Geng!

Sunday, March 29

PUNYA PACAR BARU

kembalinya semula Che Det pada UMNO

ibarat pucu dicita ulam mendatang

sireh pulang ke gagang


pstt... paklah mesti bengang (buat-buat senyum)
KJ dah tentu duduk tak senang

aku pulak = menunggu utk dibicarakan. hoho.




Thursday, March 26

BESTNYA BILA ADA CINTA


maaflah, kawan.
aku terpaksa jugak buat entri ini.
walaupun kau-kau ada yang tak suka
aku janji lain kali tak ada entri macam ni.
setahun sekali saja.

Walaupun : dari dulu aku gemuk dan sekarang tambah gemuk
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku kasar tak agak-agak
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku suka bebel-bebel (biasalah pompuan)
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku suka pau suh dia belanja makan padahal dia jauh
Dia : tetap sayang aku (dan bank-in $ nya sekali)

Walaupun : aku bengong suka buat sakit hati orang lain
Dia : tetap sayang aku

Walaupun : aku suka protes tanda tak puas hati
Dia : tetap sayang aku
.
.
.
dan aku?.
.
.

Walaupun : dia kurus 20kg dari aku (padahal aku yg gemuk)
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia suka tangguh keja penting yang aku suh dia buat (degil)
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia super pendiam dan hanya cakap beberapa patah (padahal guna celcom plan 1+5 yg free tu)
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia jauh dari aku
Aku : tetap sayang dia

Walaupun : dia hanya ada keta second-hand stok orang tua pakai (beli cash 13ribu plak tu)
Aku : tetap sayang dia (dalam hati : boleh laaa...)


We compliment each other very well.
Sikap kami yang kontra ni la yang jadikan kami serashi bershama (damn u, ajai).
Oh, itulah magisnya cinta. cehhh.. sudah-sudah la tu.

26 Mac 2004 - 26 Mac 2009
Happy Anniversary, sayang
Tahun kelima untuk kami.
Boleh bangga untuk cinta jarak jauh, kan?

"Aku hanya inginkan kau setia
Kerana hanya setia mencipta bahagiaku"
(bagi can la sket)


pstt : orang kata, cinta mampu menutup kekurangan insan
aku plak kata : sorry skit, ye. bukan macam tu. cuma yang kurang boleh dperbaiki dengan adanya cinta.


aku sangat takut bila dengar orang cakap, selalunya bercinta lama-lama tak kekal. baiklah, encik. saya akan buktikan. haha. doakanlah yang terbaik buat kami. dah dekat dah bau nasik minyak ni (tipu)

oh, lagi satu. berkat pesanan teacher patung cendana, aku bersemangat siapkan artikel. dah siap pon.. lalalalala!~~

Tuesday, March 24

Boleh diam tak?



aku sangat terdesak.
aku perlu siapkan artikel PSM aku
at d end of this week.
tapi ketika aku bosan
aku suka sgt layan video ini.
bisa buat aku happy.
dan bersemangat semula.

selamat nonton.
dan tersenyum.

aku cilok dari youtube.

Saturday, March 21

SI SEMUT MENJADI PELAJAR.


aku nak berbicara tentang semut dan aplikasinya dlm kehidupan aku sebagai student.
(sebuah cerita penghargaan kepada haiwan)



sang semut :
ade sebutir nasi, yg berat dr badannya. erkk..tak boleh angkat. pggil kwn2 la. kwn2 sang semut pun datang dan willing utk tolong angkat.
sang aku:
kes biasa : ada assignment. tak tau mcamana nk buat. terbeban. erk. mintak tolong kwn2 satu group. yes! diorang willing utk tolong. mcm kwn2 semut.
kes luar biasa : ada assignment. terbeban. mcmana ni? mintak tolong group mber la. buat bodoh dan tak tahu je. hampeh! mnyusahkan lagi ade.




sang semut :
ada gula. manis. bwk balik ke sarang dan bg pada queen mereka. queen happy, diorg hapy, dan ckp terima kasih sbb happykan queen. (agaknya la)
sang aku :
kes biasa : ada assignment. buat. bagi pada lecturer. lecturer happy with the work. kita happy, masing-masing say thank u to each others. even pegi makan sama-sama.
kes luar biasa : assignment. buat. bagi lecturer. lecturer happy. aku je la yg happy ke? not even a word of thank you. siot!



sang semut :
jalan-jalan. jumpa kwn, mesty berhenti. perasan tak?
sang aku :
jalan-jalan. kadang berhenti say hi, kadang tidak. tapi the most berhenti la. ada kawan aku tu lalu sebelah pon mcm x nampak. macam bagus. senyum pon susah sgt ke.


sang semut :
menyemak je kat bilik aku.
sang aku :
tak reti-reti bahasa la ko ni semut. semak mata aku nengok ko kat blik aku ni.* kat atas katil pon ko lepak ek. aku tau la aku manis. dangg...!~~~


p/s : kes biasa = terjadi apabila aku dan group mber aku memilih diri sendiri utk wat asgmnt
kes luar biasa = terjadi apabila lecturer pilihkan group members. pllleeaasssee. serik aku!


*kawan aku, majihan lagi teruk. dia tengah baring, semut naik atas badan dia. ingat highway ke hapa?

aku dh buat entry psal kau, semut. puas hati?
are u happy enough?
dah boleh pergi dari bilik aku?
pergi la bilik mas.
dia pun manis jugak.


Wednesday, March 18

CINTA JARAK JAUH. SANGGUP?

kita mohon kekuatan
dan tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan
untuk membuat kita kuat.

kita mohon keteguhan hati

dan tuhan
memberi kita bahaya
untuk diatasi
dan untuk kita sama-sama belajar menyayangi
dengan cara yang sempurna

cinta jarak jauh.

kata orang : menguji kesetiaan, kejujuran
kata aku : tak perlu uji


kata orang : buat kita kuat
kata aku : memang perlu kuat

kata orang: menguji sayang dan rindu

kata aku : arggghhh...memang la. sangat setuju.


kata orang : menuntut kepercayaan yang tinggi

kata aku : aku percaya. titik.


kata orang : hati sentiasa curiga.

kata aku: tak.

kata orang: boleh elak maksiat.

kata aku : senyum sambil tertunduk insaf.. =)


apa pula kata anda?

Monday, March 16

Apa Ada Pada G.W.Bush Dan Barrack Obama


ini gambar dua presiden Polis Dunia
(hei, bukan semua polis malaysia jahat, tau)
ini aku terima dari email.
persoalan kajian = kenapa muka hampir sama?
cuba lihat berulang kali.

kepada yang berminat:
sila buat research terhadap persoalan kajian ini.

sila bagi pendapat anda.
kepada saya.
bukan kepada Bush atau Obama
(klik sini juga)
kalau rajin.


Sunday, March 15

Bukan Semua Polis Itu Jahat dan Ambil Rasuah.


malam tadi benar-benar buat aku sedar tentang peranan seorang polis. lepas pada ni, aku akan cuba takkan kutuk polis lagi (separuh berjanji).

pemikiran kita, Malaysian memang dah disogokkan dengan segala macam andaian buruk tentang polis-polis di Malaysia ni. Tak dinafikan memang ada yang ambil wang sogokan, tapi memang bukan semua. seriously bukan semua. ada yang beretiket juga. banyak sebenarnya polis yang beretiket. betullah kata bidalan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

apa kau merepek malam-malam ni, hazerin?

aku tak merepek. aku nak cerita pengalaman aku dengan polis trafik. aku tak pernah pun ke balai polis trafik. balai polis biasa adalah (sebab aku selalu hilang IC). semalam aku catatkan pengalaman pertama ke balai polis trafik daerah Johor Bahru. hanya kerana mak aku dapat surat dari Jabatan Siasatan Trafik yang mengatakan kereta pendaftaran abang aku yang dibawa oleh aku telah melanggar lari kereta seorang lagik.

ye fine! aku tak cerita yang kereta kancil abang aku kena langgar ari tu. masa kejadian ngeri melibatkan Yob, Jihan dan Kak Tini, mereka on da way to Larkin. Hantar Kak Tini, pusingan kedua tu, kereta dari belakang langgar pintu belakang kereta yg dorang bawak tu. lepas tuh kereta tu blah terus(dia lah yang langgar dan lari, kan?) . dan seterusnya, kereta tu terbalik ke belah kanan. mereka-mereka dalam kereta tu diselamatkan oleh orang ramai. dorang terpaksa ditarik keluar oleh orang ramai melalui pintu belah co-driver (jihan) sebab kereta tu menyenget ke belah driver. belah divider pulak tu, dow. siap orang awam yang lalu lalang tu tolong terbalikkan semula kereta abg aku tuh. huh!~~ sedey tau aku. nasib baik kawan-kawan aku tak apa-apa.

aku tak bgtau mak aku pon kereta tu accident. takot dow mak aku marah. mak aku garang. hehe. dah la kereta tu kereta abang aku. mati? nak mampos? aku dgn yob pon pakat sikit (?) sorang keluarkan simpanan masing2 nak baiki kemek keta tu. tak banyak mana pon. rm800 je. sikit kan? (sambil geleng kepala). kejadian tu nak dekat 3 minggu dah senyap mcm tu jek. ngan harapan mak aku takkan tau. tau2 surat sampai ke rumah. SILA KE BALAI UNTUK SIASATAN BERKENAAN KES LANGGAR LARI. WTF. ni sapa langgar sapa ni. ada plak dia caj kitorg langgar dia. macamna keta aku tbalik, pas tu boleh lari plak. tak sekolah apa Cina ni.memang mampos masuk neraka terus la, kan (sorry, ayat geram).

malas nak citer syarahan mak aku bagi masa dia tau tu. so, nak pendekkan citer, aku call Balai Polis Trafik Daerah Johor Bharu, in-charge nya adalah Sarjan Anuar. gile aku cuak masa call tu. aku kena la call sebab kereta tu abang aku punya. Sarjan ni pon suh aku datang balai masa tu jugak. aku pon angkut la MANGSA kejadian iaini Jihan dan Yob. pegi punya pegi, dah sampai tu takut gile dow. perkkhhh. seriau abis. masuk2 je bilik Sarjan tu, muka garang dow. standard la Trafik, apa ko hingat muka mcm pramugara? mesty garang, ye tak. tapi aku salute abih kat Sarjan tu, memang menjalankan tugas dan tanggung jawab dengan amanah dan dedikasi. dia siasat satu persatu, dan siap bagi tunjuk ajar kat kitorang yang baru belajar nak hidup atas jalan raya ni. alhamdulillah, siasatan berjalan dengan lancar. sepatutnya Yob dapat dua saman tapi alhamdulillah. tak la melayang lagik duit kitorg. eh apa pulak duit kitorg, duit Yob sorang la. Sib bek la ko, Yob.

kesudahan pada kesah ini, siap kitorang boleh gi minum dan borak-borak pulak dengan encik-encik polis tu pada pukul 12 malam. dan boleh pulak tukar-tukar no phone. dorg kata, senang-senang leh gi main boling + karaoke. dorang nk blanja sebab kitorg student. huhu.

dan balik UTM, tak kena scan matrik sebab ada surat rasmi dari PDRM. haha, tau takot pak guard. ceh, bangga plak!~~

persoalan : siapa salah?? korang rasa siapa salah. aku malas nak jawab persoalan bangang ni.

moral of the story : perbuatan rasuah ni boleh dicegah sebenarnya. kalau kita berhemah dengan mereka, mereka juga macam tu. budi bicara masih digunakan tanpa sebarang wang dihulurkan. kita semua manusia biasa. tak salah kita merendah diri dan mintak tolong secara baik.

saja letak tag ni dua kali, sebab ada polis yang aplikasikan ayat-ayat tu.
percayalah.
end.

Thursday, March 12

Mahu Membuat Confession Secara Bertulis Terhadap Seorang Gadis


Yuna-Rocket Live

credited to : malayapark.com

aku
suhaila
yana
masturah

berjalan kaki tadi pagi.
ke medan perjuangan di hari-hari terakhir seorang pelajar
oh. sebelumnya, aku ke CP, medan makan.
p/s : takut lapar pulak dalam kelas.
sebab biasanya 30 minit kelas start, aku dh carik makanan dlm beg

sambil layan malaysia hari ini.
ada gadis bernama yuna didalam kotak televisyen itu.


yuna?
macam penah dengar.
mendendangkan lagu yang agak familiar bila aku bukak blog gadis cantik!!
lagu roket.
eh aku cakap kat suhaila,
"ini lagu yang biasa aku dengar kat blog soraya"
laaa...ingatkan minah kulit putih dari seberang laut.
rupanya, gadis manis cantik bertudung, penuh santun yang menyanyikannya.
arghh..aku jeles dow dia pandai men gitar
dan jeles dia berbakat.

dan dia law student
dan dia boleh tulis lagu seenak ini.
dan suara merdu jugak la + unik

ini je pengakuan bertulis dari aku. aku kejelesan.
oh ye.
mengaku jugak yang aku ni buta skit psal indie band apa bagai tu.
sbb tu aku jeles.
tamat.
tahniah kepada elsasoraya
kerana memperkenalkan lagu ini kepada saya.

tahniah.

anda layak dapat anugerah naib cansellor.
eh, eh. up sikit.

anugerah cansellor.



kenapa entri ni tulisan warna kelabu dan biru?
sebab mood indie.
hahaha.
kenapa anugerah cansellor bold?
sebab nak bagi semangat.
ni pulak kenapa pink?
sebab ini blog aku.
habis cerita.
boleh aku teruskan buat PSM?


Monday, March 9

AKU BUKAN PESALAH, AKU CUMA MAHU BERGEMBIRA DAN REHAT

erk. ketika ini, lewat (kalau sedang buat asgmnt atau PSM, bagi aku sudah lewat) jam 12.03 am, bertarikh 10 march, yang mana tinggal beberapa hari lagi untuk VIVA PSM, aku pulak sedang layan Bab 5 PSM, tangan pulak tetiba rasa gatal mau bukak ini blog. dan aku berjaya. aku mau cerita semuanya yang berlaku seminggu lepas. Lihatlah, betapa busynya aku sampai seminggu tak bukak blog (tipu).

ini cerita pertama.

kerana kami-kami-kami tension kononnya buat PSM, kami-kami-kami pergi bersuka ria di Desaru. (kitorang tidak tiru kamu, Apai). sangat bangat gumbira pada hari itu. dan aku semacam lupa pulak tragedi menyayat hati malam kejadian tu. ya, lupakan. tak boleh nyatakan disini. nanti kantoi pulak dengan mama and ninja turtle.

berangkai-rangkainya kami. sila rujuk senyuman mas. tak ambil ikhtibar dr. gambar kelas tempoh hari.

habuan yang mampu membuat aku tersenyum.


analisis dan penemuan kajian : muka masing-masing. sila rujuk tona kulit Arzila di Rajah 3.1.

kesimpulan kajian : aku bangga kami-kami semua muafakat. aku bangga kami-kami semua gembira dan saling menyayangi. aku bangga kami-kami boleh satu kepala.
____________________________________________________________________

ini cerita kedua.


kawan kami zaman diploma kurun ke enambelas dulu, sudah selamat disatukan. namanya julie. Juliana, Julie. Julia. Jue. Terpulang. yang penting kami-kami tumpang gembira utknya. buktinya, kami-kami-kami yang KTF ini dan yang KP dan KRP, kutip duit RM5 utk meraikan beliau yang berumah tangga. dan mewakilkan gadis-gadis KTF yang jelitawan dan ngetop itu, aku pergi la meraikan ke Batu Pahat. eh lupa. kami beli rice cooker. ye, penting la utk masak nasi. mustahil la makan spegeti hari-hari. kami-kami ni pun masak spegeti pakai rice-cooker.

sila jangan tanya aku kenapa kasim pakai baju itu.

sila paham kenapa aku duk tengah. ambik berkat. harap maklum


analisis dan penemuan kajian : nasi minyak sepinggan + 3 bungkus bawak balik + bunga telur + macam-macam ye.

kesimpulan kajian : tak dapat dijumpai. harap jawab sendiri semasa VIVA.

banyak lagi nak taip, tapi baik taip bab 5 dulu. sila buat PSM, reen. jangan malas. bye! sampai ketemu lagi.


Monday, March 2

saya tak tipu

saya sangat busy

tak tipu.

kepada si cantik soraya, nnt kak buat tag tu ye..

ok2 busy betul ni.

tak tipu

hahahaha