Geng!

Friday, July 31

(Rindu) Di Suatu Senja Di Musim Yang Lalu.

Petang.
Khamis.



Lokasi : Taman Universiti, Skudai



Kami berlima pergi jalan-jalan cari makan.

Order.

"Nasi ayam penyet satu, kopi o ais kaw satu", Tando order.

"Kuehtiow hailam satu, teh o ais limau satu, air suam satu", Kasim order.

"Nasi lemak ayam telur satu, air suam satu", Yop order pulak.

"Nasi goreng ayam masak merah dengan teh o ais", Ima rumetku order.


Tiba giliran aku.

"Roti kosong satu, teh o ais satu".



Semua pandang aku.

"Apsal kitorang makan nasi, ko makan roti canai?", Tando tanya.

"Aku kenyang lagi la..", aku jawab perlahan.




"Ah..tipu la ko, Reen. Ko cakap je la nak makan megi malam kang. Ko gian la tu sebab dah lama tak makan megi kan??. Ko jangan ingat aku tak tau ye", Ima rumet ku yang kiut bersuara tiba-tiba.



Kantoi!


Sedap wooo megi!!

Wednesday, July 29

Bukan Hak Kau, Faham??

Dialog yang menjadi cerapan ilmu pada kelas Isnin.


"Hak kamu adalah apa yang kamu makan, kamu pakai dan kamu berikan kepada orang lain (sebagai sedekah dan amal jariah). Selain daripada itu, adalah hak waris kamu".

Monday, July 27

Buah Cempedak Di Dalam Pagar

Sekarang musim cempedak.

Sana.
Sini.
Cempedak.
Cempedak.


"Makcik, cempedak goreng ni singgit berapa?", aku bertanya, sopan ni.
"Singgit 5 bijik, dik", makcik menjawab.
Aku beli.


Esoknya, "Makcik, cempedak ni singgit berapa?", aku tanya, mau beli lagi.
"Singgit 4 bijik, dik",makcik jawab lagi, kali ni penuh bangga.
Aku tak jadi beli.


Petangnya.
Misi bermula


Dik Zara, ko tau ni kat mana?


Ya. Ya.
Kami ambush kebun UTM.



Mencari ini.
Cempedak di dalam pagar.
Tak payah amik galah, petik sahaja.
Macam petih daun teh kat kemeren hailen.
(Abaikan muka eksaited = cempedak free)


Jika getah cempedak melekat di lengan baju.
Maka, prinsip memetik daun teh tak boleh digunapakai.



.

.

.

.




Dua hari kemudian.

"Makcik, cempedak ni singgit berapa?"
"Singgit 4 bijik, dik"
"Takpe la makcik, saya goreng sendiri je la"


Hahahaha.
Aku gelak keji.

Aku makan sampai muak.
Sekian.

Friday, July 24

Kenapa Aku Sayang Lelaki Ini?

Aku ada hubungan istimewa dengan lelaki ini.
Lebih dari hubungan darah.
Macam kawan..best-friend.

Kenapa aku terlalu sayangkan dia?

  1. Sebab duit dalam akaun dia banyak.Wahahaha. Kalau aku 4 bulan di UTM, 4 bulan la duit pencen dia tak berusik. Bermakna? Aku la tukang habiskan duit pencen dia. Yes!! Yes!!! Kalau dia ajak berjalan, aku akan tanya, "Aki ada duit tak? Kalau takda duit, taknak la berjalan dengan Aki". Dia akan gelak dan menjawab, "Apa susah, Aki ada duit pencen. Nanti kita singgah la kat bank kejap, keluar duit pencen". Sila jeles, wahai cucu-cucu Aki yang lain. Cucu perempuan sulong la katakan. Hahahaha!

  2. Dia suka mengingatkan aku tentang kegemukan aku. Cess..ini orang tua memang selamba. Mentang-mentang la kurus. Kalau tidur kat rumah dia, pagi-pagi dah kejutkan suruh bangun, dan buat makan untuk dia. Padahal, kalau takda orang kat rumah, pandai pulak masak sendiri. Dusshhh!! Dan tiap kali kalau amik gambo dia, Aki akan cakap, "Eh, kurus amat Aki ni ye". Aku jawab, "Tau takpe. Ejek sangat orang gemuk, dia tu dah tinggal rangka".

    Di muzium tokoh Negeri Pahang.
    Buat muka bangga sebab yang sebelah kiri tu ayah dia.
    Cit!


  3. Dia pencinta setia. Sejak ketiadaan Wan, dia setia. Boleh pulak ada orang menjual-jual datang di rumah, offer untuk jadi bini Aki. (Woi-woi!! Ko nak mampus kena tendang dengan aku??) Itu aku yang cakap, tapi Aki akan cakap begini kepada sesiapa yang berkenaan, "Takpe la, saya nak jumpa isteri saya di syurga". Sedih? Ya..aku sedih bila setiap kali dengar Aki cakap macam ni.

    "Ini juga satu aktiviti riadah", kata beliau.
    "Baikk...", kata aku pula.

    (Sila rujuk mulut beliau yang sedang bersiul-siul)

  4. Dia suka lengah-lengahkan masa. Huh! Kalau janji nak date dengan aku pukul 8 pagi, memang pukul 930 la baru keluar rumah. Itu pun lepas aku membebel-bebel dengan lama tanpa henti dan mengulangi perkataan, "Aki, cepat la siap. Kang Er tinggal Aki sorang-sorang kang". Dan dia cepat-cepat mandi dan akan cakap, "Kejap la...kalau lapar makan la biskut tu dulu". Adehh..sabo je la aku. Lepas tu, siap la kena pau belanja makan nasi daun pisang kat kedai mamak. Hahaha.

  5. Degil. Dia sakit. Lelah tahap kronik. Makannya perlu dijaga, tapi degil tahap dewa, suka makan rambutan, mangga dan lain-lain yang dia tanam kat keliling rumah dia. Dah lelah, semput-semput, baru nak pantang makan. Pernah sekali dia masuk ICU sebab makan bubur kacang dan tembikai (pantang utama). Waktu tu aku tengah exam, bulan puasa. Nasib baik takda paper. Perjalanan ke Kuantan rasa macam lama gila. Sampai-sampai kat hospital, wayar sini-sana. Hati hancur. 3 hari koma, tak sedar diri. Takut kehilangan lagi. Dia sedar-sedar je, terus peluk dia, boleh pulak dia cakap, "Best. Macam duduk kat atas awan. Ada orang panggil ikot, tapi Aki tak ikut. Tapi seronok". So, sekarang, setiap kali aku nak balik UTM, aku akan cakap, "Aki jangan mati dulu, ye".

  6. Dia suka bagi aku duit, tapi lepas tu akan mintak macam-macam. Cuti aritu, siang malam mintak nak bela anak ayam. Hoh!! Buruk siku tau..hehehe. Dah beli 5 ekor anak ayam, tak alih-alih terus siapkan reban ayam. Cess..selama ni reban tu terbiar je.

    Di sisi anak-anak ayam yang aku beli.
    "Bagi duit RM50, kenapa beli 5 ekor je", kata beliau.
    "Dah abis beli topup", kata aku.


  7. Suka berjalan. Kuat lagi, tak padan umor 80 tahun. Ayat starting kalau nak ajak pegi jalan adalah, "Aki nak pegi amik ubat kat klinik la". Padahal stok ubat melambak-lambak lagi kat rumah dia.Dalam kereta, "Eh, tak jadi la pegi klinik. Kita pergi Giant la nak? Beli beras." Saje je kan.. Pastu buat ayat penyedap, "Aki kalau berjalan ni, takde la sakit lutut. Kalau duk kat rumah tu, lemah je badan". Memang panjang akal.

  8. Suka bercakap. Ramah tamah. Semua orang nak dia tegur. Macam YB turun kampung. Kalau aku tanya, mesti jawab, "Kawan lama". Padahal..tak kira tua muda la kawan lama Aki, ye.


Lelaki ini istimewa.
Sangat-sangat.
Selama 24 tahun di hati.

Arghhh.
Semalam aku mimpikan dia.
Mimpi dia tinggalkan aku dan pergi.

Aki, jangan pergi lagi.


T_T

Wednesday, July 22

(Jiwang) Monolog Hati.

Di luar, hujan.
Sejuk..sesejuk hati.
Dan aku.
Rindukan kenangan.


Rindu aku tak lama.
Kerana hati yang suka, lebih mudah untuk melupakan.
Sebab suka itu bukan sayang.
Apatah lagi cinta.

Tuesday, July 21

Entri Serius. Senyum Pun Tak Dibenarkan.

Malam.
Isnin.
8.00 hingga 10 malam.
Kelas : Pembangunan Falsafah dan Sains (Subjek Umum U)



Datang lewat. 15 minit lewat, tapi pensyarah itu senyum sahaja. Segan. Aku, Ima, Yob dan Tando masuk kelas laju-laju. Aku dapat rasakan kelas ini sangat serius. Amik tempat di belakang sekali, tujuannya untuk memantau-mantau dahulu. Ye lah, kelas pertama la katakan.


Minit ke 30, sekumpulan student lelaki masuk kelas. Lagi lambat dari aku, kata hati. Aku kira-kira mesti budak engineering. Aku toleh pada Ima, rumetku. Senyum, tanya jam pukul berapa. Aku dah menguap beberapa kali. Kelas aku straight dari pagi, petang, bawak ke malam, sebab tu aku benci Isnin. Huh. Bosan. Dah la hasrat nonton Malaysia lawan MU terbantut, sebab ada kelas malam ni.


Otak aku tiba-tiba mencerap sesuatu.

"Dimana hakikat manusia? Apa nilai manusia dalam dunia ni?", ayat ni betul-betul menarik perhatian aku. Senyap je. Tiada jawapan. 6 tahun belajar valuation, takda pulak diajarnya untuk nilai manusia. Aku tunduk.

"Manusia ni ada akal, kan? Kamu tau akal letak nya di mana?", pensyarah kelahiran pantai timur (agaknya) tu bersuara lagi. "Kamu rasa, akal letak nya disini, atau disini?", beliau point jari di kepala dan di hati.


Diam lagi.


"Akal letaknya di hati. Dalam Islam, akal letaknya di hati".


Baru aku tau.


"Dalam badan manusia ni ada macam-macam unsur. Unsur kapur, garam, oksigen, hidrogen, belerang, air dan macam-macam lagi. Mari saya bawak kamu semua ke satu situasi. Seorang manusia mati, meninggal dunia. Kita bedah dia. Kita keluarkan unsur air dalam badannya, letak dalam satu bekas. Kemudian, kita keluarkan unsur belerang, letak dalam satu bekas. Dan setiap unsur dalam manusia yang mati itu kita keluarkan dan letak dalam bekas berasingan. Kita bawa bekas-bekas itu ke pasar. Kita jual dan kita katakan kepada pembeli yang itu unsur-unsur daripada seorang makhluk ciptaan Tuhan yang paling berharga. Kamu rasa ada yang mahu membelinya?"


"Tak", serentak kami menjawab.


"Oleh itu, dimanakah nilai manusia itu tadi?? Kalau nak dibandingkan dengan seekor kambing yang terjual RM300 di pasar? Bukankah unusur-unsur dalam badan manusia itu tadi tiada nilainya?"


Senyap. Sunyi. Betul-betul sunyi.


"Disitu lah akal memainkan peranan. Akal manusia tiada nilainya. Dan dengan akallah manusia dibezakan dengan makhluk ciptaan manusia yang lain", kata beliau lagi.


Sunyi.
Dalam hati, aku bersetuju.
Kepala aku angguk-anggukkan.


"Ok, mari kita bandingkan nilai manusia tanpa akal dengan nilai haiwan. Unsur-unsur tadi kita bawak balik ke makmal, dan kita tukar menjadi barang. Unsur zat besi kita tukar menjadi 3 batang paku, unsur garam kita tukar menjadi garam masakan, dan kita jual. Samakah nilainya dengan nilai jualan dagaing seekor haiwan? Tentu tak sama kan? Begitulah rendahnya nilai seseorang manusia jika tidak menggunakan akal"


Senyap.


"Ok. Mari kita naikkan nilai manusia tadi. Unsur belerang kita jadikan beberapa batang mancis. Kamu tau mancis?", pensyarah bertanya.


Ada satu suara menjawab.
Berani.
Yakin.
Dari seorang daripada sekumpulan yang lambat tadi.



"Tau. Sejenis jenama biskut"













Berderai ketawa aku dan rumet aku. Keras perut sampai habis kelas. Akhirnya lecture yang serius tu tak dicerap dengan baik oleh aku.


Dem!

Monday, July 20

Dia Tanya, "Bila Mau Kawin?"

Isnin.
Pagi.


Ada orang bertanya.
Junior.
"Kak reen ni bila nak kawin ni?"





Aku jawab.






Dengan tulus ikhlas.
Senyuman manis di muka.













"Esok"




Jangan la tanya soalan yang bukan-bukan.
Apatah lagi kepada orang yang on the way pegi kelas pagi-pagi Isnin, wehhh.
Aduh.

Sunday, July 19

BBQ Dinner Untuk Aku

Kembali lagi di minggu kedua.


Ya. Laptop buruk ini sudah kembali berfungsi, kawan-kawan. Bukan brader-technician-suka-senyum yang buatkan, tapi junior kacak-suka-sengih yang meng'format'kan benda lah ini, menjadi satu benda alah yang sangat menarik untuk aku.


14-15 Julai 2009


Pada paginya, ada seminar student PhD and Masters, bentangkan project paper diorang. Rumet aku pegi, aku bermalas-malasan di bilik. Tetiba ada sms masuk. "Beb, malam ni ada BBQ dinner untuk postgrad". Memang hari itu dan esoknya, full swing lagi makan ditanggung. Segan gila aku nak pegi, seminar bosan-bosan dah la tak join, alih-alih pegi BBQ dinner. Makanan banyak melimpah-limpah.


Em... untuk menghilangkan rasa tebal muka, sesampainya aku disana, aku nampak Abang Man (librarian) tengah bakar sate. Aku dekat-dekat ngan Abang Man ni (anak dia sebaya aku).

"Abang Man, meh saya bakarkan sate" -Aku

"Eh, tak payah. Ni sate saya. Fakulti tempah ngan saya" - Abg Man

"Alaa..Abg Man kena tolong saya ni" - Aku

"Tolong apa pulak?" - Abg Man

"Saya tak datang seminar pagi tadi. Segan ni. Meh le saya bakar sate tu" - Aku

"Oh..ok2. Nah kipas nye" - Abg Man.

"Abg Man gi makan dulu" - Aku


Sibuk la budak-budak ni nak bergambor dengan pembakar sate.
Aku dan rumet-ku memainkan peranan.
Rumet-ku baju putih.


Bakar sate cuma untuk cover kesilapan tak datang seminar.
Satu jam selepas membakar sate, ini lah yang terjadi kepada aku.
Dan mereka jugak.

Sorang student PhD
Sorang Masters by research
Dua by-course Facilities Management
Sorang by-course Real Estate (down-grade kan
diri sendiri)

Posing ini diajar oleh yang paling kanan.
Adik PSM kesayangan, Nisa. Tapi aku panggil Bong.

(Nudy, Kak Reen miss Nudy so much... Keja rajin-rajin ye,Dik)

Dah tak larat nak buat posing model yang disuruh Bong.
Perut sudah cukup kenyang.
Jadi muka pun jadik begitu.
Sekian.

(View belakang, UTM terchenta di waktu malam)



Esoknya.
Seminar itu aku attend jugak.
Sebenarnya menarik jugak.
Ilmu, Reen.
Hargailah...

InsyaAllah..

Sunday, July 12

Demi Keadilan, Sila Bakar UTM.




Gila lama aku tak update.

Blogger ini sangat mencemburui aku. Aku tak boleh bukak blog aku sendiri. Hanya boleh bukak beberapa blog melalui Dashboard, itupun kadang-kadang sengal habis (macam nak suruh aku tutup akaun Blogger dan fokus kepada study je..hohohoho)


Kehidupan di UTM dikala ini sangat ada Pro dan Kontra nye, kawan-kawan. Mari aku senaraikan hasil pendudukan (?) aku di sini selama seminggu.


  1. Setiap hari bangun pagi menghadap muka rumet cute dan berborak-borak tanpa risau kan kelas. Mungkin sebab kelas aku hanya disebelah petang tapi direct 4 jam setiap sessi kelas. Haihhh...bukan menyesal amik taught course, cumanya:

    • Kelas pertama : Masuk kelas muka penuh bersemangat, dengan azam baru (awal lagi) mau tuntut ilmu yang lebih. Alih-alih Prof Madya yang terlibat hanya memberikan assignment dan kelas tamat dalam masa 15 minit. Sabar. Tenang. Senyum.

    • Kelas kedua : Masih bersemangat. Jadual kelas pukul 4, jam 3.30 sudah ready (biasanya 15minit terakhir baru terhegeh-hegeh nak ke kelas). Masuk kenderaan yang ditumpangkan rumet, sistem pesanan ringkas menerjah masuk ke HP. Kelas dah habis. sepatutnya kelas start pukul 2. Terima kasih daun keladi, wahai Prof Madya satu lagi. Peratusan semangat sudah menurun. Dalam hati, "Siapa yang buat jadual hampeh ni?"

    • Kelas ketiga, bersama Prof Madya no. 3, kawan-kawan. Bergegas-gegas aku bangun-pagi-lepas-subuh -tak-tidor sebab kelas start pukul 8. Peluh mengalir macam air paip, jalan laju gila seperti boleh kurus dalam waktu terdekat ni. Samapi-sampai di kelas berkenaan, Prof Madya belum sampai. Tunggu. Tunggu. Satu jam. Jam kedua, dia sampai ke pejabat. Seorang kawan pergi jejak kasih. Hasilnya, "Ohh.. saya memang tak mau buat kelas hari ni...". Korang rasa sampai mana tahap semangat aku ketika itu?? Huhuhu.

    • Kelas keempat. Pensyarah tanpa jawatan Prof Madya. Nadzri namanya. Sangat best kelas dia sampai aku tak bosan, mata cerah je walaupun kelas 4 jam direct. ketika ini, tahap semangat aku berpusing 360 darjah selepas sang pensyarah menyogokkan satu percutian ke pulau lagenda. "Kita nak duduk sana 7 hari 7 malam pun takpe..". Ternyata masih ada yang sayang. (Hahaha...tetiba jek. Nak jugak ayat jiwang karat).


  2. Minggu pertama, student Post-grad disogokkan dengan seminar sana-sini oleh Professor jemputan dari australia. Nasib baik muka adalah boleh tahan, suka senyum, dan input ilmu yang banyak. Yang paling menarik, akhir seminar disogokkan dengan makanan boleh tahan.


  3. Rumet sangat best. Nurul Syakima namanya. Orangnya kecil sahaja. Terengganu mari. Selang satu hari mesti layan aku masak megi campur telur sambil main Monopoly di laptop seorang teman (namanya pun student Real Estate). Lepas makan dan main, tidur.

    "Aku tak tau ye, Ima. Akhir study ni, samada aku jadik kurus cam ko, or ko jadik gemok macam aku"

    Pernah aku kelam kabut pergi kelas, tak kemas katil. Balik-balik je dari kelas..clear. Fuhh..segan plak aku, beb.


  4. Laptop cinta sayang intan payung aku ini adalah terlebih manja sampai selalu lembap, mampus dengan sendiri, dan Firefox tak boleh bukak. Aku sudah sogok dengan cooler pad baru pun tak mau jugak. Rasa mau campak je dari tingkat 3 kolej kediaman tersayang aku ni. Aku sabar. Lepas berhari-hari melepak di makmal komputer fakulti, aku risik-risik pada brader Computer-Technician-suka-senyum.

    "Pandai format laptop tak?" - Aku tanya satu soalan kurang pandai

    "Mesti la pandai.." - Brader

    "Tolong format laptop saya..tambah ram..bla bla bla.., boleh?" - Aku

    "Bolehhhh.." - Brader

    "Upahnya macamne?" - Aku. Takkan nak mintak tolong bodoh je, kan?

    "Dunhill 14 la" - Brader

    "Laaa..apa barang Dunhill 14, bro. Dunhill 20 ar.." - Aku

    "Pun bolehhhhh.." - Brader

    Persetujuan dicapai, tapi laptop belum hantar sebab malas jalan kaki pergi fakulti. Hahaha. Isnin la. (Aku tak guna suara lembut-lemah gemalai, ok. Menurut Wafa, suaraku adalah kasar. Huk Huk..)


Sekian saja laporan dari saya untuk minggu pertama.
Semoga berjumpa lagi.

Aku belajar by course aja.
Teacher!!! Sudah jadi macam u. Tak suka buat research.
Ayookkk!! Tak tau..

Sunday, July 5

Tak Usah Terangkan. Aku Tahu.

5 Julai 2009
Happy Birthday, Yang.
Semoga kau happy selalu.
Semoga kau selalu sayang aku.
Hehehe.
(Tak de siapa nak layan aku men badminton, yang)



tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru

curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi


berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji janji takkan pergi


hujan - kotak hati
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


lagu untuk sahabat.
sahabat yang tiada di sisi.
tiada di sini.
tapi tetap dalam hati.

kamu tau kan.
betapa aku sukar tanpa kamu-kamu.

sahabat,
aku rindu kamu-kamu
moga kamu juga rindu aku.


Agak bosan di UTM tanpa kawan.
Bukan agak.
Sangat bosan.

Thursday, July 2

Anak




Nice!

Anas Tahir = Adik Faizal Tahir

Wednesday, July 1

Doakan Aku Tak Lupa Diri.




Petang ini.

Aku lihat burung.
Kata orang "Seronoknya
jika boleh terbang bebas
seperti burung"

Tetapi bukan aku,
Aku tak mahu seperti kau, burung.
Ketika kecilmu ibu kau suap makan,
Ibu kau sentiasa menjadi teman

Tapi saat kau punya sayap,
Dan apabila kau boleh terbang sendiri,
Mana ibumu kau tidak peduli.

dan

Aku juga lihat ada rama-rama.
Aku juga tidak mahu seperti kau, rama-rama.
Dahulu kau hanya ulat tidak berdaya,
Saat dewasa, kau cantik.
Kau cantik.
Tetapi apa guna kalau kau terbang pergi,
dan tinggalkan rumah kepompong mu itu.

Doakan.
Moga aku tidak lupa diri.
Macam kau, burung.
Seperti kau juga, rama-rama.


Syurga Cinta Aku


Bertolak ke UTM.

Malam ini.