Geng!

Monday, January 31

Yes!! Hari Kahwin Dah Dekat! Jemputlah Datang!

Kursus kahwin - sudah

Tarikh kahwin - sudah

Wedding gift untuk tetamu - sudah

Homestay - sudah

Barang hantaran - 50%

Baju nikah, baju sanding - belum

Pelamin, khemah, hiasan bilik pengantin - belum

Senarai tetamu dan kad jemputan - belum

Fotografer - belum

Mak andam - belum

Katering - belum

Borang nikah - belum

Tempah tok kadi - belum

Ujian HIV - belum

Kuruskan badan - sudah tentulah BELUM!


Maka, setelah melihat kepada senarai di atas, adalah lebih baik aku bertindak segera. Orang nak kawin, aku nak kawin. Tapi terhegeh-hegeh nak settle! Haihhhh. Mak! Rasa nak pengsan!

Any suggestion? Sangat-sangat-sangat-sangat-sangat memerlukan bantuan pakar!

Sunday, January 30

(Lawak) Anugerah Juara Lagu

{Cilok dari sini. Klik gambar untuk pembesaran}

Haha. Aku paling ta' boleh blah time 'Misha Omar' sound 'Ana Rafali' menyampuk. Tolong ingatkan aku yeeee. Pasang reminder lah woi!


Wednesday, January 26

"Kalau dah kawin nanti, kau buat macam ni"

Lunch hour tadi, aku tak keluar beli makanan. Aku masuk pantry, aku melepak dengan sorang senior - chinese, sorang registered agent, umur 50++. Syok borak dengan dia ni. Cakap sebijik macam Melayu. Kadang-kadang main lepas je. Macam-macam jugak yang dibincangkan. Daripada hal kerja, sampai ke hal peribadi.

Dia selalu tanya aku tentang persiapan kawin aku. Macam-macam jugak yang dia suggestkan, buat macam ni, buat macam tu. Aku amik port jugak lah, sebab dia dah berpengalaman.

Memandangkan dia seorang balu - husband dia (sorang businessman Jepun) - aku tanyakan pada dia "Kak, tak teringin ke nak kahwin lagi?". Belum sempat dia menjawab, aku dah usulkan, "Eh, kalau kita jadi akak, buat pe nak kawin. Duit sendiri dah ada, anak dah besar. Buat pening kepala je, kan".

Dia mengangguk

"Kau ingat senang. Kahwin ni banyak tanggungjawab oh. Balik kerja nak kena masak, kemas rumah, basuh pinggan. Itu belum masuk nak layan laki lagi. Hish, tak kuasa aku lah".

"Oh, ye. Kau nak tips kawin? Meh aku ajar kau. Nanti masa malam pertama..", belum sempat dia habiskan ayat, aku angkat kaki.

"Budak ni, aku tak habis cakap lagi lah"

"Tak pe la, kak. Awal sangat akak nak bagi tips. Nanti saya lupa. Nanti-nanti eh"

Pantang orang sentuh bab kawin, cepat aja nak bagi tips!

:P

Saturday, January 22

Gadis dan Cermin

Lokasi : Surau

Sorang pompuan menghadap depan cermin, untuk pakai tudung. Aku dibelakang. Aku nak men'cilok' kat sipi-sipi pun tak boleh. Dia conquer habis cermin tu. Ok, fine aku tunggu, aku perhati.

Punya lah lama.

Letak tudung atas kepala - pin tudung - dia rasa senget - bukak pin semula - betulkan tudung - pinkan semula tudung.

Aku mengeluh kat belakang, dia jeling. Oh, melawan!

Lepas tu, dia nak lipat tudung kat bahagian muka. Lipat belah kanan - lipat belah kiri. Tak cantik, bukak balik lipatan - lipat semula. Belek belah kiri muka, belek belah kanan. Puas hati.

Dah siap lipat tudung kat bahagian muka - dia nak pinkan hujung tudung ke bahu kiri. Angkat hujung tudung - adjust kedudukan tudung - pinkan hujung tudung - dia rasa senget - bukak pin - adjust hujung tudung - dia pinkan tudung.

Bahagian kanan pulak.

Belum pun dia angkat hujung tudung bahagian kanan, sorang makcik bersuara, "Dik, lain kali kalau nak lama-lama bawak cermin dari rumah je la. Kesian kat orang lain menunggu awak sorang".

Ayokk. Tak tauuuu.

Thursday, January 20

Keindahan FynnJamal : Menemui Ayahbunda



An inspiring poem.
Nota kecil daripada anak yang disampahkan :'(

Maka, harus macamana lagi untuk aku katakan, yang aku kagum dengan dia.

I lebiu so much, Kok Ping.
Pedulik. Haruk je orang nk cakap apa.


betapa cinta itu fatamorgana

bayangnya ada;
tapi siapa pernah memegangnya?

-fynnjamal.

Abang Polis Dan Saman

Salam.

Norma kerja aku adalah aku diperlukan pergi lawat-periksa (inspect) rumah orang untuk dinilai. Nilai supaya pinjaman perumahan dorang diluluskan oleh bank-bank panel yang melantik company aku. Aku buat dua kerja. Valuation pun aku buat, property management pun aku haruk.

Satu hari, bilamana aku perlu ke Pasir Gudang untuk pergi inspect rumah orang, aku akan lalu satu kawasan perumahan iaitu kawasan Taman Suria. Kat area perumahan tu ada satu traffic light. Bila aku sampai je kat traffic light tu, lampu dah kuning. Aku slowkan kelajuan. Aku berhenti bila lampu merah. Tiba-tiba ada kereta Honda dari belakang, melintas aku dan terus langgar lampu merah, belok ke kanan. Perempuan. "Peh, daring pompuan ni. Mentang-mentang lah plat Singapore, main taram je langgar law Malaysia. Dem yu!", kata aku dalam hati.

Sementelahan itu, ada satu keta polis datang dari celah mana tah, mengejar kereta tu. Wah, drama bagus ni. Tak sabar aku menunggu lampu hijau, aku pun ikut ke arah kereta pompuan dan polis tadi tu pergi.

Honda tadi dah tersadai ke tepi. Muka bengang. Sorang polis membebel, sorang polis kawal laluan kereta.

Aku bukak cermin kereta, aku cakap "Bagus bang. Berkhidmat untuk negara. Saman je orang macam tu"

Lantas, abang polis kacak bergaya pun menjawab "Ye ye, ok. Awak jalan. Jangan busybody pulak. Nanti dengan awak-awak saya saman"

Alaaa abang polis ni. Orang nak mesra-mesra pun x boleh.

Aku Tunggu

Pergilah.
Aku tunggu.
Sampai kau kembali.

Aku tunggu.

Tapi, please.
Jangan lama.
Sebab aku tak tau bila hati aku akan mati.

Tuesday, January 18

Gambar, Citah dan Komen

Layan Facebook, selalunya aku akan suka round-round tengok profile orang, browse status. Mana yang aku rasa menarik, aku komen. Mana yang aku rasa suka, aku tekan butang 'like'. Jarang sangat lah aku buat semak kat wall orang, tanpa sebab-sebab tertentu.

Aku bukak wall abang aku, si Turtle. Profile picture dia menangkap jiwa betul. Bulih buat terkenang nostalgia. Buat aku lebih sayang abang aku. Bodo kau ni, Turtle.

Lepas tu, aku browse ke bawah page, kot-kot lah ada orang komen. Ada.


HAHAHAHA. Aku cadang-cadang nak menjawab kat situ. Tapi cancel lah. Aku jawab kat sini je la ye, Kakak Tipu.

Citah, aku ni dari dulu sampai sekarang pun comel. Aaawww!

HAHAHAHAHAHAHA.