Aku ni dah macam mak nenek ah semester ni. Mak nenek sebab aku selalu bagi nasihat ala-ala mak-mak pada student aku. Kadang-kadang rasa macam "Hek eleh, macam la bagus sangat ko ni pun" tapi, still. Aku rasa dorang layak diberi nasihat. Agak kelakar bile aku bagi nasihat, muka serius tapi sendiri rasa macam nak gelak. Bila tiba bagi nasihat tentang mak bapak, rasa nak nangis. Emosi tak stabil plak. So, semester ni aku suka sangat bagi nasihat berbunyi,
"Pandai-pandai lah pilih kawan. Kawan adalah cermin kepada diri kita. Orang lain kalau nak menilai diri kita, dia hanya perlu tengok pada siapa kita berkawan"
Haaaa, macam mak-mak kan? Tapi kadang-kadang ade jugak aku nasihat "Emm. Sapa-sapa yang nak kawin, saya nasihat kan kawin lah" tapi student gelakkan aku. Apa dorang ingat aku main-main bab nikah kawin ni. Serius lah woi budak-budak.
Ok, berbalik kepada cerita kawan tadi.
Aku bersyukur sepanjang zaman belajar kat U, aku telah memilih kawan yang betul, yang sama-sama boleh belajar, sama-sama boleh "malas la baca, stop kejap boleh tak?" pastu gelak, sama-sama boleh makan semangkuk, tidur sebantal, share syampu kalau syampu dah habis, contohnye. Nak-nak bila ade kawan yang balik kampung then balik asrama bawak nasik ngan lauk. Memang kesian kat dia, sebab dapat kawan kebulur macam aku. Hahahaha!
Bile time study, "Wei, dah baca?", bila dia cakap "Dah, sikit-sikit" padahal nota dia dah complete, oiiii takut oi terus semangat nak study. Aku pun terus "Ko nak sedapkan hati aku ke apa ni? Ko ni memang saje kan? Ko tunggu. Ko tunggu. Aku pun nak gi baca ni. Ko tunggu" *gelak kuat*
Bile time puasa, sedey. Masing-masing makan megi, bukan sebab takde duit eyh. Tapi best jugak sebab, orang ni makan megi kari, ada makan megi asam laksa, ada makan megi goreng. So, mangkuk megi tu akan bertukar-tukar. Then, bila dah bosan makan megi, semua pakat "Wei, esok tolong la sapa-sapa masak sahur". Bila orang yang sepatutnya masak sahur tu tak bangun, memang sajaaaaaaaa la.
Bila sakit, kawan tolong jaga, tolong risaukan kita. Rindu. Pernah aku kena gatal-gatal satu badan. Ntah ape penyakit tah. Bayangkan tergaru-garu macam beruk, malam-malam takleh tido. Makan ayam tak leh, makan telur tak boleh. Apa gile, makan nasik ngan sayur? Kalau gi kafe, nak angkat ayam "Rin, ingat sikittttttttt, ko tu gatal-gatal" Eh.
Bila tak semayang lagi, ade member tolong "Dah semayang lom?". Pernah sekali aku amik wudhu, time tu ada sorang member sama-sama kat sebelah. "Rin, siku tak kena. Amik semula". Sampai sekarang aku ingat. Aku takkan lupa. Semayang terawih paling best. Best sebab main pijak bayang-bayang. Hahahaha bodoh ah!
Bile aku rasa pakaian aku tu dah habis cantik, dah habis sopan dah, ade member tolong tegur "Yang, ketat yang. Macam tak sesuai lak ko pakai baju ni". Takyah nak terasa lah, memang kalau dah namanya kawan sejati, yang pahit tu adalah kebenaran. So, pegi lah tukar. Hentikan syok sendiri yang berpanjangan. Bahhahahahaha!
Aku masih ingat, saat terakhir kita berkonvo bersama. Kita berjaya bersama. Sebaknya bukan kepalang.
Kepada sahabat-sabahat ku. Korang tau korang siapa. Terima kasih. Terima kasih kerana menjadikan aku kawan. Terima kasih kerana sudi terima baik buruknya aku. Terima kasih untuk kenangan yang indah pahit. Terima kasih untuk semua.
Sudi-sudilah kiranya kita berkawan sampai mati. LillahiTaala.
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago