Geng!

Tuesday, June 30

Manusia Berpegang Pada Janji



Tajuk memang dramatik, padahal takde kaitan dengan entri.


Aku ditag oleh member sporting ini.


FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
  1. Reen @ Rin
  2. Hazerin
  3. Yang (oleh my bestest friend, Marzihan. Dan sekarang ada sorang lagi)
  4. Er (hanya 2 orang yang berani. Sarijani. Masri.)


FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
  1. 19 April
  2. 15 April
  3. 26 Mac
  4. 10 Jun


FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
  1. Bayar yuran pendaftaran
  2. Bayar bil
  3. Bayar hutang
  4. Bagi makan kucing


FOUR WAYS TO BE HAPPY :
  1. Gelak kuat-kuat macam orang gila
  2. Kawan
  3. Mama
  4. Zzzzzz (bila rasa sukar, aku akan tido)


FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
  1. Doremon (Azri, ko tau sapa ni?)
  2. Azri (Hahaha, bangga tak ko?. Sentiasa jadi favourite friend aku)
  3. Nafhatun Athirah
  4. Arwah Wan


FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
  1. Chess Set
  2. Music Box
  3. Ular (John!!!!)
  4. Cup cakes <----tak penah makan. Percaya?


FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
  1. Memancing
  2. Memancing
  3. Memancing
  4. Fishing


FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
  1. Tioman Island
  2. Pangkor Island
  3. Kuala Terengganu (aku punya keluarga disini)
  4. Kedah!


FOUR FAVOURITE DRINKS :
  1. Teh O Ais
  2. Teh O suam
  3. Teh O panas
  4. Teh O Kurang Manis


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR PURSE/WALLET :
  1. Gambar mama, arwah wan, aki.
  2. IC (walaupun dah 3 kali ilang)
  3. Maybank ATM Card
  4. Duit


FOUR FAVOURITE COLORS :
  1. Biru
  2. Hitam
  3. Hijau (kaler abang askar darat tu..oo..sangat old skool)
  4. Merah


TOP FOUR HANGOUTS :
  1. Kedai mamak.
  2. Bilik sendiri + kawan-kawan.
  3. JJusco. (always my favourite)
  4. Kedai mamak. (tak kira. nak jugak kedai mamak 2 kali)


TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
  1. Mama
  2. Family
  3. Friends
  4. Hati


TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
  1. My Photo Album
  2. Selipar jepun
  3. Laptop + Celcom broadband
  4. Blog aku.


TOP FIVE WHO YOU WILL TAGGED:
  1. Elsa Soraya (gadis bijak-pandai-cantik, sumber inspirasi aku berblog)
  2. Ida Karman (seorang PA cantik, friend of mine since primary school)
  3. Wana (ko suka di tag kan Wana, kan)
  4. Masri
  5. Che Det


TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
  1. Sebab Wafa tag aku
  2. Sebab aku nak buat
  3. Sebab aku dah janji
  4. Sebab aku nak buat




Ok. Selesai tag.
Sekarang aku mau buat entri ringkas tentang aktiviti Lanchang.
Ya, memang gila lambat aku buat entri tentang ni.

Dan walaupun lambat.
Aku mau buat seringkas mungkin.


Dari kiri la ye:

John : Jiwa kental, pencinta setia, sayang haiwan. Teruskan menunggu, John. Moga dia milik kamu satu masa nanti.

Zonaku : Senyum manis, peramah, baik, sweet.

Kueh Bakar : Baik hati, pemalu, ayu, workaholic, tua.

Aima : Happy go lucky, cute, peramah, chicky. Macam 16. Dah aku suruh sarongkan baju sekolah.

Jard : Bijak, peramah, comel, berbakat. Hahaha. Bawak aku balik Sabah, Jard.

Wafa : No komen. Hahahahaha. Boleh? Hahahahahaha.



Pertemuan nostalgik pada aku.
Sebenarnya aku tak mau pergi.
Berat je mata aku nak bangun pagi tu.
Aku sakit gigi.


Tapi, worth it.
Dapat jumpa kawan-kawan sporting macam korang.
Sorry kalau aku diam saja.



Tiap kali lalu highway ke KL, nampak signboard Lanchang mesti ingat gajah.
Eh eh..tak. Mesti ingat korang. Hehehe.



Semoga ketemu lagi, kawan

Monday, June 29

Cikgu dan Matematik.

Aku tak suka matematik. Aku tak suka. Kenapa 1 +1 perlu jadi 2. Terlalu rigid aku rasa. Kenapa aku tak suka matematik? Ntah. Padahal dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, cikgu matematik yang terbaik aku dapat.


Sekolah rendah.
Cikgu Rozina. Dulu dia andartu. Tua, tak kahwin lagi. Garang. Garang nak mampos, tapi guru terbaik kat sekolah. Aku rasa hormon tak kahwin dia yang menyebabkan dia garang tahap gaban. Kalau dia masuk kelas, tanpa disuruh buku dah ada atas meja. Kalau nak suruh hantar buku, dia sebut satu perkataan je, "Hantar". Seminit kemudian, semua buku latihan dah ada atas meja dia. Dia ajar, semua budak faham. Walaupun dia garang, prestasi matematik kami terbaik. Kalau buku matematik tak kemas, selambe je dia campak buku tu dari tingkat 3. Terkial-kial la pergi kutip. Kalau salah satu soalan, satu cubit dapat. Memang sakit. Tak kira laki ke pompuan, semua kena. Aku pun pernah kena. Sakit. Sakit! Serius sakit.

Sekarang cikgu sudah kahwin. Aku jumpa dia di sekolah lama aritu. Dia sendiri mengaku dia tak segarang dulu.



Sekolah menengah.
Masuk sekolah menengah, ketidak-sukaan aku pada matematik bercambah. Boleh pulak ada matematik tambahan? Adoi. Memori aku dengan cikgu matematik di SMART (nama sekolah aku) ni banyak gila.

  1. Cikgu satu. Lau Bee Ngo nama dia. Cina, garang. Cakap melayu fasih nak mati, tapi ada dialek Terengganu. Dia ajar Add Math. Masa form 4 dia ajar. Ada satu masa, waktu rehat dah habis, aku dan member aku, Nafhatun lambat masuk kelas. Lau Bengong dah masuk. Naf takut nak masuk, aku masuk dulu. Dia tanya, "Dah pukul berapa eh..?". aku jawab, "Sorry, cikgu. Lambat.". Dia cakap, "Awak tau awak dah lambat ehh.. Awak tak payah masuk kelas la eh.. Pergi jalan-jalan kat luar je la ehh..". Adoi, kalau cakap tak de perkataan ehh kat belakang tak boleh ke cikgu? Dia halau aku. Lagi aku suka. Aku keluar selamba. Nafhatun buat muka tebal, masuk jugak kelas. Hahahaha. Kalau sekarang, kalau sebut nama aku depan cikgu ni, dia akan cakap, "Hazerin? Dengar nama pun boleh sakit jantung oo.."

  2. Cikgu dua. Cina jugak. Apa tah nama dia. Lupa. Kecik je, tak garang, cakap lembut je. Baik sangat. Ajar matematik biasa tu, mate moden ye? Aku selalu tak buat kerja sekolah dia bagi. Kalau dia tanya je siapa tak siap kerja, mesti aku angkat tangan. Yang lain tak ngaku. Azri, Eball, Jimmy, Budin, Naf, Pai. Semua hampeh tak mau ngaku. Ciss! Azri tu lagi pemalas. Masa ni aku Form 5, dah mau SPM. Masih malas nak belajar. Sampai satu tahap, dia masuk dalam kelas, dia tarik kerusi duduk sebelah aku.

    "Ok ye, Hazerin. Awak buat kerja awak sekarang. Saya tunggu sini sampai awak siap, loo. Apa-apa awak tak faham, boleh tanya saya looo..".
    Baik, kan? Sangat baik. Dalam hati aku, nak je aku cakap. "Cikgu, cuba la pergi meja orang lain. Diorang pun tak siap kerja sekolah jugak..".

  3. Cikgu tiga. Mr Teo Poh. Ajar Add Math masa Form 5. Tahap kritikal dah masa ni. Aku tak pernah lulus Add Math. Pasrah je la apa jadik pun masa SPM nanti. Cikgu ni superb. Baik gila2. Lelaki. Kuat joging. Mana-mana rentas desa pun dia masuk, selalu je menang. Fit gila, dan cute juga. Dah tua, tapi still standing macho. Aku masa Add Math selalu pura-pura sakit. Kalau ujian, agak2 dapat 17 markah tu dah tinggi la bagi aku. Kelas kami nakal. Mr Teo Poh selalu senyum je kalau kami malas. Dia selalu pesan, "Kamu nakal-nakal la sekarang, nanti sudah tua jangan menyesal ya". Start pada tu, aku tak sakit dah. Aku attend je kelas dia walaupun tak minat. Semua sebab respectkan seorang cikgu. Hasil SPM, Add Math aku dapat cangkul. Hahahah. Boleh la, janji lulus.


Sekarang, macam hukum karma.
Pergi belajar kat UTM pun, mengira je pulak kerja aku.
Benci ah!
Tak boleh jadi boss la kalau x suka mengira.

Sunday, June 28

Kisah Pinang Meminang.


Gambar akan diupload kemudian.


27 Jun 2009.

Kisah pinang meminang untuk cousin macho, kacak bergaya, hensem tapi pandir ini berlaku pada tarikh ini. Namanya Iqbal. Kitorang kalau stok sepupu sepapat ni memang macam adik beradik. Tak boleh kawin sepupu, nanti anak jadi bangang. Tu la yang kami-kami ni letak dalam kepala otak dari dulu lagi. Iqbal kerja Kedah. Petronas Fertilizer. HR Executive. Gaji pertama yang Iqbal bagi pada aku, still aku simpan. Sentimental value tinggi, beb.

Bertolak dari Kuantan Jumaat malam. Penat Khamis belum habis, ke KL lagi hari jumaat.

Takpe, sayang sepupu punya pasal.

Arrived. 11.30 malam. Terus makan nasi. Memang menarik betul rumah Mom aku ni dengan makanan. Hohoho. I like..

Malam itu, kami duduk bincang-bincang anak beranak. pikir-pikir kot-kot orang Melaka penuh dengan adat. Tapi bak kata bakal tunang Iqbal, biasa-biasa je. Melaka takde adat.

Pagi-pagi Sabtu, bangun. Iqbal ke pasar. Beli sireh, kapur, pinang.

"Nah. Gubahkan tepak sireh untuk aku." - Iqbal.
"Aku?? Bagi satu alasan yang paling comel kenapa aku?" - Aku
"Sebab ko sepupu aku" - Iqbal
"Hoh. Tak comel langsung alasan" - Aku

Sambil-sambil tangan menggubah tepak sireh, "Sekapur sirehhhhh..sekapur sireh seulas pinaaaaaannnggg". Aku nyanyi. Saja je nak sakat Iqbal. Aku duduk di meja, dia di bawah sambil-sambil dia kilatkan tepak sireh dan bekas-bekasnya.

Ke Melaka pukul 3.30 petang. Gilos kerja pinang-meminang buat petang-petang hari. Aku pun pelik. Lantak. Jauh jugak Kajang-Melaka.

Sampai di rumah bakal tunang Iqbal. Humangaih. Takde orang tua pun. Kami tunggu. Tunggu. Tunggu. Baru ada. Bincang-punya-bincang, haaa hambik ko. Melaka punya adat jugak, rupanya. Adat temenggung. Tok sidang. Apa tah lagi. Aku tak dengar sangat (tipu, padahal siap salin atas kertas lagik). Yang aku tak boleh blah tu, masa bertunang nanti, resit cincin tunang tu kena letak bersama-sama cincin. Motif? Nak je aku tanya wakil pihak perempuan tu macam ni, "Pak Lang, bagi saya satu sebab yang paling comel kenapa kena letak resit cincin tu sekali". Hahahaha.

Setel semua kerja pinang meminang ni. Pukul 7 sebelum maghrib kami bertolak ke Kajang. Yang aku ingat, sepanjang jalan pergi dan balik tu, aku asyik ngomel-bebel.

"Aku ni pergi meminang orang ni, bila pulak orang nak minang aku ni.."

Aku berkata-kata dengan nada serius, ok.

Friday, June 26

Hilang.



Aku cari.
Tiada.
Cari lagi.



Kehilangan.
Hilang sesuatu.



Cari lagi.
Rupa-rupanya ada.



Dalam hati.
Simpan saja lah disitu.
Aku takkan usik.
Dalam hati lebih baik.
Mungkin.



Esok aku mau makan sate kajang.
Di Kajang.
Mau makan asam pedas.
Di Melaka.




Tuesday, June 23

(Part Akhir) - Long.

Saat arwah Wan buat keputusan untuk Long dimasukkan ke wad, kami senyap sunyi tanpa suara. Berat hati. Wan kata, kalau kami tak panggilkan ambulans, maknanya kami tak sayang Wan. Mahu atau tidak, kami terpaksa akur kerana kami sedar mungkin Long perlukan bantuan ubat penenang daripada hospital. Namun, bukan ambulans yang datang, tapi 'black maria'. Macam pesalah. Long diam saja melihatkan polis datang ke rumah.

Long tanya, "Kenapa black maria ni datang?". Mama pujuk Long, mama kata polis nak tangkap pemilik kolej yang tipu Long. Long percaya. Long kata, "Tam teman Long naik ya".

Setibanya di wad sakit jiwa, Long mengganas. Ya Allah, pada masa tu memang tak sanggup nak tengok. Dicucuk, diikat tangan kaki. Seksa.

Di sana, Long duduk dalam sel, berdua. Teman satu sel dengan Long pun baru masuk. Botak, muka ganas tapi jiwa lembut. Aku borak dengan mak kawan satu sel Long.


"Makcik, kenapa jadi begitu?"

Dalam dialek Kelantan, mak dia menjawab, "Dia nak kahwin, duit tak ada"

Kalau aku datang melawat Long, patutlah suka sangat dia melayan aku.

"Nama awak siapa?"
"Nurul"
"Awak tahu tak, Nurul maksudnya apa? Nurul maksudnya yang berbahagia"
" Bukan maksudnya 'cahaya'?"
"Eh, bukan! Nur baru cahaya"
"Sama je la tu.."

Dia sambung borak.
"Awak nak couple ngan saya?"
"Tak nak"
"Kenapa? Saya tak cukup hensem?"
"Sebab awak tak ada duit"
"Kau buat aku makin stress, Nurul"

Sambung lagi borak.

"Nurul, awak betul-betul tak mahu saya ?"
"Kau tanya sepupu aku (Long), boleh tak?"
"Hakim, boleh tak aku minta izin kau untuk Nurul bercinta dengan aku?"
"Jangan harap. Kau tu gila, ada hati nak pada adik aku."

Dia hentak-hentak kepala ke dinding, tanda protes pada jawapan Long.

Suasana kat wad mental semestinya meriah. Lelaki dan perempuan mestilah dipisahkan, tak mahu apa-apa perkara lucah berlaku. Pesakit-pesakit dalam wad selalu tolong-menolong, bilamana yang dah sembuh sikit bantu-bantu cedokkan makanan pada yang lain, dan bantu susun fail. Mereka ini akan dibiarkan lepas bebas.

Kebanyakkan mereka yang dihantar di wad ini berpunca daripada stress, kesediahan melampau, ditinggalkan kekasih, dan ketagihan gam. Itu kata doktor yang bertugas. Ramai juga dikalangan profesional seperti doktor, jurutera, dan juruterbang yang masuk dalam wad mental, tekanan kerja melampau-lampau.

Paling menyentu perasaan, bilamana suami dimasukkan ke dalam wad mental, isteri akan selalu setia menanti di luar wad tiap-tiap kali waktu melawat membawa sekali anak-anak. Keadaan berbeza jika ia berlaku pada sang isteri. Kebiasaannya, walaupun tidak semua sang suami akan menceraikan isteri.

Long masuk tidaklah lama, tapi agak penat juga kami nak berulang-alik ke hospital menjenguk dia.

Wan pernah cakap.
"Salah Wan ke Long jadi begitu? Wan salah didik Long?"

"Tak Wan. Kami sempurna disebabkan didikan Wan. Long yang pilih jalan hidup dia sendiri"

Sekarang Long sudah sembuh sepenuhnya. Sejak ketiadaan Wan, Long lebih berdikari. Kami biarkan dia tentukan hala tuju hidup dia sendiri, kami tak mahu masuk campur. Biar dia fikir apa yang betul dan yang mana tidak. Namun benarlah kata orang, setiap kejadian ada hikmahnya. Lepas pada kejadian ini, Long lebih banyak bercakap, dia lebih bersikap terbuka.

Cuma satu.
Sifat kedekutnya kekal hingga ke hari ini.


Aku tiada niat mahu mengaibkan Long.
Semoga kisah Long menjadi pengajaran kepada semua.
InsyaAllah.



Sunday, June 21

Aku Terajang Jugak Kang.


Nanti aku sambung cerita pasal Long.
.



Sendirian.
Teluk Chempedak.
Duduk di sisiran pantai.
Pasir-pasir halus.
Angin sepoi-sepoi, menyapa lembut di pipi.
Damai.
Sangat-sangat.



Tapi.



Ada couple.
Peluk-peluk.
Kang aku terajang jugak kang.
Nak peluk-peluk gi tempat lain la.



Ini tempat awam, bodoh!

Saturday, June 20

(Part 2) - Long.

Sambungan cerita sepupu aku, si Long.

Aku malas bercerita dan ungkit tentang zaman-zaman kecil aku bersama-sama Long. Aku jarang-jarang bercakap dengan Long sebab Long pendiam sangat, bercakap bila perlu sahaja.

"Nurul, tolong aku ...."
"Nurul, tolong...."
"Nurul, tolong bagitahu Wan, yang aku......"


Ya, itulah yang dikatakan 'bercakap apabila perlu'. Long dan abang aku, kadang-kadang sangat rapat tetapi lebih banyak bertelagah. Al-kisah, Long sangat degil. Lepas SPM, dia pergi daftar di kolej sembarangan, tanpa pengetahuan sesiapa untuk daftar kursus diploma. Lepas 3 tahun belajar, dengan pinjaman Yayasan Pahang telah digunapakai, kolej berkenaan sebenarnya tak dapat kelulusan dan pengiktirafan.

Waktu itu, keadaan memang meruncing lah. Long jadi sangat stress dan tertekan. Masakan tidak, belajar 3 tahun padahal sijil tak diiktiraf. Duit pinjaman sudah habis terpakai. Long merata-rata bertanya bagi mencari jawapan pasti tentang status diploma yang dipelajari. Pernah suatu ketika, dia pergi kolej dan dia tendang pintu kolej sampai pecah.

Fizikal Long? Dia sangat tinggi dan besar.

Selepas itu, dia tertekan tak sudah-sudah. Dia tak boleh selesaikan masalah sendirian, sebab selama ni, apa-apa masalah dia, Arwah Wan yang selesaikan. Tentang masalah kali ini, Arwah Wan sudah tak berdaya untuk tolong apa-apa. Pasrah adalah terbaik pada masa itu.

Satu malam, Long mengamuk-amuk di rumah. Habis dilemparnya semua baju-baju dia ke luar rumah. Kalaulah tak dihalang, dia akan lempar perabot-perabot rumah. Mujurnya ketika itu, keganasan dia hanya pada barang-barang dia. Nasib tak sampai cederakan sesiapa yang berdekatan.

"Long ni pemurah sebenarnya. Handphone Long dah derma pada yang memerlukan"


Aku balas.

"Hoi, Long! Kenapa kau tak bagi aku?"

Dia pergi sedekahkan telefon dia pada budak jual 'burger' hujung simpang rumah nun. Payah juga aku dapatkan semula telefon tu.

Sudah tak betah duduk rumah Aki, kami bawa Long ke rumah Mama. Makin menjadi-jadi, panas katanya. Arwah Wan waktu itu hanya mampu menangis dan menggeleng-geleng kepala. Kawasan perumahan aku tu, ada surau berdekatan. Long ke surau itu tak kira masa, dia akan buka suis lampu kipas dalam surau tu, sampaikan ahli jemaah surau jadi marah-marah.

Malu.
Tak payah cakap pasal malu.
Hilang.

Sampai suatu ketika, Long dah tak dapat dikawal. Kami tak boleh buat keputusan apa-apa. Mak dan ayah pada Long, lepas tangan.

"Wan yang jaga dia dari kecil. Biar Wan yang buat keputusan"

Wan buat keputusan.

"Panggil hospital. Biar dia masuk wad"


................................bersambung


Thursday, June 18

(Bahagian 1) : Long

Waktu kecil aku, aku dibesarkan bertiga oleh aki dan arwah nenek aku. Aku, abang aku , dan sepupu aku, Long. Cerita ini adalah berkisahkan tentang Long, sepupu aku. Dia digelar Abang Long sebab dia adalah cucu sulung keluarga kami.

Long, dia sangat manja dengan arwah Wan aku. Sangat-sangat sampaikan, apa yang dia mahukan, semua akan dituruti.

Aku masih ingat, dulu bilamana Long minta sesuatu daripada Wan, kalau tak dapat Long akan mengamuk sakan, dan hempas-hempas pintu. Sebab tu, tidak cepat, lambat, mesti Long akan dapat apa yang diinginkan. Dah dia dapat apa yang dia mahu, dia susah berkongsi dengan orang lain. Jangan berangan mahu pinjam, mesti takkan dapat.

Masa kecik dulu-dulu, mainan game boy hanya Long yang ada. Long punya kedekut, takkan dapat terbayang dengan mata kasar. Sangat-sangat kedekut. Kalau teringin main game boy, perlu tunggu waktu dia pergi sekolah. Itupun selepas main perlu letak di tempat asal, jangan bagi kesan bergerak pun.

Zaman kecil memang agak bodoh.

Aku cucu sulung perempuan, tidak terlalu dimanjakan. Kontra sungguh dengan cucu lelaki yang dimanja-manjakan. Kalau aku kalau tak duduk atas meja, buat kerja sekolah mesti dah kena marah dengan Aki, tidak-tidak pun Wan. Beza pula dengan Long yang sentiasa tengok kartun, semuanya 'tidak mengapa'.

Keputusan peperiksaan Long selalu nombor 3 daripada belakang. Tak kena marah. Pernah sekali waktu masih dalam Tahun 4, aku dapat nombor 6 untuk pertama kalinya (walaupun 4A 1B). Perasaan takutnya mengalahkan apa, nak balik rumah pun teragak-agak.

Aku pernah perli dia masa dia dapat keputusan corot.

"Nama je Hakim..tapi habuk pun tak ada"

Gedeganggg!!
Pintu dihempas. Lagi.



Bersambung..



Tuesday, June 16

(Awas, Jiwang!!) Berikan Aku Seseorang Untuk Dicintai




Oiii.. Send someone to love me.
I need to rest in arms!!~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aishhh..payah!



Huh....~~


Amacam?? Jiwang tak??

Monday, June 15

Apa Bestnya Kedah? Sapa Tau?

Wahhhhaaahahaha. Sila maklum bahawa ini merupakan aktiviti aku lebih seminggu yang lepas. Yeehhhaaa. Malas-malasan mau update, ini lah yang terjadik.

Amaran!!! Ini adalah enntri yang panjang dan bergambar.
Jangan mencemuh. Tak baik, dosa..masuk api neraka. Hahaha.


Kedah Darul Aman.

Ini merupakan perjalanan jauuuhhh aku dan adik-adik sewaktu cuti sekolah yang lepas.

Kuantan-KL-Kedah-Kuantan

Wat apa kat KL?? Ada laaa...rahsia. Hahaha. Untuk sesiapa yang berkaitan, sila senyum.

Aku ke Kedah sebab saja-saja la nak bawak adik2 sebab cuti sekolah... Ceh ceh. Ini adalah alasan semata-mata. Ada niat lain sebenarnya. Aku ke kedah kerana.................. (sila penuhkan ayat ini, Apai).

Antara alasan-alasan yang aku kirakan munasabah untuk aku ke Kedah adalah:
  1. Nengok new-born baby sepupu aku. Baru 2 hari,ok. Fresh from oven. Hahaha. Owhh. Si kecik ini sangat manja sehinggakan mau aku ayun-ayun dia tido kat atas peha.. Amboi hang...mentang-mentang la peha auntie kau empuk, ye.
  2. Kenduri kawin kawan aku kat Kulim.
  3. Kenduri kawin sepupu aku kat Bagan Serai, Perak (padahal tak pergi pun)
  4. Bawak adik-adik aku jalan-jalan cari pasal + habiskan duit
  5. Lama tak pergi Kedah.
  6. Lama tak pergi Kedah
  7. Lama tak pergi Kedah.
Cukup la 7 alasan yang ada. Tak perlu diterangkan dengan lebih lanjut.

Ini adalah tempat-tempat yang aku lawati ketika aku kesana.

Penang Island. Dah macam pergi Negeri Morocco. First time ke sana, jadik macam tak tentu hala plak.

Mula-mula pergi Tokong Ular. Aishhhh..banyak betul ularnya. Rasa macam nak bawak balik sekor pon ada. John, where's mine????????? Erk. Kat sini siap ada pertunjukkan ular. Aku rasa nak lempang je cina yang pegang ular tu. Sian weii ular-ular kat sini. Ada sekor ular masa show tu. luka-luka badan dia. Aku rasa ular tu pun dah penat nak wat show kat situ. Bagi la dorang rehat woiii.. Bengong! Nasib baik sepupu handsome dan kacak bergaya yang belanja masuk show ni.

Pastu pergi plak Bukit Bendera. Cehh betul la. Hajat tak kesampaian. Tiket keretaapi ke atas dah penuh. Woi-woi. Time aku nak naik la, korang sibuk nak naik jugak ye. Hampesss..

Last. Pergi Kek Lok Si Temple. Mesty pelik napa la duk pergi kuil2 ni manjang. Jawapannya, mana aku tau, weii. Aku cuma mengikut mak sedara aku jep. Dia nak pergi sini. Aku layankan aje. Kat sini takde apa pun, just ada kolam kura-kura yang ada kura-kura pelbagai saiz.

Ke penang dah kul 3 dari Sungai Petani. Mana sempat nak pegi macam-macam tempat. Sib baik sempat grab souvenir untuk sorang gadis yang suka keychain. Wafa namanya. Nahhh ko. Semua dapat. Hahahaha. Penat weii pergi Penang, sib baik la bukan aku yang drive. Aku jadik co-driver yang tido sepanjang jalan. Hahahaha. Ampunn..

Alor Setar- Jitra- Sungai Petani- Penang-Sungai Petani-Jitra-Alor Setar.
Thanks, cinta hati. Hehehe.

Ada lagi tempat yang aku pergi. Dan kebanyakkannya tempat makan. Berjaya jugak aku menambahkan berat badan 3 kilo. Hahahaha.

Dan sila tau aku sangat malas untuk letakkan gambar. Tapi satu. Kalau aku ke Kedah, aku takkan miss ke sini. Siap pakai baju kurung tuuu...



Tasik Darulaman.
Tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat bermain..
Ceh ceh..ayat sapa la ni.


Geng-geng Blogger @ Lanchang..
Gathering semalam sangat nostalgik.

Tapi aku ni pemalu orangnye.
Tak percaya, tanya Wafa. Tak pun tanya Kueh. Hahaha.


Thursday, June 11

Aku Mau Update Tapi...

Lama aku tak update.

Mau update cerita ke Kedah.

Tapi tak tau macamana mau mulakan..

Boleh tak macam tu?

Tuesday, June 2

Pemenang Kuiz Adalah.....

Soalan kuiz:
Berapa pointer semester akhir aku?

Jawapan kuiz:
4.0

Itu adalah pointer semester akhir aku. Alhamdulillah. Dengan pointer itu, telah melayakkan aku mendapat First Class Degree walapun dengan pointer kumulatif sebanyak 3.78 aje. Syukur, Ya Allah.

Ingat lagi aku macamana aku membebel-bebel sebab marahkan soalan exam yang macam hampeh di entri

ini.
ini.

Terima kasih cikgu-cikgu di UTM!!!
Semalam sudah call mereka, tanda penghargaan. Hehehe


Pemenang kepada kuiz ala kadar aku semalam adalah
JARD THE GREAT!!!!

Walaupun aku tau kau hanya menembak-nembak je, Jard.
Tembakan anda adalah tepat.
Tahniah! Huhuhu.
Tuah pek sim Maxis baru la katakan. Hehehe.
Sila berikan no telefon Maxis terbaru anda. Jangan lari.
(Semalam Wafa dah bagi, aku dah salin, tapi hilang)



To: Wafa @ MOMENTLIFE. (2 kali aku link ni, Wafa!)

WAFA!!!!

I AM SORRY

Aku mintak maaf dan ampun sebab aku attack kau semalam. Aku cakap kau yang bagi jawapan kepada Jard. Ye la... puncanya, aku YM kau bagitau pointer aku, alih-alih Jard bagi jawapan betul, makanya kau je la yang patut dituduh, takkan nak tuduh Abg Chomel pulak. Mana boleh-mana boleh... Hahahaha. Sorry ye, Wafa.


*Siap aku link Abang Chomel punya blog. Hahahaha. Marah la, tak takut...



Monday, June 1

Aku tanya, Kau jawab, Aku bagi hadiah topup.

Cerita tentang orang gila akan ditangguhkan terlebih dahulu.
Sorry ya, Aloy_paradoks



Aku mau buat kuiz dulu.

Hari ni result sem akhir aku keluar.
Aku dah check tadi.

Soalannya:
Berapa pointer semester akhir aku?

Hadiah:
Topup RM10 ke sebarang nombor anda.

Hint:
Tak tinggi, tak rendah.

Silakan meneka.
Siapa cepat dia dapat

Peraduan ini tidak terbuka kepada warga 4SGP 08/09 ye.
Mahupun kepada kamu, Mucid
Kamu juga, WAFA.