan baru merangkak-rangkak membina kerjaya aku sendiri, kawan-kawan aku sudah mampu bangga dengan duit gaji besar dan kereta sendiri. Aku? Pinjam kereta mama lagi? Ahhh..malu nya kalau difikirkan.


Tengok sahabat-sahabat dah kerja, datang rasa menyesal la pulak sambung belajar, aku pun rasa macam nak kerja. Nak ada duit sendiri. Mula la bosan nak study, ada je alasan, susah la, banyak assignment la. Sekali-sekala ada jugak aku usha-usha line kerja kosong kat tenet. Tapi tak pernah mencuba sebab aku fikir diorang ni gebang je lebih, buat iklan kosong banyak-banyak, padahal dah ada calon yang pakai kabel suka-suka hati mak bapak diorang je.


Apa yang aku nak sebenarnya pun, aku tak tau.

Kerja?
Study je sampai habis?
Ntah.


Mungkin manusia seperti aku tak pernah puas hati dengan sesuatu. Berfikir kembali, lama-lama. Ahhh..mungkin ada la rezeki yang lebih baik untuk aku di masa akan datang, insyaAllah.

Ni je la buku aku, bekalan untuk Masters
Tak pasal-pasal blook si Firol pun masuk senarai buku ilmiah aku (Rujuk warna kuning)

First attempt.
Penenang hati penyejuk jiwa.
Alhamdulillah

Sunday, September 27

Republik Cinta di Teluk Chempedak

Tempat: Teluk Chempedak, Kuantan. (Bandar Plama ----> apa yang palma pun aku kurang pasti)
Tarikh: 22 September 2009 (4 Syawal)



Ini Adelina a.k.a baby G.
Always will be my favourite cousin.
Umur dirahsiakan.


(Dari kiri) Adik, G, Kakak, Mat, Ain.


Sessi mencari ketam bermula.
Ranap la ekologi pantai kalau dengan budak-budak ni.
Aku tak campur.
Aku memerhati dari jauh je. Hahahhaa.
Pemalas.

Si lelaki, Iqbal (Sepupu No.2)
Kalau tengok gaya dia tertonggeng-tonggeng layan budak-budak cari ketam
Hilang terus karisma ko kerja Petronas, Bal
Hilang muka ganas
Hahaha

Sessi memujuk budak ni.
Ain, anak sulong arwah Ateh aku.
Sentap sebab takde sapa nak layan dia kutip ketam kat celah batu.
Aku? Mana muat nak masuk celah batu.
Sangkut pulak kang.
T_T

Aiman Haikal a.k.a Cik Mat.
Cousin terkecik, anak kedua arwah Ateh aku.
Rambut tak bleh belah nak remos tiap-tiap kali mandi.
Aku pulak nak kena buat untuk dia.

Cakap dah la gagap-gagap, aku pun dah jangkit gagap dia.
Tiap kali kena sakat dengan aku, dia sound
"Tak baik buat macam tu, Mat ni anak yatim"
Sabo je la aku, usik sikit pun tak boleh.

Masing-masing buat muka bangga
Sebab dapat seksa ketam, masuk dalam botol.
2 bijik botol mineral tu penuh dengan ketam.
Berapa kali aku suh balik pun, buat tak tau je.
(Subhanallah, view cantik)

Republik cucu-cucu Aki yang degil.
Di Teluk Chempedak.
Balik rumah, ketam-ketam tu semua mati.
Sapa nak jawab??

Tuesday, September 22

Stail Raya Budak Hingusan.

Tengah potong kek pisang, aku dengar budak bagi salam.
Tapi kat rumah depan.
"Eh, tak lalu sini pun dak-dak ni", aku wonder jugak.


"Assalamualaikum. Kami nak raya"'

Dua tiga kali jugak la budak-budak tu bagi salam. Tuan rumah depan bukak pintu. Budak-budak tu tak masuk pun. Lepak atas tangga. Tuan rumah depan suruh masuk, makan kuih.


"Taknak makan. Nak duit raya je"



Kurang asam punya budak.
Masa aku kecik-kecik dulu, aku takde buat kerja kurang ajar macam tu.




Aku usha budak-budak tu. Aik..macam kenal.

Oooo....budak-budak ni la yang kena halau dengan abang aku tahun lepas.
Sebab buat benda yang sama kat umah Aki aku.




Patut la tak berani bagi salam kat rumah ni.

Wednesday, September 16

Salam Aidilfitri Dari Si Pembuat Dosa





Maaf atas segala khilaf
Ampun kerana selalu silap.
(Rasa-rasanya tahun depan ulang lagi buat jahat)
Apa-apapun dosa-dosa yang pending ni, harap di 0-0 kan.



Salam Aidilfitri, kawan-kawan.



Status:
Bersiaran langsung dari McD Stesen Larkin.
Balik kampung.. Oh..oh...oh balik kampung.




Bercuti mid-sem untuk seminggu.
Tapi beban assignment berlambak-lambak.
Baik tak payah cuti la UTM!



Friday, September 11

Dasar Pemalas!!

Ramadhan kian berlalu, tapi aku tak pernah menulis tentang Ramadhan kali ini.

Bukan tak mau menulis, tapi apa yang mau ditulis?



Sudah 4 tahun aku berpuasa di Skudai ni. Ini masuk tahun keempat. Walaupun Johor amik cuti 1st Ramadhan pun, aku tak balik ke Kuantan. Sebab? Sebab aku tak boleh naik bas ketika berpuasa. Pening. Kalau pening, tak selesa. Perjalanan membebankan dari Skudai ke Kuantan (6 jam), dalam keadaan tak selesa? Mungkin tidak. Sambut Ramadhan disini aja pun boleh.


Aku mau rangkumkan aktiviti sepanjang Ramadhan aku disini. Pada tahun ini. 2009.

  1. Sebagai student yang senior, pengalaman banyak la katakan, seminggu sebelum Ramadhan, aku dah beli tiket balik Raya. Hoho. Kalau beli tiket lambat, alamatnya naik bas tambahan la. Huh! Sangat tak feel la kalau tak naik bas ekspress balik kampung.


  2. Sahur. Aku memasak setiap hari untuk sahur. Ya! Setiap hari. Menunya berubah-ubah. Rajin? Tak. Jimat punya pasal. Belajar Masters ni dah macam join reality show Survivor puna ada. Dah la masak guna rice cooker secara haram (tak daftar). Sekali kantoi dengan orang pejabat kolej. Tak pasal-pasal burn duit macam tu je. Awal pagi, akan menapak turun ke bawah, makan dengan bebudak lelaki. Aku rasa aku dah macam mak diorang dah.


  3. Buka puasa. Bosan! Bosan! Tiap-tiap hari kena pergi bazaar Ramadhan. Nak masak sendiri, tak feel pulak. Sebab tak boleh rasa. Hahaha. Pergi bazaar Ramadhan pun tak tau nak pilih makanan apa. Kuih-muih kat bazaar Ramadhan tu semua sama je. Supplier sama ke apa? On the way pergi bazaar Ramadhan pun boleh nipis pahala puasa aku. Orang Johor ni bawak kereta macam hampeh. Tak hormat langsung kat orang lain.


  4. Bulan puasa ni, apesal otak aku jem semacam?? Siang hari, aku langsung tak boleh fokus pada study, assignment dan cari bahan untuk buat artikel. Perkhh. Ada kaitan ke perut lapar dengan otak jem?? Ada? Memang tiap-tiap hari aku tak tidur malam. Siapkan assignment di malam hari. Takut pun ada, tapi fikir positif "Bulan puasa mana ada hantu. Dah kena ikat". Lepas sahur dan apa-apa yang patut, baru tido. Bangun pun, mata lebam, macam panda pun ada. Kelas pagi memang haram aku tak pergi la.


  5. Aku rasa tahap kesabaran aku di bulan puasa ni makin kurang pulak. Banyak pulak yang mencabar kesabaran aku.

    Contoh 1 : Budak-budak tahun 1 sepanjang row kat bilik aku ni. Macam sakai. Waktu maghrib dan tengah malam nak terjerit-jerit secara berjemaah macam beruk mat nyeh. Dorang tak tau ke hormat waktu maghrib? Dorang tak tau ke aku ni siang-siang hari tak boleh buat kerja, malam je aku fokus?? Dah berapa kali aku sound, tak jalan jugak. Aku tak harap pun dorang respect aku sebagai senior, tapi respect la aku sebagai sesama student. Aku nak balas dendam lah. Agak-agak nak final exam nanti, aku nak bakar mercun depan bilik dorang. Rasanya dorang marah tak? Maafkan sebab dorang tahun 1? Sorry sikit. Itu alasan bangang. Umur dah 18 kot masing-masing. Adik aku pun pandai respek orang.

    Contoh 2 : Seorang kenalan. Lelaki pulak tu. Nak sentap-sentap dengan aku sebab dia kata aku ni cakap kasar dan asyik nak marah-marah dia sepanjang masa. Ya Rabbi.. Ko ingat aku tak da keja lain ke, asyik nak melayan ko aje? Nak aku layan macam anak raja? Tolong la sikit. Ko lelaki kot, sempoi-sempoi sudah la. Nak sentap-sentap pulak. Apa ko ingat aku awek ko ke, nak kena cakap lembut-lembut dengan ko? Awek ko yang sedia ada tu sikit punya sebaik-baik umat pun, ko merungut-rungut macam-macam. Ko ingat ko perfect? Belajar la bersyukur. Dah la. Malas aku nak jadi "Umpama anjing menyalak bukit". Dah macam Karam Singh Walia dah.

Tuesday, September 8

(Jiwang). Wajah Rahsia Hati.

Dia.
Cinta hati aku.
Muhammad Mursyid bin Romli.
No. I/C : 850908-02-58**
Alamat Rumah : No. **, Jalan **, Taman Malinja, Langgar, Alor Setar

Hari ini hari dia.
8 September 1985 ~ 8 September 2009
24 tahun.


Selamat ulangtahun, cinta.
Semoga dirahmati Allah hidupmu.
Semoga gembira selalu.
Aku tak mampu beri apa-apa.
Cukup lah dengan adanya hati aku pada kamu.


Dan.
Terima kasih kerana selalu ada.
Untuk aku.



Perkhhh!! Jiwang sudah!! Hahaha!
Ala..bukan selalu. Setahun sekali kot.
Tak pernah pun publish gambo dia kt blog ni..





Friday, September 4

Big Mac Free. Nyummy!!

Tahun lepas punya cerita ni.


Aku ingat masa tu aku drive tru McD. Masa tu kat McD TC, Kuantan. Sapa orang Kuantan, tak penah lepak MekDi TC, tipu sangat la. Memang homey type la kan. Huhu. Ok sambung cerita.


Aku masa tu dengan abang dan mama aku kalau tak silap. Masa tu McD ada buat promotion beli set, dapat satu kupon. So, alkisah, aku tak tau McD buat promotion itu. Beli 1 set, dan satu bege extra untuk aku. So, dapat la 1 kupon. Atas kupon tu, tertulis ini:


"Two all beef patties special sauce lettuce cheese pickles onions in a sesame seed bun"


Cabarannya kena sebut ayat tu semua, dengan betul dalam masa 4 saat, dapat Big Mac free. Abang aku suruh aku, "Ko pegi la, Er. BI ko dpt 1, BI aku 2 je". Duhh..alasan. Mama aku pun suruh pegi. "Untung-untung dapat Big Mac free", mama kata. "Ok. Ok. Baiklah". Aku pun pergi masuk dalam itu McD. Pakai selekeh gila, standard la orang beli McD drive thru kan.


Dalam McD.


"Saya nak buat ni", kata aku sambil tunjuk kupon. "Em. Ok. Jap ye", balas brader McD sambil tengok aku atas bawah.

"What's your problem?", kata hati aku. Dalam hati je.


Brader McD tu pass-pass pulak kat kawan dia. Kawan dia pass kawan kawan dia. Agak lama jugak la aku tunggu kat situ. Pastu datang satu awek McD ni.


"Ye. Nak buat promotion tu ye", tanya awek itu. Cun. Rugi abang aku tak turun. Heh!


"Iye. Dah lama dah tunggu ni", aku cakap sambil berdebar-debar. Debar siot. Macam nak ambil final exam pun ada.


"Ok. Jap. Saya amik jam", awek tu senyum sambil tunduk ambik jam macam orang nak lumba lari tu kat bawah meja. "Ok, boleh start".


Aku pun sebut perkataan tu. Awek tu tekan kat sisi jam tu. 3.78 saat, bacaan jam tu menunjukkan. "Em. Buat sekali lagi", awek tu cakap, ala-ala tak percaya pulak. Takpe, mungkin dia ingat jam tu rosak. Aku tau la aku Melayu, pakai baju selekeh, seluar trek budak kampung, tapi jangan la treat aku macam tu kot. Cis. Da la lama tunggu. Dah buat sekali, kena ulang pulak.


Aku pun layankan. Sebut sekali lagi. Bacaan jam, kali kedua. 3,89. Lambat dari yang tadi, tapi masih under 4 saat. "Ok, this is your Big Mac". Aku sengih. Hahahaha. Dapat Big Mac free aku hari tu.


Walaupun aku tak suka McD, sepanjang promotion tu berjalan, mau 4 bijik Big Mac free aku dapat. Lepak dengan Baby G and Mom kat Sungai Petani, aku bantai dapat 2 bijik lagi free. "You are crazy Er" kata Baby G a.k.a Adelina Ibrahim, si budak demok, kuat makan nasik.




Layann..!!

"Two all beef patties special sauce lettuce cheese pickles onions in a sesame seed bun"
Cuba korang try in 4 seconds. =)

Tuesday, September 1

Kasar-kasar Aku Pun, Aku Pandai Menjahit Lah!!

Sebagai seorang wanita, aku tak pandai sangat buat kerja wanita. Kawan-kawan aku pun menggelarkan aku separa wanita. Ces..bedebah. Maybe perwatakan aku yang kasar ni agaknya. Ada aku kisah?, bak kata Azwan Ali.


Dua hari lepas, mama call. Mama tanya, "Nak buat biskut raya apa kita kali ni, Er?". Mama tanya sambil gelak. Huh..memang setiap kali raya, setelah ketiadaan Wan, kitorang pakat beli je biskut raya. Sebab kalau buat, rugi. Lebih banyak yang hangus dari yang elok. Aku jawab kat mama "Tunggu Er balik la baru buat biskut" <---memberi harapan nampaknya!


Mom di Kajang yang rajin buat biskut raya pun dah ala-ala bosan nak buat. Mom itu mak saudara nombor tiga belah mama aku. Mom cikgu di Seri Bintang Utara (ke Selatan?), pandai masak, dan biskut coklat chip dia sangat heaven ok. Sila buat untuk raya kali ni. (Wahhh, puji ada makna).


Pernah sekali lepak-lepak rumah Mom di Kajang, niat hati nak buat kek ke coklat chip (lupa), aku konon-konon nak tunjuk bakat. Pakat pakai mixer nak kacau telur dengan gula, 3 kali pusing je mixer tu, habis jahanam. Rosak terus. Masa tu aku yang pegang mixer tu. Aku kah yang bersalah? Duhh.. Nanti saya dah kerja, saya belikan Mom mixer baru, ye. (Skema gila guna kata ganti nama 'saya').


Ok. Habis cerita buat biskut raya. Raya lambat lagi.


Masa aku praktikal Degree dulu, aku pernah berhajat nak masuk kelas jahitan. Aku rasa kalau pandai menjahit, memang wanita habis la. At least, kalau orang kutuk-kutuk aku, aku leh jawab "Kasar-kasar aku pun, pandai menjahit tau. Ko apa tau?". Lebih kurang macam gitu la. Tapi, hajat tu tinggal kenangan je la. T_T Tak de point la nak jawab kalau kena kutuk.


So kisahnya, masa hari konvokasi aku hari itu, kawan terbaik di dunia datang lebih awal (merujuk kepada Marzihan). Kawan terbaik aku ni pandai menjahit. Oh..sangat wanita lah beliau kalau begini. Aku pun dikesempatan itu, aku usha-usha dia jahit manik. Memang skill habis. Agak-agak bertuah la si Sarijani beristerikan kawan terbaik aku itu.


Si kawan terbaik sudah pulang. Meninggalkan kesan di baju aku. Cuma di lengan. Aku belek-belek plastik beg berisi manik. 'Ah, banyak lagi', bisik hati. Aku ambil jarum dan benang, masukkan manik. Bermula dengan kalimah Bismillahirrahmannirrahim.


Tadaaaaa....Ini hasilnya.

T_T
Kagum tak? (Lengan belah kanan belum siap)

At least kalau kena kutuk, aku boleh jawab "Aku pandai jahit manik, ko apa tau?".


Psttt.. maksud aku disini, menjahit memberi nilai tambah kepada seorang wanita. Memasak-masak tu tak payah cerita la kot. Perempuan kot. Mesti pandai.