Geng!

Monday, February 28

Saya tutup entri bulan Februari dengan gambar ini. Harap bernafsu melihatnya.

Kuehtiow kungfu - cubaaan pertama :')

Hari-hari telan bihun sup - bihun tomyam; untuk dinner. Boleh bawa ke muak jugak. Sesekali chinese style, apa salahnya ye dok?

p/s : Saya turun 2 kg. Hoh! Bangga!

Tuesday, February 22

Cerita Ubat Gigi

Hari ni malas betul aku nak bangun pagi. Bercinta. dah lengkap 4 kali jam loceng menjerit, baru aku bangun.


Malas betul. Nak kata Monday Blues, hari ni Tuesday.

Aku capai ubat gigi, berus gigi dan pencuci muka dari luar bilik air. Aku masuk bilik air, aku letak tepi kolam mandi. Aku picit ubat gigi atas berusnya. Aku berus gigi.

Aku gosok.

Pahit. Payau. Aku pelik.

Rasa baru ke?

Aku tengok ke arah tepi kolam.

*tepuk dahi*

Ubat gigi dengan pencuci muka pun tak tau beza. Buat malu kompeni.

Friday, February 18

Salah Sebut La Pulak!

Aku telefon sorang klien, Encik Faizal namanya. Nak buat appoinment untuk inspection. Klien tu kata, kunci rumah takda pada dia, masih ada pada owner. Dia pun bagi nombor telefon owner pada aku. "Cakap dengan Hajah Fatimah, ye". Aku pun catatkan nombor telefon, dan nama owner atas fail.

Aku telefon.

"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Hajah Latifah?", aku mulakan bicara.

"Waalaikumsalam. Maaf, nak. Kat sini takda orang nama Latifah", suara dihujung talian.

"Erk. Takda eh, makcik?", aku tanya balik.

"Ye, takda, nak".

Aku tengok catatan atas fail. Alamak!

"Oh, sorry sorry makcik. Saya sebenarnya nak cakap dengan Hajah Fatimah. Entah macamana tersalah sebut nama bakal mak mertua pulak. HAHAHA", aku balas.

Ok, ayat terakhir aku tipu.

Suami-suami, Anda Wajib Baca Ini. :)

Kata pujangga;
Perempuan bagaikan angin; lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Tiba-tiba isteri merajuk; pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya

Teliti dengan hati yang terseni - rasional atau emosi ?
Andainya emosi, belailah emosi itu - Jangan cuba dihadapkan secara rasional
Kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah

Berilah walau seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
Berserta dengan beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini, fikiran telah ditawan perasaan
Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
Jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

.

Masih gagal ?

.

Cuba gunakan sentuhan
Semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air d
alam cawan
Jangan digoncang…
… buat selamba
Lambat laun, gelomban
g akan tenang
Air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…..
Kalau ternyata, rajuknya berfakta
Masamnya berdata, geramnya berilmiah, marahnya ada pri
ma facie
Ini rajuk taraf ti
nggi namanya
Perlu ditangani be
rhati-hati
Kalau ternyata benar, apa sa
lahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar

"Sayang, abang tak ulang lagi"
katakan "Sayang, maafkan abang yang alpa"
bisikkan "Darling, I lupa"

Hulurkan tangan, pi
nta kemaafan
Pendekatan kasanova, t
api hati suci

Kan? :)

Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya
masam
tetapi…
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan
terasa.
Ingat, wahai suami

Api yang panas akan padam oleh salji yang dingin.

Arghh
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadangkala agak
mengugut
Minta aksesori s
erta perabut, Minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lere
ng bukit
Sedangkan kita buk
an Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis
Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya "Seabadi permata, semergelapan intan"

sedangkan dita
ngan kita
cuma cincin
tembaga.

Aduh..

Peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham
papan utama
Kasih isteri, turun
naik mengikut kadar tukaran wang asing

Tiada guna menyesali diri
Diakan dulu pilihan kita ?
Semasa me
karnya dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah m
enjadi ibu pada anak-anak kita
Sudah t
akdir…

Permata yang dipilih
perlu digilap se
mula.

Namun
Putus asa jangan sekali
terimalah dia, de
ngan redha.
Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati; bertegas tapi jangan berkeras
Lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama
Bisikkanlah : "Duhai isteriku marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati, marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci. Kita cari harta tetapi itu bukan segala-galanya"

"Padamu, isteri. Istanamu dihati ini. Padamu sayang. Kalung cintamu dijiwa ini"

Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata b
ertapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah
semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, be
rpasak di budi.
Itulah cinta se
jati.

Namun tidak salah.

Di samping menyanjung budi, kita merampingkan ‘body’
Kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan, bukan kerana ingin kuruskan badan

Tapi Tuhan Maha Penyayang

Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama-samalah mera
mpingkan badan
Yang terlebih
dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh
apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan is
teri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat meng
hitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Moga-moga cinta kita kek
al ke hujung usia
Di dunia ini dan di ak
hirat nanti
Itulah yang dik
atakan : Hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

Uhhh…
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan
taufan cemburu

"Apa bukti setiamu suami? Apakah tandanya hanya aku dihatimu?"

Kekadang disergahnya kita
Ketika keringat masih membasah
Baru menjengah pi
ntu rumah.

Ketika itu nilailah diri
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah den
gan insan
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita l
akukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
Secara ‘indirect’ dari Tuhan
Hadapkanlah diri
ke cermin hati, kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhent
ilah
Kalau berdosa, ber
taubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah baik-baik
Bukan senang nak senang
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
"Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat paha
la Nabi Ayub"
atau ingatlah pesan Sayidin
a Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang sua
mi yang dileteri isteri :

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri yang banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu"

"Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membe
rsihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar de
ngan sedikit kerenahnya ? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdeka
d-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan

atau

Surat biru yang ingin kau utuskan padanya…

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :

"Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri"

==================================================================
Adaptasi daripada ukhwah.com

Aku : Setiap kali aku baca ini, mata aku berair. Aku yakin, pencipta gurindam ini adalah seorang lelaki yang sangat romantik :)



Lain Order, Lain Dapat


Preparation kahwin lagi.

Mama lah individu yang paling excited nak prepare wedding aku. Kejap-kejap call, kejap-kejap sms, kejap-kejap call. Selagi tak settle, macamtu lah yang akan jadik. Haih, mama. Lambat lagi, ma. Rilekkkks. Breathe in, breathe out.

Dah call, sms, EMAIL PULAK!

Harini, ceritanya pasal wedding gift. Nak ikutkan mama, rambang mata beb. So, aku dah decide yang aku nak bagi ini-ini-ini untuk friends aku. Aku cakap pada mama, this is for my friends. Mama tak nak kalah, mama pun tempah something untuk friends dia pulak. Ok, takpe. Aku layan aje. Duit mama, lagipun. HAHA.

Yang aku tempah tu, aku guna online. Aku browse kat internet, dan aku jumpa satu website ni. Aku berkenan, aku call. Kebetulan, rumah kakak ni dekat dengan rumah aku. Area JB jugak. So, aku make appointment dan aku terus ke rumah dia. Tengok barang, apa yang patut dan buat order.

Mama - buat benda yang sama. Browse internet, berkenan, call. Bezanya orang yang dibuat tempahan tu di KL. Ala, boleh je nak percaya kan? So, mama pun make orders accordingly. Mama lagi advance daripada aku. Kalau aku takat order barang je, mama siap order barang bersama sticker lagi. Peh, canggih mama aku!

So, mama pun tunjuklah pada aku (via-email), sticker yang dia tempah tu. Aku bukak email.


Aku angkat phone, aku call mama.

"Mama, tarikh salah"

Mama gelabah!

Nota kaki : kalau takde mama, teruk aku handle sorang-sorang majlis ni.

Thursday, February 17

Kamera DSLR, Encik Tunang!

I'm thinking of buying Encik Tunang a DSLR Camera, as a wedding gift (hantaran). Let's see how.

Aku mula-mula nak buat suprise je tapi aku ni memang anti-klimaks sikit. Tak ngedan-ngedan aku suarakan pada dia, dan dia cakap:

"Em, boleh jugak. Lagipun *saya* nak ambik gambar siapa lagipun, kalau bukan gambar *awak*" (p/s : kata ganti nama sebenar, dirahsiakan ;)). Terus aku bersemangat. Yeahhhh! Macam tau-tau je niat sebenar aku!

Entri daripada Jard yang ini, dan yang ini, banyak jugak membantu aku.

Thanks, Jard!

update : baca ini untuk LEBIH pengetahuan. Thanks HEMY!

Cuba Korang Jawab : Soalan-soalan Mencabar Kredibiliti

Company aku boleh kira terkenal jugak dalam Malaysia ni. Alhamdulillah. Untuk first start, kira ok-lah. Tapi bukan itu yang aku nak cerita sekarang ni. Aku nak cerita, macamana aku handle pertanyaan-pertanyaan berbentuk agama daripada kawan-kawan sekerja yang bukan Muslim.

Payah wei. Aku berpeluh. Aku takut, apa yang aku jawab menyimpang daripada yang sebenar. At-least aku cuba. Jawab sesimple mungkin.


Situasi 1 : Bulan puasa haritu
Soalan : Rin, kenapa U orang kena puasa? U tak lapar ke?
Jawapan aku : Sebab Tuhan nak kita adil. Adil tu maksudnya macam Tuhan nak kita rasa macamana perasaan orang yang miskin tu tak makan. Tuhan nak kita bersyukur apa yang kita ada. Lagi satu, kita kena puasa sebab nak bagi rest perut la. Macam I ni, sebelas bulan makan non-stop maa. Kesian la sama I punya perut. Lama-lama boleh jammed oh.

Situasi 2 : Hari-hari biasa
Soalan : Reen, kenapa kena pakai tudung? Tak panas ke? Kenapa ada orang pakai, ada orang tak pakai?
Jawapan aku : Pakai tudung wajib dalam Islam. Wajib tu mesti la. Tak boleh tak. Dalam Islam, kalau U pakai tudung, U dapat pahala. Panas tak panas, terpulang jugak pada orang. Ala, U pergi try jemur kepala U dekat matahari sana, tengok panas tak? Direct maa kena U punya kepala. Kalau pakai tudung, boleh tapis itu panas la bagi jangan kena kulit kepala *aku gelak kuat-kuat*. Orang yang tak pakai tudung tu sebab rambut dia cantik sangat, mesti mau tunjuk sama orang lah. I malu lah. Rambut I tak cantik macam rambut dorang. *aku gelak lagi kuat*


Situasi 3 : Berjabat salam
Soalan : Reen, kenapa U orang tak boleh salam sama kitorang? Tapi, kadang-kadang I tengok ada orang perempuan Muslim salam jugak.
Jawapan aku : Oh, yang tadi tu eh? Tadi tu, kakak tu salam sebab boss hulur tangan dulu. Tak tau lah, Alan. I rasa dalam Islam, kita tak boleh menjatuhkan maruah orang lain. Kalau bos hulur salam, tapi U tak sambut, nanti bos malu lah. Sebab tu dia salam jugak tapi dengan syarat tangan dia kena lah lapik. Yang ni I tak tau lah nak jawab. Tapi macam tu lah I rasa.

Situasi 4 : Solat
Soalan : Reen, kenapa U all kena sembahyang ikut satu arah? Itu arah sana Mekah kan? U orang sembah itu ke? (soalan ni paling mencabar, aku rasa)
Jawapan aku : Itu kiblat lah. Itu direction saja. Itu Mekah ada Kaabah tau. Kaabah tu Rumah Allah kitorang. Kitorang bukan sembah itu pun. Tuhan kitorang bukan duduk dalam tu. Tuhan kitorang dalam hati je.

Soalan lagi : Habis tu, U kenapa sembahyang kena sembah sana? Sama dengan kitorang jugak lah, sembah itu patung.
Jawapan aku (berdasarkan kuliah agama yang pernah aku dengar masa sekolah dulu) : Lain lah. Ok, I bagi U satu situasi la. Kita dalam kapal terbang. U sembahyang, I sembahyang. Kaabah kat bawah kan? I tak sembahnyang muka I menghadap bawah. I masih sembahyang straight. Kalau U punya Tuhan kat bawah kapal terbang macamana? Muka u mesti ikut u punya Tuhan, kan? Em, itu lah beza dia. Ala, I tak tau sangat lah. Tapi macamtu la perbezaannya.

Betul-betul mencabar bagi orang yang seperti aku.

:)

Wednesday, February 16

Salah Satu Sebab Malas Pakai Baju Kurung

Hari ni aku pakai baju kurung. Sepatutnya aku tak ada kena pergi inspection ke hapa ke. Tapi tiba-tiba dua orang client call, buat appointment untuk inspect rumah dorang. For loan purpose. Walaupun sebenarnya tak proper untuk aku keluar inspection berbaju kurung, kasi redah je lah. Takkan nak balik rumah tukar baju pulak, ye tak? Tak proper kat sini, bermaksud KOT-KOT LAH KENA KEJAR ANJING KE, KENA UKUR BANGUNAN KE, KENA PANJAT BUMBUNG KE, KENA LANGKAH LONGKANG KE. Kan tak manis kalau dengan baju kurung, kan?

Tapi hari ni, aku inspect rumah biasa-biasa je. Takpe kot kalau pakai baju kurung pun.

Mula-mula aku pergi inspection kat satu unit kondominium ni. Normal lah sekarang ni, semua apartment, kondo mesti ada guard yang jaga. Itu lah tujuan diorang ni bayar service charge bulan-bulan. Tapi pada pendapat aku lah, tak de dorang ni pun takpe. Bukannya dorang jaga sangat pun. Macam aku tadi, cakap je nak pergi unit sekian-sekian, blok sekian-sekian, haaa lepas. Takde mintak lesen ke, IC ke, apa ke. Jalan terus.

Tadi, sampai je aku kat pondok pengawal tu, aku berhenti.

Pengawal tu cakap kat aku, "Baru balik dari sekolah ke cikgu?"

Kan! Ni aku malas pakai baju kurung ni! Ingat cikgu-cikgu je boleh pakai baju kurung ke?


Cikgu Hazerin.

Tema Kahwin Woi!

InsyaAllah.

Warna ini akan jadi tema masa majlis resepsi kat rumah aku. Jangan tanya aku kenapa aku pilih warna ni - purple, pink, putih. Aku tak tau kenapa. Aku suka biru, sebenarnya. Tapi masa aku ke wedding planner hari tu, aku terus je terbayang warna ni. Kenapa? Aku tak tau! Purple, pink, putih. Haih.

Macam gadis-gadis sangat tak?

Makcik Lif

Pergi breaky pagi tadi.

Selalunya aku breakfast kat Singgah Selalu kat aras bawah, tapi hari ni rasa macam nak tukar selera. Aku ke atas, food court di Kotaraya.

Aku dan sepupu aku si Aishah. Sampai kat lif, aku dengar dua orang makcik merungut-rungut. "Eh, bila masa pulak lif ni ke atas. Tadi kat G. Lif ni rosak agaknya, dari tadi tak bukak-bukak. Naik turun, naik turun tak de singgah ke sini pun. Nanti aku nak pergi report kat management dia lah".

Makcik sorang lagi angguk-angguk tanda setuju.

Aku pandang Aishah, Aishah pandang aku. Kitorang gelak.

Nak je aku sound "Makcik, kalau tak ditekan butang lif ni, macamana dia nak berhenti".

Kesian pulak.

Tuesday, February 15

Salam Kelahiran Untukmu, Ya Kekasih Allah.

Berkata Zaid B. Kharijah:

Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda: Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dan katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.



Salam keatasmu, Ya Rasulullah.
Sesungguhnya engkau Rasul mulia.

Sunday, February 13

Nota Untuk Sayang :'(

Assalamualaikum, Aki.

Dah terlalu lama rasanya Er tak menulis kat sini, untuk Aki. Er tak lupa. Er ingat, selalu. Cuma setiap kali Er nak menulis kat sini tentang Aki, Er jadi blur. Tak boleh nak teruskan.

Aki nak tau tak? Tak lama lagi Er nak konvo lagi. Untuk Aki juga. Aki ingat tak, dulu Aki jugak yang suruh Er belajar tinggi-tinggi. Er buat, Er belajar sebab Er sayang Aki, Er sayang mama. Er bangga jugak bila tiap kali adik-adik yang lain datang rumah Aki, Aki akan cakap, "Belajar rajin-rajin. Ikut contoh macam Kak Yum". Yum - lama tak dengar Aki panggil Er, Yum. Rindunya. Bulan 3 ni, Er konvo. Er tau Aki takkan dapat datang sekali. Takpe, Er dah puas masa Er konvo Degree hari tu, Aki duduk seat paling depan. Seat VVIP. Bila kamera fokus kat muka Aki, Er cakap kat kawan-kawan Er, "Tu Aki aku. Tu Aki aku". Aki sengih, tapi Aki takde gigi. Orang gelakkan Aki. Comelnya Aki masa tu.

Haha. Er ingat lagi. Malam sebelum hari konvo tu, Er tanya Aki ada bawak baju batik tak? Aki kata ada. Aki tunjuk baju batik lusuh Aki. Er geleng-geleng kepala, Er membebel kat Aki. Er cakap, "Aki tau tak, Aki ni duduk barisan paling depan. Tu lah, Aki. Orang nak belanja baju baru, Aki tak nak. Aki ni babil lah". Aki tutup muka dengan selimut. Kitorang nampak selimut tu gerak-gerak! Sampai hati Aki gelakkan Er! Lepas tu, buat muka seposen. Nak buat macamana dah, nak beli kat pesta konvo, dah lewat. Masa tu dah pukul 1 pagi. Erm. Aki nak pakai jugak baju tu kan sebenarnya. Tak pelah, it's your choice lah Aki. Lepas orang bebel, suka buat orang marah lagi, sebab AKI KENTUT DALAM SELIMUT. Busuk lah, tau tak? HAHAHA!

Banyak lagi nak cerita ni, Aki.

Oh, tak lama lagi Er dah nak kahwin. Ehem ehem! Dulu, masa Er bawak Cucid kat rumah Aki, Aki suka buli dia, kan? Suruh dia alih pasu bunga Aki, betul tak? Baik mengaku! Cute sangat. Masa kita jalan-jalan kat Kedah pun, Aki happy. Ingat lagi, kita pergi tasik DarulAman. Kitorang nak naik bot air tu. Kitorang nak pergi, Aki nak ikut. Er nak naik dengan Cucid, tapi Aki cakap Aki nak naik dengan dia. Er tau lah niat Aki sebenarnya. Aki nak buli buli dia lagi. Betul tak? Aki naik bot air tu, dengan Cucid, tapi Aki duduk saja. Cucid kayuh sorang-sorang. Hahaha! Berpeluh jugak mamat tu. Bagus jugak cara Aki nak test dia. Ok, sekarang ni kira dah lepas ujian lah, kan?

Dulu, Aki selalu pesan. "Yum, awak jangan kahwin dulu lah. Belajar dulu". Ish, Aki ni, buat malu je. Macam lah ai tergedik-gedik sangat. Hahaha. Aki selalu sangat pesan macam tu, sampaikan bila Er terfikir nak kahwin pun, asyik teringat pesan Aki. Sampailah satu hari, Aki tanya "Awak ni agak-agak, bila nak kahwin. Boleh dah ni". Er pun terkejut, so bila dah dapat green light daripada Aki, kitorang pun rancang-rancang lah. Em, sempat jugak Aki tengok Er pakai baju bertunang hari tu. Sebelum majlis, Aki ajak Er pergi dating, keluar pencen macam yang selalu kita buat berdua. Aki hulur RM500 untuk Er. "Belanja bertunang. Jangan bagitau cucu-cucu lain. Untuk Yum sorang je". Hahaha. Gelak jahat!

Er ingat lagi, bila Er habis siap mekap Aki yang pertama ketuk pintu bilik. Aki jenguk, Aki sengih mengejek. Tapi, Aki cakap "Lawa mat weh". Er gelak, Er cakap, "Aki bab nganjing bagi la kat dia". Aki gelak lagi, lepas tu cakap "Lah ye, Aki puji ikhlas". Terus kita ambik gambar berdua, kan. Er happy tengok Aki happy. Lepas ada bertunang tu, Aki selalu cakap "Em, lepas ni cucu aku dibawak orang ke tempat jauh. Tinggal lah aku sorang-sorang kat sini". Aki cakap banyak kali, sampai Er jadi lali. Er tak suka Aki cakap macam tu, tau. Sekarang, siapa tinggal siapa?

Masa Er kahwin nanti, Aki tak ada. Takpe. Takpe.

Tapi Er paling suka bila tiap kali Aki makan masakan Er, Aki akan cakap "Sedap. Awak ni esok, sayang de mak mertua ni esok". Baik nya Aki, suka sangat sedapkan hati orang. Heh.

Apa lagi nak cerita ek, Aki.

Oh, satu lagi. Aki ingat tak? Aki beli kereta baru, warna putih. Datsun. Bila Er telepon mama, Aki cerita beria. Aki cakap, nanti bila Er balik Kuantan, Aki nak bawak Er pergi jalan-jalan naik kereta baru. Kebetulan, minggu yang sama Er pun beli kereta jugak. Hari Er dapat kereta, Er terus balik Kuantan, nak tunjuk kat Aki jugak. Malam tu je sekali, Aki sempat naik kereta Er, kan. Itu pun sebab kita pergi makan kat depan tu. Masa tu Aki ngadu lapar, semut-semput. Turtle belanja makan. Aki suka naik kereta Er, kan? Kereta Er buruk je, tapi Aki puji kereta Er best.

Esoknya, baru Er tau rupa-rupanya kereta 'baru' Aki tu tak boleh berjalan. Cit. Tertipu jugak! Pandai Aki trick orang ye. Aki cakap takda bateri, Er pergi beli bateri. Tak hidup jugak. Rupanya kereta Aki memang rosak teruk. Er jugak yang Aki buli, kena hantar kereta Aki pergi bengkel. Aki tak ikut sebab Aki semput masa tu. Haih. Aki..aki. Nasib baik awak tu kekasih saya.

Masa Er balik tu, Er tidur dalam bilik baru Aki. Saja je, nak tengok Aki macamana. Er tengok TV sampai tertidur. Kesian Aki, sebab Er tidur kat atas katil, Aki kena tidur atas kerusi. Ala, cucu favourite ni, ye tak? Masa Er terjaga pagi tu, Er cakap "Mak aih, sikit punya sejuk bilik ni". Aki terdengar agaknya, Aki bangun, Aki capai selimut, Aki selimutkan Er. Sweetnya lah orang tua homeh ni. Sebagai balasan, Er belanja Aki makan laksa pagi tu. Itupun pau duit Aki. HAHAHA. Takpe, kan Aki? Aki tak kisah kan?

Time Er balik Johor esoknya, Aki duduk depan rumah tu. Aki semput masa tu. Er sempat bagi Aki makan ubat sebelum Aki balik. Aki over, orang bagi makan ubat, dia suruh urut belakang. Layankan aje lah tapi Er tak boleh lama. Sebelum balik, Er cium pipi Aki, kiri kanan kiri. Busuk kot! Aki memang malas nak mandi, takut sejuk cett! Er pelik jugak, selalunya kalau Er nak balik, mesti Aki bekalkan duit belanja, tapi kali tu Aki tak hulur. Er tak mintak pun. Er salam, Aki lambai dari jauh je. Rindunya nak macam tu lagi. Cium pipi busuk Aki. Em..Seminggu lepas tu, Er dapat call. Aki dah tak ada. Apa ni? Orang baru je balik minggu lepas, kan?

Em, ok lah Aki. Orang dah tak nampak skrin komputer ni. Nanti Er tulis lagi ye. Er dah tak nangis lagi. Er kuat, kan? Sebab Er ingat pesan Aki:

"Cucu perempuan kena kuat, jangan lembik-lembik"

Hari ni, genap setahun Aki pergi.
Er sayang Aki, sebab Er tau Aki sayang Er sangat-sangat, kan Aki?
Tapi Allah lagi sayang.

Aki, Er rindu.

Al-Fatihah.

Friday, February 11

Bila Mama Interview Orang

Ni kisah mama aku. Company mama nak cari sorang admin assistant, menggantikan current staff yang bakal cuti bersalin. Lepas diiklankan kat sini, ada beberapa orang yang berminat untuk attend interview.

Salah sorang daripadanya adalah calon lelaki. Kata mama, starting masuk je ofis, muka dah blur. Pucat. Mama panggil untuk interview.

"Ok, tell me about yourself": mama
"Emm. Emm": calon lelaki
"Kenapa diam?" : mama
"Em maaf ye puan. Saya nervous sangat. Saya tak boleh nak bercakap": calon (sambil urut dada)
"Ok, tak pe. Just relax. Now tell me about yourself" : mama
"My name is Mohammad Hamdan"
"Ok, lagi?"
"Itu je. Maaf ye, Puan. Saya tak jadi lah nak interview. Boleh saya balik sekarang?"

HAHAHAHA!

Aku tanya mama, "Mama ada buat muka ketat-ketat ke?"
"MANA ADA!!!", mama jawab!

Dear Mohammad Hamdan, ko tak tau ke mama aku ni manusia paling sporting dalam dunia? Gelabah tak tentu pasal ko ni! HAHAHAHA!

Thursday, February 10

Excited Gila Nak Konvo!

Penat belajar. Akhirnya dapat juga aku habiskan Masters aku, dengan agak cemerlang. Alhamdulillah. Dan masih lagi aku bercita-cita untuk sambung ke PhD. Tengok lah macamana nanti. Setapak ke setapak.

Tadi pagi, aku berborak pasal konvo.

"Kak, nanti teman kite pegi tempah baju konvo eh. Kita nak pakai baju warna biru, sebab nanti jubah kita warna bla bla bla bla!", kata aku. Cer korang bayangkan, betapa excitednya aku.

"Nak tempah kat mana?", tanya akak tu, Kak Thai namanya.

"Tempah la kat bla bla bla bla bla!", balas aku.

"Ala, tak payah beri-ia la. Pakai baju cantik-cantik pun, bukannya nampak baju. Kena cover dek jubah konvo jek", suara logika daripada Kak Thai.

Salah ke?

Salah ke?
Salah ke nak melawa masa konvo?

Salah ke??

Kalau Menipu, Jangan Sampai Kantoi!

Sebagai property executive, tugas aku menguruskan bangunan dan harta tanah. Salah satu bangunan yang aku uruskan adalah sederet rumah kedai tiga tingkat, letaknya di Taman Pelangi, Johor Bahru. Rumah kedai ni dimiliki oleh sebuah organisasi korporat Syarikat S, yang bernaung bawah JCorp. Maka, selalu jugaklah aku berurusan dengan orang-orang dari Syarikat S ni.

Satu hari, aku dapat panggilan daripada wakil bahagian undang-undang, Encik Hadi namanya. Dia nak aku sediakan satu statement of account untuk tahun 2010. Aku kata pada dia, aku dah sediakan, tinggal nak tunggu account semak dan approve je.

"Hari selasa boleh dapat?", kata dia

"Selasa tak boleh, account tengah rushing closing account year 2010. Saya try Rabu. Paling-paling lewat pun Khamis. Boleh?", kata aku

"Ok, khamis nanti saya amik kat awak," kata dia.

"Ok, boleh", kata aku.

Hari khamis tu, aku siapkan statement of account dan aku letak pada kaunter depan. "Kak Lili, kalau Encik Hadi Sindora datang, bagi pada dia eh," kata aku.

Petang khamis, Kak Lili kata pada aku "Reen, takde pon Encik Hadi tu datang".

Aku jawab, "Takpelah, biar je fail tu kat situ. Nanti dia datang lah amik". Aku assume, dia lupa takpun dia tak perlukan sangat dokumen tu.

Khamis tak datang, Jumaat pun tak datang.

Minggu dah berganti, Hari Selasa, kaunter depan dapat panggilan daripada Encik Hadi, nak bercakap dengan aku. Masa dia call tu, aku ada kat depan. Aku refuse untuk angkat call sebab aku assume dia perlukan dokumen tu je. "Reen is in the middle of discussion tapi dia ada tinggalkan dokumen kat depan ni, Encik Hadi boleh datang amik. Ada apa-apa pesanan?" kata Kak Lili.

Talian diputuskan. "Reen, Encik Hadi bukan nak dokumen je, dia nak kena jumpa awak sekali. Ada benda nak bincang", kata Kak Lili. Tak sampai hati, aku angkat phone, dial nombor Encik Hadi. Belum lagi line sana diangkat, aku membebel "Apa jugak la yang Encik Hadi ni nak"

Habis je perkataan keluar daripada mulut, pintu ofis terbukak!

Encik Hadi!

Gelabah!

Gelabah!

"Hai, tadi bukan kata ada discussion ke?", Encik Hadi.

"Eh..baru je kejap habis. Ni ni, nampak ni saya tengah pegang phone. Saya baruuuuu ingat nak return call Encik Hadi", balas aku.

Cover baaaikkkkkk punyaa!!

p/s : Aku lupa, ofis aku tingkat 18, ofis dorang tingkat 9, naik lif tak sampai seminit dah sampai! Dem!

Wednesday, February 9

Kawan-kawan, Jom Teka Lagu!



Malas nak membebel. Jom! Kita main teka lagu!
Lagu #1 : .......................

Lagu #2 : ......................

Lagu #3 : .......................

Lagu #4:.....................

Lagu #5 : ...............

Apa?? Nak hadiah?

Orang tua-tua cakap, tak baik mintak hadiah kat bakal pengantin. HAHAHAHA!