Geng!

Thursday, May 28

Kenapa Dia Menjadi Gila?

Berjalan-jalan di Bandar Kuantan semalam bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sekali pusing dah khatam satu bandar, tapi aku seronok sebab di Kuantan tak payah bersesak-sesak. Kalaupun sesak, mesti ada kemalangan. Langgar calar sikit-sikit saja pun, yang prihatin lebih ramai. Manusia.

Dah selesai bayar bil-bil berkaitan kat bank, aku merayap-rayap lagi ke pusat khidmat Celcom. Membayar bil jalur-lebar yang selalu disekat-sekat penggunaannya dek kerana cuaca. Benci. Selesai di Celcom menuju ke kereta, aku berselisih dengan orang gila. Bercakap-cakap sendiri, dalam dunia sendiri.

Aku tengok dia.
Dia senyum, aku senyum.
Dia senyum, aku balas senyum balik.

Sedekah.

Dia angkat tangan, "Hai", katanya.
Aku angkat tangan, "Hai".

Dia cakap, "Saya jalan arah sini, awak jalan arah sana, ya. Awak jangan ikut saya".
Aku balas, "Baik, awak pun jangan ikut saya ya. Kita lumba siapa sampai dulu".

Dia terus-terusan lari, mesti niat nak sampai awal. Hahahahaha. Aku gelak-gelak melihat kesungguhan dia berlari. Orang lalu-lalang semua dilanggarnya.

Aku dah lali berdepan dengan orang macam dia. Banyak pengalaman aku dengan orang gila ni sebenarnya. Nanti-nanti aku cerita.

Sunday, May 24

(Bahagian Akhir) - Cinta Yang Pergi

Maaf, kawan-kawan.
Aku ber-hal penting semalam.
Makanya entri ini aku tunda ke hari ini.
Maaf sekali lagi.


Wan lama juga di hospital. Nak kata aku bosan menunggu Wan, tidak juga. Aku hepi duk hospital tu, sebab aku rasa makanan hospital sedap. Ya. Sedap. Hahahaha. Wan tak boleh makan sangat, jadi aku TOLONG Wan makan makanan-makanan yang dihidangkan + makanan yang orang ziarah bawakan. Best2. Buah banyak gila. Well well well, biasanya orang ziarah Wan akan bawak buah dan biskut-biskut dan aku akan cakap. "Eh, ada makanan la. Wan tak boleh makan. Biar saya je yang tolong habiskan. Halal ye..."

Paling aku suka, time lap badan Wan.
Aku = "Wan dah kurus la.."
Wan = "Ye la gamaknya. Rasa ringan pulak badan Wan"
Aku = "Perut Wan dah leper." (Aku selak baju Wan)
Wan = "Eee..perut Wan lembik yek. Macam perut katak pulak"
Aku = "Hahahaha. Ada ke pulak Wan ni"

Kalau-kalau aku bosan duk dalam wad, aku berjalan-jalan la ke luar. Ambil angin la katakan. Wan tak suka aku jalan-jalan macam tak tentu hala macam tu, kata Wan.

"Awak buat la berjalan-jalan macam tu, kat hospital ni Bangla banyak, diculiknya awak, baru awak tau."

Alalalalala. Comelnya la Wan cakap macamtu. Mungkin dalam fikiran Wan aku masih a lilttle girl yang kiut-kiut yang bila orang jumpa orang nak cubit-cubit dan dukung-dukung. Mungkin juga Wan lupa yang aku ni sudah besar-panjang-gemok dan kalau Bangla tu nak ngorat aku pun tak jadik bila tengok aku jegil mata aku besar-besar sambil cakap "Dah menumpang kat negara orang, buat cara menumpang". Hahahahaha. Best2.

Ok. Ini bukan entri untuk Mat Bangla kerja hospital. Ini entri untuk Wan.

Kami macam dah berkampung dah kat hospital tu. Kami gilir-gilir jaga Wan. Tapi bak kata Aki, Wan suka aku dan mama aku jaga dia sebab kami ni berhalus sikit masa tukar pampers dia. Wahaha. Bangga. Punca Wan kena hold lama-lama di hospital sebab waktu nak scan dalam usus dia untuk detect mana+besar mana ketumbuhan tu, asyik-asyik tak dapat. Kali ke-4, baru dapat detect tapi unfortunately sudah sebesar penumbuk dah benda alah tu. Wan perlu segera dibedah. Ok. Bedah-bedah-bedah. Aki tak sign , tapi Wan kata kita perlu ikhtiar cari penyembuh kepada sakit makanya sign jugak untuk dibedah. Aku tak pasti pulak siapa yang sign surat tu. Samada mama ataupun Wan sendiri yang sign.

Wan dibedah. Mula-mula masuk CCU, 2 hari lepas tu dah boleh pindah normal ward kata doktor. Ok. Kami happy sebab dah boleh lepak-lepak dengan Wan seperti biasa. Lepak dengan Wan best sebab Wan comel. Hehehe.

Wan = "Er belajar la tinggi-tinggi ye".
Aku = "Ok"
Wan = "Wan nak Er berjaya. Tunaikan hajat Aki nak tengok cucu dia ke menara gading"
Aku = "Ok. Wan jangan la mati dulu"
Wan = "Hal-hal mati mana boleh cakap"
Aku = "Alaaa. Wan janji la tunggu Er habis belajar. Tengok Er atas pentas nanti"
Wan = "Ok"
Aku = "Janji la, Wan"
Wan = "Janji"
Aku = "Wan sayang Er tak?"
Wan = "Sayanggggg.."
Siap buat cross-finger dan give me-5 lagi masa tu. Aku masih ingat.

Dan hari itu jugak aku masih ingat aku jaga Wan 2 hari berturut-turut. Hari ketiga aku terasa sangat penat dan rindukan tilam. Aku cakap kat Wan yang aku takleh nak jaga dia malam tu. Wan kata "La..Er tunggu Wan la malam ni". Aku rasa aku macam degil gila pulak malam tu, aku cakap kat Wan "Malam esok Er tunggu Wan, ye". Wan senyum aja. Wan tak pernah marah. Aku cium pipi wan kiri-kanan. Sebelum cium harus letak bedak dimuka Wan. Supaya putih dan wangi.

Pagi esoknya makngah call mama aku, sampaikan pesan Wan yang nak semua anak-anak dan cucu-cucu dia datang ke hospital. Semua datang. Macam nak sesak wad tu. Bukan takat cucu-anak tapi jiran-jiran sedara-mara semua pakat kerumun. Wan mintak aku bacakan Surah Yassin. Dalam kepayahan, aku masih ingat Wan usaha untuk dengar lebih dekat. Wan rapatkan diri dengan aku. Aku baca dalam kepayahan juga. Tersekat-sekat menahan sendu. Memori dikejar Wan kerana ponteng mengaji Quran satu-satu aku selak dalam minda. Patutlah. Seusai baca, Wan suruh aku balik rumah masak untuk adik-adik dan sepupu kecik. Aku taknak. Wan suruh jugak. Taknak tapi terpaksa balik. Waktu dah rembang petang waktu itu.

Belum sempat aku masak, panggilan telefon dari hospital. Wan sudah kembali ke rahmatullah. Innalillah.. Aku bagaikan tiada nyawa. Demi Allah. Aku menyesal tak sudah sebab tak menemani Wan malam itu. Kerana tiada lagi malam-malam untuk aku menemani Wan. Wan pergi tinggalkan aku. Selama-lamanya. Allahuakbar!

Aku hilang punca.

Bila jenazah Wan dibawa pulang ke rumah, aku tak pergi dekat Wan. Aku taknak. Mama pujuk untuk aku pergi dekat Wan. Aku tetap taknak. Aku kata pada mama, "Wan mungkir janji, Wan kata nak tunggu Er. Wan tipu". Akal fikiran dan kewarasan aku campak entah kemana. Sumpah aku tak dapat terima Qada' dan Qadar Allah ketika itu. Tak seinci pun aku berganjak dari bilik sampai aku tertidur keesokkan paginya.

Bila tersedar aku cepat-cepat duduk ditepi jenazah Wan. Tak berganjak. Airmata aku ketika itu sudah kering. Menangis hanya menyeksakan Wan. Aku tak mahu.

Aku mandikan jenazah Wan, dan tolong kafankan Wan. Kucupan terakhir aku ke dahi Wan diiringi dengan ucapan "Yu sayang Wan sampai bila-bila, Wan". Hanya dalam hati, tak mampu aku zahirkan dengan kata-kata lagi.


23 Mei 2005 ~ 23 Mei 2009
Genap dah 4 tahun, Wan.
Wan pergi tinggalkan kami.

Wan,
Wan tahu tak..
Sejak Wan takde, Aki sunyi.
Aki anggap Wan cintanya sampai mati.
Aki bina rumah kecil binaan batu untuk Wan walaupun Wan tiada.
Aki selalu mimpikan Wan, dan merepek nak ikut Wan.
Aki dah pindahkan guraunya untuk Wan dulu pada Mama
"Gemoknya awak ni", kata Aki.
Wan ingat lagi??

Wan,
Wan tahu tak..
Sejak Wan takde, kami sunyi.
Rindunya kami pada Wan.
Hari raya kitorang dah tak macam dulu.
Hari raya kitorang sepi dan hambar tanpa Wan.
Wan tahu? Kami tak salam-salam pun waktu raya, sebab Aki taknak.
Aki cakap sebab Wan takde.
Tetamu yang datang pun dah tak ramai macam dulu.
Lemang dah tak sesedap dulu, lemang Wan lagi sedap.
Kuih raya pun dah tak banyak
Sebab Wan je yang suka tengok kuih raya banyak-banyak dalam bekas.
Wan ingat tak??

Wan,
Wan tahu tak..
Sejak Wan takde, anak-anak Wan dah tak bersatu.
Masing-masing macam bawak haluan sendiri je.
Semuanya sebab Wan takde.
Kesian Aki sorang-sorang, Wan.

Wan,
Walaupun Wan takde.
Kenangan dengan Wan sentiasa fresh dalam hati Er, Wan.
Wan tahu tak.. ramai orang kata muka Er macam Wan
Ye ke, Wan?
Wan tak pernah cakap pun.

Wan,
Damailah Wan kat sana.
Selain mama,
Wan la syurga hati Er, selama-lamanya.

Al-fatihah.

Aku tak mampu menangis lagi.

Friday, May 22

(Sambungan) Cinta Yang Hilang - Part 2



22 Mei 2009
Sebelum aku sambung cerita
Aku nak wish Happy 25th Birthday untuk Abang aku.

Hairul Izwan bin Ahmad Idris.
I love U, Turtle!
More than u know.
T_T




entri ini bersambung-sambung dari episod 1... =)


Iqbal sepantas kilat je masuk bilik doktor, sampaikan aku nak ikut belakang dia pun tak boleh. Nurse ber'nametag' sial dah gelabah ayam. Sepupu aku bukak bilik doktor, nampak doktor tengah minum air. Sian ek doktor-doktor kat Malaysia ni, nak minum air dan makan pun tak sempat (perli). Sepupu lelaki tough aku ni tak serang doktor, dia tanya dan mengadu dengan penuh demokrasi tentang kesialan perangai nurse di hadapan bilik no. 6 itu. Doktor tanya balik in English, "Nenek awak sakit apa?". Cologne Cancer. Ringkas. "Eh, bilik ni untuk pesakit luar yang demam biasa. Cancer itu kronik. Agaknya nurse tu dah hantar kad awak ke bilik no.2 kot. Cuba awak tanya nurse kat depan tu". Aku dah hangin satu badan! Aku dah la lapar, aku makan jugak nurse ni kang!

See. Aku dah cakap. Nurse ni makan gaji buta. Buat kerja tak pandai, nak maki-maki orang aje kerjanya. Meh aku sound sebijik.

"Kad nenek saya awak hantar ke mana?"-Aku
"Cuba la tengok kat kotak kad tu"-Nurse sial, tanpa memandang aku
"Awak tau nenek saya sakit apa?"- Aku
"Tak"-Nurse
"Cancer"-Aku

Nurse mula gelupur tahap cipan kena sembelih. Buat-buat cek kat kotak yang dimaksudkan. "Saya rasa saya dah hantar kad tu ke bilik no.2". Kalau la ini bukan hospital, dah lama dah aku terajang nurse ni. "Lain kali, kalau tak reti buat kerja, berhenti je. Jaga laki kat rumah". Simple but nice, kan?

Ke bilik no.2, Wan diberi check-up yang segera. Nurse situ cakap dah panggil nama nenek aku banyak kali, tapi tak de orang menyahut. Dem! 2 jam penantian yang menyeksakan bagi Wan dan aku jugak. Perut lapar.

Wan admitted. Wad Dahlia 6A.
Best wad ni. Ada bilik rehat, leh tengok cerekarama lagi. Bilik ni berempat. Wan katil hujung sekali dekat dengan tandas. Nurse kata boleh memudahkan Wan ke tandas. Memudahkan Wan? Memudahkan aku ada la. Wan tak kuat nak bangun ke tandas. Wan pakai pampers. Comel. Tapi Wan tak betah pakai pampers, sekali buang air Wan akan minta ditukar. Tak bersih katanya.

Wan = "Er tak geli ke tukar pampers Wan"
Aku = "Tak pun. Dulu masa kecik Wan jugak yang tukar pampers Er"
Wan = "Hehehe.."
Aku = "Ni kira balas jasa la. Boleh? 0-0 ye, Wan. Hahahahaha"
Wan = "Boleh ke macam tu?"
Aku = "Tak boleh kot"
Wan = "Memang tak boleh pun. Hehehe"

Waktu dari kecik, aku tinggal dengan Wan, Aki, Mama, Abang aku dan sepupu aku di rumah Aki. Semuanya dijaga oleh Wan. Wan best. Wan tak marah-marah tapi kalau sekali marah, adoi mak. Aku pernah kena kejar satu kampung sebab ponteng mengaji, tapi Wan tak dapat kejar. Biasa la, dulu aku 'kecik' je. Tapi balik je rumah, Wan dah stand-by dengan batang kayu yang Wan cilok kat mana tah. Kejar-kejar keliling rumah-masuk rumah-nyorok dalam bilik air, itupun kalau nasib baik. Kalau takkkk..sendiri pikir la. Sapa suh ponteng mengaji. Kalau aku dapat la sapa yang report kat Wan tu, aku nak shake-hand dgn dia. Pastu nak suruh dia mengaji depan aku seround. Memandai-mandai je report. Bisa wo kena sebat ngan batang kayu. Hahahaha.

Disebabkan aku cucu perempuan sulung mereka, aku boleh nak kata pegang rekod la jugak dalam family tu sebab selalu sangat kena cili mulut. Sebab? Maklumlah, Aki aku tanam cili keliling rumah dia. Hahahahaha. Takde lah. Sebab aku selalu cakap perkataan "Babi". Babi sana babi sini. Nahhh, kau. Kena cili mulut. Cili apa yang tak pernah kena? Semua pernah. Takde cili kecik, cili besar ada, takde cili besar Wan bantai cili boh..!

Last-last, Wan dah tak boleh handle lagi dah. Wan packing barang-barang, pergi KL. Bukan merajuk tapi ajak kitorang semua pergi Zoo Negara. Motif? Tunjuk babi yang sebenar kat aku.

Di zoo pada suatu ketika dulu.
Wan = "Tu babi. Tu. Nampak?"
Aku = "Nampaaaakkkk.."
Wan = "Lawa rupa babi?"
Aku = "Tak lawa pun, Wan"
Wan = "Nak cakap babi lagi tak?"
Aku = "Taknak!!"



bersambung lagi, ye kawan-kawan.
esok last episode!
janji!!

Thursday, May 21

Cinta Yang Pergi - Part1

Aku masih ingat. Waktu itu aku cuti dipertengahan semester 3 ketika pengajian diploma di Kampus Kota UTM.

"Er, bangun Er. Tolong angkat Wan ni". Jelas je suara Wan pagi tu. Waktu cuti biasanya mengizinkan aku bangun lewat walaupun Wan selalu pesan takut-takutkan aku yang mana kalau bangun lewat lambat kahwin. Hehehe. Sampai sekarang cucu Wan tak kahwin lagi dan asyik bangun lewat.

Wan = "Anak dara kena bangun sebelum burung bangun".
Aku = "Wan, burung bangun pukul berapa?"

Aku bangun cepat-cepat bila dengar Wan panggil aku, aku terus ke tandas. Wan ada kat situ sambil sengih-sengih. "Tolong angkat Wan, Er. Er je yang larat angkat Wan". Aku sengih dan cakap "La, napa Wan tak tunggu Er bangun dulu, baru pergi toilet?". Wan senyap, aku angkat Wan supaya Wan boleh bangun dan berdiri sendiri. "Kalau nak tunggu awak, pukul berapa la Wan boleh pergi tandasnya. Tengok jam pukul berapa?". Aku jeling sipi-sipi je jam di dinding rumah Aki aku. Baru 12.30. Hahahaha.

"Ni bila boleh masak ni?"
"Baiiikkkkkkkkk.."


Aku = "Wan! Nasib baik Wan ada cucu berbakat macam Er, kan?"
Wan = "Ye laaaaaa..."
Aku = "Ai..panjang je, Wan. Macam terpaksa mengaku je. Hahahaha"
Wan = "Takkkk..ikhlas la ni"
Aku = "Nasib baik Er gemok Wan. Kalau tak, siapa larat angkat Wan?"
Wan = "Ish budak ni. Tengah masak mana boleh bercakap"
Aku = "Eh, ye ke Wan? Ke Wan reka-reka sendiri"


Wan itu nenek aku. Wan sakit ketika itu. Family history seperti menghalalkan Wan terjangkit sama terkena cancer. Wan cancer usus. Aishhh sukar betul keadaan ketika itu. Kali pertama Wan admitted ke hospital, aku tiada. Aku masih di KL. Habis final exam, cepat-cepat aku packing balik Kuantan. Waktu itu Wan masih OK. Lama-lama Wan tak kuat lagi untuk bangun. Segalanya dilakukan atas katil. Diajak-ajak ke hospital, Wan tanya aku, "Er sanggup ke jaga Wan kat hospital". Aku angguk-angguk laju. Sedih. Perjalanan ke HTAA ditemani dengan lagu "Salam Terakhir". Apa punya lagu la DJ ni main? Dem betul la.

Di hospital.
Nak dekat 2 jam menunggu dengan penuh kebengangan. Aku nak bangun serang nurse bangang tu, Wan tarik-tarik tangan aku. Wan sangat-sangat sabar. Aku acah-acah Wan, aku kata mau ke toilet. Bangun-bangun aku terus ke meja nurse bernama sial, aku tanyakan bila giliran nenek aku nak dipanggil masuk. "Awak boleh sabar sikit tak?".

"Sabar sikit awak cakap. Sabar sikit kepala hotak awak. Dah 2 jam saya tunggu kat sini. Ingat orang suka-suka nak datang hospital kalau tak sakit".

Nurse bernama sial bermuka lebam.

Wan geleng-geleng. Agaknya kalau Wan larat bangun, Wan dah pergi mintak maaf pada nurse sial tu. "Dah la tu, Er. Cuba bawak-bawak bersabar. Wan tak ajar awak perangai macam ni". Wan tak marah, Wan tak pandai marah. Wan tegur je. Mana boleh sabar ini macam, Wan", aku sengih-sengih buat muka tak bersalah. Memang betul Wan tak ajar aku bersikap macam ni. Aku belajar daripada pengalaman.

Sepupu tough bernama Iqbal bangun. Sepupu yang ini jangan buat main-main, beliau sangat bengis hahahaha. Dia tak main pergi meja nurse. Dia redah bilik doktor terus!



To be continued.....

Sunday, May 17

Adik Beradik KRU Sorang Lagi Dah Kahwin

Aku mintak maaf kalau seringkali entri aku adalah membosankan.
Aku tak tahu nak tulis pasal apa.
Aku bukannya scholar yang menulis pasal ilmu-ilmu baru.
Kalau aku menulis pasal building maintenance kang, ada orang nak layan?

Maaf sekali lagi.
Harap jangan bosan ye.


Topik hari ini:
Kenduri kahwin.


Perkara paling happy dan seronok nak pergi adalah kenduri kahwin. Ada orang kata pergi kenduri kahwin boleh cari jodoh. Boleh ke?? Ada orang kata pergi kenduri kahwin boleh jumpa kawan-kawan lama. Ye, setuju angguk-angguk-kepala. Apa yang orang nak tahu dan tengok bila masa kenduri kahwin?

  1. Pelamin
  2. Bilik pengantin
  3. Hantaran - soalan wajib makcik-makcik-dan-semua orang termasuk aku adalah "Hantaran berapa ribu??"
  4. Meja santapan pengantin
  5. Lauk pauk santapan tetamu
  6. Door gift atau cenderamatahati pengantin kepada tetamu

Motif bercerita pasal kenduri kahwin?
Tadi. Member sejati (apakah??) aku kahwin.

Mari bercerita tentang dia terlebih dahulu. Tak banyak pun ceritanya, sikit je.
Aku kenal sejak zaman sekolah SMART dulu. Dia ni pujaan ramai (muntah) di sekolah dulu. Apa ntah yang ada sangat pada mamat ni sampai ramai gadis-gadis yang gilakan dia. Cehh. So not cool la budak-budak pompuan ni. Meh aku senaraikan kenapa Azri Nurudin akan aku ingat sebagai member cool aku sampai bila-bila.
  1. Dia ni adalah peminat KRU yang tegar. Seperti aku (dulu...). Hahaha. Sorry la, beb. Aku nak announce disini. Dulu Azri ni sangatlah menggilai KRU. Hahahaha. Sekarang kalau aku penggil dia adik beradik KRU, dia akan cakap "Shut up, you". Hahahahahahaha. Dah kahwin dah adik beradik KRU yang sorang ni.
  2. Dia ni kalau menggilai sesuatu, dia akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi seperti itu. Mari berikan satu contoh yang benar. Shah Rukh Khan. Pada zaman 2000, 2001 dulu SRK ni gila popular kat sini. Memang aura dia kat sini terkena la tempias kat si Azri ni. Azri, aku ingat lagi ko berulang-ulang kali kata "Muka aku ada macam Shah Rukh x?". Aku jawab, "Ada ke??". Ada la kot sikit-sikit. Hahahaha. Ko siap BELAJAR bersiul dengan jayanya hanya sebab ko nak tiru SRK pnya lagu yang ada siul-siul tu. Lagu apa? Ko mesty ingat lagik niii..sila jangan tak mengaku.
  3. Dia dulu pengawas sekolah yang tak pernah buat kerja pengawas. Hasilnya dia kena pecat. Aku pun tak paham kenapa ko kena lantik jadik pengawas, Azri. Kenapa bukan aku?? Hahaha.
  4. Aku pernah meng'accident'kan scooter kesayangan Azri. Zaman budak2 ni gila scooter, si Azri anak-tokey-Shell ni ada sebijik scooter jugak. Warna putih. Dengan gemilangnya aku telah menterbalikkan scooter Azri kat atas jalan tar baru nak buat kat sekolah dulu. Dengan muka takut aku pergi kat Azri. Azri tanya, "Mana scooter aku?". Aku senyap. "Reen, mana scooter aku. Ko jangan buat muka macam ni. Mana scooter aku?". Aku jawab, "Sorry weh..". Hahahaha. "Apa ko dah buat kat scooter aku wehhhh..?". Pabila datang scooter nya dengan calar balar yang cun, dia senyap dan berkata "What the hellll...". Ko tak mintak ganti rugi pun, sebab ko kesian kat aku, kan? kan? kan?. Hahahaha best2.. Sian kat ko, Azri. Nanti ko dah ada anak, aku belikan scooter mainan kat dia, ek. Hahahaha. Ganti balik. Tapi tak payah la, kot. Ko kan kaya.
  5. Sampai sekarang, kalau aku call je, dengan konfidennya dia akan cakap, "Wehhhh...gemok. Apa cerita?". Dia panggil aku "Gemok" dari dulu sampai sekarang. Cool tak member aku? Cool gile sampai rasa macam nak pijak-pijak sampai hancur je. Hahahaha
5 je cukup kot. Tak payah la banyak-banyak, kan.
Kang banyak-banyak sangat kang bosan pulak.
Belom lagi aku cakap pasal senarai Girlfriend yang dia pernah cekup.
Apakah??
Ya senarai. Senarai panjang. Hahahaha.

Ok, beb.
Entri ini khas untuk kau!
Kenduri kahwin ko sangat cool jugak sebab buat tema Warna Shell, kan?
Aku tau la ko anak tokey Shell, tapi agak-agak la. Hahahaha.
Masa ko bersanding tadi, aku macam tak pecaya pulak buaya mcm ko kahwin dulu dari aku.

Tapi
Aku cukup yakin Azri akan kekal dengan perkahwinannya sampai bila-bila.
Jangan mati cepat, Azri.
Rugi je duit mak bapak ko buat kenduri tadi.

Selamat pengantin baru.
Gemok ko ni akan doakan ko bahagia selalu.
Tapi kena bayar lah! Hahahaha


Ok2. Jom nengok gambo.

Pengantin lelaki @ Azri.
Masih lagi bergambo gaya tak senonoh @ pondan.
Cess la ko ni

Beauty and the Beast.
Hahahaha.

Old friends.
Sweeettttt!~
Baju kuning = Teacher Ainna.
Happy Teacher's Day, awk.


Sekian.
Thanks for reading.

Dulu masa sekolah, kawan-kawan panggil aku Chyna.
Sila google untuk tahu dengan lebih lanjut.

Friday, May 15

Apabila Jiran Bertanya

Seperti biasa, hari-hari di Kuantan ni, tetap panas.
Maintain je.
Kalau hujan pun, ala-ala manja gitu hujannya.


Tadi.
Aku lepak diluar rumah.


Tetiba.
Ditegur jiran yang selalunya aku yang menegur dulu.


Jiran : Kak Nurul dah abis blaja ke cuti?

Aku masih boleh menjawab dengan sopan.

Aku : Dah abis belajar, jiran. (nama dirahsiakan)

Jiran : Oooo.. apa perancangan lepas ni.

Aku : Ada rezeki saya kerja, kalau xde rezeki, saya belajar la sampai tua.

Jiran : (Gelak). Kak Nurul bila lagi?

Aku buat-buat tak faham aje.

Aku : Bila apa, jiran?

Jiran : Bila lagi nak merasa nasi minyak Kak Nurul...?

Aku : Emmm.. Aaaa... Emm... ntah!!




Sekian cerita pada hari ini.

Thursday, May 14

Siri Bercakap Dengan Kucing

Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, bosan bermakna sudah tidak suka lagi, jemu, boyak. Boyak?? Lantak! Yang penting sekarang, aku sudah boyak duduk di rumah. Kejemuan, kebosanan ini disebabkan aku telah menjalani rutin yang sama setiap hari (padahal baru 1, 2, 3, 4, 5 hari duduk kat rumahku syurgaku ni).

Rutin yang sama:

  1. Bangun pagi
  2. Lepak depan TV
  3. Cari makan kat dapur
  4. Makan
  5. Masuk baju dalam mesin, basuh
  6. Tengok TV
  7. Baring-baring dengan kucing hampeh ni
  8. Angkat kain di jemuran
  9. Sidai baju yang basuh tadi
  10. Lipat baju yang angkat tadi.
  11. Basuh baju lagi 2nd round.
  12. Sapu-sapu sikit. Mop malas
  13. Tengok TV
  14. Sidai baju lagi
  15. Makan. Minum. Makan lagi. Minum lagi. Minum.
  16. Makan aiskrim
  17. Pergi dapur, kemas pinggan. Lap dapur. Cari kerepek. Hahahaha
  18. Angkat baju
  19. Tengok kotak anak kucing, bawak lari anak kucing sambil dikejar mak kucing
  20. Bengang sebab mak kucing ambik balik anak dia.
  21. Lepak depan TV
  22. Agak2 dah petang, angkat kain-lipat-simpan
  23. Tengok TV
  24. Ambik anak kucing letak dalam poket seluar, bawak lari.
  25. Mak kucing tak perasan
  26. Gelak kuat2 sambil ejek mak kucing pastu kena kejar lagik. Hahahaha
Dah la.. itu aje la setakat ini. Yang wajib seperti mandi dan solat tak payah cerita la. Poyo pulak nanti.


Kalau la mak kucing ni boleh bercakap, mesti beliau dah maki hamun aku.
Eleh, cakap banyak tak guna la kau, kucing. Kau lapar, kau cari aku jugak! Cis! Aku nak main dengan anak kau pun, kau berkira dengan aku, ye!!

Monday, May 11

Aku Nak Kerja Lah!

Aku nak cari kerja.

Rasa-rasa ada ke orang nak ambik aku keja?

PhD?? Takut!!
Macam tak mampu, wehhh!!
Aku ni memang macam ni.
Sekejap aje berkobar-kobar nya.

Ada 1bulan setengah nak cari kerja.
Kalau tidak.
Ke UTM jugak tercampaknya aku.

Sunday, May 10

Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu??

Aku hampeh.

Lama jugak aku tak bukak blog ni. Aishh.. Aku sudah kembali ke negeri tempat tumpah darahku, kawan-kawan. Tempat ini tiada apa-apa, tapi tempat ini ada semua siapa-siapa yang aku sayang bangat. hoh. Sementelahan dengan itu (ayat sastera apakah??), aku pulang jua akhirnya. Ke sini. Tempat ini. Kuantan. Siapa tak tahu Kuantan dimana, sila mati cepat. Hahaha.

Malam-malam sebelum balik tu, aku buat-buat macam bilik aku bersepah sakan sampai tak leh tido dalam bilik aku. Motif = supaya aku leh tido dengan kawan-kawan terchenta. Hahaha.

Penat woi mengemas barang. Agak muat-muat je barang-barang diatas, dalam kereta kancil comel abang aku tuh.

Berat jugak la rasanya mahu tinggalkan tempat aku mencedok ilmu tu, tapi apakan daya aku, UTM tu bukannya leh duduk2 free2 macam gitu aja. Orang dah suh blah, tak blah2 jugak, mahu kena halau?? Ceh.. Beratnya hati nak berambus dari UTM tu. Beratnya lebih berat dari berat badan aku nih. Hoh.

Teman-teman sudah balik. Tak semua. Aku yang keempat pulang ke rumah

Pertama = Ida (Aku = nangis)

Kedua = Suhaila (Aku = Melalak)

Ketiga = Zila (Aku = Sebak)

Keempat = Aku
Yang menghantar aku ke kereta, Majihan, Masturah, Ila, Diana. Peluk-peluk kuat-kuat macam takkan jumpa lagi, cium-cium pipi dorang, peluk-peluk lagi, nangis-nangis sakan. Majihan pulak cakap, "Yang, aku tak confirm sambung tau.." Aduhai. Mcm nak mati dengar. Aiyaakkk!!

Aku...?? Tak payah cakap la. Dari UTM sampai Kulai, aku rilek je. Aku selamba jek. Selamba. Tak masuk highway. Bosan. Start kat Sedenak, aku dah start sedu sedan. Hahahaha. Sampai Segamat, hujan plak. Cess...memang merembes habis. Lawak2. Tak sia-sia la Masturah bekalkan aku tisu satu kotak.

Sebab = Aku nengok jam, aku siap-siap dah bayang "Kalau time ni..aku mesti tengah lepak2 dalam bilik dengan......" atau "Kalau time ni.. aku mesti....ngan diorang..".. Syahdu syahdan le kau, Reen..

Aku mintak maaf.
Tak sempat jenguk-jenguk blog kamu-kamu.
Esok ye.
Esok aku Qada' Blogger.
Hahahaha

Tuesday, May 5

Hakikatnya, Kehidupan Ini Tak Selalunya Indah, kan?



Aku dan kawan-kawan bertungkus-lumus semalam, kelmarin dan beberapa hari sebelum ini.
Study. Ya. Aku study sampai tak sempat membuka blog.
Bagus, kan?
Betapa komited nya aku pada exam aku yang terakhir ni.


Kisah lecturer 1
Subjek = Tendering and Cost Estimation
Dengan 'hint' yang diberi seorang lecturer berpangkat profesor-bijak-pandai-comel-baik hati bernama Hakim, kami fokus kepada 'hint' yang diberikan.
Aku bersyukur benar mengenali lecturer itu (sila fokus kepada ayat bersyukur.hahaha. poyo)
Hatinya baik bangat, sepadan dengan otaknya yang superb hebat.


Study pengiraan kerja konkrit.
Study pengiraan kerja penggalian tanah.
Study teori mark-up dan mark-up.
Study prosedur penenderan.

AKU STUDY!! Walaupun aku benci matematik.


Tapi malangnya.


Kisah lecturer 2
UTM ni ada seorang lecturer baru yang begitu dedikasi.
Sampai sanggup buat soalan lain.
Lain betul dengan 'hint' yang lecturer satu lagi tu berikan.
Siap tambah lagi soalan yang lain. Topik lain. Bab lain.
Adoi.

Masuk exam hall.
Tgk muka depan, atas sekali.
Jawab semua 4 soalan.
2 jam.


WTF. 2 jam. Ingat aku otak komputer ke hapa?
Untuk makluman.
Nama je 4 soalan.
Tapi dalam setiap soalan ada 4-5 pecahan.
Yang mana setiap pecahan tiada kait mengait antara satu sama lain.
Sila darab sendiri la berapa soalan nak jawab dalam tempoh 2 jam.
Gila!!


Duk dalam aircond pun aku leh peluh-peluh.


Kesannya = aku biol sampai sekarang.
Harap maaf la kalau korang tak faham cerita ini.
Aku masih biol.