Geng!

Thursday, April 30

Mencari Ilmu Dalam Tong Sampah

Pagi tadi aku mengemas bilik. Gila rajin kemas bilik. Itupun sebab nak study, serabut pulak kepala otak aku kalau bilik ni bersepah macam tongkang pecah (mama aku cakap macam kandang vavi..hahahaha!). Aku kemas kat atas meja. Kertas ntah apa-apa atas meja ni. Aku koyak dan buang dalam tong sampah besar. Buku-buku yang sudah tak digunakan, aku masuk dalam kotak. Fuhh.. clear bilik aku.

Barulah semangat nak study. Ok, print artikel untuk mark-up dan mark-down, persediaan exam anggaran kos dan prosedur penenderan. Baik punya aku fokus, teringat aku ilmu yang diajar oleh encik kontraktor semalam.


Eh, rasanya aku ada salin.

Mana aku letak ni?

Mula mencari.

Alamak!!

Dah koyak!

Pergi cari sekarang.

Dalam tong sampah!!

Ilmu punya pasal, aku gali jugak tong sampah besar tu.

Nasib baik ada.

Dah la ilmu tu patutnya kena bayar!! Cess..ada ke dia caj kat aku satu patah perkataan RM50. Ada 120 patah perkataan, mau nak kena bayar RM6000. Gila?

Bagi ayat power sikit.

"Org tua-tua kata, kalau kedekut ilmu nanti kubur sempit"

Baru kau nak ajar aku, ye..

Thank you la sebab ajar aku, walaupun aku terpaksa menggali tong sampah untuk cari balik nota yg aku salin dari kau semalam! Takpe-takpe..ilmu punya pasal, beb!!

(Gila busuk tong sampah budak-budak UTM ni...cet!! Siap ada air milo basi lagik. Huh!!)



Nanti kalau kau nak pegi meminang 'nya' kau, bagitau aku ye.
Aku pandai mengayat orang tua-tua ni.
Aku puji-puji kebaikan dan kecerdikan kau dekat bapak 'nya' kau.
Ok?? Confirm bapak dia terima kau.
Hahahahahaha.

Tuesday, April 28

Aku Dipatuk Ular. Perlu Rehat Secukupnya.






Sudah 2 hari berturut-turut.
Aku mimpi.
Mimpi dipatuk ular.

Maknanya??


Monday, April 27

Seni Itu Seksi Rupanya, Ya??




Aku bosan juga dengan wajah blog aku
So aku tukar la layout nya.
Ada macam perempuan skit tak??
Sila abaikan gadis seksi dibawah layout ini.



Owh.
Ni nak promote blog member aku pulak.

RASHILA
(tekan link ini)
dan
blog ini jugak.
MARZIHAN

Kami-kami ni ranking beginner la dalam dunia blog.
Harap beri sokongan.
(sambil tunduk2 kepala)


Ohh.. berbalik kepada tajuk entri kita pada hari ini.
Baru aku tahu.
Seni itu seksi sebenarnya.
Tak percaya??



Sekarang percaya????


Aku sudah kurang sedih.
Menghabiskan masa dengan kawan-kawan.
Di detik2 akhir bersama.
Seronoknya.
Alamak! Sedih semula.
Poyo!!

Saturday, April 25

Menangis Pun Tak Guna,kan?




Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang


Berita Kepada Kawan~ Ebiet G. Ade


Aish..
Sukar rupanya mencari teman sejati.
Puncanya pada diri sendiri, Reen <--- hati kecil aku kata
Rangkap akhir itu membuktikan.


Sekarang ni aku selalu jugak nangis.
Sendirian.


Ah, airmata kau murah, Reen
Siapa yang mahu peduli??
(hati kecil aku kata lagi)


Kawan.
Aku akan ingat kamu.
Walau kau tak lagi dengan aku.
Selalu.


Senyum aku untuk tempoh 2 minggu ni.
Akan jadi senyum paling pahit.


Friday, April 24

Aku Telah Ditag Untuk Upload Gambar Aku Yang Seperti Makcik-makcik Ni.

Aku ditag oleh sicantekmanisbermatabesardanmempunyaiotakbijakiaitusoraya.

Tag ni maybe dah ramai yang buat.

Aku je tak buat lagi.

Sebab dah lama aku tak kena tag.


Tagnya begini ya, kawan-kawan

1. Put your profile picture + 1 more picture of yourself.

2. Elaborate on it


My profile picture


Gambar ini aku ambil ketika aku pergi menyibuk Bangunan Pentadbiran untuk buat kad matrik aku yang selalu sangat hilang. Aku ambik gambar kat sini sebab masa konvo diploma dulu, aku tak sempat nak ambik gambar sini sebab semua berebut nak bergambar kat sini dan sebab lepas je ambil plat Diploma, mama cepat-cepat suruh aku naik kereta sebab hari hujan dan perutnya lapar tak makan seharian. Panjang gila aku tulis tanpa titik noktah. Harap maklum, bahawa aku juga suka bergambar badan senget tu sebab kalau gambar badan tegak, nampak benor yang berat aku 81kg. Aiyakkk!~~


1 more picture of myself (and my friend, aku tambah sendiri)


Ini gambar aku dan 'lawan' aku di pihak geng sebelah masa main boling tempoh hari. We had fun! Best2. Aku tak teror main boling, tapi memandangakn ada lagi yang kurang pandai daripada aku, aku boleh nak kata teror la jugak daripada depa. Kawan aku ini namanya Masturah. Masih single. Sila hubungi aku kalau inginkan maklumat lanjut. Dia sangat baik hati. Dia la tukang kejut untuk aku bangun subuh tiap-tiap pagi. Hahaha. Aku sangat teruk. Lalalala!

Aku taknak tag siapa-siapa.
(Wana ajar aku jadik kedekut, salahkan dia)


Sekarang aku sedang bersenang-lenang.
Tanpa buku dan nota.
Sebab coming exam, lambat lagi.
Hahahaha


Nanti aku upload gambar-gambar kenanagan aku ngan kawan-kawan.
Kami bakal berpisah.
Perpisahan dengan teman-teman sangat menyakitkan.
Mau nangis.
So sad!

Wednesday, April 22

Sayangi Sahabat Kamu

Ada dua orang sahabat



Balik ke kampung halaman



Sampai ke kampung waktu tengah malam



Tiba-tiba



Dengar bunyi tukangan



Sahabat 1: "Bunyi apa tu?"
Sahabat 2: "Orang bertukang laaa."
Sahabat 1: "Kampung kau ni orang bertukang tengah malam ke?"
Sahabat 2: "Mana ada.. Ntah-ntah......"
Sahabat 1: "Ish kau ni. Merepek je.."




Bunyi tukangan dicari-cari



Dari arah kuburan



Dua sahabat berani dekatkan diri



Nampak seorang pakcik. Bertukang pulak orang tua ni.



Sahabat 1: "La..pakcik. Buat apa kat sini?"
Sahabat 2: "Ye la pakcik. Kami ingatkan hantu la tadi.."







Pakcik: "Ni ha.. aku betulkan batu nisan ni. Diorang salah eja nama aku"



*Pengsan



Terima kasih kepada Nordiana sebab gembirakan hati aku dengan cerita-cerita sebegini.
Sayang kamu!

Tuesday, April 21

Hari Exam Pertama di Semester Terakhir.

Exam ni best sebenarnya.

Masa exam lah:
  1. Aku ada nota dan kefahaman yang lengkap tentang subjek yang aku ambil sem ni. Padahal kalau tak exam, aku tak faham satu hapa pun yang diajar dan nota aku pun ntah kemana-mana peginya.
  2. Aku jumpa kawan-kawan sebab nak mintak nota-nota yang aku tak salin masa dalam kelas. Tak salin sebab tak sempat salin, atau sebab aku ponteng kelas atau aku bosan dengan lecturer tu, atau aku sebuk bergosip atau aku buat hal lain dalam kelas atau aku sebenarnya memang malas nak salin. (Apai, aku tau kau mesti buat kerja fotostat nota ni, kan. Baik mengaku)
  3. Aku lawat library sebab tak boleh study dalam bilik atau sebab dalam bilik ada laptop yang lengkap dengan internet. Aku lawat library untuk mengelakkan diri daripada melayari laman web hiburan, ataupun laman web gosip padahal sebenarnya ada internet lagi bagus untuk aku cari nota tambahan kepada nota sedia ada.
  4. Aku akan bangun tidur awal, dan bangun di seawal 2, 3 atau 4 pagi untuk wat revision. Padahal waktu tak exam pun boleh bangun pagi-pagi tapi malas cuma aku perlukan alsan kukuh untuk bangun pagi. Harap maklum.
  5. Aku akan ada alat tulis BARU yang lengkap kononnya untuk persediaan jawab exam dengan baik padahal lepas exam alat tulis aku tu entah kemana aku campak pun aku tak tau.


Sebenarnya.
Aku exam tadi.
Subjek : Pengurusan Harta Tanah Korporat
Aku baca dan faham kesemua topik dalam subjek itu.
tapi
Soalan yang keluar sangat menguji kesabaran aku.
Aku tak mampu cakap apa-apa.


Aku hanya ucapkan ini.
Terima kasih la banyak-banyak, Dr. Norhaya.
Dr. sangat berbakat dalam mengubah soalan exam.

Tahniah.

Tak sia-sia Dr. belajar tinggi-tinggi.



Tadi ada gambar.
Tapi ada seorang budak 'muda remaja' cakap aku macam makcik2
Aku delete gambar tu.
Hampeh kau, Masri



Aku dengan semangat dan moral yang tinggi, keluar kolej seawal jam 730 pagi untuk jawab exam pukul 9.00 pagi dengan siap pakai baju kurung padahal lepas tengok soalan terus moral aku down. Aku dah breakfast sebelom exam tadi, tapi lepas jawab exam, aku makan lagi nasi putih tomyam ayam sebab aku tension.

Sunday, April 19

Hari Ini Aku Yang Punya. Jangan Ambil. (Update)

Scroll bawah utk update terkini.
dan ketahui apa aku dapat.
(bersikap poyo)


Hari ini.
(semalam)

19 APRI
L 2009

Aku = tak tua pun.
24 tahun
Masih muda.

Nanti aku update cerita tentang hari ini.
Sekian.

*update

Aku dapat ni dari sini.
Ia adalah rahsia disebalik tarikh kelahiran.
Merujuk kepada siapa-siapa yang dilahirkan pada 1, 10, 19, 28 haribulan dalam mana-mana bulan.
So, aku tergolong dalam kumpulan 1.

  1. Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. (Bukan aku cakap, orang ni yang cakap. Hahaha)
  2. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan (Eh tak. Aku tak begini)
  3. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan, dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain (Melampau dah ni.... Kalau tak dipimpin, macamana aku hendak belajar untuk memimpin?)
  4. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang (Ni aku tak suka ni. Oh tidaaaaaakk!!!!! Aku sudah cukup matang. Ok, boleh kahwin sekarang)
  5. Anda tidak suka orang bertentangan pendapat dengan anda (Mana ada.. Mana ada)
  6. Anda menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda (Ya. Aku selalu jaga hati orang, kenapa orang nak sakitkan hati aku?? Dah salah, terima lah padah)
  7. Anda seorang yang kuat belanja ( Ye ke?? Mana ada.. mana ada)
  8. Pada masa depan anda adalah profesional dalam kerjaya yang anda ceburi (Kau memang bagus la, wahai sang pengkaji tarikh kelahiran aku)
  9. Terdapat orang yang kecil hati dengan pencapaian anda ( Apa kes ada penyakit hati ni??)
  10. Anda mempunyai keluarga yang bahagia (Alhamdulillah. Amiiiinnnnn)

JOHN kata nak masuk hutan.
Nak cari ular
Hadiah birthday.
Yes!!!
I like.......


Yang manis:
Aku dapat ucapan manis-manis gula.
Dari rakan blogger
dan
Kawan-kawan yang aku sayang.
Yang aku bakal rindui.
Kami bakal berpisah.


Aku dapat ..... dari 'dia' yang jauh.


Aku dapat RM50 dari mama.
Kata mama : Beli kek untuk diri sendiri.
Tak beli pon.
Hahahaha.


Aku dapat mesej dari adik kembar aku.
(paling awal wish = 18 April - 8.30 malam)
dan
Panggilan dari abang aku.
Abang aku cakap.
"Happy birthday Er"
"I love you"
Seawal jam 6 pagi.
(tak tidur ke orang tua ni??)



Aku dapat suprise.
Dari adik-adik cantik manis ini.

Adik-adikku.
Gambar semalam tak leh upload sini.
Bahaya




Aku dapat sang lembu
dan makanan sedap
dari
Baju hijau.
Sudah dikaveat oleh baju hitam.
(sang lembu akan diupload kemudian)


Aku dapat.
Lolipop dan kad buatan tangan
dari
Pemilik motor ini.


Kurang manis:
Aku dapat ucapan yang lambat.
Dari papa aku.
Itupun lepas aku ingatkan dia.


Aku dapat pening kepala
Tak study.
Terima kasih, Allah.
Aku terima dengan redha.
Sakit = hapuskan dosa-dosa kecil.



Apa aku dapat.
Tak penting sebenarnya.


Friday, April 17

Berat Badan.












Ini jadual study aku.
Masih kosong.


Hari tu aku pegi klinik.


Ikot Majihan.


Aku timbang berat badan.


Aku tak terkejut pun.


Biasa-biasa je perasaan aku ketika itu.


Berat aku:

495

bahagi

5

tambah

31

darab

4.5

bahagi

15

tolak

9

tambah

55

darab

3

tolak

174.
________
Berat aku
========

Baru lah berbaloi guna timbang kat klinik.
Nasib baik aku tinggi. <----ayat sedapkan hati sendiri

Azam tahun baru aku tiap-tiap tahun
Adalah untuk kuruskan badan
Tapi, selalu kantoi.
Hahaha.

Macamana nak kahwin niiii????

Tuan kontraktor,
Agak-agak kau la.
Leh challenge tak berat aku??

Thursday, April 16

Beli Motor Baru.

Dia : KAX 1343 dah jual.
Aku : Hah? Laa.. Napa jual pulak dah? Tak sayang ke?
Dia : Motor tu utk org muda je. Sekarang ni *****(dia) dah tak merempit dah. Jual jek la motor tu. (nama panggilan terpaksa dirahsiakan. nanti WANA muntah)
Aku : Dah byk dah duit abih kat moto tu, tak sayang ke?
Dia : Takpe. Nanti beli la moto baru. Motor orang tua sikit.
Aku : Dapat berapa jual moto tu?
Dia : RM2,500
Aku : Hoh!~~berbaloi ke? Duk tukar mcm-mcm dah.
Dia : Bolehlaa...daripada dok tersadai jek tak pakai moto tu. Maintenance tinggi.
Aku : Alaa..sapa yang beli?
Dia : Kawan-kawan jugak.
Aku : Tak sayang ke moto tu? (tu je ayat aku ulang)
Dia : Tak pe laaa. Bukan boleh naik pun moto tu. Tayar motor tu *****(dia) buh yang nipis. (perli aku la tuh. cett).
Aku : Ye la. ye la.. tau la *****(aku) berat. cet!!!
Dia : Laaa.. tak cakap apa pon~~~~~
Aku : Hohoho. mcm tak tau. Hahahahaha. Nak beli moto apa nanti?
Dia : Modenas. GT128.
Aku : Tak penah dgr pon.
Dia : Internet duk ada, kan? Tgk la kat tenet tu, *****.
Aku : Baikkkkkkk...
Dia : Motor baru leh bawak pi bendang.
Aku : Hah??!!~~


Bersungguh ni, aku pegi cari kat laman sesawang.
Ada rupa motor untuk orang tua ke??
Adoi la..


Motor lama adalah Yamaha 125Z.

Soalan:
Warna mana cantik?
Aku rasa warna biru.
Hahaha. Takde dalam senarai.
Sebab motor lama warna biru.
Smart woo biru!~~


Eh jap.
Ke dia nak bagi motor tu sbg hadiah untuk birthday aku?
APA??!!
Hahaha. Perasan.
19 April ni birthday aku.
Sekian.

Psttt. Mak aku dah tahu kewujudan blog aku neh.
Semalam dia baca entri untuk dia tu.
Dia sedih la pulok!~~~

Hadiah yang aku bagi tu, tak sempat posmen hantar ke rumah,
mama aku pergi claim sendirik kat Post Office.
Aku dah cakap.
Mama aku memang sempoi.

Wednesday, April 15

Syurga. Letaknya Di Mana?

20 Sebab Kenapa Mama Aku The Best Mama In The World:
(ada 1,275,144,152,789,017,425 sebab lagi)
  1. Mama aku masak Nasi Lemak terbaeeekkk di Malaysia. Nasi Lemak siap ada ayam goreng berempah. Perkhh..terbaik! (kepada encik kontraktor, sila jeles)
  2. Mama aku belajar buat Kek Buah, tapi end-up jadik cookies yang menarik (kek buah tak jadik)
  3. Mama aku boleh masak Ayam Masak Pedas yang tak pedas-tapi sedap-dan menyelerakan
  4. Mama aku, kalau dia tengah marah dia akan menggunakan hanya Bahasa Omputih tanpa ragu-ragu
  5. Mama aku tak pernah bayar saman speed-trap yang melambak-lambak dia dapat dan selamba je dia boleh renew road-tax setiap tahun. (Sebab kat Balai Trafik tu semua kawan-kawan dia yang tak makan saman jugak)
  6. Mama aku akan senang terpengaruh dengan rancangan hiburan yang aku minati dan boleh join tengok American Next Top Model sampai habis sambil makan kacang dan kerepek yang tak pernah takde kat rumah
  7. Mama aku boleh drive sendirian Kuantan-Kota Bharu-Kuantan balik hari tanpa mengantuk dan tanpa eksiden (semata-mata nak hantar kawan dia dan beli selimut Toto)
  8. Mama aku hanya ada sijil SPM tapi pernah bekerja di CCM Chemicals Sdn. Bhd. as Marketing Exec. = jaga satu Pantai Timur, dengan selambanya menidakkan semua graduate candidate yang datang dengan penuh bergaya dan yakin dapat kerja
  9. Mama aku boleh layan semua kucing jalanan yang datang ke rumah mintak makan, sampai siap beli Frieskies sehinggakan kucing tu tanpa rasa segan silu keluar masuk rumah mama aku, tak kira masa hanya untuk makan dan lepas tu blah tanpa rasa bersalah apatah lagi ucapan terima kasih.
  10. Mama aku seorang iron woman dan pernah kerja kat banyak company. Pengalaman kerja sangat banyak. Waktu bekerja beliau sangat jaga hati customer dan sehingga sekarang kalau tak dapat layanan yang sebaiknya as a customer, mak aku takkan ragu-ragu sound direct kepada orang tu. (Hambik ko! Sapa suh ko kurang hajar ngn mak aku).
  11. Mama aku bagi makan-pakai yang secukupnya pada aku dan abang aku. Sendirian. Dari sumber yang halal. Dari kecil hingga kini. Tanpa menggunakan alasan yang selalu diberi oleh GRO ketika ditanya kenapa jadi GRO iaitu "Saya kesempitan wang. Saya ada anak-anak untuk diberi makan dan belajar". (Damn u! Alasan bangang! Mak aku boleh je cari sumber halal bagi aku makan smpai belajar universiti, apesal ko tak boleh???!!)
  12. Mama aku boleh boleh masak makanan tengahhari yang sedap dalam masa 15 minit sahaja. Dengan syarat aku takde kat dapur kerana aku akan membebel-bebel sebab lapar dan takut mati tak makan.
  13. Mama aku boleh layan baju bundle satu dua ringgit.
  14. Mama sangat komited kepada kerja, sampai terbawak-bawak dalam mimpi sampai siap mengigau.
  15. Mama aku boleh jaga Arwah Wan (nenek) sehingga akhir hayat + sehingga Arwah Wan meninggal di pangkuan mama. :-(
  16. Mama aku boleh tahan telinga dengan penangan Aki (datuk) aku yang kuat bebel dan banyak songeh. Hahaha. Aki kiut sebab asal nampak je muka mama aku, ada je yang tak kena dengan mama aku tu. Hahahaha. Saja nak menyakat mama, kata aki.
  17. Mama aku boleh tahan dengan adik kembar aku yang selalu gaduh sesama sendiri (padahal kembar) dan boleh terima hakikat apabila adik aku selalu mintak beli pemadam setiap kali nak periksa kat sekolah. Padahal setiap kali mama kemas rumah, mama akan jumpa pemadam, pengorek pensel, pembaris di setiap genap rumah.
  18. Mama boleh tahan dengan perangai aku yang sangat annoying iaitu ketika disuruh kemas rumah, tak buat tapi bila tak disuruh pandai pulak nak buat. Ini hanya contoh kecil. Banyak lagi contoh-contoh perangai annoying aku yang lain. Harap maklum.
  19. Mama boleh tahan dengan perangai abang aku yang lebih annoying dari aku. Sekian.
  20. Mama aku still boleh buat kerja rumah walaupun kat mulut asyik cakap "Kang aku lari tinggal korang, baru korang tau" Hahaha. Nak lari mana, padahal rumah tu rumah dia. Hahaha

Kepada Mama Terbaik di Dunia:


Norhamisah binti Abu Samah
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 44.

Mama, aku ingin kau hidup seribu tahun lagi.
Aku ingin kau selalu ada.



Aku hanya mampu bagi mama ini.
Untuk mama alaskan syurga aku.


Sunday, April 12

Shhh.. Jangan Tegur!

sudah nonton?

aku sudah.
dgn kawan-kawan aje
'nya' aku jauh. (ejek encikkontraktor)


erk?
best?

boleh la.
ceritanya bermotif.

seram?
*angguk-angguk kepala
tapi bagi aku seram lagi Jangan Pandang Belakang.
hantu-hantu dalam cerita ni lebey kurang mcm cerita JPB jek.
(bajet berani)
tapi motif penceritaan nya bagus le.

JANGAN HASAD DENGKI

logika?
urghh. kalau nak difikirkan tentang logika sesuatu cerita, banyak la boleh dipertikaikan.

contoh: nenek dia meninggal, kebumi esok lepas zuhur, tapi malam tu, biar jek jenazah kat ruang tamu? takde sorang pun tunggu dan bacakan Yassin. logik? mesti lah tak. takkan la seorang umat pon kat kampung tu tak leh nak duk kat ruang tamu tu nak baca-baca Surah Yassin ke hapa? sampai nenek dia leh pulak jadik hantu. eh.. kau orang-kau orang yang pembuat filem dan skrip ni, jangan la main-main pasal jenazah yang baru mati pas tu terus menerus pulak jadik hantu. tanam la dulu wei!! adoii. aku sampaikan pesan Sarijani je ni.

tak payah la aku nak fikir kan logika yang lain. aku nonton sekadar menyahut seruan Sarijani. haha. padahal aku pun nak g tengok sama.

sebab lain aku tengok cerita ni?
Pierre Andre!
(hahaha. sila percaya!)


biarlah apa-apa yang tak logik tu.
aku tak heran pun.
apa-apa pun penceritaan.
ambil ikhtibar secara positif.
maksudnya?

jangan la hasad dengki kat kelebihan orang lain. (maksu, kau nak dengki-dengki pasal hapa? usaha la lebih sikit untuk dapat macam orang yang kau dengki tu. paham?)


Kawan-kawan.
Aku cabar diri sendiri.
Aku akan berjuang.

PhD, here I come!~~~
(terima kasih. komen-komen anda memikat kalbu. hahhaa)



Pesanan aku:
Buat yang tidak boleh ditegur.
berubah lah.

Sedangkan pensyarah kita pun sedia terima pendapat kita.
inikan pula kita.
kita hanya student.
kita bukan siapa-siapa lagi.
ilmu itu dari mereka juga.

Takpela, kawan.
kalau sudah bergelar Profesor atau Pensyarah nanti.
buat la perangai sendiri.
siapa pun tak peduli.
tapi buat masa ni.
bersedialah untuk ditegur.

Aku= sedia ditegur.
sebab tu aku tak kantoi VIVA PSM aku.
hahaha. riak.

*updated.

NABIL menang!~~
yey!

yang untung = IRMA.
takpe.
aku suka.
tak plastik mcm Ekin.
(hahahaha lagi)


Tuesday, April 7

Perlukan Pertolongan? Boleh Tolong Tak Ni?


Aku bangun pagi tadi. Eh. Semalam. Dalam keadaan ting-tong mau ke klinik, aku ke bilik majihan. Ada sue, dan jihan di situ. Sue kata "nah, reen. tawaran utk kau". Tawaran hape ke benda? Owh. Sila baca ayat-ayat-ayat indah dibawah untuk gambaran yang lebih jelas :

TAWARAN BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN SISW
AZAH PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH BAGI SEMESTER 1, SESSI 2009/2010.


Tahniah! Sukacita dimaklumkan bahawa saudari layak ditawarkan untuk mengikuti program DOKTOR FALSAFAH secara penyelidikan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai bagi kemasukan Semester 1 sesi 2009/2010 bagi program seperti berikut:


DOKTOR FALSAFAH (PENGURUSAN FASILITI)


Bla-bla-bla-bla-bla. Lagi byk la ayat dalam surat ni. Aku malas nak taip. Sila tau. Satu lagi. Bukan aku seorang dapat tawaran ni. Kawan-kawan yang disayangi jugak dapat. Alhamdulillah. Berkat usaha chaiyok-chaiyok kami belajar siang dan malam ketika final exam (tipu), tawaran ini seumpama satu penghargaan.

Sekarang aku hanya mau fokus kepada final exam. Dan maintain my 1st class degree pointer. Huhu. Cuak dow. VIVA sudah lepas. Alhamdulillah. Semalam aku ckp pada Sue, Allah permudahkan perjalanan aku sepanjang belajar kat UTM Skudai ini. Gerun la pulak nak hadapi final exam. Seperti mau pergi berperang je.


ini gambar lama.
manis.
zaman konvo diploma dulu-dulu.
bulan lapan ni, degree pulak.
dengan izin Allah.
aminnn.



guys, i really need your opinion pasal tawaran ke PhD ni. thanks
semalam berdiskusi dengan mereka-mereka.
tapi kepala tak compute.
ting-tong dengan obat.

p/s = aku hanya ada 30% je keinginan dan kemahuan utk buat.
aishh. terukkah?

Sunday, April 5

PERNAH TAK?

pernah tak?
bila sesaat minda jahat korg berfikir
"bertuahnya dia dapat org tu"
atau
"kan best kalau aku jadi macam tu"

dan tetiba
akal waras kembali berfungsi
"eh, cuba bersyukur"
"cukup la dgn apa yang kau miliki"


tunduk. lebih baik diam dari berkata-kata.
aku - emosi